Image

Soalan:

Antara tanggungjawab suami pada ibu dengan tanggungjawab ke atas keluarga (isteri dan anak-anak): mana yang lebih utama?

Jawapan:

Tanggungjawab terhadap ibu bapa merupakan satu kewajipan yang utama dan termasuk dalam perintah berlaku ihsan pada kedua ibu bapa yang dituntut dalam agama.

Berlaku ihsan pada ibu bapa ini pula meliputi ketaatan kepada perintah kedua ibu bapa kita, menyantuni dan melayan keduanya dengan baik dan menggembirakan hati mereka. Malah menjaga dan memberi nafkah bagi menampung keperluan hidup mereka juga termasuk dalam erti kata berlaku ihsan kepada kedua ibu bapa.

Dalam hal mentaati ibu pula, diberikan penekanan yang sangat jelas oleh Rasulullah s.a.w. dalam menunjukkan betapa kedudukan ibu itu sangat tinggi dalam agama. Ini dapat dilihat melalui sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.:

“Seseorang datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti?” Nabi s.a.w. menjawab: “Ibumu!” Dan orang tersebut kembali bertanya: “Kemudian siapa lagi?” Nabi s.a.w. menjawab: “Ibumu!” Orang tersebut bertanya kembali: “Kemudian siapa lagi?” Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali: “Kemudian siapa lagi.” Nabi s.a.w. menjawab: ‘Kemudian ayahmu.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

 Kedudukan Tinggi Seorang Ibu Dalam Agama

Menurut Imam Ibn Battal dalam kitab Fathul Bari Syarh Sahih Bukhari karangan Al-Hafiz Ibn Hajar, hadis ini menunjukkan kepada keutamaan darjat ibu sehingga disebutkan lafaz ibu sebanyak tiga kali berbanding lafaz bapa yang hanya disebutkan sebanyak satu kali sahaja.

Rahsia dan hikmah Rasulullah s.a.w. menyebut lafaz ibu sebanyak tiga kali dan lafaz ayah hanya satu kali ini (3:1 atau tiga nisbah satu), menurut Ibn Battal ialah kerana hakikat bahawa ibu menghadapi kesulitan dalam menghadapi masa hamil (1), kesulitan ketika melahirkan (2), dan kesulitan pada saat menyusui (3) anak, yang mana kesemuanya hanya dialami oleh si ibu sahaja. Manakala dari sudut membesarkan dan pentarbiyahan ia dikongsi sama antara ibu dan ayah.

Malah Allah s.w.t. sendiri mengakui hal ini dalam firman-Nya melalui surah Luqman ayat 14 yang bermaksud:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” 

Begitu juga dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud:

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyusunya adalah sehingga tiga puluh bulan (Yakni minimum usia hamil paling kurang sampai melahirkan adalah 6 bulan, ditambah 2 tahun (24 bulan) menyusui anak, jumlahnya menjadi 30 bulan)”.

Berlaku Ihsan Pada Kedua Ibu Bapa Sebelum Berumahtangga

Keutamaan untuk berbuat baik pada ibu bapa adalah mutlak bagi seorang anak lelaki mahupun perempuan sebelum mereka berumahtangga, kecuali dalam keadaan di mana perintah kedua orang tua mempunyai unsur maksiat, maka ia wajib diingkari. Namun, tetap kita diminta untuk mengingkari dengan cara yang sopan dan usah sampai berkasar atau sampai ke peringkat mengecilkan hati kedua ibu bapa.

Perintah mentaati kedua orang tua juga tetap tidak berubah walaupun ibu dan bapa bukan beragama Islam, ataupun ibu bapa kita seorang yang fasik yakni orang yang melakukan dosa besar.

Namun apabila seorang Muslim itu bernikah, beliau mempunyai tanggungjawab baru yang tidak kurang pentingnya di sisi agama.

Beliau bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami, atau dengan perkongsian nafkah bagi kes isteri yang turut sama bekerja, jika si isteri bersetuju dan keduanya bersepakat bagi gaya hidup tertentu dan tidak dimampui, andainya si suami seorang sahaja yang bekerja.

Peranan seorang suami dan bapa di sini bukan hanya sekadar menyara keluarga, lebih dari itu bapa berperanan penting melindungi isteri, memberi kebahagiaan kepada keluarga dan kedamaian rumah tangga, di samping keperluan memberikan pendidikan dan asas pendidikan Islam untuk anak-anaknya.

Keutamaan Yang Berbeza Setelah Berumahtangga

Namun suka diingatkan, bahawa tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya juga tidak akan berakhir walaupun dirinya telah berkahwin. Cuma berbeza dengan ketika sebelum bernikah, keutamaan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab barunya sebagai seorang suami dan bapa.

Kegagalan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kerana lantaran terlalu sibuk dengan ibu atau bapa sendiri sehingga mengabaikan keluarga baru iaitu isteri dan anak-anak juga merupakan sesuatu yang dilarang agama.

Untuk menilai keutamaan antara ibu atau dan keluarga sendiri bagi mereka yang sudah berumahtangga juga merupakan satu perkara yang subjektif, dan sukar untuk diberikan jawapan yang konsisten kerana ia kembali kepada contoh dan senario yang tertentu, yakni lain keadaan dan masa, lain pula keutamaannya.

Dalam isu hubungan antara suami bersama isteri dan ibu atau bapa, banyak keadaan di mana si suami kadangkala terhimpit di tengah-tengah, iaitu antara mengikut kata ibu atau isteri. Atas sebab itu, penting bagi seorang suami mempunyai kepimpinan yang tinggi dan berani membuat keputusan yang tepat, walaupun kadangkala menyinggung hati isteri ataupun ibu, jika itulah yang terbaik di sini agama.

Bagi menjelaskan perkara keutamaan antara ibu atau kedua ibu bapa dan isteri, saya berikan tiga senario berikut agar para pembaca dapat mudah memahami apa yang saya maksudkan.

Senario 1:

Ibu mendesak agar anak lelaki membawa isteri tinggal bersama atau tidak mengizinkan anak lelaki berpindah rumah sendiri. Si isteri pula berkeras dan bermati-matian untuk tinggal di rumah sendiri atau berpindah rumah jika belum mempunyai rumah sendiri.

Akhirnya si suami mendengar kata si isteri disebabkan si suami memahami benar perangai isteri dan juga ibunya. Iaitu jika keduanya kekal tinggal bersama, keadaan mungkin lebih menjadi huru hara dan tidak terkawal, bahkan tidak mustahil ia boleh membawa kepada perceraian pula.

Atas alasan jangka masa panjang, maka si anak membuat keputusan untuk berpindah dari rumah ibu dan membeli rumah lain. Dalam keadaan ini, si ibu mungkin kecil hati.

Namun suka diingatkan di sini, menyediakan tempat tinggal untuk keluarga juga merupakan satu kewajipan suami dan juga hak seorang isteri, yang mana jika tidak dipenuhi, bermakna kegagalan kita menjalankan salah satu tanggungjawab sebagai suami dan memenuhi hak isteri.

Walaupun berkemungkinan besar pada mulanya si ibu mungkin merajuk dan berkecil hati dengan tindakan kita, namun sebagai anak perlu untuk kita memujuk dan memahamkan ibu, serta menjelaskan secara objektif di sebalik keputusan yang dibuat.

Insha Allah lama-kelamaan ibu akan dapat menerima hakikat.

Keputusan yang jelas matlamatnya, pastinya akan membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak dari segi jangka panjang.

Pada masa yang sama, keputusan untuk berpindah rumah atau tidak juga perlu melihat keadaan dan latar belakang ibu atau bapa. Andai kata, ibu atau bapa atau keduanya masih lagi sihat dan kuat serta mampu bekerja; atau ibu atau bapa sudah tua, tetapi terdapat adik beradik lain yang sudi menjaga, maka tidak mengapa dalam keadaan ini suami memberi keutamaan kepada isteri dan anak-anak dengan berpindah rumah dan memenuhi hak isteri.

Senario 2:

Situasi yang hampir serupa dengan senario yang pertama, tetapi ibu bapa kita sudah tua dan uzur atau ibu dan bapa kita kematian suami atau isteri  dan tinggal keseorangan, dan sudah lanjut usia serta uzur pula.

Situasi ini juga melibatkan anak lelaki yang merupakan anak tunggal, atau dalam keadaan adik beradik yang lain langsung tidak mengendahkan keadaan ibu atau bapa mereka.

Maka dalam keadaan ini, wajib si anak memberi keutamaan kepada orang tua dan tinggal bersama mereka atau membawa mereka tinggal bersama isteri dan anak-anak, walaupun keputusannya ini mendapat bangkangan keras dari si isteri.

Ini kerana menurut hak isteri dalam situasi ini adalah amat tidak wajar, malah isteri perlu menunjukkan keihsanan terhadap mertuanya kerana keadaan yang sudah disebutkan tadi.

Ingatlah, kegagalan berbakti kepada ibu bapa dalam senario ini boleh mengakibatkan kita sukar untuk sampai ke pintu syurga, sebagaimana yang disebutkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: “Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua, namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).” (Riwayat Imam Muslim)

Sedangkan jika si suami mengikut alasan isteri, maka dalam jangka panjang hubungan isteri dan anak lelaki bersama si ibu boleh menjadi keruh, dan tidak mustahil ini boleh menjejaskan perkahwinan mereka berdua kelak dalam jangka masa panjang.

Ingatlah, bagi setiap keadaan dan situasi mempunyai keutamaan yang berbeza-beza. Setiap keputusan pula perlulah objektif dan berlandaskan perintah agama secara menyeluruh. Jika ini dapat dilakukan, Inshaallah selaku anak dan suami, mereka bakal mendapatkan penghormatan dari ibu dan isteri.

Ibu dan isteri pastinya tidak selalu setuju dengan keputusan anak lelaki atau suami, tetapi jika keputusan kita adalah jelas dan melihat kepada kesan jangka panjang bagi keluarga dan menurut ruh ajaran Islam, maka lambat laun sesudah keadaan menjadi tenang, keduanya akan dapat memahami rasional di sebalik keutamaan dan keputusan yang dilakukan.

Semoga penerangan saya ini mampu memberikan sedikit pencerahan bagi isu yang saudara kemukakan.

===

Bagi yang ingin mendapatkan kaunseling secara bersemuka atau secara dalam talian (online) atau bagi sebarang pertanyaan, sila emel, abah.yasir@gmail.com atau whatsapp di talian: 65 8362 0211.

Boleh juga lungsuri link ini bagi latar belakang saya dan testimoni. 

Untuk follow FB page saya bagi maklumat terkini mengenai posting saya di blog ini, sila klik link ini.

Nota: Artikel ini merupakan versi tanpa suntingan penulis bagi kemusykilan agama yang sama yang telah diterbitkan dalam ruangan Hidayah, Berita Minggu Singapura pada  23 Februari 2014.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

18 responses »

  1. joe says:

    saya nak bertanya kan pendapat atau pandangan sebagai rujukan.. seperti yg kita tahu, adik beradik perempuan juga tanggjawab seorg llaki, bkn shja hnya kpd ibu bapanya.

    senario sy skrg ni, ibu bapa sy berada di kg.. adik sy dan sy bkerja di kl. sblm ini, adik sy tggl dirumah makcik sy yg blum bkahwin.

    sbgai seorg abg, ibu bapa dan makcik sy mharapkan sy utk mjaga adik sy. tp tanpa mngabaikan tggjwb sbgai suami, sy bbincang dgn isteri bkenaan perkara ini.

    kptusannye isteri sy tidak bsetuju krana baginya tidak selesa utk adik saya mahupun adik isteri sy duduk bsama sbumbung kerana risaukan perkara yg tidak diingini yg mungkin blh mmbawa kpd sesuatu yg lebih buruk.

    ape pendapat tuan. saya celaru kerana isteri sy yg sdg hamil anak pertama kami mngugut utk pulang ke rumah ibunya jika perkara bkenaan adik sy ini berterusan.

    tlg la sy..

    • hani says:

      assalamualaikum encik joe. awak kan suami, awak lah yang berhak untuk membuat keputusan selagi mana tidak bercanggah dengan agama. memang dah tanggungjawab awak nak kene jaga adik awak sbb kalau adik awak buat apa2 contoh macam tak tutup aurat dan sebagainya awak turut diheretnya sekali masuk ke neraka. tapi tak salah jugak kalau adik awak duduk sendiri seperti rumah bujang ke atau macam mana pun tapi awak jangan lah lepas tangan terus macam awak ni tak de adik pulak, kenelah selalu pantau dia kan dah bini awak tak selesa sgt nk duduk sebumbung nk buat mcm mana. ingat selagi adik awak tak kawen selagi tu lah dia di bawah jagaan bapak awak dan awak. sekian dari saya seorang adik perempuan dan seorang isteri 🙂

  2. penama says:

    Saya nak tnya…

    Ada 5 beradik.. 2L 3P…semua sudah berkahwin.

    jika diikutkan.. adakah seorang perempuan wajib bertanggungjawab sekali dlm urusan ibubapa sedangkan anak lelaki masih ada? Kerana si perempuan tidak bekerja dn tidak mampu untuk membantu ibubapa.

    Adakah adil jika segala urusan ibubapa dibahagai sama rata maksudnya segala perbelanjaan ibu bapa dibahagi 5.. sedangkan bila sampai ke hak tuntutan harta.. si lelaki tetap mendapat hak lebih dr perempuan tidak pula dibahagi 5? Adakah adil si abg berbuat begitu pada adik2 perempuan nya? Kerana bila sampai hak faraid dikira pula bahagian masing2 tp bila perbelanjaan bulanan dibahagi 5…bukankah sepatutmya si lelaki kene lebih tanggungjawab dr si perempuan yg mengikut kata suami?.

    • puteri says:

      laa x kire la laki ke pompuan ke, sejak lahir mak ayah x membezakan peruntukan bagi anak lelaki atau anak perempuan.kenapa bile dh berdaya bergerak dan berpikir anak perempuan nk lepaskan seluruh tanggungjawab pada lelaki?

      • abahyasir says:

        Betul cik Puteri.
        Isu faraid adalah perkara berbeza dan perlukan penjelasan lain dari sudut hikmah dll.

        Contoh mudah, walaupun isteri tidak dapat bahagian yg banyak, namun suaminya dpt bahagian lebih dari adik beradik perempuannya. Mengapa? Kerana tanggungjawab suami yg asal ialah memberikan nafkah kepada isteri dan anak2

  3. Ayaxi Tambunan says:

    Saya punya pertanyaan .

    Jikalau saya harus mementingkan menafkahi ibu. Diabndingkan anak dan istri padahal dengan kondisi saya yg sangat amat terbatas ,tak berpenghasilan apakah boleh anak dan istri dijadikan korban ….diabaikan ..sehingga ibu lebih didahulukan …??
    Mohon jawaban

    • abahyasir says:

      Isteri dan anak juga sama penting dan tidak boleh dikorbankan.
      Perlu dikira2 dan diberikan prioriti. Jika isteri dan anak2 pastinya perlu diberi nafkah. Ibu bapa perlu dilihat dari sudut apa, dan boleh diberikan mana yg termampu. Perlu difikirkan bersama

  4. abahyasir says:

    Ibu bapa biasanya tidak pernah membezakan antara anak2nya. Mengapa kita ingin mengira sekarang ini. Jika adik tolak abang, abang tolak adik, adik tolak kakak…ianya tidak selesai dan menjadi mangsa ibu bapa kita.

    Pastinya untuk beri sumbangan berdasarkan kemampuan yang ada. Tidak boleh dibahagikan sama rata kerana kemampuan berbeza.

    Cuma bagi yang tidak bekerja mungkin boleh membantu dari sudut lain seperti menjaga kedua ibu bapa yg sudah tua, dan adik beradik yg lain pula memberikan sumbangan kewangan termasuk pada adik beradik yg menjaga orang tua di rumah.

  5. Suri says:

    Saya nak tanya..macam mana pula kalau ibu dan ayah suami masih sihat dan kuat bekerja.tetapi seperti menyuruh anak nya membuat rumah di belakang rumah mereka.sedangkan suami tidak berbincang dahulu dengan isteri.tambahan lagi.si isteri seperti tidak tahu akan hal membuat runah itu.adakah wajib suami mengikut ibu dan ayahnya atau yg mana lebih diutamakan.sebab bab kata org ..dekat bau busuk.jauh bau wangi..persoalan saya.ibu bapa perlukah masuk campur dalam urusan membuat rumah setelah anak nya berkahwin?

  6. anisah says:

    Assalamualaikum ustaz. sy nak bertanya berkaitan ibubapa di belah suami adik saya. isunya ibu mertua adik gemar berjalan seperti pergi bercuti, pergi majlis2 tertentu pergi menziarah saudara mara dll. mertua adik sy ni sangat suka mengajar adir ipar saya untuk membawanya kerana adik ipar saya selalu ada masa terluang. tetapi anak-anak yang lain sering ada alasan sendiri untuk membawa ibu mereka. adik saya menjadi serba salah kerana dia tidak gemar dgn alasan ipar2nya. adakah perbuatan adik saya itu salah.? adik saya mahu adil kerana semua adik beradik ddk berdekatan dan berjawatan yg baik. terima kasih ustaz.

    • abahyasir says:

      Suami adiknya punyai peluang utk berkhidmat bersama ibunya. Yg penting jgn sampai abaikan isteri. Bagi adik beradik yg lain, mungkin sibuk atau tidak kuasa. Tiad apa yg boleh dilakukan. Tiada salahnya menegur.

  7. salfarina says:

    Assalamualaikum ustaz,

    Suami saya anak tunggal dalam keluarganya boleh dikatakan dia seorang anak emak. Sejak berkahwin setahun lebih hingga kini dia kerap pulang ke rumah ibunya dan meninggalkan saya sendiri. Kami belum dikurniakan cahayamata. Dia hanya balik diwaktu subuh untuk bersiap kerja dan balik kerja dia pulang ke rumah kami sebentar sahaja kemudian dia akan balik semula ke rumah ibunya. Ia terus berlanjutan sehingga kini. Saya pernah berbincang dengan suami tentang perkara ni tapi tetap tidak medapat kerjasama daripada dia sehinggakan nafkah tak pernah dia beri. Saya terpaksa berdikari sendiri menguruskan perbelanjaan keluarga. Segala perbelanjaan rumah kebanyakkan saya yang tanggung alasannya dia mahu bayar hutang pada ibunya. Pernah saya minta cerai daripada suami tapi suami tak mahu lepaskan saya. Saya ibarat berkahwin tapi tiada suami. Saya buntu ustaz. Apa pandangan dan nasihat ustaz? Terima kasih ustaz.

  8. no name says:

    salam ustaz saya nak tanya, saya duduk bersama mertua saya . tapi suami saya dari awal kahwin sampai sekarang susah nak bagi adil untuk kunjung ke rumah mak ayah saya. sekali sekala mak ajak tidur rumah pun dia mengelak. bila kami pergi gym lepastu saya ajak mandi di rumah mak saya sebab dah dekat dengan ofis saya. tapi dia kata tak selesa, sedangkan rumah saya mmg selesa. saya sanggup korbankan gaya hidup saya untuk tggl bersama mertua saya walaupun rumah mak mertua lebih sempit. tapi benda kecil macamni pun dia tak boleh buat untuk saya.saya betul2 tersinggung dengan perangai dia ustaz dan tak tau mcmana nak sedarkan dia. sbb bila berkaitan dengan mak dia, laju je dia tolong. tapi bila saya nak sesuatu untuk keperluan diri saya, dia kata nanti dulu.. sedih saya ustaz, saya takut saya tawar hati dengan dia sebab skang saya masih boleh sabar lagi. cuma saya tak tau nak pulihkan keadaan bagi dia sedar yang penting dia fikir perasaan saya dan family saya juga.

    • abahyasir says:

      Saudari,
      Berpandukan dari soalan ini, saya dapat rasakan yang perkara ini sudah berlarutan lama dan dipendamkan sahaja.

      Langkah ke hadapan, perkara ini saudari perlu berterus terang kongsikan apa yang saudari rasa dan kesan buruk jika perkara ini berterusan.

      Sebagai alternatif, perkara ini boleh disampaikan melalui orang ketiga yang dipercayai kedua belah pihak.

      Walaupun ia tampak seperti perkara kecil, saya dapat rasakan ia boleh melarat dan merosakkan rumahtangga saudari jika tidak berhati-hati.

      Bertindaklah segera sebelum terlambat.

  9. Puan Haniy says:

    Assalam Ustaz.
    Suami sy x mahu beri nafkah dgn alasan gaji sy lebih besar drp dia. Masalahnya suami semakin lepas tangan & semakin membebankan sy dgn hutang seperti byran bulanan keretanya pun sy yg kena bayarkn. Tolong sy Ustaz: mohon penjelasan tanggungjawab suami terhadap isteri & anak-anak. Terima kasih

    • abahyasir says:

      Waalaikumsalam.

      Puan Haniy,

      Tanggungjawab suami adalah memberikan nafkah atau perbelanjaan harian yang asas seperti menyediakan tempat tinggal, duit pasar, bil harian dan lain-lain. Namun, dalam konteks hari ini dengan sara hidup yang tinggi dan persetujuan memilih gaya hidup yang selesa, pasangan suami isteri biasanya bekerja dan membahagikan tanggungjawab melunaskan bil hari mereka bersama.

      Dalam hal ini, tergantung apakah persetujuan anda suami isteri. Jika tidak dibayar seperti yang dipersetujui, maka suaminya telah mengabaikan tanggungjawab nafkahnya.

  10. nurul says:

    Assalamualaikum Ustaz,
    Saya baru 2 tahun berkahwin, pada tahun pertama perkahwinan sy menetap di rumah ibu mentua (ayah mentua telah meninggal) bersama seorng kakak ipar dan keluarganya disamping ibu mentua yg menjaga anak2 kkak. setelah bersalin sy tahun lepas, sy menetap bersama ibu sy di samping ibu sy yg ingin mengasuh anak sy. (30 min jarak perjalann rumah ibu dan mak mentua)
    Setelah setahun mempunya anak ni,sy berasa berat hati dan tidak selesa untuk tinggal di rumah mentua dan ingin tinggal sendri/rumah ibu sahaja memandangkan rumah mak mentua masih ada kkak ipar yang menjaga ibu mentua. Tp suami tidak faham kerana pd dia menjaga ibu adalah tanggungjawabnya. sy perlukan nasihat ustaz, apakah sy bersalah dalam hal ini kerana meninginkn tinggal berasingan dengan keluarga mak mentua.

    Sekian terima kasih

Leave a comment