“Pretty Boy”

Sumber Foto: Berita Harian

Kelmarin saya terbaca Berita Minggu, ada berita sensasi tentang kisah ‘Pretty Boy’ iaitu kisah segolongan remaja lelaki berusia 18-21 tahun yang  memilih gaya hidup kewanitaan seperti berpakaian wanita, bermekap, kasut bertumit tinggi dan sebagainya.

Terbaca kisah ini, teringat saya semasa bertugas di masjid dahulu. Saya pernah memberi kaunseling kepada seorang remaja lelaki berusia dalam lingkungan 17-19 tahun. Beliau dirujuk oleh ibunya kerana suka memakai gincu, bedak pipi merah dan berkawan dengan lelaki-lelaki lembut dan punyai gambar bercium dengan lelaki lain. Ibu mana yang tak semput kalau anak mereka jadi begitu? Masih saya dapat terbayang bila berbual sikit je, beliau akan betulkan rambutnya yang sekejap-sekejap akan terjuntai menutupi mata..adduhh, lemah aku. : )

Continue reading

Keganasan Keluarga Menurut Pandangan Islam

Violence

Minggu lepas saya ditugaskan untuk menyampaikan satu ceramah interaktif bagi isu ‘Keganasan Keluarga dari segi perspektif Islam’ atau ‘Family Violence’. Ia dianjurkan oleh Society of Moral Charities (Centre For Family Harmony) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura.

Sasaran peserta pula kebanyakannya merupakan para pegawai-pegawai masjid dari jabatan pembangunan sosial selain dari pegawai-pegawai dari Muis yang juga turut hadir.  Alhamdulillah, ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dengan lebih daripada 60 peserta hadir.

Continue reading

‘Misguided’

Baru-baru ini, saluran Channelnewsasia ada menyiarkan rancangan ‘Misguided’ sebanyak 6 episod tidak silap saya. Rancangan ini memberi tumpuan pada kegiatan terrorism serantau dan bagaimana masyarakat di sini menanganinya termasuk tindakan pro aktif yang diambil oleh segolongan masyarakat Islam di sini bagi membanteras keganasan.

Ia sebenarnya dirakam dalam dua bahasa, dengan episod dalam bahasa Melayu dijangkakan akan ditayangkan di Suria pada bulan April nanti. Segan saya sebenarnya untuk paparkan video di bawah ini. Maklumlah, ia dirakam dalam bahasa Inggeris dan dibuat secara spontan kerana saya menjangkakan akan ditemuduga dalam bahasa Melayu sahaja. Tapi apapun, saksikanlah sedutan berikut: : )

Bahagian Pertama:

Bahagian Kedua:

Nota: Memandangkan mutu audio kurang baik, maka anda perlu menggunakan ‘headphone’ bagi mendengarkannya. Harap maaf di atas segala kesulitan.

01012010

Pagi ni ketika terbaca ruangan muka depan Berita Harian Singapura, di mana  terdapat sedutan berita tentang semakin ramai anak Melayu-Islam menjadi penyelidik di Agency for Science, Technology and Research atau A*STAR, teringat pula gesaan saya kepada BH supaya lebih banyak menyiarkan berita-berita yang dapat menjadi perangsang kepada anak Melayu-Islam untuk lebih berjaya dalam bidang-bidang yang jarang diceburi. (Sila lihat posting saya pada link berikut:  http://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com/2009/05/respon-pada-artikel-bh-asatizah-bukan-sekadar-penceramah/)

Semoga tahun baru 2010 akan memperlihatkan kejayaan yang lebih pesat kepada masyarakat Islam Singapura dalam apa jua bidang yang diceburi selain dapat dikurangkan segala isu-isu atau gejala sosial yang melanda mereka.

Continue reading

Bobrok

Semenjak beberapa hari yang lalu, istilah ‘bobrok’ semakin popular di dada-dada akhbar berita berbahasa Melayu di negara kita ini. Sebelum ini tidak pernah pulak saya mendengar perkataan ini. Ia sebenarnya dikaitkan dengan keluarga pincang yang biasanya berlaku ke atas keluarga yang berpendapatan rendah.

Pada masa yang sama, isu kebobrokan masyarakat Melayu ini juga bukanlah satu perkara yang hanya berlaku di negara Singapura sahaja, ia juga satu tren biasa bagi kaum minoriti  negara-negara lain di serata dunia. Ini jelas dilihat semasa mengunjungi Britain dan juga Amerika Syarikat bagi mempelajari ‘Muslim Chaplaincy’,  saya dimaklumkan golongan yang paling banyak tercicir selain menjadi penghuni teramai penjara ialah golongan kaum minoriti. Jika di Britain ialah golongan bangsa Asia seperti India, Bangladesh dan Pakistan yang kebanyakannya ada beragama Islam, sementara di Amerika pula ialah golongan hispanik (latino), Asia serta Afrika-Amerika (termasuk penganut Islam).

Continue reading

2 + 1

Pada kali ini, ingin saya kongsi 3 kes yang pernah saya kendalikan sedikit masa dulu dalam jangka masa yang singkat, iaitu dalam tempoh 45 minit sahaja! Bukan apa, bagi kes pertama saya melibatkan sepasang adik beradik awal remaja, mereka tiba lewat 2 jam dari masanya, sementara 2 klien saya yang lain pula hadir tanpa temujanji dan saya pula ada temujanji penting selepas itu! Bila dah datang dari jauh, nak tak nak memang terpaksalah saya layan mereka walaupun sebentar.

Memandangkan ketiga-tiga kes ini memang menarik dari segi perbezaan latar belakangnya dan juga profail mereka, maka saya kongsi bersama di sini untuk tatapan pengunjung laman abahyasir bagi renungan kita bersama.

Continue reading

Peluang Kedua

Sebagai seorang kaunselor, saya tidak dapat lari daripada menerima para pelajar yang dirujukkan oleh para ibu bapa. Jika anak remaja yang dirujukkan pada saya umurnya antara 14-16 tahun terutamanya lelaki. Maka saya dah dapat mengagak isu yang bakal dikemukakan pada saya ialah hal yang berkaitan persekolahan, jika pelajar perempuan berusia 14-16 tahun, maka biasanya ia berkaitan isu BGR dan kadangkala seksualiti. Jika umur 17-21 tahun, maka lain pula isunya dan begitulah seterusnya.

Jika tulisan saya sebelum ini ditujukan kepada para ibu bapa, maka pada kali ini ditujukan khas untuk para pendidik atau pentadbir di sekolah mahupun madrasah.

Melalui ruangan ini, saya tidak ingin mengulas kesalahan para pelajar tersebut atau apa yang telah saya kaunseling pada mereka atau hal-hal berkaitan keibubapaan kerana ini sudah banyak kali saya ulang pada posting saya yang terdahulu.

Continue reading

Syukran Talk – Murid Biadap (Bahagian Kedua)

Sambungan Syukran Talk. Pada kali ini membincangkan pula perihal murid-murid yang biadap di sekolah.

Adakah salah ibu bapa atau para guru?

Suri Rumahtangga

Tertarik saya bila baca pandangan Pak Oteh di Berita Harian kelmarin di ruangan pojok ‘Celoteh Pak Oteh’. Di mana beliau menjelaskan bahawa ‘dari segi syarak, suami boleh mengizinkan isteri bekerja. Tetapi duit isteri tetap miliknya kecuali dia sanggup berkongsi. ‘

Kenyataan di atas ini ada salah dan benarnya. Memang benar, duit isteri adalah milik isteri kecuali jika mereka sanggup berkongsi dengan suami. Tetapi kena lihat juga apakah tujuan di sebalik suami tersebut mengizinkan isteri bekerja? Adakah kerana untuk meringankan beban suami dalam menanggung perbelanjaan keluarga? Atau untuk suka-suka?

Continue reading

Syukran Talk (Bahagian Pertama)

Berikut adalah video yang telah dirakam dengan kerjasama syukran.org bagi program Syukran Talk.

Video ini memaparkan jawapan-jawapan berdasarkan himpunan soalan-soalan yang telah diterima melalui lelaman syukran.org