Antara salah faham dalam hal nafkah suami ialah perkara duit poket isteri. Maknanya suami perlu berikan isteri duit poket bulanan.
Jika bagi isteri yang tidak bekerja satu hal, dlm kes suami isteri bekerja dan berkongsi tanggungjawab pun inginkan suami mereka beri duit poket!
Kan lebih baik minta tambahkan peratusan nafkahnya? Atau minta isteri kurangkan bahagian dlm nak bantu suami?
Sebenarnya spt perkongsian saya yg lalu. Nafkah asalnya merupakan tanggungjawab suami. Bila sebut nafkah dlm Islam maknanya sediakan tempat tinggal, makan minum termasuk pakaian serta wang perubatan. Ini bagi kes isteri yang tak bekerja. Jika isteri bekerja, ia dah cerita lain. (Sila rujuk tulisan saya bagi maksud nafkah dalam Islam dan perkongsian suami isteri dlm nafkah pada posting yg lalu).
Adapun duit poket adalah extra. Taklah menjadi kesalahan jika tidak diberikan. Maknanya kalau suami tak bagi duit poket tak dikira tak bayar nafkah. Jika beliau dah sediakan rumah dan wang makan minum harian.
Tapi kalau suami tu ada kelebihan, maka sangat lah Terbaik dan digalakkan bagi duit poket ni. Lagi banyak lagilah bagus. Sekurangnya isteri ada duit nak belanja dan boleh berikan sikit hadiah utk ibu bapanya.
Jika ada kelebihan, janganlah lokek. Ingat, wang yang diberikan untuk isteri dan keluarga adalah lebih besar pahalanya berbanding wang derma utk fakir miskin, fi sabilillah dll (maksud hadis).
Semoga posting ini membantu pemahaman kita dalam hal nafkah keluarga.
#warnawarnikehidupan #kaunselingUY #abahyasir #nafkah
==
Bagi khidmat kaunseling agama secara bersemuka (face to face) atau online, bolehlah hubungi saya melalui link berikut, http://abahyasir.wasap.my atau melalui pm di messenger atau emel di abah.yasir@gmail.com
Boleh juga lungsuri ke http://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com/khidmat-kaunseling bagi maklumat lanjut bagi profile abahyasir dan juga testimonial.
https://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com/khidmat-kaunseling/