Sumber Foto: Berita Harian

Kelmarin saya terbaca Berita Minggu, ada berita sensasi tentang kisah ‘Pretty Boy’ iaitu kisah segolongan remaja lelaki berusia 18-21 tahun yang  memilih gaya hidup kewanitaan seperti berpakaian wanita, bermekap, kasut bertumit tinggi dan sebagainya.

Terbaca kisah ini, teringat saya semasa bertugas di masjid dahulu. Saya pernah memberi kaunseling kepada seorang remaja lelaki berusia dalam lingkungan 17-19 tahun. Beliau dirujuk oleh ibunya kerana suka memakai gincu, bedak pipi merah dan berkawan dengan lelaki-lelaki lembut dan punyai gambar bercium dengan lelaki lain. Ibu mana yang tak semput kalau anak mereka jadi begitu? Masih saya dapat terbayang bila berbual sikit je, beliau akan betulkan rambutnya yang sekejap-sekejap akan terjuntai menutupi mata..adduhh, lemah aku. : )

Kembali pada kisah Pretty Boy di BM pada ahad lepas, saya tertarik dengan 3 kisah yang dikongsi bersama oleh mereka iaitu:

Pertama: Ibu bapa tidak bertegur sapa.

Salah seorang pretty boy mengaku bahawa ibu bapanya tidak lagi berbual atau bertegur sapa selepas mengetahui identitinya yang sebenar (suka berpakaian wanita). Yelah, ibu bapa mana yang tidak hampa? Tetapi sedalam mana kehampaan kita, kita perlu berfikir adakah langkah tersebut merupakan satu langkah bijak bagi merubahkan keadaan?

Dengan bersikap putus asa dan berlepas tangan akan membuat si anak semakin jauh dengan alam keperempuannya. Lebih buruk lagi jika ibu bapa menghalau keluar dan tidak mengaku mereka sebagai anak kerana malu. Dengan langkah ini, peluang untuk mengubah anak akan semakin tipis. Bayangkan jika si anak pada suatu hari nanti ingin kembali ke pangkal jalan, tetapi tiada siapa yang dapat menerimanya kembali termasuk keluarga sendiri.

Tetapi jika kita tetap menerima dan bersedia mereka, bila-bila masa untuk berubah. Atau sentiasa berikan semangat dan motivasi untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Berdoa dan terus berdoa. Pasti peluang tetap ada, jika tidak sekarang, mungkin keadaan akan berubah pada masa hadapan. Tiada siapa yang tahu…

Kedua: Mengiyakan segala tindakan anak.

Terdapat juga ibu bapa yang mengiyakan sahaja tindakan anak-anak sebegini. Mendiamkan diri tanpa menjelaskan keprihatinan kita terhadap kesilapan yang dilakukan, seolah-olah menunjukkan kita bersetuju dengan tindakan mereka. Ini berbeza jika mereka jelas dengan pendirian kita yang tidak merestui tindakan, tetapi pada masa yang masih tetap menerima mereka sebagai anak.

Ketiga: Golongan yang mengata dan mencerca

Salah seorang pretty boys ditukil sebagai berkata terdapat makcik2 bertudung yang menghina dan mencela tindakan mereka.  Memanglah sesiapapun meluat dan menyampah. Tetapi mencela dan menyindir bukanlah satu tindakan yang terpuji.

Perlakuan terbaik ialah seperti mana yang dianjurkan oleh Nabi iaitu dengan mencegah kemungkaran dengan cara menimbulkan rasa benci di hati atas atas kelakuan mereka. Sebaiknya kita doakan agar mereka diberikan petunjuk dan hidayah untuk berubah. Tiada siapa tahu nasib seseorang, mungkin 4-5 tahun akan datang mereka berubah, siapa tahu?

Semoga anak cucu kita terselamat dari anasir sebegini, tiada cara lain selain memastikan anak-anak dan keturunan kita mendapat bimbingan agama dan kasih sayang yang sempurna. Moga Allah menyelamatkan kita semua. Amin.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

5 responses »

  1. qurratul ain says:

    Assalamualaikum Ustaz.

    Saya musykil sedikit tentang ini.

    Ustaz, jikalau kita tidak menunjukkan perasaan ‘tidak suka’ kepada mereka2 ini, malahan tetap berbual dan berteman dengan mereka seperti biasa.

    Bukankah mereka akan berpendapat bahawa perlakuan ini tidak salah/berdosa disisi Islam dan bahkan mungkin mereka tidak akan punya keinginan langsung untuk berubah kerana pihak2 yang berada disekeliling mereka ternyata semuanya seperti menerima diri mereka seada-nya…

    • Abah Yasir says:

      Melayan mereka seperti biasa tidak bermakna kita bersetuju dengan kelakuan dan tindakan mereka. Tetapi ini perlulah disertakan dengan pendirian kita yang jelas bahawa kita tidak merestui dan bersetuju dengan perbuatan yang menyalahi agama.

      Perlu difahamkan maksud menerima mereka seadanya. Iaitu menerima mereka sebagai seorang saudara kandung, anak, atau teman walaupun dalam keadaan mereka yang bergelumang dengan dosa.

      Tetapi kita tetap berusaha dan tidak putus asa dalam mengembalikan mereka ke pangkal jalan. Ini berbeza dengan kita tidak sesekali menegur atau menunjukkan bahawa kita tidak bersetuju dengan segala kemungkaran yang dilakukan.

      Kita perlu melayan mereka seperti biasa, tidakkah maksud selemah-lemah iman ialah melahirkan kebencian dalam hati pada tindakan keji (perbuatan dosa) seseorang dan bukan pada individu tersebut.

      Baginda Rasulullah s.a.w. terkenal kerana melayan baik para sahabat, non Muslim, golongan kaya atau miskin, teman mahupun lawan dengan saksama. Atas sebab itulah Islam berkembang. Tetapi Baginda jelas menunjukkan kebenciannya pada segala perkara yang mungkar.

      Jika kita tidak rapat dengan mereka, bagaimana kita mampu berdakwah dan merubah mereka? Perubahan mungkin tidak datang dengan sekelip mata, tetapi dengan kesabaran, hubungan yang erat serta doa yang berterusan. Ia tidak mustahil menjadi kenyataan.

  2. qurratul ain says:

    Syukran Ustaz diatas penjelasannya.

    Kadangkala bila menasihati seseorang itu kita tidak sedar secara tak sengaja menyakiti hatinya. Maklumlah teguran yang disertai emosi pastinya bukan sikap orang mukmin.

    Mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk dan kesabaran dalam tugas nasihat-menasihati.

    Jazakallah Khair 🙂

  3. Edzwan says:

    Saya amat sokong dengan pendapat Abah Yasir…12 tahun lalu mungkin saya dah tersilap langkah. Bapa saya hampir menghalau saya keluar.

    Ibu menghalangnya kerana ibu berkata kalau mereka halau saya keluar peluang untuk saya ke pangkal jalan akan tutup dan saya akan tetap lemas…

    Makan masa juga untuk saya terima keadaan saya seadanya..
    Tetapi alhamdulillah..berkat doa abah dan emak dan apa bila saya ke alam pekerjaan..ada lah abang kat kerja ni begitu yakin dengan bolehnya sesuatu perubahan walaupun sedikit tetap di kata perubahan.

    Saya syukur walaupun hati saya tetap sama..tetapi dari hari ke sehari macam hilang rasa keinginan saya..

    Yang penting ingat Allah…dan alam kubur..itu yang nyata dalam kepala dan hati saya…saya tak nak sampai tak boleh jawab pertanyaan dalam kubur nanti..saya inginkan kubur seluas pemandangan…

    ramai orang kata saya begitu extremis dalam perihal sedemikian..saya cuma beritahu kalau dengan perkara ini dapat membimbing saya ke jalan yang benar … why not?

    Apa pun mencerca, mencaci, mengutuk, mengata takkan ubahkan keadaan malahan makin menjadi…cuba layan mereka dengan lembut…sabar..insya Allah they will be able to change 🙂

    Alhamdulillah..suka sangat dengan pendapat Abah Yasir!

    Keep it up!

  4. mas. says:

    thnks for a refreshing point of view 🙂 needed that.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s