Minggu lepas saya ditugaskan untuk menyampaikan satu ceramah interaktif bagi isu ‘Keganasan Keluarga dari segi perspektif Islam’ atau ‘Family Violence’. Ia dianjurkan oleh Society of Moral Charities (Centre For Family Harmony) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura.
Sasaran peserta pula kebanyakannya merupakan para pegawai-pegawai masjid dari jabatan pembangunan sosial selain dari pegawai-pegawai dari Muis yang juga turut hadir. Alhamdulillah, ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dengan lebih daripada 60 peserta hadir.
Melalui blog abahyasir ini, saya akan berkongsi bersama sebahagian daripada beberapa intipati penting ceramah tersebut untuk kemanfaatan bersama:
Keganasan Keluarga secara umum.
Ia bukan hanya dari segi fizikal sahaja, tetapi lebih dari itu. Sebagai contoh:
1. Ekonomi.
Tidak membayar nafkah pada isteri dan anak-anak. Ini bagi konteks suami yang menjadi tunggak utama dalam mencari nafkahlah. Adapun, bagi kes yang mana suami isteri dah sepakat untuk share 50-50, 60-40 ataupun 40-60 : ), maka si suami perlulah melaksanakan bahagiannya seperti mana yang dipersetujui.
Terdapat kes yang mana kadangkala sang suami hanya berikan nafkah beberapa ratus dollar, dan mengharapkan ianya mencukupi untuk segalanya? Bagi sang isteri kalau dapat kes macam ni, bagusnya catit apa yang diperlukan dalam rumahtangga. Bil elektrik, telefon, duit pasar, yuran sekolah anak-anak, buku-buku, transport dll.
Tapi ada juga kes yang isteri bising2, suami dah bagi $1,000 atau lebih tapi rasa tak cukup lagi sebab claim gaji suami $2,000 atau lebih. Dalam kes macam ni pun, suami kena catit dan share dengan isteri. Lepas tolak cpf, belanja duit transport, duit jajan masa lunch, simpanan keluarga (kalau ada) kan perlu juga? Takkanlah suami nak puasa tiap2 hari pergi ofis?
Kedua-dua kes di atas, merupakan satu perkara yang memang biasa di dengar, terutama semasa saya mengendalikan kes-kes kaunseling di masjid atau hakam di mahkamah Shariah. Jadi dalam kategori ini, ia lebih kepada penderaan dari segi ekonomi.
2. Psikologi dan emosi.
Ni pulak kes yang mana suami suka panggil isteri dengan panggilan seperti perempuan ‘sun%#@’, ‘pel*&%$’. Terukkan? Lepas tu malam nak ajak isteri untuk sama2 bersatu? Ni yang buatkan isteri nusyuz, walaupun perbuatan isteri tetap berdosa kalau dia enggan bersama, tetapi bukan bermakna suami tidak bersalah. Maki isteri pun kira nusyuz juga. Ni yang kadangkala, isteri maki balik suami! Hmmph..dah kenalah tu.
3. Seksual.
Walaupun dalam Islam, isteri dikehendaki melayan suami dalam keadaan apa jua pun kecuali ketika sedang haid atau diminta melakukan hubungan seks luar tabii (melalui dubur atau liwat), tetapi sebaiknya sebagai suami yang kasih dan sayang kepada isteri, maka hendaklah diambil kira hati dan perasaan isteri.
Kalau isteri penat bagilah rehat atau off malam tu, isteri pulak janganlah sampai melampau tak layan suami berbulan2! Perlulah berpada-pada.
Begitu juga dalam aksi dan posisi hubungan seks antara suami isteri, hendaklah diambil kira pandangan isteri juga. Walaupun dalam Islam tiada larangan dalam gaya dan aksi yang ingin dilakukan kecuali yang saya sebutkan di atas tadi.
Namun, jika isteri dipaksa buat aksi yang tidak disukai dan terpaksa, lama kelamaan akan timbul perasaan benci pada suami pula. Terdapat kes di mana, ia akhirnya membawa kepada perceraian. Berbincanglah, tanyalah pandangan isteri. Apa yang dia suka dan tidak suka, agar hubungan yang dilakukan mendapat kepuasan kedua belah pihak dan menambahkan rasa cinta antara suami isteri.
4. Sosial
Penderaan sosial terjadi dalam kes di mana isteri dikurung di rumah dan tidak dibenarkan keluar rumah tanpa izin suami walaupun untuk menziarahi ibu bapa atau membeli sebarang keperluan harian seperti makanan dan sebagainya.
Walaupun suami ada hak untuk mengizinkan atau tidak isteri keluar, tetapi itu bukan bermakna yang beliau tidak berdosa bila melakukan perkara-perkara tidak kemanusiaan seperti tidak mengizinkan isteri menziarahi ibu yang sakit tenat sebagai contoh. Dalam hal ini, isteri memang wajib mentaati suami, tetapi suami tidak lari daripada dosa kerana melakukan kezaliman pada isteri.
Adapun dalam keadaan darurat seperti isteri dan anak-anak kelaparan atau perlu dapatkan rawatan kerana demam panas dan sebagainya, maka dalam keadaan seperti ini, terdapat keringanan untuk isteri keluar tanpa izin suami.
Sebagai suami, maka gunakanlah kuasa kita dengan sebaik-baiknya dan jangan melampaui batas. Buatlah perkara-perkara yang boleh menambahkan rasa cinta isteri dan bukan kebencian mereka.
Memandangkan pada sesi tersebut, terdapat juga pegawai yang belum bernikah, saya mengambil kesempatan untuk mengingatkan agar berhati-hati dalam memilih pasangan. Jika dari sekarang ketika belum bernikah, sudah ada ciri-ciri ‘control’ pasangan, gunakan kekerasan, suka memaki hamun atau malas bekerja. Maka pastikanlah pasangan kita itu dapat berubah sebelum bernikah, jika tidak..maka kita sebenarnya mengambil risiko yang tinggi dalam meneruskan rancangan untuk berumahtangga. Maka fikir-fikirkanlah…
5. Fizikal
Keganasan keluarga paling ketara ialah dari sudut penderaan fizikal. Pukul bantai sehingga mencederakan adalah suatu perkara yang dilarang dalam agama Islam. Tidak kiralah sama ada pukulan tersebut dilakukan pada isteri mahupun terhadap anak-anak.
Walaupun terdapat keharusan suami boleh melakukan pukulah terhadap isteri yang nusyuz (derhaka), namun itu adalah sebagai langkah yang terakhir dalam agama, selepas langkah-langkah sebelumnya seperti nasihat dan pisah tempat tidur tidak berkesan (Al-Nisaa: 34). Malah, jika diyakini bahawa langkah pukulan pun tidak berkesan, sebaiknya tidak dipukul langsung.
Malah, para ulama menyatakan pukulan di sini ialah dengan menggunakan kayu siwak atau sapu tangan sahaja, tujuannya ialah sebagai peringatan bukan untuk mencederakan. Malah, pukulan di bahagian muka juga dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Bahkan, Baginda seperti mana yang diriwayatkan oleh isterinya Aisyah r.a. , Baginda sendiri tidak pernah memukul para isterinya. Di sinilah letaknya sebenarnya kepimpinan para suami dalam membimbing isteri ke arah perkahwinan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Jika di Singapura, para isteri yang dipukul bantai..mereka boleh menggunakan ‘ta’lik’ (lafaz yang dibaca tiap suami selepas upacara akad nikah) bagi menuntut perceraian, dengan cara ini pihak mahkamah akan menyiasat dakwaan ini terlebih dahulu, jika didapati benar maka talak akan jatuh secara automatik. Jika tidak, maka isteri perlu menuntut perceraian mengikut prosedur biasa.
“3. Seksual.
Walaupun dalam Islam, isteri dikehendaki melayan isteri dalam keadaan apa jua pun kecuali ketika sedang………”
“…….maka fikirkanlah sama ada perlu diteruskan pernikahan atau tidak. Bagi saya, jika ingin di
5. Fizikal”
Salam Ustaz, saya suka baca tulisan Ustaz. Ustaz kedua-dua ayat diatas ini perlu diperbetulkan.
=)
Salam Zafirah,
Terima kasih kerana suka baca tulisan saya. Tetapi boleh saya tahu, apa yang boleh saya betulkan? : )
Salaam
Interesting post. Mungkin correction that was meant is:
Walaupun dalam Islam, *isteri* dikehendaki melayan *isteri* dalam keadaan apa jua pun kecuali ketika sedang………”
Salam…
Terima kasih! Tak perasan pulak. 🙂
Salam Ustz,
4. Sosial – “Buatlah perkara2 yg boleh menambahkan rasa cinta isteri bukan kebencian mereka” Saya suka pd rangkap ini.
5. Fizikal – jelas kita lihat bukti2 penderaan / luka2 nya,.. ttp bagaimana pula kalau penderaan dgn cara ungkapan & sms yg kesat bahasa melukakn hati isteri, perbandingkn isteri dgn org lain, ungkit2, megira & dll. Membuat isteri tidak lagi rasa aman & damai dlm rumahtangga, serba tak kena & mula rasa benci.
Tolong Ustz beri pandangan melalui email saya. Tks
salam ustaz…apakah alasan yg sewajarnya di jawab dalam penyata pembelaan skiranya alasan tidak menunaikan sembahyang dan ibadat puasa?
alasan yang dapat mengukuhkan n diterima akal….sesungguhnya saya tidaklah sampai langsung tidak sembhyang n puasa..cuma ini dijadikan alasan untuk memohon penceraian……..
wasallam…………
salam ustaz…bgaimana nak selesaikan isu tentang kes penderaan mengikut perpektif islam? sy cari dalam google ni x brp nak sure la..klau ustaz sudi sharing kt cni dapatla sy tambahkan isi sy tuk presentation nanyi..sbb tajuk saya isu tentang kes penderaan…