Baru-baru ini, saluran Channelnewsasia ada menyiarkan rancangan ‘Misguided’ sebanyak 6 episod tidak silap saya. Rancangan ini memberi tumpuan pada kegiatan terrorism serantau dan bagaimana masyarakat di sini menanganinya termasuk tindakan pro aktif yang diambil oleh segolongan masyarakat Islam di sini bagi membanteras keganasan.
Ia sebenarnya dirakam dalam dua bahasa, dengan episod dalam bahasa Melayu dijangkakan akan ditayangkan di Suria pada bulan April nanti. Segan saya sebenarnya untuk paparkan video di bawah ini. Maklumlah, ia dirakam dalam bahasa Inggeris dan dibuat secara spontan kerana saya menjangkakan akan ditemuduga dalam bahasa Melayu sahaja. Tapi apapun, saksikanlah sedutan berikut: : )
Bahagian Pertama:
Bahagian Kedua:
Nota: Memandangkan mutu audio kurang baik, maka anda perlu menggunakan ‘headphone’ bagi mendengarkannya. Harap maaf di atas segala kesulitan.
*ehem ehem*
Ustaz, gilap Bahasa Inggeris tu Ustaz…jangan biarkan karat! ;p
Ni yang segan ni.. : )
Ustaz-ustaz singapore yang bercakap pasal terrorism semua pembohong. Mentang2 dapat ruang di media untuk berbual. Dan kita pula tak dapat membela diri.
Tolong delete article-article ustaz tentang kounseling JI dsb.. banyak soalan kami tak terjawab oleh asatizah. Memang yang plan di MRT yishun tu salah. tapi apa hal dengan yang lain-lain..? kenapa tak pernah nak komen tentang mereka?
Memang semua orang tak tahu kebohongan ini, tapi Allah s.w.t tahu siapa yang zalim.
Tidak baik dan berdosa bila menuduh seseorang itu berbohong, jika tidak benar, tidakkah itu sesuatu pembohongan juga?
Mengapa pula saya perlu ‘delete’, jikalau apa yang saya tulis dapat dijadikan sebagai satu pengajaran.
Apapun, saya tidak memaksa anda untuk mempercayainya, cuma minta jasa baik jangan memanggil kami seorang ‘pendusta.’
Baiklah.. bukan pendusta.. maaf banyak-banyak.. awak ni semua pemberani. Awak-awak ni saja yang berani membelitkan ayat-ayat Al-Quran demi menyuapkan isteri dan anak-anak awak makan. Sedangkan anak-anak kita terbiar tanpa bapa..
Saya pun tak tahu samaada awak ni semua cuba menyembunyikan ilmu, atau memang tak tahu.
Saya akan bersangka baik… Memang awak ni tak tahu tapi suka bercakap.
Kan lebih baik jadi ustaz-ustaz yang tak nak komen tentang jihad kalau tak tahu atau takut. Saya lebih respect mereka-mereka itu kerana taqwa mereka pada Allah.
Awak ni semua dibilang pendusta tak terima, dibilang ustaz politik tak terima, (sampai masukkan akhbar)..setiap sesuatu tu kan mesti ada penyebab, takkan tak pasal-pasal orang menuduh.
Ini hanya nasihat.. seorang mukmin akan menerima nasihat walaupun dari anak kecil. Seorang ustaz pun boleh melakukan kesalahan. Kita semua manusia yang sama.
Ingat hidup kita didunia tak lama.. dan suatu hari kebenaran akan terbukti dan kezaliman akan terbongkar.