ibumertuaku

Ibu mertua vs anak menantu? Ish, stereotype betul bunyi posting saya kali ni. Tapi begitulah hakikatnya..jarang kita dengar anak menantu lelaki problem dengan mak mertua (walaupun ada juga) atau anak menantu perempuan clash dengan bapak mertua. Kenapa yer?

Tapi ni mungkin sebab expectation pada anak perempuan. Pandai masak, rajin kemas rumah dll. Bayangkan kalau menantu perempuan balik kerja terus tidur sebab penat, bangun tidur terus makan? Mesti mak mertua bingit kan? Tapi tulah cabaran menantu moden masa kini yang kebanyakannya berkarier.

Ada pulak yang bergaduh dengan mak mertua sampai taknak pergi ziarah rumah mak mertua. Soalan saya, sampai bila tak mahu ziarah yer? Nak tunggu mak mertua datang rumah minta maaf dengan kita dulu? Takkan macam tu kot? Lebih dasyat lagi, kadang2 ada pasangan yang sampai bercerai-berai kerana kes mertua. Saya sendiri pernah mengendalikan beberapa kes seumpama ini ketika sesi Hakam di mahkamah Shariah atau ketika sesi kaunseling di masjid.

Nasihat saya kepada pasangan2 ni, terutama si isteri..’kita tidak punyai kuasa untuk merubah seseorang, tetapi kita punyai kuasa untuk ubah diri sendiri’ Betul, kalau kita punya kuasa ubah orang lain..kerja kita senang. Betul tak? Tak payah gaduh2 lah. Bahkan semua di sekeliling kita akan jadi aman. Tapi keadaan tak sedemikian. Namun, kadang2 dengan perubahan yang kita lakukan pada diri sendiri akan beri impak pada persepsi orang lain pada diri kita. Pernah dengar cerita Mak mertua, Anak menantu & ………? (hai, macam bunyi film Perempuan, Isteri & …… pulak yer!)

Cerita dia camni…pada zaman dulu, ada seorang menantu ni nama ‘Minah’. Dia ni tak sebulu betul dengan mak mertua dia. Macam manalah mak mertua dia tak berbulu dengan dia, Minah ni tak pernah masuk dapur, tak buat kerja rumah dan segala perkara yang orang pompuan patut buat. Jadi siang malam lah kena meleter. Satu hari, Minah dah nekad. Satu cara untuk bebas daripada problem ni semua ialah hapuskan mak mertua dia. Macam cerita Sinetron pulak eh?

Jadi si Minah pun pun pergi kedai Singseh untuk beli racun atau ubat untuk lenyapkan mak mertua dia buat selama-lamanya. Tapi minah tak mahu ubat yang mati terus, dia nak ubat yang buat mak mertua dia mati slow2, bagi siksa lebih sikit. Apek singseh pun rekomen satu ubat nih, cara gunakan ubat ni perlulah dimasukkan ke dalam lauk pauk yang dimasak.

Maka, mula dari hari tu. Minah pun mulalah masak tiap hari sambil masukkan racun pada lauk yang dimasak. Dipendekkan cerita, Mak mertua makin sayang pada Minah! Sebab Minah tiba2 jaga makan minum mak dia nih, bukan setakat masuk dapur tapi tolong masakkan sekali! Kerja rumah pun Minah mula buat. Makinlah mak mertua Minah sayang.

Tapi ada satu problem buat Minah..Minah pun dah mula sayang pada mak mertua dia! Camna nih? Minah pun pergi kedai Singseh, ‘Apek! Lu ada ubat matikan itu racun tak? Gua tak mahu mak gua matilah..’ Kira2 Minah nak antidote lah. Apek pun jawab, ‘Elo Minah! Lu jangan takutlah, itu obat pun tatak mati olang punya. Itu obat sebenanya, obat bagi sihat. Bagi hidup lama punya!’ Minah pun lega dan gembira kerana Mak mertua dia makin sihat dan sayang pula pada Minah, Minah pun sayang padanya.

Dapat tak pengajaran cerita ni? Maknanya, kita jgn cari kesilapan orang atau mertua kita. Ia bukan satu huraian, sebab kita tak punya kuasa utk ubah mereka. Kita ubahlah diri kita sendiri. Cari apa kesilapan kita? Mengapa ibu mertua tak suka kita? Mesti ada sebab utama. Jadi penyelesaiannya ialah kita muhasabah diri dan cuba perbaiki segala kelemahan diri.

Seperkara lagi, jika ibu atau bapa kita salah sekalipun dan marahkan kita, apalah salahnya jika kita tolak ansur minta maaf pada ibu bapa mertua walau kita rasa kita yang betul..takkanlah kita nak harapkan mereka yg datang minta maaf dengan kita!

Cakap pasal ibu mertua-anak menantu. Kadang2 suami yang terhimpit di tengah-tengah. Apa taknya, kalau sokong mak. Isteri cakap suami anak mak. Sokong isteri, mak kata takut bini! Atas sebab itu, suami perlu punyai kepimpinan yang tinggi dan berani buat keputusan yang tepat walaupun kadangkala menyinggung hati isteri ataupun ibu, jika itulah yang terbaik di sini agama.

Saya bagi contoh 2 senario:

Senario 1:

Ibu suruh anak lelaki bawa isteri tinggal bersama. Si isteri pula berkeras2 nak duduk rumah sendiri. Akhirnya si suami dengar kata isteri sebab si suami tahu weakness dan pada masa yang sama faham benar perangai ibunya. Keadaan mungkin bakal huru hara jika mereka tinggal bersama.

Atas alasan jangka masa panjang si suami beli rumah lain. Si ibu mungkin kecil hati. Tapi membeli rumah untuk isteri juga satu kewajipan suami dan juga hak isteri kan? Lagipun, bila tinggal jauh2 kadang2 lagi mesra. Ni yang dikatakan, dekat bau tahi, jauh bau wangi (betul ke peribahasa saya ni?)

Walau mungkin mula2 ibu merajuk, tapi pandai2 lah kita pujuk. Dah lama2 I.Allah ok lah tu. Keputusan yang jelas matlamatnya dari segi jangka panjang akan bawa kebaikan kepada kedua2 belah pihak.

Senario 2:

Si ibu ajak anak lelaki ziarah rumah saudaranya. Contoh, adik beradik atau bapa/ibu saudara. Si isteri tak mahu ikut atas alasan penat jalan raya kelmarin dulu masih belum reda. Sedangkan si ibu ajak ziarah 2-3 rumah yang berdekatan sahaja.

Pastinya ajakan si ibu tidak keterlaluan untuk diikuti. Maka, sebaiknya si suami perlu berkeras dalam hal ini bagi memastikan si isteri ikut kemahuannya dan sama2 menziarahi saudara mara pihak suami. Pada masa yang sama, si suami kena jugalah ziarah saudara mara isteri walaupun penat yerr!

Dalam hal ini, suami berpandangan jika tidak ikut permintaan ibu akan kecilkan hati ibunya, mentelah lagi menziarahi rumah saudara mara juga merapatkan silaturrahim antara keluarga dan hubungan si isteri dgn keluarga suami termasuk hubungan dengan ibu mertua semakin rapat. Bayangkan, jika si suami ikut sangat penat si isteri?

Akhir kata, saya rasa nasihat yang paling terbaik dalam hubungan ibu bapa mertua dengan anak menantu ni ialah..kita anggaplah mereka macam ibu bapa kita sendiri. Kan bila dah jadi ibu bapa mertua kita, kita dah boleh salam dan cium tangan mereka?  Kan bila kahwin dengan isteri atau suami dah macam kahwin dengan keluarga mereka sekali?

===

Bagi yang ingin mendapatkan kaunseling secara bersemuka atau secara dalam talian (online) atau bagi sebarang pertanyaan, sila emel, abah.yasir@gmail.com atau whatsapp di talian: 65 8362 0211.

Boleh juga lungsuri link ini bagi latar belakang saya dan testimoni. 

Untuk follow FB page saya dan mengikuti posting terbaru saya di abahyasir.com, sila klik link ini.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

30 responses

  1. dew embun says:

    Baru kelmarin, embun terfikir bahawa untuk mempunyai keturunan yang baik, maka pemilihan anak menantu (tak kira lelaki atau perempuan) juga perlulah baik.Kerana hanya benih yang baik akan menghasilkan pokok yang baik…kalau benih kurang baik, perlu disemai dan dijaga dengan baik & penuh kesabaran untuk menjadikannya baik.Apapun,kalau keadaan sekeliling atau orang lain kurang baik, diri sendiri kena baik! hehe

  2. Normawati Yaakop says:

    Memang benar kita sebagai menantu perempuan perlu menganggap ibu mertua sebagai ibu kita sendiri. Tetapi bagaimana pula situasi bilamana ibu mertua mempunyai ‘2 muka’ yang berbeza sampai suami sanggup membelakangi kita sebagai isteri. Saya terpaksa pura-pura kerana mahu menjaga hati suami tetapi hati saya tidak merelakannya.

  3. Abah Yasir says:

    Hmmph susah juga tu. Sebagaimana posting saya di atas, si suami memainkan peranan penting dalam meraih penghormatan ibu dan isteri.

    Pada masa yang sama, perkara ini tidak boleh dipendam dalam hati dan kesabaran saudari juga ada batasnya.

    Nasihat saya, saudari perlu mendapat bantuan segera dengan menggunakan orang tengah seperti saudara mara yang boleh dipercayai atau kaunselor bagi menangani isu yang dihadapi.

  4. Normawati Yaakop says:

    Untuk pengetahuan Abah Yasir, saya telah mendapatkan pelbagai bantuan seperti:-
    1. Perbincangan sesama suami isteri. (gagal)
    2. Berjumpa kaunseling Jabatan Agama Islam Selangor. (bertahan 1 minggu sahaja)
    3. Meminta nasihat daripada orang yang lebih tua. (kategori ustaz di kawasan perumahan kami (gagal))
    4. Jumpa bomoh (gagal)- (SAYA KESAL JUMPA BOMOH SEBAB KASIH SAYANG BUKAN BOLEH DI PAKSA)
    5. Last sekali PURA-PURA.

  5. Abah Yasir says:

    Tidak semua Ustaz mampu memberikan kaunseling atau nasihat yang diperlukan dalam urusan rumahtangga.

    Ada baiknya, jika saudari dapat emelkan saya situasi sebenar dan saya cuba bantu mana yang terdaya.

    Emel saya di abah.yasir@gmail.com

  6. Normawati Yaakop says:

    PENGALAMAN BEMERTUAKAN 2 MUKA:-
    1. Manisnya (perkataan/perbuatan) dihadapan suami tetapi buruk rupanya bila suami tak de.
    Ini mungkin kerana saya:-
    a) bukan pilihan ibunya
    b) dari Selangor (suami Pahang) – majoriti menantu mertua dari Pahang.
    2. Pernah di pulaukan seluruh ahli keluarga dan suami sendiri gara-gara mertua mengaibkan saya. (Di gelar menantu kurang ajar). Antara yang masih ada dalam ingatan saya:-
    a) Mertua mengatakan bahawa saya syok kat anaknya sedangkan anakya takle gatai sangat (ALA… BAHASA YANG MANE SETENGAH-SETENGAH IBU BERCERITA YANG MENUNJUKKAN HANYA ANAKNYA JELAH YANG TERBAIK). – Ipar bagitau
    b) Mertua memalukan saya dengan mengatakan menantu pemalas dan kotor (tangan berkudis kerana elergi pil perancang). ALHAMDULLILLAH OK SELEPAS BERHENTIKAN PIL TAPI MERTUA PULA BERKUDIS SEKARANG (BALASAN TUHAN). – pasang telinga (mertua bercerita dengan jiran)
    c) Jiran dan kawan2 suami pandang senget kat saya bila saya balik kampung. (PANDANG SAMBIL MENGOMEL) – saya dengar dan tengok sendiri.
    d) Mertua mengharamkan saya memijakkan kaki ke rumahnya (TAPI SAYA PIJAK JUGA – MENGA..LAH… LAA….). MERTUA LAWAN, SAYA LAWAN BALIK (ikut nafsu) Bukan lawan mulut tapi lawan psikologi. Last2 saya KALAH sebab saya sorang, dia ramai (termasuk suami).
    e) Bila saya lawan balik (perkara d), situasi bertambah buruk, mertua memulakan drama “TANGISAN BERACUN”, HABIS……. Berapa kali gostan cerai pun saya tak ingat. Memang suami sayangkan saya (AGAKNYA) tapi selama 32 bawah ketiak mak macammana nak lentur. Kalau setakat buluh ok gak tapi ni dah jadi perabut.

  7. nur kasih says:

    pernah terjadi kt sy.mertua ckp sy malas masak dan suka duduk dlm bilik.tp sy ngaku kelemahan sy.tp sy da sebab kenapa suka duduk dlm bilik.sy bru lepas gugur jd tekanan untuk sy memang hebat,kebetulan pula anak dia 2 orang mengandung.sy terasa la..tp atas sokongan suami sy redha ketentuan Allah.sekarang hubungan dengan mertua memang tak baik.dia tuduh sy cerita hal dia kat orang lain.Subhanallah….sy tetap bersabar.sy tau sebelum kahwin lagi dia memang tak sukakan sy.anak-anak dia memihak sebelah dia.

  8. nur kasih says:

    tolong lah sy….sy tau semua orang pandang serong terhadap sy.sy dah setahun sebumbung dgn mertua.sy pernah ajak suami pindah.tp dia xnak sebab kesian kt mak mertua sy.tambahan suami dia ada isteri nombor dua.tp suami dia memang xjalankan tanggujawab sebagai suami yg adil.suami sy yg tanggung smuanya.suami dia lepas tgn ja.bila dah bergaduh mcm ni kami buat kepusan untuk pindah…apa pandangan smua???sy kesiankan suami.duit belanja bulan2 untuk kami berdua cuma 2ratus ja dr 2ooo rggit

  9. NY says:

    Biasanya jenis mak mertua jenis ni lebih mementingkan perasaan dan naluri mereka sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang yang bukan “darah dagingnya”. Walaupun saya dan mertua tidak pernah bertekak mulut (berdua) tetapi kami masing2 menunjukkan ketidakpuashatian melalui riak rupa dan perbuatan. Suami saya pula (saya anggap) memang lebih mementingkan ibunya dalam segala hal. Sampai emaknya sendiri pun tak pernah di tegur walaupun nampak betul kesalahannya. “TAKUT MENDERHAKA” katanya. Memanglah derhaka kalau cakap KURANG AJAR tapi kalau kena dengan bahasanya kan lagi elok. Tapi dah di setkan dalam kepala. (SEMUA ADIK BERADIK DAN KENA IKAT IDUNG DENGA MAKNYA). Akhirnya isteri merana kerna duit tak cukup, anak nak PAKAI BAPA. Tapi Nur Kasih masih ada nasib menyebelahi awak. “SUAMI”. Suami bagi saya adalah senjata bagi isteri. Adik ipar saya (Adik lelaki suami) seorang yang tegas dan tak terlalu manja dengan mak. BIASA2 seperti anak lelaki yang NORMAL. Apa yang saya nampak sedikit pun mertua tak dapat mengusik isterinya (MENANTU MEMANG SEORANG YANG BAIK) kerana dia tahu anaknya LAIN sikit. Tapi saya tidak, lagi mertua TIKAM, suami TIKAM LAGI DALAM.

  10. Abah Yasir says:

    Nota – Pandangan ini saya terima melalui emel daripada lieyna sally.

    Terima kasih saya ucapkan. Semoga Allah memberkati beliau serta rumahtangga yang didirikan.

    Tahniah juga diucapkan kerana melihat cabaran dari sudut positif. Itulah antara rahsia keharmonian dalam rumahtangga.

    Assalamualaikum,

    bercerita tentang menantu perempuan vs ibu mertua..

    saya ada kisah saya sendiri bersama ibu mertua.benar bila kita sayangkan suami kita harus menerima kaum kerabatnya juga.

    pengalaman saya yang lepas,sewaktu awal perkahwinan saya memang dugaan terlalu banyak sehingga saya terpaksa menjeruk rasa.mungkin ibu mertua saya tidak dapat terima kenyataan bahawa anaknya sudah ada yang menjaga makan dan minum.berbagai test digunakan untuk mencari kelemahan saya..alhamdulillah saya sudah bersedia..

    test yang pertama dia suruh saya masak pada hari pertama saya ke rumah mertua dan alhamdulillah saya memang boleh memasak dan bapa mertua saya serta ipar duai saya suka dan bila tak tahu test apa lagi dia tanya saya pandai baca al Quran atau tidak sebab dia tak pernah tengok saya membaca al Quran kerana bapa mertua guru mengaji.satu malam saya ambil alQuran dam membaca alQuran bersama bapa mertua saya..dan yang paling membuat saya gembira bapa mertua saya komen saya bagus mengaji alQuran tak seperti yang disangka ubu mertua saya.itu hanya sebahagian yang ada lebih hebat lagi…

    saya mohon pada tuhan agar kuatkan hati..dan alhamdulillah berkat sabar saya selama 17 tahun segalanya bertambah baik. apa yang boleh dikatakan sabarla demi suami kerana syurga suami di bawah telapak kaki ibunya bukan dibawah tapak kaki isteri.

  11. raudhah says:

    Salam ustaz..

    Saya kini tinggal bersama mertua yg balu dan sakit… saya banyak mengalah dan mengikut kehendak suami dalam hal2 melibatkan mertua.. bandingkan dgn biras dan adik beradik ipar saya saya, mereka sering mengelak untuk menjaga mertua.. saya tidak bergaduh dgn mertua

    tetapi…

    suami saya dia tidak sebulu dgn ibu dan bapa saya kerana isu wang hantaran dahulu sahaja.. sehingga kini dia masih teringat2 walau telah ada anak dan walau kini ibu bapa saya melayan dia dgn baik.. hingga kini jika ada salah faham suami saya akan menghina saya dan melibatkan kedua ibu-bapa saya.. dia turut menghina ibu bapa saya… contoh saya tidak pandai bawa kereta dia menghina ibu bapa saya tak mengajar bawa kereta betul2 dah kawen menyusahkan suami kalau accident masuk gaung pergi panggil ibu bapa saya balik..

    apa hukum kepada suami saya?
    bagaimana nak menydrkan dia jika menghina ibu bapa mertua pun sama seperti hina ibu bapa sendiri?

    terimakasih

    • Abah Yasir says:

      Salam Raudhah,

      Tindakan suami anda memang tidak bertanggungjawab dan perlu dinasihati segera. Pada pandangan saya, beliau masih mempunyai isu yang belum selesai (unresolved issues) dengan ibu bapa anda. Mungkin di sisi kita suatu perkara yang kecil tetapi dari suami anda, ia satu perkara yang memalukan beliau sebagai seorang suami dan diingati sampai bila-bila.

      Tiada cara lain, selain dari mengadakan pertemuan empat mata di antara suami dan kedua ibu bapa anda dan sebaiknya juga ianya ditemani oleh orang tengah yang rapat dengan kedua belah pihak dan boleh dipercayai. Mungkin, kemaafan dari kedua ibu bapa anda mampu melembutkan hati suami. Siapa tahu?

  12. syikin says:

    salam,
    ustaz,
    krisis saya dengan ibu mertua disebabkan saya bekerja dan berpendapatan lebih tinggi dari suami..segala kelengkapan rumah saya mesti ada di rumah mertua.semua itu mertua minta daripada suami..walaupun mertua tahu anaknya tidak mampu..melalui biras, mertua bercerita kononnya saya yang menumpang dan menghabiskan duit suami..sedangkan sebaliknya. setiap kali balik ke kampung suami, saya menanggung segala perbelanjaan..saya tak kisah sebab saya masih mampu..tetapi yang menjadi luka di hati, setiap apa yang disediakan tidak pernah diucapkan terima kasih.tidak pernah..berbeza dengan ibu sendiri..walaupun secubit garam yang diberi, mulut tidak berhenti2 mengucapkan terima kasih. Suami buat macam tak tahu. seluruh keluarga mertua pun serupa.adakah tidak dididik untuk mengucapkan terima kasih di atas setiap pemberian orang?Sekarang saya rasa terbeban dengan segala perbelanjaan yang sepatutnya ditanggung suami..mertua pula ambil kesempatan..

    • Abah Yasir says:

      Salam Syikin,

      Nilai dalam keluarga yang diterapkan oleh ibu bapa amat penting dalam pembangunan diri anak-anak.

      Melihat dari coretan anda di atas, saya melihat terdapat percanggahan nilai antara cara keluarga anda dan suami dibesarkan.

      Dalam hal ini, anda terpaksa menerima hakikat cara suami dan keluarganya dibesarkan.

      Walau bagaimanapun, tidak salah untuk anda mengingatkan suami dan anak-anak dari semasa ke semasa dalam mengucapkan terima kasih.

      Bagi mengurangkan rasa hampa dukacita yang berlarutan, anda perlu menerima hakikat yang memang cara keluarga suami sedemikian.

      Pada masa yang sama, cuba luahkan pada suami atau kedua ibu bapa perasaan kecewa yang dialami, ini sekurang-kurangnya meringankan sedikit bebanan perasaan yang dialami.

      Selain itu, saya kira selain dari sikap tidak suka mengucapkan terima kasih. Pasti ada juga sedikit sebanyak nilai-nilai positif yang ada pada diri suami dan keluarganya termasuk mertua anda.

      Carilah kebaikan yang ada, sekurang-kurannya dalam keburukan ada juga kebaikan yang tersembunyi.

  13. mr says:

    Salam ustaz, saya ini mulanya adalah menantu pilihan keluarga. Keluarga kami bersaudara sebelah ibu mertua dengan arwah ayah saya. Masalahnya, bapa mertua sering memulakan isu yang boleh mengguris hati saya. Ibu mertua saya hanya ikut suaminya 200% tanpa mengira perasaan hati saya. Begitu juga suami saya sendiri atas alasan tidak mahu menderhaka. Permintaan mertua keduanya semakin menjadi-jadi baik dari segi tenaga & wang ringgit. Saya mempunyai gaji yang lebih tinggi dari suami sejak sebelum kami berkahwin lagi. Saya juga dari keluarga yang agak berada. Permintaan mertua lazimnya melebihi dari kemampuan suami & saya sekeluarga. Contohnya,pertama: dia akan menelefon kami sekeluarga supaya balik kampung hanya kerana dia demam (tidak teruk) pada hari bekerja di bulan Ramadhan. Bila difikir-fikir, alasanya sebab kami sekeluarga tidak balik kampung semasa cuti sekolah tempohari. Contoh kedua, suami telahpun membeli sebuah kereta import untuk ibubapanya atas alasan keduanya mahukan kereta tersebut. Walhal kereta-kereta yang kami sekeluaga gunakan sekarang jauh lebih murah dan saya yang menanggung pembayarannya. Untuk pengetahuan ustaz, saya pernah berbincang dengan suami mengenai hal ini, tapi beliau naik berang & memang tidak boleh diajak berbincang dalam apa juga hal yang melibatkan ibubapa dan adik-beradiknya atas alasan tidak mahu menderhaka & pertalian adik-beradik mesti dijaga. Untuk pengetahuan ustaz, saya amat tertekan bila suami tidak melayan adik-beradik saya dengan baik. Suami sering mempersendakan arwah ibubapa saya dan adik beradik saya. Saya amat tidak rela dengan keadaan ini. Saya amat mengharapkan agar ustaz boleh memberikan saya panduan untuk membolehkan saya memperbaiki keadaan.

    • Abah Yasir says:

      Salam Mr,

      Sebagai anak memang kita wajib mentaati kedua ibu bapa selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat. Walau bagaimanapun dalam sesetengah hal terutamanya apabila sudah berumahtangga, kita juga perlu bijak menangani permintaan ibu bapa tanpa merosakkan rumahtangga sendiri.

      Terdapat tiga senario di sini yang saya dapat lihat daripada isu yang puan bentangkan:

      Pertama: Ibu bapa minta pulang ke kampung kerana sakit (tidak kuat)
      Saya lihat di sini sebagaimana yang puan sebutkan ialah kerana tidak balik bercuti. Maka kenapa tidak, waktu cuti persekolahan puan mengikut suami balik ke kampung. Ini bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

      Kedua: Membeli kereta bagi ibu bapa
      Secara ideal, ini antara permintaan yang tidak wajar diikuti kerana suami sendiri tidak mempunyai kewangan yang cukup dan menambah hutang keluarga. Cadangan saya, daripada mengkritik tindakan suami secara terbuka dan mengungkit pemberian suami pada kedua ibu bapanya. Cuba tumpukan hutang yang menimbun dan kesannya kepada keluarga, sebaiknya cuba catitkan di kertas aliran wang masuk keluarga termasuk bil, bayaran sewa dan hutang piutang lain termasuk kereta. Dengan cara ini, sedikit sebanyak mesej yang puan sampaikan akan masuk ke dalam pemikiran suami.

      Ketiga: Layanan buruk pada keluarga isteri.
      Cuba berterus terang dengan suami akan ketidak puasan hati puan. Caranya ialah dengan menggambarkan perasaan puan terhadap tindakan suami. Ini seperti kata, ’kecewa’, ’terkilan’ ataupun ’hampa’. Cuba juga bayangkan dan tanyakan pada suami, jika perkara yang sama dilakukan pada keluarga beliau. Adakah beliau suka? Adakah beliau ingin anda bersikap kurang ajar atau kurang hormat pada keluarganya? Apakah nilai yang ingin disampaikan pada anak-anak jika sikap suami sedemikian rupa?

      Jelaskan yang anda tidak tahan dengan sikap suami dan ingin ianya dihentikan segera. Adalah suatu perkara yang wajar jika beliau inginkan kehormatan pada keluarganya, perkara yang sama juga perlu dilaksanakan pada keluarga puan.

  14. Adik says:

    Salam Ustaz,

    Dalam isu mertua-menantu, kita tak seharusnya menulis artikle atau memberi nasihat secara berat sebelah. Tidak ada keadaan yang betul atau salah, dan tidak ada orang yang boleh menjadikan cerita atau pengalamannya sebagai contoh solusi pada masalah orang lain, walaupun topiknya sama.

    Saya juga mempunyai masalah dengan mertua. Tetapi saya tak pandang dari sudut mengubah perangai dia atau saya, saya bertindak dengan mengubah keadaan. Saya juga termasuk isteri2 yang dipulaukan mertua dan ipar kerana cemburu. Saya yakin saya dapat menerima dan mengatasinya tetapi terhalang kerana tiada sokongan suami, dan ipar saya begitu benci pada saya, sehingga makin saya buat baik, makin dia menyampah.

    Saya juga yakin sekiranya saya dapat sokongan suami yang tidak bermuka dua, atau jika arwah bapa mertua saya masih ada, keadaan dapat dikawal.

    Kini setelah dua tahun tersiksa hidup sebumbung dengan mertua dan ipar duai, sehingga disihir dan setelah hampir bercerai, saya telah membuat keputusan untuk merubah keadaan saya. Saya bekerja dan duduk rumah sendiri yang saya sewa bersama anak saya, dan saya tanggung diri saya dan anak saya secara 100% supaya saya tak dipersalahkan lagi. Malahan kini, saya turut menanggung tempat tinggal dan makan minum suami, kerana dia harus menggunakan seluruh pendapatannya utk menanggung keluarga dan adik beradiknya yang sudah dewasa dan ada yang telah berumahtangga. (Bantu mereka hutang duit melalui credit card suami saya untuk bisnes mereka, kereta, rumah, bill2 hp, sewa kedai utk berniaga – kerana boring duduk rumah – dan sbgnya.)

    Saya cuma mampu berserah dan berdoa kepada Allah agar suatu hari nanti hati mereka akan terbuka dan mudah-an mereka akan insaf, serta dikurniakan perasaan kasih sayang yang ikhlas dalam hati mereka terhadap saya. Amin.

    Pada pendapat saya, kalau mertua tak nak pandang muka kita, dan kalau pandang saje hati kita akan disakiti, tak dosa kalau kita buat apa yg dia suka iaitu: jangan jumpa dia langsung. Seperti kata adik ipar saya: “Boleh tak tolong jangan ada kena mengena dengan abang (suami saya) lagi??” dalam kiriman sms nya. Kerana dia mendakwa keluarganya selalu bergaduh kerana saya tinggal di rumah mereka (yang telah pun ditukar nama pada suami saya).

    Walaupun kini mereka masih berusaha utk mengkontrol suami saya supaya tak terlepas dari tangan mereka, saya anggap itu keputusan suami saya sendiri juga. Saya tak dapat menolongnya. Yang penting diri saya dan anak2, saya tanggung sendiri, tak susahkan sesiapa, tak ganggu sesiapa.

    Sekian.

    • Abah Yasir says:

      Tiada salah betulnya satu-satu pengalaman. Ia sebagai satu panduan sahaja, jika boleh diikuti kenapa tidak? Jika ada cara lain yang lebih baik. Dipersilakan.

      Poin utama yang ingin saya ketengahkan ialah usah kita mempersalahkan orang lain. Ianya tidak akan membawa kita ke mana. Yang penting kita perlu lakukan sesuatu bagi mengubah keadaan.

      Namun, kesan jangka panjang juga perlu diambil kira. Adakah tidak menziarahi terus mertua satu perkara yang boleh memperbaiki keadaan? Bagaimana jika suami pun mengambil langkah yang sama pada ibu bapa kita? Sampai bila kita mampu bertahan menanggung nafkah keluarga yang sepatutnya ditanggung oleh suami?

      Mungkin perkara di atas sesuai yang lain..mungkin juga tidak.

  15. ninie says:

    salam ustaz…
    saya ada cerita nak dikongsi.ibu saya telah dihalau oleh kakak ipar saya kerana kakak ipar saya berasa tidak selesa ibu tinggal bersama keluarganya.abg saya pula seorg yg terlalu sabar.bagaimana abag saya patut menegur isteri dia supaya hormat pada ibu kami.ibu hanya tumpang tidur malam shja kerana rumah ibu berdekatan dengan rumahnya tetapi bukan setiap hari kerana adik beradik yg lain juga bergilir-gilir menjaga ibu.cuma bila atas permintaan ibu untuk duduk rumahnya sendiri,kami akan hantar di pulang ke kampung dan rumah abang saya dekat dgn rumah ibu.kerana risaukan keselamatan ibu pd waktu mlm,abg minta ibu tidur dirumahnya.tapi isteri abg tidak mengizinkan,adakah isterinya punya hak untuk melarang abg menjaga ibu.ustaz,tolong beri cadangan bagaimana untuk abg saya menegur isterinya.interina juga ada berkata “ibu saya sdri saya tak jaga,ibu mertua pun saya tak nak jaga” dan dia minta abang saya membuat keputusan samada terus membenarkan ibu duduk dirumahnya atau dia akan keluar dr rumah.apa hukumnya dia buat begitu.tolong la ustaz….terima kasih

  16. Adik says:

    Salam Ustaz,

    Kerana kesan jangka panjanglah kita membuat keputusan untuk mengubah keadaan. Contohnya, kes yang agak kronik sehingga melibatkan sihir menyihir, tak perlukan kita supaya terus bersabar menanggung derita. Kalau tak, jadi macam sinetron yang babak-babaknya berulang.

    Persoalan2 yg ustaz kemukakan juga tak semestinya sesuai buat semua keadaan. Contohnya, keputusan saya untuk membawa diri juga dibuat setelah lama bersabar atas perangai suami yang sejak kahwin dari sekarang tidak pernah menziarahi ibu bapa dan keluarga saya sehingga saya malu dibuatnya.

    Berkenaan nafkah, selama mana orang lelaki mampu menanggung nafkah keluarga, selama itulah juga orang perempuan mampu menanggung keluarganya. Jika tidak, masakan para janda dan ibu-ibu tunggal boleh survive?

    Pada pendapat saya, tiada hypothesis bagi permasalahan hubungan mertua-menantu. Setiap masalah adalah unik. Jika ia blh diberi hypothesis, maka dunia tidak perlukan kaunselor.

  17. iza says:

    ustaz…
    saya sedang menghadapi masalah suami yg bermasalah dengan bapa mertua. untuk pengetahuan ustaz, kami tinggal serumah dengan ibu bapa saya walaupun kami punya rumah sendiri disebabkan tpt kerja saya dan anak tadika dekat dengan rumah ibu bapa.
    suami seorang yang baik dan sentiasa menjaga solat tp suami saya selalu marah2, maki hamun parents saya didepan saya.ada sahaja yg tak kena dengan ibu bapa saya.bapa saya mmg very caring. selalu ambil berat akan kami sekeluarga tp pada suami saya dia menganggap bapa saya cuba menyibuk urusan keluarga kami.
    sehingga beberapa hari lepas,semasa kami bertengkar suami saya telah menengking bapa saya dengan ayat”jangan ganggu urusan keluarga org lain”.dan terus kami balik ke rumah kami. bapa saya begitu terasa hati dan sangat marah pada suami saya yg selama ini dianggap menantu yang paling baik. dan sehingga hari ini bapa saya masih susah nak memafkaannya dan suami saya masih lagi belum meminta maaf dengan bapa saya.
    saya berasa sangat serba salah, walaupun saya berada di rumah keluarga saya, tp keadaan dah tak sama macam dulu.apa yg patut saya buat ustaz??hubungan saya dan suami pun sudah kurang mesra mungkin disebabkan rasa marah saya pada suami.saya memang serba salah dan harap keadaan akan berubah baik.

  18. honey says:

    Assalamualaikum,

    Saya hanya nak meluahkan ape yg terbuku didalam hati ni. Setiap kali balik kampong, keluarga mertua mesti nak ajak suami ni gi jalan sana sini. Masalahnya ialah KEWANGAN. Kami ni bukannya org berada. Kerja pun makan gaji. Berapa sangatla yg tinggal lepas tolak duit rumah kereta, bil2 dsb. Tapi keluarga mertua ni macam tak faham. Mereka igt kami suami isteri bekerja mesti la ada banyak duit. Tinggal di KL ni kos nya tinggi. Dahla kereta suami ditinggalkan dikampung utk kemudahan mereka, Suami kene spend RM500 sebulan utk bayar duit kete, tu belum lagi duit service, tukar tayar (4 tayar kat RM 1000)dll. Manakala honey kene bayar duit kete yang kami guna di KL ni Kami kene bayar 2 buah kereta. sendiri. Bila hantar kereta honey utk dicuci mst suami minta claim duit kat honey walaupun RM 10. Walhal kereta tu kami gunakan bersama. Tapi kereta dia dikampung yang boleh dikira berapa kali honey & anak naik (menumpang harta suami la konon), duit cuci kereta mampu lak dia bayar.Bila balik kampong honey akan tanggung duit tol. Mnakala suami support duit minyak. Tapi bila keluarga suami, siap support tol & minytak lagi.Suami ajak pergi makan angin. Dia support hotel, minyak kete, makan minum, naik bot dll. Honey tanya..mana abg dapat duit ni nak support semua org(7 org)? Tapi dia taknak cerita. Honey nasihatkan suami supaya kene beringat.Kita lambat lagi nak dapat gaji. Tapi suami tak endahkan kata2 honey. Last2 bila tak cukup duit (sebab baru awal bulan) nak beli barang dapur pun kene buat catuan. Sampai honey kene minta pinjam duit dari mak honey pulak..Malu rasanya ngan mak..pergi makan angin ada duit. Tapi beli barang dapur utk anak bini mintak duit ngn mak..Bukan stakat tu jer..bil telefon mak dia sampai berpuluh2 ringgit pun suami bayar. Adik dia bukan main sedap la call sana sini. Pastu ngan duit bulanan lagi. Honey tak kisah la dia nak bagi kat mak dia, tapi berpada2 la..sebab honey sendiri sampai tak cukup duit nak bagi mak honey sendiri. Suami ni jenis tak kedekut. Bila ada duit dia belanja habis habisan. Tpi yg parahnya si isteri la.Bila suami tak cukuo duit, mintak isteri beli barang dapur. Pastu bila isteri tak cukup duit, mintak mak honey tolong top upkan perbelanjaan kami.. GERAM!!
    Masalah ni akan terus berlanjutan kalau suami tak explain ngan famili dia mcmana kedudukan kewangan kami. Kalau utk uruskan keluarga kami ni mampula lagi..tapi kalau sampai nak suap 7 mulut org makan manala mampu..kami pun ada anak jugak..tu patutnya tanggungjawab pak mertua..bukannya anak sulung.honey pun ada mak jugak..tapi tak pernah menyusahkan anak menantu..

  19. lela says:

    salam..

    pada pendapat saya..perbezaan antara menantu dan mertua..kerana kita dibesarkan dalam keluarga yang lain..memang selepas berkahwin kita perlu terima mertua seperti ibu sendiri..tetapi..hakikat tetap hakikat..kita dibesarkan dalam keluarga yang berbeza..dari situ timbul masalah..

    mertua tidak boleh menerima kita kerana pada pandangan beliau kita begitu dan begini…kita pula susah nak terima cara keluarga lain kerana cara kita dibesarkan tak sama..

    seringkali bermain dalam fikiran kita..mak aku tak macam nie pun..mak aku begitu..mak aku begini…

    mertua merasakan diri mereka full of power..kuasa sebagai mak..terhadap anak lelaki…anak lelaki..di mana syurga di bawah tapak kaki ibu…betul…tetapi perlu juga anak lelaki ingat…isteri dan anak adalah amanah Allah yang juga berdosa jika dipandang ringan..

    sebentar tadi saya memandang anak lelaki saya yang sedang tidur..Ya Allah..sayangnya pada dia..namun satu hari nanti…perlu saya terima hakikat..anak akan berkeluarga..akan ada tanggungjawab besar..

    pengalaman pahit dengan ibu mertua..akan cuba saya jadikan benteng..agar tidak mengulang perkara yang sama pada menantu..agar tidak membuat anak lelaki serba salah…tersepit..Insyaallah…

  20. honey says:

    Setuju dengan pandangan lela.kekadang parents ni tak dapat terima bahawa anaknya telah berkongsi hidup dgn org lain selain ibunya..tambahan pula kalau anak lelaki tu sulung, bongsu or anak lelaki tunggal dalam family.Si ibu akan berasa tercabar kerana ada org lain seolah2 mahu merampas kemanjaan anaknya bersama dia.Dia mungkin merasakan anak yg dilahirkannya dahulu yg masih kecil tetapi sekarang dah ada famili sendiri.Hopefully honey takkan jd begitu bila anak2 dah besar sbb kita akan menyebabkan keadaan rumahtangga anak menjadi huru – hara.Honey merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga.Tapi alhamdulillah mak honey tidak ada masalah utk menerima anak baru (menantu) dalam keluarga.

  21. rulza says:

    Ustaz cakap pasal Menantu Hantu…Kalau Mertua Yang Hantu..Oii siksanya sekarang ni..memang saya dah dua tiga kali nak tinggalkan suami sebab mertua buat perangai..nak tinggalkan bukan sebab tak sayang tapi sebab takut suami terbeban ngan sikap mak dia yang teruk dan terhimpit dengan tanggungjawab kepada saya dan anak2..mak dia walaucamana kita berdiam pun tetap ada hal yang dia akan buat…..

  22. mas says:

    salam
    dalam soal menantu-mertua..dan soal suami-isteri..kita rujuk pada agama..jadikan Islam sebagai asas dalam berfikir dan bertindak..
    – selepas nikah..ketaatan isteri adalah pada suami dan ketaatan suami adalah pada ibunya..selagi tidak menyalahi agama…malah saya ada terbaca (kalau silap ustaz tolong betulkan)…seorang sahabat jumpa Nabi mengadu ibunya asyik mintak duit…kata Nabi..’engkau dan hartamu adalah milik ibumu’…
    – nafkah keluarga ditanggung oleh suami..walaupun isteri bergaji lagi tinggi..oleh itu..bagi isteri..kalau tak mampu ikhlaskan hati (tanpa mengungkit) keluarkan belanja…jangan keluarkan…
    – suami wajib menanggung nafkah keluarga..dari segi makan, pakai, tempat tinggal..

  23. matahari says:

    Assalamualaikum wbt.

    Ustaz, saya rasa saya ingin berpisah dengan suami. Kami sudah berkahwin selama 8 tahun lebih dan mempunyai dua orang anak. Di awal perkahwinan, saya duduk bersama ibu mertua sebab beliau baru sahaja kehilangan suami. Masa itu saya masih muda dan banyak perkara yang saya tidak puas hati tapi banyak memendam rasa. Setahun kemudian, ibu mertua saya tinggal bersama anak perempuannya untuk menjaga cucu. Beliau juga turut memelihara anak saya dengan baik walaupun saya sedar beliau lebih mementingkan cucu-cucu dari anak perempuannya. Saya juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan kakak ipar saya. Secara umum, kami mempunyai hubungan yang baik dan saya mempunyai beberapa isu terpendam yang saya simpan dalam-dalam.

    Pada hari ini, saya dan suami bergaduh kerana isu yang agak remeh iaitu membawa anak-anak bercuti. Ibunya risau untuk pergi bercuti kerana cucunya akan pulang semasa kami bercuti. Suami saya juga risau jika tiada orang dapat menguruskan saudaranya di lapangan terbang. Setelah saya meyakinkan suami melalui pesanan yang dikirim sendiri oleh kakaknya bahawa beliau dapat menguruskan dirinya sendiri, barulah suami ingin pergi bercuti ke tempat yang agak jauh untuk membawa anak-anak berhibur. Masalahnya, jawapan yang diberikan oleh suami saya sudah terlambat. Saya sudah kecewa kerana segala cadangan ditolak dan semua rancangan perlu mendapat pandangan ibunya terlebih dahulu. Saya telah berusaha mencari beberapa lokasi yang sesuai dan ada yang sudah dibuat tempahan tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab diatas. Kesudahannya, apabila suami dan ibunya telah setuju untuk pergi bercuti dan memaklumkan kepada saya, saya sudah putus asa dan tidak mahu kemana-mana.

    Akhirnya, suami saya marah dan mula mengungkit bahawa saya memang berdendam dengan ibunya sejak mula kahwin. Saya memang tidak mahu bercuti bersama ibunya. (Walhal saya dah berusaha cari apartment 3 bilik bagi memastikan kami semua dapat bercuti dengan selesa), dia menyalahkan saya membenci ibunya, (saya tak benci cuma ada pada masa-masa tertentu kadang-kadang saya tidak senang dengan ibunya), dia menengking yang saya tidak menghargai penat lelah ibunya menjaga anak-anak kami dan menyebut tentang usia ibunya yang sudah 60 tahun dan patut dihargai dengan lebih baik. Dia juga turut menghina ibu saya yang langsung tidak memelihara anak kami (salah satu sebab mak saya tak suka datang kat rumah saya dulu sebab saya menumpang rumah mak mertua, lepas tu, bila mak mertua keluar, saya masih tinggal di rumahnya dengan barang2nya yang perlu saya jaga rapi. Saya akui, mak saya juga tidak berapa beratkan anak-anak saya tetapi saya tak kisah).

    OK, saya mengakui saya secara jujur bahawa saya lebih menyukai jika kami dapat bercuti tanpa ibu dan pembantu rumah. Tetapi, saya boleh bercuti bersama jika perlu. Isu bercuti ini bermula apabila ibu mertua saya ingin melawat saudaranya di selatan manakala saya berpendapat daripada melawat saudaranya di Selatan lebih baik jika kami balik melawat ibu bapa saya di negeri saya. Suami akhirnya memilih untuk ke Pantai Timur bagi memastikan tiada isu pilih kasih dalam hal ini. (Dia tak cakap tapi saya tahu). Tetapi, saya terasa hati apabila ibunya ada menyatakan bahawa buat apa balik ke kampung saya sedangkan raya tahun ni kami akan beraya di kampung. Bagi saya, kampung suami saya dekat dengan KL dan kami selalu balik kampung, kalau saya komen pun depan suami tetapi saya tetap ikut balik.

    Saya yakin letusan marah dan emosi yang ekstrem ini berpunca dari isu yang tidak diselesaikan yang terpendam sekian lama. Semenjak 4 bulan kebelakangan ini, saya mulai terasa selesa hidup sendiri tanpa suami (atau mana-mana lelaki), saya juga tidak bernafsu untuk bersama, lebih senang berada di rumah dengan anak-anak dan lebih selesa membawa mereka tanpa suami. Saya rasa saya boleh hidup sendiri tanpa suami tetapi saya percaya proses transisi mempunyai cabaran yang tinggi. Bagi saya, suami saya sentiasa mendahulukan ibunya dan keluarganya dan kami menjadi prioriti kedua. Perkara ini tidak dapat diterima oleh saya. Jika dia tidak selesa melawat saudara saya, tetapi dia boleh akur jika ibunya ingin melawat saudara maranya. Saya juga mengakui kerana isu yang tidak selesai ini (unresolved issues), saya boleh menjadi seorang yang nusyuz. Contoh pada hari ini, saya sendiri membawa anak-anak ke taman. Saya bercadang untuk membawa anak tidur di hotel pada hari esok. Pada satu tahap, saya berdoa semoga kami (saya dan anak-anak) boleh mati bersama dalam kemalangan dan tidak perlu lagi memendam rasa sebegini. Banyak perkara lain yang saya pendam.

    Selepas ini, saya berfikir untuk meminta diceraikan dengan baik. Malu? Memang malu tapi saya sudah tidak boleh hidup dengan suami saya lagi.

  24. ezuliana says:

    slm.saya ingin mendptkan pendapat ttg ibu saya yg anggap saya menderhaka pdnya.asalnya ibu saya tak brp suka dgn suami saya krn dulu suami saya seorg yg panas baran dan selalu memukul saya.tp sekrg semuanya dah berubah.suami saya dah rajin mengerjakan sembahyang dan berubah menjadi seorg penyayang.saya taatkan suami tp ibu cemburu.tambahan pula rezeki kami anak beranak melimpah ruah.ibu bertambah geram dgn suami saya.dulunya saya selalu minta pendapat ibu atas segala masalah tp skrg saya lebih memberatkan suami.mulanya ibu bergaduh dgn suami saya.saya tak suka ibu merendah2kan suami saya pd org lain jd saya melawan ckp ibu.sekrg ibu anggap saya menderhaka.saya rasa sedih.saya keliru.siapa yg patut saya beratkan.suami atau ibu….

  25. adi aman says:

    Kepada Ezualina,
    Maaf saya bukan ustaz, tapi ada pengalaman sikit.Saya ada 3 anak perempuan alhamdulilah, satu sudah berumah tangga dengan suami pilhan sendiri.Ingat ya setiap kebaikan hidup kita akan ada cubaan nya, itukan kerja setan ta boleh tnegok kita senang, lebih2 lagi apabila awak akui suami anda sudah berubah ada saja perkara yang hendak di duga oleh benda2 yang tak di sangka. Dugaan anda sangat berat antara ibu dan Suami, Faham ya, kalau saya salah betulkan, Ada hadith yang mengatakan, tanggung jawab seoranng isteri pada keluarga(ibu Bapa Nye) berkurangan setelah berumah tangga, tanggung jawab isteri lebih pada suami. Mungkin ini awak sudah tahu. Yang penting sebagai seorang anak dan seorang isteri, pertama kita perlu banyak sabar dan redha, kurangkan membuat andaian yang negatif, (ibu cemburu pada suami anda). Kedua kita harus bijak, pemikiran seorang wanita lebih tajam dari lelaki, gunakan akal berfikir cara2 yang benar2 terbaik untok meyelesaikan perkara ini. Ketiga kekuatan wanita adalah kelembutan perwatakan mereka, jangan meninggi suara pada ibu, lebih2 lagi dalam keadaan marah, walaupun untok mempertahankan maruah suami, jangan ikut emosi amarah, cakap dengan ibu baik2 misal nye, ( maaf ibu,ibu berkata tentang suami saya,)kalau dia masih marah dan melarut, anda diam sahaja dna berdoa kepada allah untok di beri kesabaran dan pohon semoga allah memberi hidayah pad nye, insyaallah allah akan menyebelahi kamu, kalau ta cepat tetap bersabar ya.Sebagai seorang insan biasa kita tak jauh dari sifat amarah dan emosi, ta salah cuma kita harus tahu bagai mana mengaendalikan emosi itu supaya tidak mudarat dan mengganggu keharmonian keluarga, lebih2 lagi kit tahu perbuatan kita itu benar dan untok menegakkan kebenaran.

    Salam, semoga allah memberkati dan memberi kita semua pertunjok dalam menyelesai dugaan hidup kita harian.insyaallah