Terdapat banyak juga kes kaunseling yang pernah saya kendalikan atau semasa saya mengendalikan sesi hakam di Mahkamah syariah dulu berkaitan dengan kegagalan memberi nafkah kepada para isteri.
Kegagalan memberi nafkah begini ada dua senario:
1. Suami sahaja yang bekerja – 100% nafkah dari pihak suami. Isteri suri rumahtangga. Atau, suami punya kemampuan utk tanggung segala perbelanjaan walaupun isteri bekerja.
2. Suami isteri bekerja – Suami dan isteri berkongsi sama rata atau peratusan tertentu bagi perbelanjaan keluarga. Dlm hal ini, suami tidak membayar nafkah 100% kerana sebahagian perbelanjaan keluarga ditanggung isteri.
Maknanya dalam kedua senario di atas, jika suami tidak menunaikan bahagiannya, suami tersebut dianggap tidak memberi nafkah.
Ada juga kes di mana si suami akhirnya bergantung kepada isteri dan mengambil kesempatan daripada kesediaan isteri bekerja. Ini biasanya berlaku bagi kes suami kehilangan pekerjaan atau yang bekerja sendiri.
Ada juga kes di mana bila isteri dah tak cinta pada suami dan ingin berpisah, mereka akan mengadu suami tak bayar nafkah, pada hal suami sudah bayar bahagiannya dan isteri sudah setuju utk bantu suami kerana keduanya inginkan gaya hidup yang lebih selesa.
Bagi suami yang begini, usahlah ambil kesempatan daripada kesediaan isteri yg ingin membantu. Tahap kesabaran isteri ada batasannya. Bukan bermakna mereka diam. Mereka OK. Tapi kadang tak kuasa. Biasanya begini bila sudah sampai satu tahap. Meletup. Habis. Langsung ke mahkamah. Tiada maaf bagimu.
Untuk senario no 2. Walaupun isteri sedia membantu. Atau gaji suami lebih kecil. Usahakanlah untuk menyumbang peratusan yg lebih besar dari isteri. This good gesture sangat penting utk tunjukkan sikap tanggungjawab suami dan menjaga nama baik suami di sisi keluarga sebelah suami mahupun isteri. Juga dapat mengelakkan isu bangkit membangkit setiap kali berlaku pertengkaran.
==
Bagi khidmat kaunseling agama secara bersemuka (face to face) atau online, bolehlah hubungi saya melalui link berikut, http://abahyasir.wasap.my atau melalui pm di messenger atau emel di abah.yasir@gmail.com
Boleh juga lungsuri ke http://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com/khidmat-kaunseling bagi maklumat lanjut untuk profile abahyasir dan juga testimonial.
#warnawarnikehidupan #kaunselingUY #abahyasir #nafkah
https://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com/khidmat-kaunseling/
Boleh juga ke link berikut bagi pertanyaan atau temujanji kaunseling – http://abahyasir.wasap.my