Tertarik saya bila baca pandangan Pak Oteh di Berita Harian kelmarin di ruangan pojok ‘Celoteh Pak Oteh’. Di mana beliau menjelaskan bahawa ‘dari segi syarak, suami boleh mengizinkan isteri bekerja. Tetapi duit isteri tetap miliknya kecuali dia sanggup berkongsi. ‘
Kenyataan di atas ini ada salah dan benarnya. Memang benar, duit isteri adalah milik isteri kecuali jika mereka sanggup berkongsi dengan suami. Tetapi kena lihat juga apakah tujuan di sebalik suami tersebut mengizinkan isteri bekerja? Adakah kerana untuk meringankan beban suami dalam menanggung perbelanjaan keluarga? Atau untuk suka-suka?
Memanglah best, kalau suami benarkan isteri bekerja dan dia tak sentuh langsung duit isteri tu. Ini berlaku jika sang suami punyai pendapatan yang lumayan. Tetapi kadangkala, lagi lumayan lagi besar perbelanjaan atau gaya hidup sesetengah pasangan, yang mana akhirnya pendapatan suami yang lumayan pun tidak cukup dan perlukan isteri membantu pula!
Tetapi yang lebih teruk, saya dapati banyak juga suami yang ambil kesempatan daripada isteri yang bekerja atau bergaji tinggi. Mereka menjadi malas bekerja dan lebih lagi banyak juga yang tidak bertanggungjawab menyerahkan segala urusan perbelanjaan pada isteri semata-mata. Memang buruk benar suami macam ni. Berdosa dan akan dipertanggungjawabkab di hari akhirat kelak.
Dalam Islam, memang yang ideal..isteri menjaga rumahtangga dan tidak bekerja. Sebab tu tugasan mutlak memberi nafkah diberikan kepada suami. Tetapi keadaan sudah berubah, dalam kehidupan yang semuanya memerlukan wang dan wang untuk hidup, pendapatan suami sahaja tidak cukup dan perlukan bantuan isteri untuk membantu keluarga.
Baru-baru ni, kita terbaca di akhbar BH puan Halimah Yacob mengumumkan dapatan bahawa wanita Melayu Islam paling ramai yang tidak bekerja berbanding dengan wanita daripada bangsa lain. Hmmph, kenapa ya? Antara dapatan tersebut menjelaskan sebab utamanya ialah kerana taraf pendidikan yang rendah dan kurang kemahiran.
Memang betul ada yang ingin bekerja semula tetapi tidak diterima, maklumlah di Singapura..Tiada kemahiran = Tiada kerja. Malah, saya baru terbaca di akhbar ST..para pekerja (yang pernah kena retrench) 30 tahun ke atas yang berkemahiran pun sukar dapat kerja semula disebabkan mereka ‘demand’ gaji sebelum mereka diberhentikan dahulu. Ada yang sampai sanggup kurangkan ‘expectation’ sehingga $ 1,000, baru dapat kerja!
Malah nak jadi Ustaz pun kena upgrade untuk kekal relevan beb! Kalau tidak kitapun ketinggalan. Lebih-lebih lagi bila dah masuk pertengahan 30 an macam saya ni. Terpaksa kena belajar dan mengikuti latihan dari semasa ke semasa. Boleh juga digunakan untuk tambah pendapatan. Maklumlah, anak dah tiga..Perlukan simpanan, insuran dan juga tabung untuk hari tua.
Tetapi ada juga golongan yang bijak pandai di kalangan wanita yang memilih untuk tidak bekerja untuk memberi tumpuan pada anak-anak. Saya pernah terbaca di ST, wanita bukan Melayu berpangkat doktor pun menjadi suri rumah sepenuh masa untuk memberi tumpuan pada anak-anak. Golongan begini juga harus dihormati pendirian mereka.
Malah, rasanya tidak salah jika kerajaan memberikan sedikit pengiktirafan pada golongan ini dengan memberikan imbuhan yang khusus dan lebih sedikit pada golongan ini seperti pada pembayaran ERS, relief cukai dan sebagainya. Ini kerana pada saya golongan suri rumah tangga juga menyumbang kepada pembangunan negara secara ‘intangible’ melalui pembesaran anak-anak. Maklumlah, isteri saya pun termasuk dalam golongan ini. : ) Bukan senang oii, nak jadi suri rumah sepenuh masa!!
Di negara-negara Eropah yang maju khususnya di kawasan Scandinavia seperti Sweden, Denmark, Norway dan sebagainya, ‘childcare’ diberikan secara percuma semata-mata untuk menggalakkan isteri bekerja. Saya tidak pasti sama ada ianya sesuai atau tidak untuk dipraktiskan di sini atau tidak. Ia perlukan kajian yang mendalam.
Kesimpulannya, jika si suami mampu menyara hidup keluarga. Maka tidak mengapa jika si isteri memilih untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa bagi memberi tumpuan mendidik anak-anak menjadi cemerlang dan berguna pada agama, masyarakat dan negara.
Jika si isteri bersetuju untuk bekerja bagi membantu keluarga lantaran taraf kehidupan yang semakin tinggi bagi membantu suami menambahkan pendapatan keluarga. Pun tidak mengapa..tetapi dalam hal ini perlukan perancangan rapi dari segi masa agar anak-anak membesar mendapat kasih sayang yang mencukupi.
Bagi kes yang mana gaji suami tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan keluarga, si isteri pula tidak punyai kemahiran lantaran taraf pendidikan yang tinggi. Manfaatkanlah skim yang ada dan telah tersedia. Bak kata pepatah, ‘Berakit-rakit ke hulu. Berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.’
Assalamualaikum wr wb…
Dah lama juga saya nak beri komen tentang isu ni. Terimakasih kepada Ustaz kerana memberi peluang ni.
Saya rasa tiba masanya kita memberi penghargaan kepada suri rumahtangga. Tidak semua yang bukan “career woman” berpendidikan rendah.
Saya terkilan kerana suri rumahtangga yang (terutama sekali) berbangsa Melayu selalu dipandang rendah. Saya sendiri pernah bertugas sebagai guru selama 14 tahun sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja. Dua tahun yang lepas, saya memberi prioriti terhadap anak-anak saya yang masih di peringakat pra-sekolah, dan sejak beberapa bulan yang lalu, saya menjaga ibu yang sedang sakit dan dalam tahap kritikal. Dalam masa yang sama, saya juga berniaga secara online.
Saya juga tertanya-tanya … Apakah yang menjadi keprihatinan pihak pemerintah:
– Wanita Melayu yang tidak bekerja tidak dapat menyumbang kepada ekonomi keluarga & negara?
atau
– Masalah “latch-key children” bila si ibu keluar bekerja?
atau
– Golongan lanjut usia yang terbiar di rumah-rumah tumpangan kerana anak-anak tidak dapat menjaga mereka?
Bila si ibu keluar bekerja, ia berkemungkinan menimbulkan masalah sosial, tetapi bila ibu menjadi suri rumahtangga pula, beliau tidak membuat sumbangan yang aktif dari segi ekonomi.
Jadi bagaimana kita dapatkan huraiannya?
Apa yang saya cuba ketengahkan ialah… walaupun seseorang itu tidak keluar bekerja, mungkin dia masih mampu membuat sumbangan dari segi ekonomi dengan cara tersendiri. Malah, saya mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada para suri rumahtangga kerana mementingkan urusan keluarga dan tanggungjawab sebagai seorang isteri/ibu/anak. Namun, pengorbanan seperi ini selalunya terlepas dari pandangan sesetengah masyarakat kita.
Wassalam.
Saya sokong pendapat di atas. Tapi, ada satu perkara di mana jika di dlm situasi berpoligami iaitu isteri pertama bekerja dan walaupun niatnya mahu menolong keluarga tapi tidak dihargai. Suami pendapatan agak ok. Isteri kedua tidak bekerja dan seorang suri rumahtangga. Suami selalu minta bantuan kepada isteri pertama jika ada masalah kewangan. Jadi manakah keadilannya di dlm situasi begini?
Assalamualaikum, Ustaz, just putting my two cents worth.
Bukan semua golongan surirumah tidak berpendidikan tinggi. Guru saya yang mengajar bahasa Inggeris semasa di sekolah dulu mengambil keputusan untuk pay attention to her family once when she gave birth. She is a graduate from NUS and now holds a Master’s degree but still she concentrates more on her family, furthermore her husband is a doctor and can manage the family expenses on his own. She still benefits from her education by conducting home tuition and I believe she must be doing something else also in order for her not to waste her education just like that. Although she is not working and not earning salary formally but she is still contributing for her family.
It is not fair to judge housewives just because they are housewives. Housewives aren’t housewives per se. There are many housewives who are highly-educated. This type of housewives should be saluted for they sacrifice their future, careers and good lives for the sake of their families, just to ensure that their families are doing well. Even if they aren’t well-educated they deserve an appreciation from the society. They sacrifice all their time and energy for their families. They are the ones who actually mould the future generation.
Not many women are willing to be housewives. Even I myself am not whether I want to sacrifice myself to be a housewife. After spending so many years studying, I don’t know whether I am willing to give up my future and concentrate on my family instead. Thus, I salute all women who are willing to give up their careers to become housewives.
It’s time for us to acknowledge another career prospect and that is housewife. And one more thing I think there should be a ‘Housewives’ day’ to celebrate and appreciate the sacrifices that are made by women called housewives.
Saudari Ifah,
Memang tidak adil kepada isteri kedua. Tidak pasti bagaimana suami diizinkan berpoligami dalam keadaan tidak mampu seperti ini.
Timbul pertanyaaan, adakah beliau berkahwin secara sah di Singapura atau bagaimana?
Puan Nour – terima kasih atas pandangan.
Mrs Banafsaj – Thanks for your response. I have to agree with you 100%, as I stated in my posting, my wife is also a home maker and she’s also a graduate : )
Salaam ustaz,
Post yang menarik. Satu bahagian menarik perhatian saya… Berkenaan insurans untuk keluarga.
Apa pendapat ustaz tentang insurans? Khususnya di Singapura ni yang (hampir/memang?) takde insurans halal.
=)
(oops double post. delete prev one… salah website)
Tidak semua insuran adalah haram.
Di Singapura dan mana-mana negara, produk insuran yang dikendalikan oleh koperasi difatwakan sebagai halal. Jika di Singapura, NTUC Income. Begitu juga dengan lain-lain syarikat Insuran konvensyenal, kadangkala terdapat panel syariah yang memerhatikan produk-produk halal sesuatu bank atau syarikat. Ini satu perkara biasa di Singapura atau mana-mana negara Islam yang lain seperti Malaysia, Bahrain, Kuwait, UAE dan lain-lain.
Saya suka baca pendapat abah yasir tentang issue ‘working or not’ ini…saya sendiri seorang surirumahtangga selepas melahirkan anak kembar 7 tahun lalu dan berhenti bekerja sebagai guru setelah berkhidmat hampir 13 tahun di sekolah.Puas rasanya apabila dapat peluang untuk mendidik/menjaga anak sepenuh masa..memang financially,terasa jugak the ‘pinch’ tapi rasa2nya, kalau kita sedar keadaan kita macam mana being in a single income family,pandai2 lah kita utk bijak berbelanja..selama saya tidak bekerja,memang sentiasa befikir 10 kali atau lebih bila bershopping..tapi insya’Allah..dgn usaha,doa and berserah padaNya..kita mampu hidup selesa dan bahagia dengan niat yg betul.bekerja atau tak bekerja..Allah s.w.t has best plans for us ..amiin.
Jadi..saya rasa, tak perlulah para surirumahtangga harus rasa ‘bersalah’ atau ‘kurang mendokong’ economy negeri ini..in a lot of ways than not, we are doing this for Allah’s sake and for our country’s sake…insya’Allah…
Mmg benar apa yg di katakan oleh banafsaj dan ris. Saya perlu berkorban dan mengambil keputusan untuk tidak bekerja sepenuh masa walaupun keinginan ada untuk terus jadi seorang pendidik. Saya mempunyai 4 org anak berusia antara 9 hingga 25 tahun. Kesemuanye belajar di madrasah sepenuh masa. Byk m’pelajaran yg mereka ambil. Saya lebih suka membimbing sendiri daripada menghantar mereke ke kelas tuisyen selagi saya mampu melakukannya. Disamping itu dapat menjimatkan wang dan boleh memberi sepenuh perhatian pada mereka. Masa sekolah mereka panjang. Kasihan terkejar kejar kalau saya perlu hantar mereka ke kelas tuisyen lebih lebih lagi kalau masih kecil. Alhamdulillah anak sulong saya sudahpun berjaya mendapatkan ijazahnye dua tahun yang lepas dan telah pun bekerja. Yang kedua sedang menuntut di tahun ketiga disebuah universiti. Yg ketiga di peringkat menengah dan yang bungsu di peringkat rendah. Saya tidak menyesal dengan keputusan yg saya ambil bila melihat anak anak berusaha untuk belajar bersungguh sungguh. Makan minum dan keperluan mereka saya uruskan sendiri. Bahagia rasanye dapat melihat anak anak membesar di depan mata. walaupun saya tidak bekerja, saya masih juga dapt menyumbangkan masa menjadi ahli di sebuah masjid dan sukarelawan di sebuah madrasah. Selain itu dapat mempertingkatkan diri menghadiri beberapa kursus. Pendidikan yang sempurna perlu untuk anak anak demi masa depan mereka agar dapat di manfaatkan bukan saja untuk diri sendiri tetapi untuk agama, masyarakat dan negara. Ramai teman teman saya yang berbuat demikian.
Assalamualaikum ustaz…saya teruja dengan surimahtangga yang berpeluang untuk bersama anak-anak sepanjang masa…meguruskan rumahtangga dengan sempurna..tujuh tahun yang lalu, saya pernah terfikir untuk berhenti kerja kerana ingin memberi tumpuan 100% kepada suami dan anak-anak.saya minta persetujuan suami, suami tidak menghalang malah menyokong kerana menurutnya, apa yang lebih penting ialah rumahtangga dan anak-anak lebih terurus.tetapi niat suci saya dibantah dengan lembut oleh pengetua ( saya seorang guru )katanya, uruskan masa dengan bijak, bekerja tidak akan bebankan saya menjadi isteri dan ibu yang baik. Allah maha berkuasa…suami saya meninggal dengan keadaan yang saya tidak jangka. suami meninggal semasa tidur…suami sihat dan tidak sakit. Perancangan Allah semuanya…saya redha.apa yang ingin saya nyatakan..betapa saya berterima kasih dengan pengetua saya, kerana tidak bersetuju dengan keputusan saya untuk berheni kerja. Bayangkan apa yang akan berlaku pada saya dan anak-anak jika saya tidak bekerja? dengan pinjaman rumah, kereta, pinjaman pelajaran, belanja anak-anak…semuanya perlukan duit..Alhamdullah.saya bersyukur kerana 6 tahun berlalu, saya masih kuat dan tabah untuk membesarkan anak-anak saya bersendirian..dan paling penting dugaan yang sangat berat ini saya terima dengan hati yang penuh sabar dan redha..”sesungguhnya Allah tidak akan membebankan seseorang kecuali menurut kemampuannya”
Bagi surirumahtangga..hargailah peluang ini dengan sebaik-baiknya…kerana ramai wanita yang bekerja mengimpikan untuk menjadi surirumah seperti anda..
saya wanita yg berkerja…3 tahun slps kawin, sy penah jadi surirumah…kini sudah 8 tahun sy berkerja…
saya sgt merindui kehidupan menjadi surirumahtangga..dan sdg dlm perancangan utk bersara awal…(sy di Malaysia) Bg saya, selagi suami masih ada kudrat..dia sbnrnya mampu utk membawa pulang rezeki utk keluarga… ramai sgt yg takut berhenti kerja krn takut suami tak mampu…
mcm sy yg bertugas sbg guru di sekolah, saya perhatikan gejala sosial anak2 terutama ponteng sekolah adalah lbh bnyk berlaku dikalangan anak2 ibu berkerja…ini adlh pengalaman sy sendiri…
pelajar2 sekolah ponteng, ibu2 mrk tak tahu krn pg2 sudah keluar awal dan pulang lewat…anak2 dibiar urus diri sendiri tanpa pemantauan…
Jd, surirumah sgt memainkan peranan yg besar didalam membentuk perilaku anak2 dan memantau anak2…