Pada kali ini, ingin saya kongsi 3 kes yang pernah saya kendalikan sedikit masa dulu dalam jangka masa yang singkat, iaitu dalam tempoh 45 minit sahaja! Bukan apa, bagi kes pertama saya melibatkan sepasang adik beradik awal remaja, mereka tiba lewat 2 jam dari masanya, sementara 2 klien saya yang lain pula hadir tanpa temujanji dan saya pula ada temujanji penting selepas itu! Bila dah datang dari jauh, nak tak nak memang terpaksalah saya layan mereka walaupun sebentar.

Memandangkan ketiga-tiga kes ini memang menarik dari segi perbezaan latar belakangnya dan juga profail mereka, maka saya kongsi bersama di sini untuk tatapan pengunjung laman abahyasir bagi renungan kita bersama.

Kes Pertama:

Kes ini sebenarnya dirujukkan oleh ibu mereka. Kedua adik beradik ni bila kali pertama jumpa saya dulu, datang dengan beruniform sekolah dengan berskirt sangat pendek. Alahai, saya tanya ni apasal skirt pendek sangat ni? Kita alter kat tailor shop, ustaz. Jawab mereka dengan selamba sambil tersenyum. ‘Kita malulah kalau pakai skirt panjang.’ Kata mereka lagi. Hai, macam-macam budak sekarang ni.

Masa datang kali pertama dulu keduanya bertindik di lidah, ibu mereka juga mengadu keduanya kerap pulang hingga 10-11 malam pada hujung minggu dan suka bergayut di telefon. Banyak lagi sebenarnya komplen si ibu, tapi saya fokus pada 3 perkara ni sahaja. Tetapi yang positifnya, mereka ni mudah bangun pagi (sekitar jam 4 pagi!) dan rajin pergi sekolah. Ajaib…

Saya sebenarnya bangga dengan sikap rajin pergi sekolah mereka ni dan saya nyatakan pada mereka. Rupanya keduanya punya cita -cita yang tinggi – saya tak ingat pula masa menulis ni. : ) Kemudian saya tanya mereka sayang ibu tak? Sayang jawab mereka. Habis tu, kenapa buat perkara yang ibu tak suka seperti tindik lidah, balik lambat? Itu kan maknanya tak sayang ibu kan? Mereka diam.

Alhamdulillah, bila jumpa sekali lagi..dengan happy kedua-duanya mengaku dah tak bertindik lagi di lidah, saya tanya, betul ke? betul jawab mereka sambil jelirkan lidah…hmmph tak senonoh betul : ), mereka juga kongsi dengan saya yang mereka sudah balik awal pada hujung minggu dalam jam 6 petang. Alhamdulillah. Cuma perjanjian mereka untuk off hp pada sebelah malam hingga pagi, belum dapat dilaksanakan. Takpelah, kita tackle pelan2. : )

Kadang-kadang, budak-budak awal remaja begini..kita perlu cuba tunjukkan kita prihatin dan faham perasaan mereka, layankan apa dorang cakap. Puji bila mereka buat sesuatu yang positif. I.Allah, lambat laun mereka akan berubah…walaupun sedikit : ) Dengan sikap tidak putus asa, tidak mustahil mereka akan berubah sepenuhnya.

Kes Kedua:

Ketika saya sibuk kaunseling seorang klien (kes ketiga), datang pula seorang pelajar perempuan warga Indonesia yang saya kenali beberapa tahun lalu, beliau datang dengan dengan ibunya dan juga teman lelakinya (warga India) nak minta saya jadi kadi untuk nikahkan untuknya. Masuk kali ni dah 2 kali warga Indon datang jumpa saya di masjid minta saya nikahkan dorang. Saya terpaksa menolak dengan baik dengan alasan nikah sedemikian di Singapura menjadi satu kesalahan, lebih-lebih lagi saya seorang naib kadi bertauliah – di Singapura jelah, tempat lain tak boleh, kena tangkap nanti : )

Saya jelaskan jika teman lelaki beliau, betul-betul sayang dan cintakannya, maka beliau tidak akan kahwini dengan cara begini. Saya jelaskan pada ibunya juga, pernikahan semacam ini yang susah nanti perempuan bukan lelaki. Secara ringkasnya nikah sebegini seperti mana yang biasa dilakukan di Batam dan sebagainya banyak memberi kerugian kepada si isteri. Lihat sahaja kemungkinan di bawah ini:

– Tidak mempunyai sijil nikah yang diterima pakai sebarang undang-undang mahkamah shariah.

– Jika sang suami abaikan isteri dan tidak berikan nafkah yang sempurna, di mana boleh isteri mengadu?

– Jika suami anda menceraikan isteri, di mana si isteri dapat menuntut nafkah iddah (3 bulan) dan mut’ah (pampasan perceraian)? Bagaimana pula dengan tuntutan perbelanjaan anak-anak? Siapa yang mampu mendengarkan masalah kita?

– Jika si isteri bosan dengan suami sekarang, lantaran tidak melayan isteri dengan baik, sementara suami pula tidak ingin menceraikan anda. Di mana isteri boleh membatalkan perkahwinan atau menuntut cerai?

– Jika suami anda meninggal dunia, bagaimana anda dapat menuntut harta sepencarian atau bahagian pusaka dan anak-anak?

Terukkan? Tapi tulah, teruk macam mana pun..wanita ni bila dah suka sangat dengan seorang lelaki, kewarasan kadang kala hilang. Terpulanglah pada kita, sama ada kita sayang diri kita sendiri atau tidak.

Kes Ketiga:

Kes ini melibatkan sepasang suami isteri dalam lingkungan 40 an,  semasa kali pertama berjumpa mereka datang berdua. Pendek ceritanya, si isteri mengadu suami suka buat keputusan sendiri sama ada dalam hal antara mereka mahupun dalam mendisiplinkan anak. Si suami pula mengaku kelemahan diri dan ingin berubah. Pada masa yanh sama mendakwa isteri suka meluahkan dan berkongsi masaalah dengan teman lelaki (luar negara) yang dikenali di internet, malah sudahpun melarat pada perbualan di telefon.

Kes sebegini pernah saya kongsi bersama pada posting saya yang terdahulu, lihat http://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com/2008/12/terlanjur/ dan juga http://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com/2008/11/ladiesman/

Sebenarnya meluahkan masaalah rumahtangga amat sangat merbahaya dan boleh membawa kepada perselingkuhan jika tidak berhati-hati seperti tulisan saya pada posting di atas.

Potong pendek, ketika pertemuan kali kedua yang tidak direncanakan ini berlaku, hanya suami sahaja yang hadir. Beliau maklumkan perkembangan terbaru, bahawa isterinya pernah ke negara teman internet nya selama beberapa hari ketika mereka berpisah sementara beberapa bulan yang lalu dan beliau mengesyaki sesuatu telah berlaku antara isterinya dan teman internet tersebut

Beliau ingin sudah membawakan kes ini ke mahkamah shariah dan meminta pendapat saya bagi tindakan selanjutnya, beliau tanya saya, sebagai seorang ustaz, kadi dan juga suami apa yang bakal lakukan  jika berada pada kedudukan beliau. Eh, tanya saya pulak? : )

Saya jelaskan, sebarang keputusan saya atau pengalaman orang lain tidak boleh dijadikan sebagai sandaran dalam tindakan yang ingin diambil. Ia bergantung pada beliau sendiri untuk membuat keputusan yang terbaik bagi dirinya dan keluarganya. Saya jelaskan, ada kes di mana suami ceraikan isterinya yang curang tetapi ada juga kes di mana suami tetap masih maafkan isteri serta beri peluang kedua dan terus hidup aman damai selepas itu.

Nasihat saya pada beliau, jika isteri sudah mengaku kesilapan keterlanjuran..maka janganlah terburu-buru ceraikan isteri pada masa itu juga. Fikirkan dan tenangkan diri buat beberapa hari, pintalah petunjuk pada Allah bagi apa yang terbaik. Selepas itu, buatlah keputusan. I.Allah, keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk diri sendiri dan juga keluarga tidak kira sama ada keputusan itu untuk berpisah atau kekal bersama.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

3 responses »

  1. tehcpok says:

    …teruskan menulis ya Ustaz dengan pengalaman2 ustaz yg menarik…moga2 menjadi panduan yg berguna pada kami sekalian…

  2. minasuha says:

    assalamualaikum,sbenarnya sy tgh cari bahan utk asgmnt tp last2 dpt kat site ust, bgus la ust berkongsi ttg ilmu kaunseling nie.. blh sy tau ust ni seorg kaunselor berdaftar ke?? sy nie baru lg dlm bdang kaunseling nie.. msih bljr lg..ust di singapore? truskan perkongsiaan ust dlm bidang kaunseling nie ye sbb sgt manfaat.. thanks.. n sudi2 la singgah di blog sy di http://www.mianasuha09.blogspot.com.

  3. ely says:

    salam..
    sy mempunyai adik yg adak laen dri yg laen..
    sy xtau nk wt per..sy x nk die jdi bohsia..
    tlg la sy..
    kalu ader mn2 pusat pemulihan akhlak tlg emel kn kt sy..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s