Mentua Vs Menantu

Sedikit masa dulu saya pernah berkongsi cerita tentang ibu mertua-anak menantu. Kali ini pula saya akan kongsi satu sesi kaunseling yang pernah saya kendalikan membabitkan sepasang suami isteri yang menghadapi masaalah rumahtangga akibat konflik si isteri dengan ibu mertua.

Rumahtangga pasangan ini baru berusia kurang dari 5 tahun dan baru mempunyai seorang anak kecil dan sekarang sedang mengandungkan anak kedua.

Isterinya mengadu bahawa ibu mertuanya suka berlepas cakap dan memerhatikan segala gerak geri beliau termasuk cara beliau menjaga anak kecilnya. Si ibu mertua akan komen pada anak menantu jika didapati ada sesuatu perkara yang tidak kena. Katakanlah baju yang dipakai cucunya ronyok. Jika beliau tidak puas hati, si ibu mertua akan direct tegur pada menantu tanpa beralas.

Akibat kelakuan ibu mertua, si anak menantu rasa tertekan lebih-lebih lagi dalam keadaan beliau yang berbadan dua dan pernah melahirkan hasrat untuk berpisah dengan suami kerana tidak tahan perangai ibu mertua.

Terdapat beberapa saranan saya pada kedua pasangan ini tentang cara-cara bagi menangani isu perbalahan antara si anak menantu dengan ibu mertua ini. Antaranya:

1. Anggap ibu mertua seperti ibu sendiri  

Sebelum saya mencadangkan perkara di atas, saya bertanya bagaimana kelakuan ibu mertua dengan anak-anaknya yang lain, adakah sama sebagaimana kelakuan beliau dengan anak menantunya?  Jawapan si suami. Memang sama. Macam tulah style dia dengan anak sendiri. Suka cakap lepas dan tidak beralas…

Saya membuat kesimpulan memang itulah style ibu mertua beliau. Dia tidak berniat untuk sakitkan hati menantu tapi lebih kerana beliau suka berterus terang dan tidak pandai beralas. Selain dari itu, mungkin dia berasakan anak menantunya dah macam anak sendiri! Saya tanya si suami, adakah mak memang suka cakap lepas dengan orang lain selain dari anak sendiri? Beliau jawab, ‘tidak’. Betul lah telahan saya!

Lalu saya ajukan soalan. ‘Mengapa tidak kita anggap ibu mertua macam ibu kita sendiri juga?’  Kenapa saya kata demikian? Cuba bayangkan, jika katakan ibu kita sendiri yang komen baju anak kita selekeh, atau ibu sendiri yang kata kita tak pandai jaga layan anak? Kita marah tak?

Memang betul mungkin ibu kita tak komen macam tu, tapi kalau kita layankan je dan tak ambil pusing macam kita layankan ibu kita. Agak2 ada problem tak?

Bayangkan, jika anak tegur kelakuan si ibu atau menantu yang tegur sendiri? Si ibu akan rasa kecil hati…beliau terpaksa kawal instict suka ‘cakap lepas’. Tapi kesiankan? Beliau terpaksa kawal diri dan lidah dengan orang anak menantu yang mungkin dah dianggap seperti anak sendiri. Dah jadi seperti orang luar pula..

Pasti si ibu akan merasa janggal dan dalam hal ini keadaan akan menjadi lebih rumit dan tegang seterusnya membuatkan hubungan antara pasangan ini dengan ibu semakin renggang.

2. Ubah Minda

Sebagai langkah untuk kawal rasa marah pada mertua ialah bila kita ‘set’ minda kita sebelum datang rumah mertua untuk terima apa sahaja komen atau kritikan yang bakal dilemparkan oleh mertua pada kita.

Bila kita dah ‘set’ minda kita macam tu, ini akan membuatkan kita lebih bersedia menerima komen-komen ‘bernas’ mertua kita tu, seterusnya kemarahan tidak meluap-luap seperti mana biasa.

Lagipun dia tu kan ‘mak’ kita? : )

 3. Sokongan suami  

Peranan suami di sini sangat-sangat genting. Suami perlu seboleh-bolehnya bersikap neutral dan tidak kelihatan terlalu menangkan ibu sendiri walaupun ibu betul.

Cuba letakkan diri kita dalam keadaan isteri agar kita lebih bersimpati. Lebih-lebih lagi dalam keadaan isteri yang sedang hamil, pasti emosinya lebih mudah terganggu. Dengan ini, si isteri akan lihat kita memahami hati dia, selepas itu barulah cuba nasihatkan dan bincang dengan isteri bagaimana dapat diatasi atau diperbaiki hubungan antara beliau dengan ibu.

Paling penting suami tidak boleh memandang perkara ini sebagai satu isu yang kecil, ianya perlu dipandang serius agar ianya tidak melarat yang akhirnya berkemungkinan boleh berlaku kepada perceraian jika tidak kita berhati-hati.

Apa yang penting bila berdepan dengan hal senario seumpama ini, kita perlu bersikap positif dengan tidak memandang kesilapan orang lain sahaja, tetapi melihat bagaimana kita dapat memperbaiki diri agar dapat mengubah persepsi orang lain (mertua) pada kita.

Di samping pada masa yang sama bersetuju mengubah minda kita dan menganggap ibu mertua seperti ibu sendiri. I.Allah, keadaan akan menjadi lebih terkawal dan seterusnya rumah tangga akan menjadi lebih harmoni.

===

Bagi yang ingin mendapatkan kaunseling secara bersemuka atau secara dalam talian (online) atau bagi sebarang pertanyaan, sila emel, abah.yasir@gmail.com atau whatsapp di talian: 65 8362 0211.

Boleh juga lungsuri link ini bagi latar belakang saya dan testimoni. 

Untuk follow FB page saya, sila klik link ini.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

61 responses »

  1. rulza says:

    anggap mak mertua macam mak sendiri? macam mana sedangkan mak mertua tak anggap begitu

    pernah dengar tak lagu ibu mithali
    “KAU DISAYANGI KERANA MENYAYANGI”

    • lelaki says:

      sebenarnya aku pun tengah hadapi masalah ini.

      tapi kadang-kadang aku rasa masalah aku lagi berat sebab isteri aku susah nak terima hakikat bahawa mak aku memang sayangkan dia, cuma memang style mak aku ni cakap lepas dan suka sindir-sindir. dia dah set minda dia mak aku benci dia sedangkan mak aku pernah menangis depan aku cakap sedih hubungan dia tak boleh baik dengan isteri aku.

      puas aku nasihat untuk belajar beralah sebagai yang lebih muda. kekurangan mak aku akui jer. soalnya beratlah kalau kita fikir yang tua tu lagi senang nak berubah.

      aku pun kadang-kadang ader jer mak aku tak puas pasal aku dia cakap dekat abang dengan kakak aku pun. itu pun aku dah terang dekat orang rumah aku. masih tak boleh terima. kadang-kadang sampai rasa tak ada jalan keluar.

      dua-dua pun insan yang kita teramat sayang. entah lah..

      pada yang perempuan, percayalah mak mentua korang sayang kan korang sebenarnya, cuma biasalah kadang-kadang orang tua suka main cakap dan ikut hati. dah namapun tua. apa yang korang expect?

    • umi says:

      anggap mak mertua sebagai mak sendiri? mak mertua cepat berangin dan sudah berangin tak nak bercakap dengan menantu. bila menantu dating rumah dia dia menyorok dari menantu. boleh ke nak samakan dengan mak sendiri sebab mak sendiri tak berbuat begitu. tup..tup kahwin jumpa perangai macam tu. tak reti nak pujuk sebab maksendiri kalau berangin baik sendiri. tapi mak mertua boleh tak bercakap dengan kita hamper setahun. tapi bila raya dapatlah tengok lakonan air mata mak mertua mengaku dosa-dosanya yang sengaja dibuat. ingat menantu suka ke cara tu. bukalah minda mak mertua sebagai orang tua. anak menantu dating rumah nak bercakap dengan mak mertua tapi mak mertua Nampak menantu cepat-cepat menyorok kat dapur, bagai anak dara sunti pulak.

      • mizz lynn says:

        tulah ek..kadang2 ad mentua camgtu….sometimes menyampah time raya je buat nangis….xtahu dh berbakul2 ko kutuk menantu

      • aku says:

        aku setuju betul..mak aku sendiri bt aku n bini aku pas kami kawin, aku tak tau knapa..apentah salah aku n bini..kene plak adik2 sume cucuk jarum..skrg ni dh hampir setahun kami dingin, gara2 sikap adik2 yg suka cucuk mak, then mak plak tak leh pikir rasional…semuanya silap bila dh kawin, kami hampir bercerai sbb sikap keluarga aku yg mcm xboleh terima menantu..oh Allah tlglah hambamu yg lemah ini…

    • Nurul says:

      Mana ada kan Anak menantu nk jd hantu..semua pd mulanya Cuba hormat,sayangi mertua,ambik hati dll….tp mulut lidah suka bertikam hal2 kecil bertubi2..mana tahan…so xdenya mertua akan anggap kita Anak dia…anak sendiri lah baik…kalau ank sndiri baik xtinggal hutang kat kita…ni hutang beratus ribu…

  2. rubi says:

    kadangkala menantu terpaksa bersabar berdepan dengan mertua begini. cuma kita sendiri sebagai menantu tidak pasti, sampai bila kesabaran itu. semoga Allah terus menguatkan hati ini untuk berdepan dengan mertua dan dugaan rumahtangga demi anak-anak. amin

  3. iskandar says:

    salam abah,

    masalah saya ni agak rumit dan saya tak tahu pada siapa hendak mengadu.

    Isteri saya macam tak boleh terima ibu saya dan melayannya sama seperti ibunya sendiri. Ibu saya pula sengat mengambil berat dan sayang pada isteri seperti anaknya sendiri. Ada saja yang tak kena dimata isteri saya terhadap ibu saya. Kalau layan pun dia akan tanya sepatah jawab sepatah. sedangkan sebelum kami berkahwin dia begitu mesra dengan ibu saya.

    baru-baru ini kami baru menimang cahaya mata sulung, kedua ibu dan ibu mertua saya datang untuk membantu kerana kami tinggal di luar negara. Ibu saya memang biasa menjaga wanita dalam pantang. Sebagai org berpengalaman, memang ada saja lah yang tak kena dengan cara kami menjaga anak, maklumlah orang tiada pengalaman. Isteri tak boleh menerima dgn cara ibu saya yang menegur secara seolah menyindir. Cara dia melayan ibu saya buat saya sedih dan marah. Dia seolah membenci ibu saya. Nampak sangat perbezaan layanan dia dgn ibunya sendiri. Cara layanannya sampai membuatkan ibu saya kecil hati, tetapi dia tak pernah mengadu.. tapi saya tahu dia sedih.. pernah saya berkeras dan memaksa dia meminta maaf pada ibu saya. Mereka bermaafan saya fikir mereka akan bebaik. tetapi isteri saya sebenarnya masih tak boleh menerima ibu saya sepenuhnya. ada saja yang tak kena walaupun ibu saya bersungguh menjaga nya yang masih dalam pantang.

    saya kasihan pada ibu saya, dan saya juga takut yang kasih sayang saya pada isteri akan luntur kerana sikapnya.

    • nor says:

      Saya bakal berkahwin dengan pasangan saya juga mengalami masalah yang sama
      pada mulanya iaitu pabila bakal suami membawa saya berjumpa dgn bakal mertua pada mulanya, mak mertua menegur saya menyatakan yang dia dah tegur anaknya jangan beli kereta saya terasa seolah2 dipersalahkan, saya ada beritahu bakal suami, tapi dia berdiam diri sebab saya tahu betapa dia sayangkan emaknya. jadi saya cuba untuk tidak berfikiran negatif, sehingga kini saya cuba untuk ambil hati emaknya demi menjaga hati emaknya dan juga hati bakal suami.

  4. naima says:

    sy tinggal sebumbung dgn ibu mertua…
    memandangkan suami sy ank bongsu drpd 2 org adik beradik dan dlm keadaan abah yg skt strok,kami diminta utk tinggal dan menjaga ibu bp(mertua saya).
    ibu mertua sy tidak bekerja manakala sy dan suami bekerja utk sm2 support keluarga.
    ibu mertua sy masih muda,berumur 50 thn dan abah yang berumur 65 thn telah sakit sejak 3 thn yg lepas. Keadaan ini membuatkan ibu mertua sy tertekan dan melepaskan kemarahannya pd abah sesuka hati… dulu sy masih boleh bersabar ttp skrg sudah agak tercabar n sy kurang rs hormat pd ibu mertua. sy tkt sekiranya sy tegur perbuatan ibu mertua yg tidak hormat pd abah… pd sy,ibu mertua sgt garang&sukar menerima teguran(suami ada jg menegur ibunya tetapi ibu slalu mengatakan bhw kami tidak merasa apa yg dia rasa.) Bagaimana saya ingin berdepan dgn masalah ini?.

    Apabila duduk serumah, sudah pasti sgl urusan d rumah perlu dilakukan bersama.. pada mulanya sy akan buat sama2 seperti masak,mengemas rumah,membasuh baju,melipat pakaian dan sebagainya. Disebabkan keadaan bebanan tempat kerja,sy menjadi penat utk menguruskan hal2 seperti di atas pd hr2 selepas balik kerja,jd ibu mertua akan uruskan segala2nya utk sy dan suami walhal,sy sudah berpesan agar ibu hnya buat utk ibu dan abah sahaja tetapi ibu tetap buatkan. Mungkin niat ibu baik memandangkan kami penat bekerja ttp sy berasa kurang puas dgn kehidupan sy. Sy bagaikan ank kecil dan sama rasanya kehidupan seperti sebelum kahwin. Sy juga ingin merasa ada tanggungjawab isteri kpd suami. Apakah cr yg sesuai utk sy rs apa yg ptt sy rs?

    Saya juga agak terasa apabila suami menceritakan kpd sy apa2 yg ibu mertua tidak puas hati ttg sy. Sbg contoh, apabila masak bersama,sy bertanya ibu mertua bagaimana masakan sy ttp ibu menjawab yg makanan sy ok dan dia tidak kisah apa yg sy masak. ttp sebaliknya di belakang sy,ibu komplen mcm2. mskn sy pedas la,terlebih garam lah dan sebagainya. Sy boleh terima teguran itu ttp sy x suka cr ibu yg seperti talam dua muka.Brg keperluan dapur jg ibu yg beli dgn anknya(suami saya). kalau sy dan suami belikan,katanya x sama dgn apa yg dia biasa beli… Sy agak rungsing dgn masalah ini?…Adakah sy yg bermasalah?

  5. suami says:

    Salam Ustaz,

    Saya juga seperti iskandar dangan komentarnya di atas. Saya rasa kami ini diantara suami suami yang tersepit diantara ibu dan isteri.

    Isteri saya terang terangan mengatakan yang keluarga saya ini menyusahkan dan tidak seperti ibu bapanya. Dia sungguh tidak boleh terima cara ibu saya yang padanya terlalu meng’control’. Dia juga ada mengatakan ibu saya “no manners” kerana pass comment tentang dapur kami di rumah kami.Tak boleh ker seorang ibu memberi sedikit teguran? Bermacam macam lagilah perkataan perkataan yang dilemparkan kepada saya tentang keluarga saya terutama tentang ibu saya.

    Isteri saya cukup berpendidikan hingga ayahnya bangga sungguh dengan pencapaiannya. Malangnya apabila saya meluahkan masalah saya dengan isteri kepadanya tentang masalah anaknya dengan ibu saya, bapa mertua saya itu berkata saya dan ibu saya harus faham dan cuba menyesuaikan diri dengan isteri saya. Bapa mertua juga mengatakan kepada saya ibu saya harus faham dan ingat yang isteri saya ini seorang yang berkerjaya manakala ibu saya hanya seorang surirumah jadi kami harus menyesuaikan diri dengan tingkah dan pembahagian masanya kerana kerjanya sungguh “stressfull”. Terkejut sungguh saya dengan jawapan bapa mertua saya dimana dia menyuruh saya dan ibu menyesuaikan diri dengan anaknya tetapi bukan sebaliknya. Walau apa pun, kerana mengingatkan yang dia adalah bapa mertua saya, saya mengiyakan. Tetapi, secara jujur, hormat saya padanya tergugat sedikit.

    Sedikit komen dari ustaz atau sesiapa yang membaca amat dihargai.

  6. azwa says:

    Salam ustaz……
    Saya ucapakan tahniah atas kehadiran blog sebegini…sekurang2nya dapat membantu pasangan yang berada di dalam dilema antara isteri dan mak sendiri….

    Di Sini saya sebagai menantu perempuan ingin meluahkan situasi saya yang selalu dipandang rendah oleh mak mertua sedangkan segala keperluan rumah….tempat tinggal saya yang sediakan…Saya selalu dituduh menyusahkan anak lelakinya….Saya dah berusaha selama 9 tahun untuk mengambil hati mertua tetapi rupa-rupanya kisah tidak puas hatinya terbongkar apabila dia memaki seranah saya ketika anaknya sakit.Dahulu saya cuma dapat mengetahui dia tidak berapa menyukai saya melalui perlakuan dan sikapnya yang dingin….tetapi keadaan masih terkawal.Saya dan suami berkahwin atas dasar suka sama suka dan dipilih sendiri oleh mertua kepada mak mertua saya iaitu nenek kepada suami saya sebelah ayahnya.Dahulu saya buat tak peduli dan selambe sahaja dengan tingkahlaku mertua dan anak beranaknya tetapi menjelang tahun ke sembilan perkahwinan,suami saya jadi pemurung dan sakit,sedangkan saya tidak pernah sekali2 bercerita tentang perubahan tingkahlaku ibunya kepada suami kerana bimbang suami akan tersepit dan menjadi derhaka kepada ibunya.Saya berkerjaya dan berjawatan tinggi di jabatan kerajaan sedangkan suami hanya pekerja biasa di jabatan swasta,masalah yang kami alami cukup rumit dan sukar untuk diselesaikan.Suami menjadi pemurung mungkin memekirkan dia makin disisihkan keluarga atas perkahwinannya dengan saya dan masalah perpindahan tempat kerja dan hilang rakan yang rapat.Walaupun berjawatan tinggi saya tetap sayangkan suami dan taat serta hormat kepadanya dan menganggap ibunya seperti ibu saya sendiri tetapi tahap penerimaan ibunya terhadap saya masih kurang.Hakikatnya saya tidak berkira tenaga mahupun wang ringgit untuk membahagiakan keluarga saya termasuk ibu mertua.Entahlah….saya pun dalam dilema kerana adakah sikap lemah lembut dan bertolak ansur saya telah diambil kesempatan oleh pihak mertua.Dalam perkahwinan….saya tahu suami bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan makanan dan minuman serta tempat tinggal kepada isteri tetapi keadaan sebaliknya …saya yang sediakan keperluan tersebut dan mertua sekarang menuduh saya yang tidak sepatutnya dengan caci maki kerana memisahkan dia daripada anaknya dan tak segan silu mendoakan dan menyumpah saya supaya anak2 saya mengabaikan saya.Saya sebenarnya tidak pernah sekali-kali menghalang suami saya untuk pergi ke rumah ibunya atau memberi wang belanja kepada ibunya atau berbakti kepada ibunya,malah kadang2 selalu mengingatkan suami supaya tidak menderhaka kepada ibunya,sedangkan ibu saya sendiri yang sedang sakit,saya jarang2 sekali jenguk kerana komitmen terhadap ibu suami.

    • Abah Yasir says:

      Terima kasih Azwa.
      Saya tidak pasti bagaimana dapat memberi respon atas luahan ini. Mungkin ada baiknya ditujukan soalan khusus bagi isu yang diutarakan.

      Semoga Allah terus memberi kekuatan pada anda dan sentiasa diberi ketenangan bagi menempuh segala cabaran.

    • saya says:

      saya binggung dan galau itu aja deh

  7. suesah says:

    Ustaz..
    Saya dh 2 thn bkahwin masih belum ada cahaya mata. saya tinggal dengan mentua dan mentua saya membela 2 org cucu lelaki anak kpd abg suami saya.(drjh 6 dan tingktan 1). memang mentua saya baik, sporting, caring… tp masalahnya, ketidakselesaan ttp ada. kebebasan berumahtangga xpernah saya miliki. saya bekerja dan tiap kali blk keje sya terus ke blk, penat seharian dtmpt keje. tak tahu lah apa yg mak mentua pikirkan. lantak lah.. suami selalu jugak menegur jgn terlalu berkurung, tapi penat…balik confirm nak baring2 kejap. mak pulak 24jam mengadap tv, nak rehat dopn tv mmg pkara yang menjengkelkan didepan matanye. apalagi nk baring2 selesa.
    satu masalah lg dengan cucunya@ anak buah suami saya. pada saya mereka amat bermasalah dan sering bw mslh kpd keluage. pernah anak buah saya itu surf internet dan mencari gambar bogel saya melalui internet. betapa hinanye pndgn dia thadap saya dan itu yg dipndangnye pd saya. sejak itu, saya rsa amat marah dan benci dgnnya. dia suka memerhati…ketika di dapur, di ruang tamu… so, sya tdk selesa dan sering bkurung di dalam bilik. saya mmg byk mdiamkan diri. dunia saya hanya dlm blk. suami pula sering keluar..malam selalu tiada dirumah. saya rasa sgt sunyi n bosan. sering menangis sendirian. suami mgkin tdk pernah perasan, saya sebaiknya menunjukkan muka ceria. tp dlm hati..Tuhan sj yg tahu. ingin sekali disuarakan untuk tinggal berasingan, tp bila dipikirkan mentua seorg (bapa mentua dh xde) rsa kecian dan fhm, suami btggjwb jaga ibunya.
    sakit ati, tdak selesa, tdk bebas, sedih, murung, sunyi…sume bsarang dlm ati n dipendam sorg2. nak mengadu dgn suami confirm dia xkan faham kerana bkn dia mengalami. lgpun itu anak buah n mak dia… saya sering menangis sendirian, teringat zaman sblm kawen…betapa bahagianya.
    tolong la ustaz..saya mohon pendapat…

    • Abah Yasir says:

      Salam aya,

      Memang sulit dan sukar isu yang sedang anda hadapi ini, namun jika anda terus menyimpan dan sembunyikan hal ini pada diri sendiri, ia tidak akan ke mana dan anda akan terus menanggung derita serta ditakuti menjejaskan kesihatan anda.

      Pada masa yang sama, anda cukup bertuah mendapat mertua yang memahami, anda patut bersyukur akan hal ini.

      Cadangan saya:
      – kongsilah dengan suami terutama perangan anak saudara anda yang cukup menjengkelkan itu.
      – anda juga perlu berkongsi apa yang anda rasa, sunyi, bosan, murung dan sebagainya. Memang alternatif untuk pindah rumah sukar pada masa ini, tetapi itu tidak menghalang anda berbincang dengan suami bagi langkah2 untuk perbaikinya. Contoh, langkah mengisi masa kosong yang terluang. Bercuti, aktiviti hujung minggu dll.

      Seterusnya, anda perlu memilih masa dan cara yang sesuai dalam mengutarakan perkara di atas. Sila rujuk kategori kaunseling dalam blog saya bagi tips2 tersebut.

      Semoga pandangan saya ini dapat membantu.

  8. oti says:

    salam ustaz,

    saya agak bersimpati sedikit dengan keadaan Iskandar.
    Dalam hal ini suami merasa tersepit antara memilih k/sayang ibu @ isteri.
    Terus terang saya katakan suami harus berlaku adil.
    Ibu mertua juga (orang yang makan garam) harus bersabar dengan sikap menantu.Contoh jika hendak membetulkan sesuatu yang tidak kena pada pandangan mata hendaklah bertutur lembut, jangan diherdik@diperli si menantu.
    Saya percaya jika ibu mertua yang baik, tidak berkira, menganggap menantu sebagai anak sendiri. Insyallah menantu akan sayang.
    Saya pernah mengalami masalah yang sama malah lagi teruk dari Iskandar memandangkan saya menantu perempuan.
    Ketika mengandung suami melebihkan layanan kepada ibunya sendiri, tidak menjaga hati isteri, ibu mertua seolah – olah berebut kasih dengan saya. Bayangkan bagaimana perasaan saya pada usia kandungan 9 bulan (sedang sarat)ketika itu. Sehinggakan saya tidak tahan dan melarikan diri kerana mertua bertegas duduk dirumah dan tidak mahu mengalah.
    Hal tidak berlanjutan disitu, sehingga ibu mertua keluar namun lain pula halnya.
    Suami selalu melebihkan ibu sendiri hinggakan sanggup meninggalkan isteri yang hamil semata – mata berkejar berjumpa dengan ibunya.kononya menjaga ibu, syut=rga dibawah tapak kaki ibu.

    Nasihat saya pada Iskandar jagalah hati isteri, hati perempuan umpama kerak nasi. Memang dilihat wanita lebih sensitif, tambahan pula bila mertua buat hal. Sukar nak dilupakan, suami harus mainkan peranan. ibu mertua jangan berkeras dengan menantu.
    jika mertua elok sayangkan menantu, insyallah 10 kali menantu akan menyayangi mertua.

  9. mnantu trtekan says:

    as salam ustaz..
    saya ma ma dri kl..saya nk cerita kn masalah saya pada ustaz dan ingin mminta pandangan dan nasihat dri ustaz..saya sudah brumahtangga slama 7thun.masalah saya dri hri pertama saya brkahwin adalah kluarga suami slalu mgganggu khidupan rumahtangga shingga lah skrg..tk kira hari dan waktu mak mertua,ayah mertua,abg ipar,adik2 suami slalu cl&sms suami cuma minta wang..kami bukanlah senang tambah2 plak suami keje seorg.kami sudah ada 2 org amk.dan ank2 dh brsekolah.tambah plak skrg saya sdang hamil ank yg ketiga.mak mertua mcm tk faham keadaan kami.suami plak tk pernah nk berterus-terang pada kluarga nya masalah dia,kata suami dia tk nk mlukakan hati ibubapa nya.saya sedar suami adalah ank,suami dan ayah yg baik.tetapi keluarga suami sentiasa bt kami dlm keadaan tertekan.saya sudah tidak tahan dgn sikap keluarga suami.saya seorg yg pendiam dan bila brhadapan dgn mreka saya sentiasa mnunjukkn sikap yg baik wlupn hati saya dlm keadaan sakit..tetapi semakin hari karenah mereka smakin mjadi2.kadang2 saya kasihat melihat keadaan suami yg murung dan trtekan..perlukah saya berhadapan dengan mertua dan berterus-terang kpd mereka apa yg saya pendam dan rasa kn selama ini???

  10. Shahrul says:

    Assalamualaikum w.b.t Abah Yasir..

    Diharap sihat-sihat hendaknya Abah Yasir di samping keluarga. Tengah ‘blogwalking’ tadi.. terjumpa blog Abah Yasir. Kebetulan saya ada permasalahan yang bersangkut paut dengan isteri – ibu mertua. Mohon sekiranya Abah Yasir dapat memberikan serba sedikit panduan mengenai cara menyelesaikan dilema ini.

    Sedari kecil, ibu dan bapa saya telah mendidik saya dengan baik. Rasa bersyukur yang tidak terhingga lahir dari rahim ibu yang begitu penyayang dan menitikberatkan disiplin sepanjang masa. Juga mempunyai ayah yang selalu memandu kami adik beradik ke jalan yang diredhaiNya. Ibu pernah berpesan.. “… yang salah, tetap salah… yang betul.. tetap betul… tak kira siapa pun dia…”

    Jadi.. izinkan saya memberikan sedikit gambaran mengenai perihal isteri dan ibu saya. Sedikit pun saya tidak berniat untuk menyebelahi sesiapa dalam perkara ini. Sama ada ibu mahupun isteri. Saya cuma berpengang pada pesan ibu… “yang salah, tetap salah..” bermakna jika ibu yang bersalah.. maka saya tidak akan memihak kepada ibu.. tapi sekiranya ibu yang betul.. maka seharusnya saya WAJIB untuk berpihak kepada ibu saya.

    Ibu sangat berlaku adil kepada anak-anaknya, anak-anak menantunya dan juga cucu-cucunya. Tidak pernah walau sekali menurut pandangan mata saya yang ibu membeza-bezakan layanannya antara satu dengan yang lain. Saya tinggal sebumbung dengan ibu saya disebabkan kakak dan abang saya mempunyai rumah sendiri. Tidak mungkin saya akan tinggalkan ibu dan ayah saya berduaan di rumah menghabiskan sisa-sisa usia mereka. Dalam keadaan ayah yang mempunyai masalah kesihatan yang tidak menentu menguatkan lagi alasan yang saya perlu berada di sisi mereka pada usia begini.

    Isteri saya berasal dari sebuah kampung yang sangat terpencil.. tanpa ada bekalan elektrik, bekalan air paip, tanpa ada liputan talian telefon. Boleh dikatakan di kelilingi dengan hutan rimba perkampungannya. Tapi itu bukanla masalah besar pada saya. Kerana wanita-wanita kampung pada hemat saya sangat menitikberatkan soal peradaban.. tatasusila.. atau mungkin juga itu cuma tanggapan tidak benar saya.. atau pun sekadar momokan dari drama-drama televisyen yang begitu mengagungkan dan menggambarkan personaliti gadis/wanita kampung sangat berperangai suci.

    Bila mengikut saya tinggal di bandar bersama ibu saya (rumah ibu) .. pada mulanya kelihatan dia sangat pandai menyesuaikan diri.. berjaya menarik hati keluarga dan saudara mara saya untuk menerima dia sebagai salah seorang ahli keluarga kami. Lama kelamaan, dalam masa tidak sampai 2-3 bulan.. sedikit demi sedikit tingkahlakunya berubah. Bermula dari perkara remeh temeh seperti.. jika mandi, tidak kira masa.. sentiasa menggunakan water heater.. waima mandi pada waktu tengahari. Di saat matahari tengah terik di atas bumbung rumah. Walhal di kampung.. tidak kira subuh, pagi, tengahari, petang atau malam jika mandi tetap menggunakan air yang sejuk. Punca air di kampungnya cumalah air sungai dan air bukit yang dijadikan untuk mandi, membasuh dan memasak. Bayangkan air bukit yang begitu sejuk boleh diterima oleh badan mereka di subuh hari. Setiap kali waktu makan.. katakan dia memasak lauk pada pukul 11 pagi.. tetapi masih belum nak makan pada waktu itu.. pukul 12.30 jika dia nak makan, semua lauk yang ada dipanaskan di microwave semula.. padahal makanan itu bukannya perlu untuk dimakan dalam keadaan panas pun. Lainlah kalau sup atau yang sewaktu dengannya. Jika makan di kedai pun pada pukul 2-3 petang contohnya.. lauk yang ada memang dah sejuk.. tak pula kita minta pelayan tu panaskan lauk tu kan? Boleh jer perut terima makanan tu. Pendek kata, seolah-olah berada di rumah bandar ni dia terasa macam nak menggunakan semua kemudahan yang ada tanpa mengira waktu dan keperluan untuk berbuat demikian. Sedangkan kami orang yang memang tinggal di bandar.. hanya menggunakan kemudahan yang ada jika perlu. Contohnya jika makanan kelmarin yang masih elok.. barulah dipanaskan di microwave keesokan harinya. Mungkin perkara-perkara ini remeh bagi sesetengah orang. Tapi dari perkara-perkara remeh ini lah yang akan mencetuskan masalah besar di kemudian hari.

    Ibu saya tidak pernah sekalipun menegur perbuatan isteri saya. Sebab pada ibu saya, tidak mengapalah. Memang kemudahan yang ada itu untuk digunakan. Cuma saya yang memerhatikan tingkahlakunya menjadi tertanya-tanya.. Apakah perlu dia melakukan semua itu. Namun begitu, ibu ada juga tidak berpuas hati dengan tingkahlaku isteri saya seperti jika diajak berbual.. dia tidak memalingkan muka pada ibu saya.. malahan berpaling ke arah lain. Sungguh tidak hormat pada hemat saya. Jika berjalan di rumah, berhentak-hentak kaki hingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan kami penghuni sediakala rumah itu. Paling menjengkelkan.. apa saja perbuatan ibu saya di rumah dan di luar rumah.. habis dijajanya pada ipar saya (isteri abang saya) , saudara mara saya, dan rakan-rakannya. Saya mendapat tahu melalui sms di handphonenya. Dulu saya tidak pernah walau sekalipun cuba untuk mencuri-curi membaca sms-smsnya.. tapi bila saya lihat seperti ada yang tidak kena.. saya bertindak demikian dan seperti dijangkakan.. memang ada perkara yang saya tak nak dia lakukan.. telah dia lakukan. Bukan setakat menceritakan semula apa yang terjadi dalam rumah ini.. tetapi siap memburuk-burukkan ibu saya pada rakan-rakan smsnya. Selalunya, sms-sms itu akan dia delete mungkin takut jika saya terbaca (mungkin juga dia syak saya check hpnya).. tapi orang kata, sepandai-pandai tupai melompat, ke tanah jua jatuhnya. Ada beberapa kali dia terlupa untuk memadam sms-sms itu.

    Walaupun begitu, saya tidak melenting sesuka hati. Saya biarkan dulu. Bila keadaan dah tenang, baru saya akan menasihati dia satu persatu perbuatan-perbuatan yang tidak elok yang telah dia lakukan. Tidak pernah saya berkasar dalam menasihati dia.. dan tidak pernah juga saya kelihatan ‘bias’ sama ada untuk menyebelahi dia atau ibu saya. Namun, nasihat-nasihat saya seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tidak diendahkan olehnya. Namun saya masih bersabar.

    Saya sangat puji dan begitu menyanjung ibu saya.. walaupun ada perkara yang dia tidak puas hati terhadap menantu-menantunya, tidak pernah dia menjaja cerita kepada orang lain. Semua dipendamkannya. Dia cuma bercerita pada kami anak-anaknya. Tapi itu pun masih banyak lagi yang ibu cuba rahsiakan tentang perangai isteri saya dari pengetahuan saya. Maklumlah, saya bekerja.. jadi yang tinggal di rumah hanya ibu dan isteri saya. Banyak juga perangai isteri saya yang mengguris hati ibu saya. Tapi cuma satu dua cerita yang dikongsikannya dengan saya.

    Kadang-kadang saya yang berada dalam dilema. Berhadapan dengan wanita kampung yang berlagak macam orang bandar bila berada di rumah ibu saya dan juga berdepan dengan ibu yang begitu penyayang dan prihatin. Seolah-olah saya telah menyakitkan hati ibu kerana tersalah pilih isteri. Mohon sekiranya Abah Yasir dapat memberikan panduan kepada saya. Terima kasih.

  11. liza says:

    asalamualaikum abah yasir..saya merupakan seorang gadis yg berusia 19 thun tp telah berkahwin awal,suami saya berusia 21 thun. kmi telah bernikah lebih kurng 6 bulan dan tinggal di rumah mertua saya, masalanya disini, saya ingin sekali sekala tidur di rumah mak bapa saya tapi nampaknya mak mertua saya kurang senang apa bila saya minta izin untuk tidur di rumah mak bapa saya. dan suami saya pula kadang-kadang lebihkan mak bapa dia. dia ingin semua kemahuan mak bapa dia saya turuti. tapi suami saya mak bapa saya pun dia wat macam tak wujud jak, saya ajak dia jumpa mak bapa saya pun punyala susah. saya begitu rindu dengan mak bapa dan adik-adik saya.. tolong la apa patut saya buat saya tidak sanggup da hadapi semua ini.. tolongla bagi saya nasihat yang sepenuhnya kerana tiada tempat lagi saya mengadu..

  12. fidah says:

    kepada saudari liza,
    cerita awak tidak ubah macam cerita saya.cuma bezanya saya sudah berkahwin selama 3thn lebih.seperti saudari,saya juga mengalami masalah tersebut sedari awal perkahwinan lagi dan masih berlarutan sehingga sekarang.suami saya dan keluarganya sentiasa ingin saya menumpukan perhatian pada keluarga mereka.tidak pernah pun mereka bertanya pada saya bila saya ingin menziarahi keluarga saya.tapi bila saya pulang ke kg,mereka sentiasa bertanya bila saya akan pulang atau kenapa lama sangat balik kg padahal saya duduk di kg saya masih xsampai pun seminggu lagi.baru-baru ni,sekali lagi saya beritahu hasrat saya ingin pulang ke kg saya selama seminggu setelah hampir setengah tahun tidak pulang menjenguk mereka.mak mertua saya murum dan dia telah memberitahu hal tersebut kepada kakak ipar saya.akibatnya kakak ipar saya telah menegur saya,katanya kenapa nk balik lama sangat,xkesian ke pada mak mertua tak ada orang nak tengokkan.balik sehari dua sudah la.saya sangat berkecil hati.padahal kakak2 ipar saya semuanya tinggal dekat dgn rumah mertua saya.salah ke kalau mereka tolong tengokkan selama seminggu saya tiada.saya merajuk seharian xmakan dan minum dan hampir bercerai dgn suami saya kerana suami saya menyokong keluarganya.tapi akhirnya saya mengalah dan meminta maaf pada mereka.mereka benarkn saya balik kerana suami saya kata dia tidak akan ikut saya balik.dia akan jaga mak dia yg xsakit tu pun.kakak2 ipar saya memarahi saya kerana kata mereka saya suka buat perangai ikut suka hati saya saja.saya sangat sakit hati mendengarnya kerana yang sebenarnya mereka yang berperangai begitu.tapi saya pendamkan saja.mereka selalu mengambil kesempatan ke atas diri saya.klau mereka buat kenduri,harijadi,semua buat di rumah mak mertua saya sbb mereka nk saya masak dan basuh pinggan mangkuk jamuan.mula2 saya tak sysk apa2.tapi sekian lama duduk dengan keluarga mereka,mereka melakukan perkara itu sangat kerap dan saya mula merasa mereka mempergunakan saya untuk buat kerja mereka dan lepas tangan untuk menjaga ibu mereka.sekarang saya masih di rumah keluarga saya dan saya rasa tawar hati untuk pulang ke rumah mertua.suami saya pun kurang menelefon saya dan sudah xsemesra dulu.mungkin dia rasa tenang di rumah ibunya apabia saya tiada seperti saya rasa tenang bila kembali ke rumah keluarga saya tanpa perlu melayan perangai penting diri sendiri keluarganya.

  13. yana says:

    salam ustaz..sy xtau nk mulakan cite dr mn..tp skrg sy mmg tgh bergaduh dgn ibumertua sy..sy xtau apa sebenarnyer sebab yg menyebabkn dia begitu benci pd sy..

    sy dh 5thun kawen dgn ank lelaki sulungnyer..

    masalahnye..mmg dr mula2 kawen dl dia bermaslah dgn sy..tp sy xde ambik pusing sgt n pendam jer sb xnak besarkn mslah..ada2 je yg xkena dgn sy sampaikan ms kami berbulan madu pun..dia selalu call anaknye suruh blik,padahal kami bru jer sampai destinasi..

    3bln pertama kawen,kami duk ngan mereka..tp sebab mak mertua selalu sgt berleter kata sy xmasak..asyik duk dlm bilik jer..padahal sy kerja n balik pun dkt maghrib..terus msuk bilik..turun pun lps isyak..sy xmkn mlm pun.hr cuti sy blik umh mak sy..jd bila sy nk msk?sepatutnye mak mertua kn phm yg menantunye ni kerja..turun pg2 blik ptg..tp sy xtau knp dia duk canang cerita mcm2 pasal sy kat saudara mara dia..(sepupu abg ada tanya kn sy psl ni)sy btul2 kecewa dgn sikap mereka padahal sy anggap mereka cam mak bpk sy sendr.blik umh mak sy pun sy akn call mak mertua sb rindu..tp ini blsan dia pd sy..

    bila kami pindh umah..dia dtg umh kami n mcm2 la plak yg xkena,dr susunan perabot hingga lah keperluan dapr.dia selalu call anknye n bertanyakan samaada sy bg mkn ke x..sedih sy bl tau hal ni.

    sethun kemudian sy dpt ank..komen2 psl ank xterkira byknye..ada saje yg xkena..tp sy pekakkn telinga..

    2010-sy dpt ank ke2..dia msh xberubah..ms tu dia duk tuduh sy abaikan anak sb keje n bg mak sy jg ank2 sy..kalu sy xkeje..mcmana kami nk tampung keluarga kami..

    suami berenti kerja krn tekanan kerja..bl bekerja sendr..ms suami kurang dgn kami..tp sy ttp bersabar..mak n ayahnye duk salahkn sy sb katanye krn sy suami berenti kerja..padahal sy xde tahu menahu pun..sy betul2 terkilan..

    2011-sy dpt ank ke3..sy ada mslh selps bersalin krn operate..makmertua beria2 suruh sy berpantang dirumahnye..sy turtkn sb nk jg htnye..tp apa yg sy dpt?mkn minum sy,semuanye sy sendr..nasi kn ambik sendr..nk minum pun kn kedapur sendr..padahal doktr dh pesan supaya jgn byk gerak.bila abg ada..pandai plak dia suruh ank2nye hntr..bl abg xde..semua sy bwt sendr..sy gagahkn dr n terus bersbr..seminggu je sy duk sana..mujurlah adik sy dr sabah blik n nk jg sy..berpantang dirumah sy rasa lega..tp xsangka plak..dia dtg umah n marah2 sb xmsk utk anaknye..padahal mak sy dtg hntr mknan utk kami..dia canangkan cerita pd saudara mara dia kata sy xmasak utk suami..padahal sy sedang berpantang 12hr..knp mak mertua sy selalu xpuashati pd sy??knp dia selalu cr masalah dgn saya??knp dia selalu cr kesalahan sy??

    dan kerana itulah..sy berjauh ht..n xpulang lg ke rumhnye..sy terima tekanan lg bila suami xkerja..semua sy yg tanggung..n mak mertua kata sy yg duk hbskan duit anknye..padahal dia xsedar yg anknye sy yg tanggung..suami plak cam xde perasaan..kami pernh bergaduh n suami pergi mengadu pd maknye..kesudahannye maknye suruh suami ceraikn sy..tp suami xikut..pergaduhan jd makin buruk sb maknye tuduh sy guna2 suami sb suami xikut cakapnye..mcm2 dia hina sy..siap panggil sy betina..permpuan jalang..sy xpernah berkasar dgn dia..tp sanggup dia kata sy mcm2..dia selalu hntr msg hina sy n keluarga sy..sy sedih..kecewa dgn sikapnye yg xmenunjukkan sifat xmatang seorg ibu..sy jd begitu bencikannye krn dia mengaitkan keluarga sy yg xtau apa2..sy betul2 bencikannye sampaikan sy rs sy xpernh bencikan org sebenci sy pd dia..sy xpernh halang suami nk blik umh dia..sy selalu pesan pd suami supaya berbakti pd ibunye krn syurga suami dibwh tapak kaki ibunye..tp setiap kali suami blik umah ibunye..sy jd dingin pd suami..sy rs mesti mereka ada mengumpat psl sy..perasaan sy xpernh tenteram..hubungan sy n suami jd dingin..kami xmesra cam dl..sy selalu suruh dia kembali pd keluarganye n tinggalkan sy supaya ht sy lbh tenang..sy rela hdp sendr dr ada keluarga mertua yg xdpt terima sy..suami plak cam xde perasaan..sy tau dia tersepit..tp krn dia selalu mengadu pd maknye hal sy..maknye jd xsuka sy..sy pun dah xde perasaan cinta pd suami..suami rs dia xpernh bersalah.padahal dia yg selalu sgt bercerita mcm2 ttg sy tiap kali kami bergaduh..sy kecewa sikap suami sy..tp sy dh xtau nk bwt apa.sy pernh minta dia ceraikan sy supaya maknye puas hati..tp dia enggan..

    hidup sy kini krn anak2..hr raye ni sy terpikir utk ke rumah mertua..biar sy yg mengalah..tp suami xbg sb dia takut sy dihina lg..dia xnak tgk mak dia hina sy lg..jd sy pergi..sampai skrg kami msih bergaduh..sy selalu pkr..apa sebenarnye dosa sy pd mak mertua sampai dia sanggup gelar sy mcm2..dia xingat ke ms dia susah dl siapa yg ada disisi dia?sy beli di mcm2 utk ambik hati..ms mothers day sy siap belikan cincin..tp dia cuma juihkan mulut sb katanye cincin dia harga 4x ganda mahal dr cincin sy bg..n dia terus tanggalkn cincin tu n simpan n xpernh pakai..sy terharu sb cincin yg sama sy bg pd mak sy n mak sy xpernh tanggalkan mula dr sy sarungkan cincin tu pd jari mak sy..mcm mana sy nk anggap mak mertua sama dgn mak sy?yg bezanye cam langit n bumi??ustaz..apa sy nk buat??sy dh buntu..

  14. ida says:

    Salam ustaz,

    ungkapan ” anggap ibu mertua macam ibu sendiri”
    susah untuk saya lakukan.

    Sejak dari kecil ibu saya menegur anak-anaknya dengan
    cara yang berhemah, tak pernah jerit-jerit dihadapan orang
    lain. Berlainan dengan ibu mertua saya, semua yang saya buat ada saja yang tidak kena pada matanya. Selalu cakap sy buli anaknya. Hal ini kerana, sebelum kawin suami saya pinggan sebiji pon tak basuh. Bila kawin dengan saya suami saya bantu saya buat kerja-kerja rumah kerana kami sama-sama kerja. Depan orang lain mak mertua saya boleh marah-marah dan herdik saya. Saya rasa sedih sangat. Semalam saya dah tak tahan, suami pon selalu buat macam takde ape berlaku. Saya mintak perpisahan dengan suami saya, sebab sya buntu lagi-lagi dalam keadaan berbadan dua sekarang. Hati sy cepat tersentuh. Sy suruh suami balik saja kerumah msk mertua. Sbb mak mertua cakap sy tak jaga anak dia. Tapi suami saya tak nak. Saya betul-betul tertekan sekarang ni. Sy dah ambil keputusan tak kan balik jumpa dengan mak mertua, kerana tak nak hati saya dilukai lagi.

  15. m_yana says:

    assalamualaikum

    apakah pendapat kalian sekiranya saya (isteri) diminta tinggal sebumbung bersama ibu bapa mertua & dua org adik ipar lelaki bujang sedangkan suami sy tdk tgl bersama kerana beliau kerja di KL. Hanya pulang pd hjg mgu shj..

    sy br shj msuk mgu ke 3 mendirikan rumahtangga, sy menyuarakan hasrat ht sy kpd suami supaya membenarkan sy tgl bsma ibu dan bapa sy sndiri dan apabila hjg mgu br la kami sm2 pulang ke rumah ibu bapanya..tetapi suami tdk bsetuju,beliau tetap mahu sy menetap secara ‘full time’ bersama keluarga beliau.

    Utk pgetahuan, ibu bapa sy hnya tgl bdua shj setelah sy berkahwin,ibu sudah terlalu uzur tidak mampu menguruskan rumahtangga lg..sedangkan ibu bapa mertua msh sihat walafiat dan agak muda.

  16. ayu says:

    assalamua’laikum abah yasir .
    saya ayu dari ipoh. berkahwin sudah 10tahun .sejak berkahwin sampailah kini ibu mertua tinggal sebumbung dengan kami.sebelum ni,dgn keluarga abang ipar .tp mertua tkselesa dgn mereka kerana abg ipar selfish. suami saya ank yg soleh.sgt taat kepada ibu.

    masalah saya …..saya dengan mertua tkngam dlm byk perkara .cara pikir kami berdua berbeza jauh.

    dlm tempuh 10thn,byk yg dah saya adjust.saya ambik langkah tkambik kesah …dia nk buat papun buatlah …tkbuat saya yg take over keje kejenya .nak kata papun katalah saya ni .gajah rimo sekali pun.tp abah yasir, kini umur mertua dahpun menjangkau 60++ .manakala saya dahpun dekat nk masuk 40. saya tksampai hati tgk dia… buat itu buat ini .mertua saya ni mmg rajin orgnya. cuma tulah ..tkjumpa lg titik pertemuan antara saya dan dia.apa adakah titik pertemuan antara kami..? saya harap sgt Allahswt satu kan hati2 kami yg disatukan dibwh satu bumbung ni .abah yasir,doakan lah saya .

    saya ,bukanlah manantu yg baik …..mungkin dimatanya dia nampak segala kekurangan itu.dan itu yg buat dia tksuka dan otomatik ada tika, matanya menjeling tajam pd saya .buat baik (ambikhati @senangkan hatinya)mcmanapun,yg tkbaik tu juga yg difokusnya abih tu mcmana …dah sebumbunglah katakan. …lastnya, saya cubalah mana yg kurang pada diri betul2kan .kalau pulak rasa dia yg tkketahuan tksukanya pd saya, saya buat tkreti aja.saya buat keje saya.saya byk baca buku2 agama,terjemahan alQuran sbb dgn cara tu je jadi hiburan pada hati saya .selalunya mcam itulh kami .macam air. pasang surut.pasang surut.kalau ada harinya tktahan sgt.saya lepaskan isihati pd suami .kesian dia.. ini mak. itu isteri .saya tau.mertua saya pun tau yg suami saya ni jenis org yg baik.baik pd maknya.otomatik baik jgalh pd keluarga (anak isteri).

    nasihat saya pada kawan kawan senasib disini .marilah kita pandang pada yg positif .Allahswt pilih kita menjaganya hari tua dia bersama kita insyaallah ….adalh kebaikannya tu. mungkin tknampak sekarang ,kuat kan hati .rasanya….sikap ‘cakna’ kena ada pada kita semua terhadap mertua .apabila dia sakit@demam.kita buat lah pa yg patut pdnya mcm picit kepala ka, urut kaki ka ..sebab tgh mcm tu dia akan tau,kita ni sebenarnya sayang pd dia..wallah hua’lam …sekadar imaginasi penulis 🙂 wassalam sahabat semua .

  17. daia says:

    salam ustaz,saya dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.saya bekerja dengan ibu mertua iaitu menjaga kedai runcit.pada awalnye memang saya seronok menjaga kedai bersama ibu mertua,tapi lama-kelamaan ibu mertua seperti mempergunakan saya.semua urusan kedai saya yang uruskan.dia hanya kira untung setiap hari.ibu mertua saya masih muda n berumur 46 thn.bayangkan upah saya hnya rm250 per bulan.berbaloi ke?die untung 4000 sebulan.tapi saya tak pernah pertikaikan.mase kami kawin dulu dia yang tanggung duit hantaran.jd saya rse die mcam berdendam dgan saya.adik2 ipar sombong buat saya mcam orang gaji.saye bukan orang bodoh,saye cume kasihankan dia sebab die sorang jge kedai,tp x sangke die wat saye mcm ni.mak saye x tau keadaan saye kat sini dan saya pun tidak pernah bercerita.ustaz haruskah saya keluar dari kedai tu?suami tidak menyebelahi saya.dan ibu mertua pula jenis suke menyindir.

  18. balqis says:

    Bak kata orang. Bila jauh wangi.. Bila dekat busuk.

    Masa kami dok jauh dari mak mertua.. Semua ok.

    Antara masalah2 yg saya pernah hadapi.. Hanya nak share lah…

    Keluarga suami suka boros berbelanja dan pinjam duit tanpa bayar balik. Duit suami takpa. Saya tak kisah. Saya paham… Tapi bila desperate suatu hari tu… Samapi mintak duit saya atau suruh saya pinjam duit org. Adaka patut keluarga suami saya buat kat saya…. Tapi sampai skarang saya tak bersuara sebab benda ni dah sejarah…

    Tak reti ber sosial. Haa. Adik2 ipar saya tu kalau saya tak cakap.. Takkan bercakap atau buat cam saya ni tidak ada. Saya bertahan saja. Pernah cuba buat baik tetapi… Sorang tu jawab saya ni bukan kakaknya. Terhiris hati saya. Dah sewaktu saya mengandung.. Tak sorang pun pernah tanyakan khabar saya atau kandungan saya.

    Mak mertua moody n sensitif. Kekadang saya tak buat apa2 salah pun kena “sound”. Hal2 jaga anak pun masuk campur. Hal2 cara simpanan makanan pun tegur. Saya buat tak tau je tetapi kekadang mak mertua merajuk n bermasam tak pasal2. Saya pernah sampai mintak maaf… Saya kata.. Mak kalau ada apa2 tu bagi tau je. Tak payah nak simpan atau bagitau suami sebab kesian suami penat kerja.. Stress.. Dia kata ok..ok.. Tetapi tak ada perubahan.

    Nak mertua kata saya lebih bergaul dgn keluarga lain dan lebih kan keluarga sebelah suami dia. ??!! Yabg saya pasti… Dah mereka ramah mesra dan bergaul… Saya rasa hapi… Dengan mak mertua di rumahnya.. Sentiala sunyi.. Murung.. Saya pun senyap je lah….

    Saya baru 3 tahun kawin. Saya harap n berdoa agar kami tetap cuba berbaik. Yang pasti.. Kuta menanti kena byk bersabar. Dan sebagai mak mertua… Kena serahkan anak laki pada isteri. Jangan masuk campur. Kalau betul tu betul. Kalau salah.. Walaupun mak. Kenalah sedar dan berubah.

    Saya doakan semua menantu dapat bersabar dan tabah untuk menjaga hati sesama….

  19. Ijah says:

    assalammualaikum Ustaz,
    Terima kasih kerana sudi berkongsi tips kepada kami.

    Saya ada masaalah yang mungkin agak beda sedikit. Saya harap dapat diberikan kata perangsang atau nasihat untuk terus saya cuba perbaiki perhubungan saya bersama mak mertua saya.

    Dari mula perhubungan suami dan saya telah dibenci oleh mak mertua saya. Bagai tohmah dan kejian dilemparkan ke saya. Tetapi setiap kali saya ingin meminta diputuskan perhubungan, suami saya ketika itu teman, menyatakan saya perlu bersabar kerna ini adalah cubaan dan dugaan yang telah ditetapkanNya. Saya bersabar dan cuba sedaya upaya untuk terus perbaiki diri saya sehingga kami bernikah.

    Saya adalah anak yatim piatu dan seketika suami menikahi saya, status saya adalah janda beranak satu. Suami saya seorang bujang. Kami hanya berkenalan selama enam bulan dan suami saya yang melamar saya samaada ingin menjadi isterinya. Setelah pertimbangkan segalanya, saya terima lamarannya.

    Saya keliru kerana ketika itu didepan suami saya mak mertua saya begitu redha dengan segalanya sesungguhpun ada juga karenahnya yang tidak menyenangkan. Tetapi demi Allah, saya harus dan cuba hadapi segalanya, insya’Allah.

    Setelah kami bernikah, kami duduk sebumbung. Seperti biasa saya lakukan tugas seorang isteri. Pagi saya siapkan sarapan suami dan hantarnya dipintu. Tetapi yang mengecewakan saya, setiap kali saya sesiapkan sarapan suami saya dia begitu berang. Entah apa salahnya saya. Setiap kali setelah suami saya salam dan menciumnya, saya menghantar suami kepintu bersama salam dan ciuman dan juga memberi salam, mak mertua saya selalu menghempaskan pintu biliknya. Begitu juga ketika suami saya pulang dari kerja. Bila saja saya yang membuka pintu, mesti dia melemparkan kata-kata kesat seperti ‘menyampah aku. tak sempat-sempat nak bukak pintu. macam orang pelahap!’ Pedih hati saya, tapi saya tak mempedulikannya. Bila pandang muka suami saya dengan senyumannya, segala pedih hilang.

    Makan dan minum yang saya masak untuk seisi keluarga tidak pernah mahu mak mertua menjamahnya. Malahan dia makan roti dan air dibuatnya sendiri. Begitu juga dengan pakaian yang telah saya cucikan, akan dia ambil dan direndam dan dicucinya lagi. Katanya geli dan saya bukan dari darah dagingnya. Setiap kali saya dengar dia mengadu dengan saudara mara juga dengan ipar duai yang saya ini memintingkan diri sendiri. Masak hanya untuk suami, anak dan diri saya juga dengan cucian. Dia dan adik ipar saya seolah-olah menumpang dan sebagainya. Bila saya adukan kepada suami, katanya bersabarlah. Sehingga bila saya bersalam dengannya sebelum kekerja, sakitnya dan pedihnya hati saya. Selalu dirampasnya tangan dan kekadang tercucuk mata saya. Stress level saya terlalu tinggi dibuatnya.
    tika terjadinya pertengkaran. Suami saya demam dan ingin berehat. Disuruhnya saya masakkan bubur dan mau disuapkan dibilik. Ketika itu juga saya difitnah. Mak mertua saya ketuk pintu yang tak berkunci itu bertubi-tubi. Dan bila suami saya menjawab tak sampai lima minit dia ketuk lagi minta suruh duduk diluar kerana nanti adik ipar saya nak datang untuk menghantar barang. Kelakuannya ketuk pintu bertubi-tubi itu dan terpekik didepan pintu itu membuat saya menitis airmata. Sehingga mak mertua saya memekik menyatakan ‘ah! masuk dalam kain bini kau tu! Entah ape dia da buat kat kau sampai kau jadi gini. Sampai kau biadap. Ah! Jilat la bawah kain bini kau tu!’ Ini yang membuat saya menyirap langsung saya buka pintu $an saya menjawab, ‘mama! Kenape sampai cakap macam gitu? Kan Patol sakit? Kan Patol da jawab nanti dia keluar. Sabar lah mama!’ Saya mengaku nada suara saya agak tinggi dari biasa. Terus mak mertua saya menjawab ‘yang kau menyebuk buat ape? Aku bukan bercakap dengan kau. Aku bercakap dengan anak aku. Yang engkau tu kasi makan ape ah kat dalam bilik? makan kat luar tak boleh??!’ saya jawab yang suami saya sakit dan suami yang menyuruh saya menyuapnya di bilik. Mak mertua saya bangun dan katanya nak menampar muka saya. Kalau suami saya tak menampar saya. Kemudian katanya lagi sejak suami saya menikahi saya, dia asyik terperuk dibilik. Dan berbagai lagi tohmah dil lagi tohmah dilemparkan. Sehingga saya menjawab sambil menggiling kepala ‘mama, solat lima waktu tetapi begini ke cara mama? sesedap hati dan mulut mama nyatakan saya begini begitu?’ terus jawab mertua saya, ‘Patol, mama nak kau ceraikan perempuan yang tak tahu diuntung dan tak tahu dimana asal usulnya. Dasar anak haram. Ceraikan dia Patol!!’

    Suami saya suruh saya diam dan tutup pintu bilik tu. Dan saya menangis sehingga terisak-isak. Masya’Allah… Cubaan yang begitu besar.

    Sejak pertengkaran itu perhubungan kami rengang. Sehingga suami saya ditangkap kerana dadah. Tetapi waktu itu seminggu sahaja ditahan polis. Ketika itu saya khabarkan kepada mak mertua saya, tetapi dia masih melemparkan kata-kata kesat seperti saya tak tahu menjaga suami. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana saya meneruskan deraan hati saya sehingga suami saya keluar. Suami saya banyak meyimpan rahsia dan banyak saya ditipu. Perhubungan kami masih sama sehingga mak mertua saya menanyakan suami saya dihadapan saya, ‘Patol, kau kan kelmarin kata nak pergi makamah. Kenape belum cerai-cerai lagi?’ terkunci mulut saya, Ustaz. Kerana teperanjat dengan kata-kata mak mertua saya itu.

    Sekarang suami saya dipenjara selama lapan tahun dan baru saja dijatuhkan hukuman. Tahun lepas dipagi raya aidilfitri lah suami saya ditangkap. Dan ketika itu juga kami suami isteri telah keluar dari duduk sebumbung dengan mak mertua saya. Sekarang dilema saya ialah, setiap hari mak mertua saya menelipon saya menghantui saya dengan soalan, ‘bila kau nak bersihkan bilik kau? bila nak ambik pakaian kau?’ saya sedih Ustaz. Kerana pakaian yang disuruh saya bersihkan hanyalah pakaian saya dan anak saya. Bukan pakaian suami saya. Banyak yang saya lalui dan yang ini hanya sedikit sahaja. Adik ipar, duai, makcik dan pakcik suami saya juga biadab. Memberi peringatan kepada suami saya ‘isteri dimana corong pun kau boleh carik, tapi mak, hanya satu Patol’.

    Soalan saya Ustaz, apa yang harus saya buat. Saya telah sarankan kepada suami ketika saya melawatnya hasrat untuk bercerai. Saya tak dapat menerima keluarganya Ustaz. Saya rasa hilang kesabaran saya Ustaz. Tetapi suami saya selalu menyatakan mengapa saya fikir hingga kesitu? Dimana kesabaran saya? Dugaan ini adalah yang terbaik dariNya. Meningkatkan kesabaran saya bermakna meningkatkan martabat saya ketika mati nanti. Masaalah saya Ustaz, perkara yang terjadi ini terlalu-lalu menguris dan menghiris hati naluri saya Ustaz. Sungguhpun saya memaafkan mereka, tetapi saya tak dapat melupakan kata-kata dan perbuatan mak mertua saya dan juga yang lain Ustaz. Saya tak nak kerana saya suami saya masuk neraka atau menanggung dosa-dosa saya. Tetapi suami saya selalu berpesan saya bersabar hingga dia keluar nanti. Ya Allah… Saya tidak ada tempat mengadu Ustaz. Tolong lah Ustaz.

    Wassalam…

  20. nurul says:

    salam ustaz.

    saya ingin menanyakan pendapat ustaz. saya baru mendirikan rumahtangga pada april tahun ni. Masalah saya sekarang ini suami saya tidak dapat menerima emak saya sepenuhnya. baginya emak saya tidak ada ape2. dah die jgak selalu berkata kepada saya setelah saya berkahwin dengan die hubungan saya dengan emak dan adik-beradik saya sudah putus. pada awal bulan jun baru ni rumah emak saya telah adakan kenduri pertunangan kakak saya. saya dan suami balik ke kampung tp malang ye emak mentua saya tiada di rumah kerana pergi menghantar orang kawin di kelantan. sebelum kami balik ke kampung saya telah memaklumkan kepada emak mentua saya bahawa saya akan balik. disebabkan emak mentua tiada dirumah suami terpaksa tidur dirumah emak saya pada malam sabtu tu. sedangkan kan kenduri dirumah emak saya hari ahad. oleh kerana die x berpuas hati hari sabtu tu diberi masa yang lame di rumah emak saya. pada hari ahad tu suami saya tidak membenarkan saya balik ke rumah emak saya. kata ye saya tidak memberi masa pada emak ye. saya cuba fahamkan die ape ye berlaku. tp die tidak mahu mengalah. sebaiknya die telah memberi tahu saya jika emak die terasa hati die akan melepaskan saya. saya buntu sedangkan sekarang ini saya telah mengandung. die langsung tidak memahami keadaan saya. Apakah yang perlu saya lakukan. sedangkan emak saya memang telah terasa hati kerana suami saya terpaksa datang kejap dah tinggalkan kenduri cam itu sahaja. ibarat saya orang luar yang hanya datang untuk makan dah balik begitu sahaja.

  21. ibu says:

    Assalam Ustaz..

    Masalah sy lebih kurang sama dengan masalah saudari fidah…sy ingin bertanya lanjut dgn ustaz..sy sudah berkahwin hampir 3 tahun dan usia perkahwinan 2 tahun baru mendapat rezeki anak..masalah sy ialah keluarga mertua dari awal kawin smpai sekarang seolah2 tak membenarkan sy balik ke kg sy dlm tempoh y agak lama, walhal sy n suami memang duduk dekat dengan mertua…tp jarak kediaman kami dengan kg amik masa 4 jam perjalanan…contohnya dr awal kami berkawin mertua telah menetapkan syarat bahawa jika hari raya..raya pertama mesti kene beraya di rumah mertua..alasan mertua nk kumpul semua adik beradik..sepanjang 3 tahun berkawin ni dan myb raya kali ini pun sy xkn pernah merasa untuk raya pertama di kg..suami sy sampai xleh nk wat keputusan sendiri dlm hal…mana taknya..setiap kali kami cdg nk bergilir2, mertua mst akn merajuk then bagitau isteri kene ikut hukum..bulan puasa pun mcmtu..puasa pertama mesti kene berbuka di rumah mertua..kalu x mesti merajuk, masam muka…sedangkan ibu bapa sy sendiri tak pernah berkelakuan sebegini walhal mereka juga ade anak lelaki..masalah lain pulak…baru2 ni bapa mertua saya tidak boleh memandu tuk wat chekcup di hospital..sebelum itu die minta suami sy tolong bawakan ke hospital..sy kata ok xde masalah nk bawak..tp pagi hari y sepatutnya kami kene bawa bapa mertua tu ke hospital suami saya diserang demam panas y menyebabkan suami xleh memandu sekaligus xleh nk bawa bapa nya ke hospital…jd pg2 hari lg sy cal mertua mintak maap xleh bawak dan terangkan keadaan suami..mulanya bapa mertua kata ok xde masalah…rupenya dlm diam die merajuk dan habis die ceritakn keburukan kami pada adiknya dalam telefon y mengatakan “ade anak pun xguna, xleh bawak bapak nk g hospital”…sedih sgt2 bile sy dpat tau bapa mertua saya berperangai seperti itu…bnyak kali dh msalah mcm ni ustaz…suami sy seolah2 xleh nk wat keputusan sendiri dlm rumahtangga kami..dan baru2 ini bapa mertua sekali lagi memamarahi kami berdua gara2 balik ke kg sy..alasannya mak mertua sy sakit,…tuk pengetahuan ustaz..mak mertua tu mmg sakit tp bukanlah kategori nazak..walhal anak y lain ade tolong tgkkn sementara kami blik ke kg..bukn lama pun sy balik..2 malm je ustaz ngn sy dh pun mintak izin dgn mertua nk balik ke kg sy dan die benarkan…ikut2 sy xperlu mintak izin dengan mertua kn cz sy hanya perlu mnitak izin dgn suami jika hendak kemana2 tp disebabkn sy tidak mahu mertua merajuk, sy bagitau niat nak balik kg..then hari sabtu mak mertua cal suami tanya dh kat mana…suami gtau kami masih di kg dan sok (hari ahad) baru kami balik..terus mertua letak telefon n merajuk..sy dh agak benda mcmni mst akan jd lagi..suami jd x tentu arah selepas itu dan ingin terus pulang ke rumah maknya petang itu juga tapi ibu sy xbenarkan cz dh lewat petang dgn bahaya bawa kereta dlm keadaan tertekan…jd kami balik soknya..sampai di rumah mertua kami terus dimarahi oleh bapa mertua dengan mengatakan “xtau ke mak korang ni sakit..kan abah dh gtau banyak kali BALIK SATU MALAM SAHAJA”…Ustaz dapat bayangkan x macamna perasaan sy ketika itu, seolah2 keluarga saya tiada nilai di mata mereka…walhal sebelum kami balik ke kg, suami hari2 menjenguk maknya setiap kali lepas pulang kerja..adakah kerana hanya kami balik 2 malm itu, kami dimarahi seteruk itu…terus terang sy katakan, sy dh tawar hati dgn keluarga mertua..rasa sayang n hormat langsung dh x ada dlm diri sy sebab dh banyak kali bende remeh macamni diperbesarkan..pjg lg sebenanya masalah sy ni..xleh nk diluahkan sume…mohon penjelasan dr ustaz apa hukumnya sy sudah hilang rasa hormat n hilang rasa sayang dgn mertua…dan sy skg ni hanya anggap mereka xlebih dr seorang merta dan menantu shaja…wallahua’lam

  22. qieqie says:

    assalam para2 isteri/sahabat yang dikasihi….

    berbaik2 la dgn ibu mertua kerana saya tidak mahu apa yang terjadi kepada saya berulang kepada isteri2 diluar sana.
    pada peringkat awalnya saya memang baik dengan mertua tetapi atas beberapa perkara berlaku, mungkin salah faham dimana saya menegur anak perempuannya telah menyebabkan beliau berkecil hati mungkin.
    hati saya menjadi panas dengan perangai ibu mertua yang jarang2 kerumah saya. beliau lebih suka tinggal dirumah saudara yang lain. ini semua salah saya juga kerana kurangnya layanan dan kasih sayang dari saya sebagai menantu kepada beliau. saya acuh tak acuh semasa beliau datang menziarah rumah saya. bertahun-tahun kejadian ini berlaku dan ibu mertua hanya simpan didalam hati dan tidak menceritakan kepada suami saya. bila mertua ingin balik, saya tidak salam dengan beliau.
    saya tarik muka atau menegurnya dengan cara yang tidak sopan jika ada berlaku kepincangan dalam perbuatan mertua. orang tua…apa yang kita harapkan sangat. beliau hanya perlukan kasih sayang dari anak2, menantu dan cucu2 nya sahaja. sementelah untuk menghabiskan sisa-sisan hidup ini. satu hari kita akan tua juga…jika umur panjang.

    setelah bertahun-tahun mertua memendam perasaan dan saya masih tidak sedar dengan keegoan saya yang tinggi. buat pengetahuan semua, suami saya seorang yang sangat baik orangnya, penyabar, tidak pernah memarahi saya secara kasar…pendek kata memang sangat2 baik orangnya sehingga membuatkan saya ambil kesempatan di atas kebaikannya suami.

    satu hari setelah apa yang dipendamnya diketahui oleh suami…suami saya makan hati kerana suami sangat menyayangi orang tuanya (syurga dibawah tapak kaki ibu)…sementelah kurangnya layanan yang baik saya kepada suami telah membuatkan suami mencari wanita lain untuk berkongsi masalah, bercerita dll. saya tidak boleh menyalahkan suami kerana apa yang berlaku ini adalah berpunca dari saya. suami juga telah membawa wanita tersebut berjumpa dengan mertua dan mertua amat menyukai wanita tersebut. mertua juga setuju agar suami memperisterikan wanita tersebut sehingga mertua menyuruh suami berpisah dengan saya.

    nah!!! episod saya dan suami bermula kerana suami ingin berkahwin dan kami bergaduh pada seminggu sebelum puasa 2012 yang lalu. tambahan pula mertua ingin suami meninggalkan saya kerana kurangnya layanan yang baik kepada suami dan keluarga suami saya….selama sebulan kami berselisih, berbincang, mengungkit cerita2 lama antara satu sama lain, perang mulut dan lain-lain sehingga suami keluar meninggalkan rumah 4 hari sebelum aidilfitri 2012 menjelang setelah mendapat tahu dari anak lelaki saya yang suami telahpun “bersama” dengan wanita tersebut dirumah saya sendiri. alangkah tercabar naluri keibuan, naluri keisterian saya kerana suami sanggup membawa wanita tersebut ke syurga kami semasa ketiadaan saya. apa perasaan anda wahai sang isteri hingga suami tergamak berbuat demikian.

    akhirnya suami keluar dari rumah dan tidak balik hingga kehari ni. setelah perbincangan demi perbincangan berlaku kerana masing2 ego dengan sikap masing2. kedua2 ada salah masing2 dan kami ambil keputusan untuk memperbaiki hubungan yang ada dan saya membenarkan suami berkahwin lagi satu. walau bagaimanapun saya masih mengharap agar wanita tersebut dikurniakan seorang jodoh yang lebih bersesuaian dengan usia beliau dan mendapat jodoh yang lebih baik dari suami saya. amin…

    masalahnya sekarang ini…disebabkan mertua telah patah hati dengan saya atas kelakuan saya terhadap mereka tidak mendapat menerima saya dan tidak dapat menerima saya dan suami bersatu….wahai sang isteri, andainya anda tahu betapa peritnya tanpa suami disis….pasti anda akan terbang berjumpa mertua anda sekarang juga untuk meminta ampun…….

    bukan senang untuk kehilangan orang yang kita sayang dalam sekelip mata…
    wahai sang isteri….berfikiran positive la…tak rugi anda berbuat baik kepada mertua malah rezeki anda akan berlipat kali ganda…..mohon la kemaafan dan keampunan dari suami dan ibu bapa mertua sesegera yang boleh………

  23. Lena says:

    Salaam,

    Saya ingin meminta pendapat Tuan serta pembaca-pembaca blog ini.

    Saya mempunyai masalah dengan keluarga mertua saya dari ayah sampailah ke kakak ipar saya.

    Saya telah berkahwin selama setahun setengah dan selama saya berkahwin, saya telah dipanggil gila harta, kufur nikmat dan queen control oleh keluarga mertua saya.

    Kisah nya begini, sebelum saya berkahwin, saya telah membeli rumah di KL dan suami saya tinggal di rumah saya selepas berkahwin. Namun saya perhatikan suami saya selalu sahaja mengungkit tentang rumah ini dan bila bergaduh, dia akan sebut bahwa dia sedr diri dia tidak berharta, hanya menumpang di rumah saya sedangkan gaduh hanya perkara kecil seperti menggantung gambar di dinding. Bila saya tidak bersetuju menggantung gambar di dinding, dia akan mengungkit bahawa dia tidak punya hak dalam rumah ini. Dan suami saya akan menceritakan masalah kami kepada keluarga dia.
    Keluarga suami telah menganggap saya gila dengan harta saya dan memalukan saya dengan meletakkan kenyataan begitu di twitter dan facebook.

    Keluarga mertua juga suka meminta-minta. Suami saya merancang untuk membelikan rumah utk keluarganya. Namun disebabkan oleh masalah kewangan, kami hanya mampu membeli rumah berharga rm250,00. Keluarga suami mahukan rumah bernilai RM700K. Bila kami sebulat suara mengatakan kami tidak mampu untuk membeli, keluarga suami menuduh saya queen control.

    Sekarang ini saya berasa sangat tawar hati dengan sikap keluarga suami. Sumai juga tidak membantu saya dalam hal ini, malah bertindak memukul dan mencaci saya apabila saya berbincangkan tentang hal masalah ini.

    Saya sudah tidak tahu bagaimana untuk saya mengatasi masalah ini. Saya berfikir utk mendapatkan penceraian. Tolong minta nasihat

  24. mawar says:

    salam abah…sy nk mnta pendapat mengenai mak mertua, ayah mertua dan ipar duai..sy dh berkhawin dgn suami hampir 3 tahun & dikurniakan 2 cahaya mata perempuan, suami adalah ank sulong..sy nk tny mcm mn sy nk ubah mnda sy spy sy dpt trm perangai mak mertua & perangai ipar duai yg kdang2 mnyakitkan hati sy serta ayah mertua yg kdang2 mls nk bekerja…tolong sy abah

  25. Muner Suami Fatimah says:

    Suratt kepada ibu mertua dan saudaramara mertua.: minta nasihat

    Assalamualaikum Tuan,Puan,Makcik,Pakcik,Saudara dan saudari,
    Kuhulurkan kemaafan terlebih dahulu sebelum kumulai perjalanan cerita yang hendakku sampaikan kerana cerita serta ucapanku mengandungi perkataan yang bakal menyinggung perasaan individu yang bakal terasa atau tersindir dalam segala inci ucapan yang akan ku sampaikan.
    Kepada yang masih tidak mengenali ku,Namaku Fatimah Binti Ramli isteri kepada saudara sepupu dan anak saudara suku sakat kamu semua bernama Muner Bin Tambi. Sejak kecil aku memang tidak mempunyai ibu manakala ayah yang telah meninggalkan aku lebih seawal perkahwinanku..Ya,aku mengharap kamu semua memang benar benar mengenali beliau kerana beliau membesar dan berada dalam ruang lingkup kekeluargaan kamu semua.Samada dia baik atau sebaliknya itu adalah atas penilaian kamu semua.Hanya Allah lah yang maha menilai. Namun dimata saya beliau memang seorang suami yang bertanggungjawab dalam hal rumahtangga. Beliau seorang yang adalah sedikit agamawan.Aku memang berharap kasih sayang dari suami dan juga keluarga suami.Namun suamiku selalu menjadi mangsa keadaan dalam setiap kemelut yang berlaku disekitar keluarga sebelah ibu dan juga bapa beliau.Kalau ada isu keluarga beliaulah selalu menjadi sandaran untuk menyelesaikan masaalah.Namun beliaulah juga menjadi mangsa keadaan.
    Namun bukanlah berkaitan beliau yang ingin ku ceritakan disini ,tetapi aku ingin menyentuh berkenaan intergriti dan rasa bermaruah keluarga besar Arwah Wan Tijah Binti Abdullah yang terdiri dari Ustaz hingga kepada Hakim Syariah yang kukenali sejak tahun 1985 apabila bergelar isteri kepada Muner. Permulaan kehidupan berumah tangga bersama suamiku suasana kekeluargaan memang tersemai mesra dikalangan anggota keluarga Wan Tijah.Aku memang rasa gembira terutama Arwah Wan Tijah yang melayanku dengan baik. Begitu juga ibu suamiku serta adik beradik suamiku.Semasa itu anak anak ku masih kecil dan mungkin belum ada masaalah besar yang aku hadapi sekeluarga.Tapi itu dulu semuanya tinggal kenangan.
    Tapi ibarat lautan,manakan sentiasa tenang ,sesekali akan datang ombak semada kecil atau besar.Banyak kemelut yang berjaya aku hadapi dengan sabar sejak menjadi isteri Muner. Namun begitu peristiwa yang berlaku sepuluh tahun yang lalu iaitu tahun 2003 yang mana peristiwa kehilangan duit pencen Arwah dalam akuan simpanan BSN sebanyak RM2000 benar benar menguji kesabaran dan keimanan ku sebagai seorang isteri kerana ia menghilangkan rasa hormat saudara mara keluarga Arwah wan tijah kepadaku sejak itu.Aku yang tidak ada kena mengena dengan urusan duit pencen Arwah Wan Tijah diheret dalam kemelut tersebut.Tak kusangka ada beberapa individu didalam keluarga besar Wan Tijah yang tergamak mengandaikan aku sebagai orang yang menyebabkan kehilangan wang pencen sebanyak RM2000.Ya, perkara itu berlalu sudah begitu lama,tak perlu diungkit,namun aku merasa amat kecewa dengan sikap individu yang sanggup bersekongkol dalam mengiyakan apa yang diandaikan olih penuduh yang memang bangsat.Tiada seorang pun yang berasa bersalah kerana hanya Arwah Wan Tijah sudah menghalalkan wang tersebut.Tapi aibku masih tidak terpadam sehingga sekarang,aku berhadapan dengan sindiran dari orang yang tak tahu hujung pangkal.Hampir 6 tahun aku menyepikan diri dari berada dalam hubungan kekeluargaan dgn keluarga WanTijah. Tiga orang diantaranya telah meninggal dunia tanpa menarik balik segala sangkaan yang telah diandaikan olih individu yang memang bangsat. Namun begitu atas nasihat suami ku aku lapangkan dada ku untuk kembali berada dalam hubungan siratulrahim dengan keluarga Arwah Wan Tijah.Kerana apa lah guna aku hendak memaksa orang utk berlaku adil terhadapku kerana aku bukanlah orang yg penting sangat dalam keluarga mertua ku.Aku layan sajelah kehidupan yang singkat ini mengikut acuan suamiku kerana ingin berlaku taat terhadapnya..Walaupun begitu aku melihat ada individu dikalangan keluarga sesaorang yang masih memandang sinis terhadap aku dan suami sehinggalah sekarang.Ketara ketika ada jemputan perkahwinan sebelah ibu suamiku.Perwatakan dan tingkahlaku mereka menunjukkan mereka seolah olah tidak mengenaliku seperti aku ni orang asing apatah lagi ingin bersalaman denganku dan juga suamiku,terasa bangsat bila diperlakukan begini.Takpa lah itu ajaran dan didikan yang diajar olih mak bapak dia orang.Allahlah yang akan menilai sikap dia orang.
    Setelah sekian lama aku bersabar menanti kebenaran ,aku yang dhaif ini hanya mampu berdoa dan bersolat hajat semoga ketemulah orang yang telah mencuri dan membuat angkara buruk dalam keluarga ku. Akhirnya doa ku telah Allah makbulkan.Walaupun sepuluh tahun menanti dan pelbagai anggapan aku terhadap siapa yang sebenarnya membuat angkara ini,dan serta dosa aku menyumpah orang yang buat aniaya terhadapku akhirnya orang yang menyebabkan kehilangan duit pencen Arwah WanTijah telah diketahui akhirnya lebih setahun yg lalu dari orang yang sangat rapat dengan ibu suamiku.Dari situ aku mengharapkan nama ku selepas ini akan dibersihkan..Namun aku sekali merasa amat kecewa sekali dengan ibu suamiku serta adik suamiku Manisah,mereka memendamkan berita selama hamper 10 tahun kerana hendak melindungi seseorang yang disayangi ketika itu dan rahsia itu terbongkar akhirnya . Orang yang dinyatakan olih Manisah adalah bekas suami keduanya (Amir).Melalui cerita Manisah,punca kepada kehilangan duit itu adalah kerana kad ATM yang berada pada ibu suamiku diserahkan kepada Amir untuk bertanya bagaimana nak menggunakanya.Dari situlah bermulanya muslihat Amir untuk mendapatkan akses untuk mengeluarkan duit melalui ATM Arwah Wan Tijah.Melalui cerita Manisah setiap pengeluaran duit melalui ATM itu sama seperti tranksaksi tempat dimana wang dikeluarkan iaitu Tampin,Sg Udang dan Penang .Yang menjadikan saya marah ,kenapa 10 tahun memendamkan berita ini.kemudian setelah berita ini diketahui setahun sudah kenapa tidak selesaikan secepat mungkin,aku menunggu dengan penoh kesabaran agar nama ku dapat dibersihkan secepat mungkin kerana menjadi tanggungjawab orang yang mengetahui akan kebenaran itu tampil menyampaikan kepada individu individu yang menuduhku dulu.Namun setelah lebih setahun ia masih terpendam begitu sahaja.Dia memberi sebab dan alasan ,namun kenapa baru sekarang dia berterusterang , bagiku alasan yang diberikan tidak munasabah mengikut pandanganku.Setelah kuketahui individu yang mencuri duit tersebut maka perasaan sakit hati ku makin tinggi kerana orang yang tahu hal yang sebenar buat tak tahu aje,ini menjadikan aku tidak redha kerana fitnah ini begitu lama,dan aku menuntut agar individu yang bersekongkol menuduh dan mengiyakan tuduhan itu agar datang tampil membersihkan nama ku serta nama baik ku dan keluarga.Harus ingat bahawa tiga orang Arwah yg telah pergi untuk selama lamanya tidak tahu sebenarnya siapa yg mencuri duit tersebut ,apa yg mereka tahu , akulah individu yg mencuri duit tersebut sehingga mereka meninggal dunia .Alangkah kejamnya orang yang masih hidup membiarkan perkara ini sehingga semuanya besok mengadap Allah s.w.t.Aku ulangi sekali lagi bahawa aku tidak redha kepada individu yang bernama Allahyarham Hamzah Bin Joned,Rakiah Binti Sha`ee,Shahrizal Binti Johar,isteri kepada Sakdon Bin sha`ee (Mak Lah )dan akhir sekali Che Som bin Hamzah kerana merekalah yang menjadi saksi atas `video CCTV yang menyatakan dan mengiyakan individu didalam CCTV tersebut adalah aku,selagi mereka atau waris mereka tidak tampil untuk membersihkan nama aku selagi itulah fitnah ini terhadapku masih belum diselesaikan didunia ini..Kepada Puan Rakiah (Mak Teh)masih tergiang giang ditelinga ku bahawa Arwah suami mu pernah meminta doa agar orang yang mencuri duit itu ditembak petir seperti yakin bahawa akulah pencurinya.Harap Puan Rakiah yang sekarang memiliki ilmu agama yg tinggi sejak mengaji dipondok pengajian agar sedar akan tanggungjawab Puan.Begitu juga ibu suamiku dan adik suamiku Manisah kamu adalah penyebab utama kemelut ini terjadi dan melepaskan tanggungjawab ini berlalu begitu sahaja tanpa membersihkan nama ku.Selama ini aku anggap aku yang tidak mempunyai ibu dan ayah ingin menumpang kasih tetapi akhirnya berkecai dengan sikap ibu suamiku yang tidak suka pada ku atas perkara yang remeh temeh .Diantara menantu yang paling tidak disukai dan jahat.Menantu menantu yang lain sebelum ini semuanya baik baik belaka.Namun bila perkara yang mengaibkan ini berlaku terhadapku ia menjadi kecil dan remeh dan diabaikan sahaja kerana tak menjejaskan nama baiknya.Tapi aku amat amat kecewa dengan sikap mereka,kalau terjadi kepada orang yang disayangi begitu pantas dan cepat untuk menghukum tanpa usul periksa seolah olah aku ini jahat sangat.Aku merasa kasihan pada suamiku yang tersepit dan tertekan dengan kemelut ini.Dia tentunya berasa serba salah,Tapi apakan daya dia pun silap kerana suka mengadu hal keluarga dgn ibunya dulu .Walaupun dia banyak berubah dan aku akui dia seorang suami yang baik namun kesilapannya dulu yang sekarang menghukum beliau.Dia ingin taat pada ibu dan ayahnya namun dalam masa sama ingin menjadi suami yang bertanggungjawab. Dia bolih pilih jalan yang dia nak harungi selepas ini.Kalau kerana sebab ini aku terpaksa berpisah dengan suamiku , aku sanggup dan pasrah.apalah guna hidup dengan bermertuakan dan beriparkan orang yang dah tak suka dengan aku dan keluarga ku. Terserah kepada individu individu yang terlibat samada masih merasa suci dari dosa fitnah,teruskanlah abaikan aku dan keluargaku.Aku lebih aman tanpa suami dan keluarga suamiku kalau mereka memilih untuk mengabaikan hal ini.Masing masing ada akaun yang perlu dibawa kat akhirat kelak.Kepada suami ku seandainya kau meninggalkan aku aku mohon ampun dan maaf selama ada salah ku selepas tamatnya surat dibaca.Aku memang dah tak tahan dengan kerenah ibumu dan juga sindiran sindiran yang selama ini aku bersabar kerana taat kepada mu.Kalau nak selesai,selesailah segera supaya selepas ini masing masing bolih tumpukan pada amalan baik untuk menjadi bekal diakhirat kelak.Aku pun tak nak kau menjadi anak derhaka yang selama ini kau pertahankan demi kerana ku.Pilihan ada ditangan semua orang ,kerana selepas ini aku akan berlepas tangan samada kamu semua nak kan keadilan atau tidak.Terserah…….Allah akan menentukan nasib kita diakhirat kelak.
    Sekian,Wassalam

  26. Mimi aslina says:

    Salam Ustaz,
    Jika boleh mohon email kerana masalah saya agak panjang untuk dihuraikan disini atau boleh gunakan FB abahyasir.com?

  27. Yuyu says:

    Assalamualaikum..

    Apa yg perlu saya buat.. saya ingin syg ibu mertua sy seperti mak sendiri..

    Abahyasir, boleh tolong saya.. berikan tips untuk selami hati ibu… semoga hatinya lembut dan dapat terima sy akhirnya.

  28. Y says:

    Saya perlukan khidmat kaunseling secara bersemuka. Berharap ustaz dapat membantu?

  29. Sedari says:

    saya berpendapat menantu perempuan perlu dielakkan tinggal sebumbung dengan mentua.. sebab perempuan vs perempuan nie upama angin dengan api.. kalau metua jenis mulut jahat lg la kita dielakakn selalu melawat utk elakan pertelingkahan bila kesabaran menantu dah sampai had.. so dpt la jaga hubugan utk jangka masa yg lama..

  30. warda says:

    asalamualaikum,
    saya ingin bertanyakan soalan kerana sy musykil sb adik adik ipar sy baru sahaja berkahwin dan tinggal bersama keluarga mertuanya…tapi apabila suaminya keluar bekerja dia sering menyuruh suaminya menghantarnya pulang kerumah ibu mertua.. sedangkan ibu mertua sudah lama meninggal dan saya yg tinggal di rumah itu bersama suami..kebetulan adik ipar ada menyimpan kunci rumah itu..sy tidak dapat bercakap apa2 melainkan senyap walhal kadang2 menganggu privasi kami ank beranak..tapi adik ipar seolah2 tidak mengerti..sy kadang terfikir apa ibu mertua beliau akan kata jika sering menyuruh suaminya menghantar beliau pulang kerumah..sedangkan beliau sepatutnya merapatkan silatulrahim bersama keluarga metrua..tidak kah ini satu tindakan yg salah..dan apabila pulang ke kampung adik ipar sering memaksa si suami patuh dengan permintaan supaya tinggal lama di kampung adakah ini adil?

    • Muner Bin Tambi says:

      Assalamualaikum Abayasir,

      Bolih tak saya nak berjumpa tuan,untuk minta nasihat dan pandangan ,kerana masaalah saya ini sangat rumit untuk saya tulis dalam ruangan ini,

      Terima kasih

      Yang Ikhlas

      Muner

      0192975131

  31. asma says:

    salam ustaz,

    sy sekarang punyai masalah yang mn sy dh 2 thn kawin dan masih belum ada zuriat.sy tgal dengan mertua dan sy sgt tertekan bila mertua selalu memberi tekanan kpd sy. sy seorang yang berkerja dan sgt letih.tp mertua tidak pernah faham keadaan sy.balik kerja sy terpaksa menolong mertua masak dan mengemas rumah. Jika sy tidak buat, sy akan dimarah seharian. suami pulak tidak pernah menyebelahi dan faham keadaan sy. suami anak tunggal. Semua yang disuruh oleh ibubapanyer pasti akan dia turuti tp jika xkena dihati pasti ada sindiran yang sy juga akan terkena tempiasnya. paling sy tertekan bila setiap kali sy minta untuk balik rumah family sendiri pasti suami akan berubah mood sbb dia tahu yang mertua akan bermasam muka jika sering balik rumah family sy. sepanjang sy kawin rasanya baru 3 kali sy balik dan tdo rumah family sy. sy tertekan tetapi tiada tmpt nk kongsi sbb suami pasti marah balik kalu sy cerita masalah sy sbb dia tidak pernah utk faham sy. sy pernah juga menyuarakan hasrat utk tinggal berasingan dengan mertua tetapi suami tidak mahu dan melenting marahkan sy.sy sgt2 tertekan bila isu anak timbul. mereka seperti menyalahi sy seorang.

    sy harap ustaz dpt memberi pandangan ustaz,apa yg perlu sy lakukan kerana sekarang ni sy sgt2 tertekan dengan keadaan sy sekarang.

  32. ina says:

    mak mertua sebagai ibu sendiri?

    1. adakah mak sendiri akan paksa anaknya berhenti kerja kerajaan yang stabil dan kukuh semata-mata supaya anaknya boleh duduk di kg bersama nya?

    2. adakah mak sendiri akan memburuk-burukan anak sendiri di hadapan sedara2 ketika pulang ke kampung / memburuk-burukan anak sendiri di hadapan jiran2?

    3. adakah mak sendiri akan mengumpat anak sendiri besama2 anak-anaknya yang lain?

    4. adakah mak sendiri akan menyalahkan anak sendiri sekiranya anak sendiri lambat mengandung cucunya?

    saya mempunyai mak metua yang bersikap sedemikian…menyuruh saya berhenti kerja kerajaan HANYA untuk menyuruh anaknya menetap senegeri dengannya. sedangkan suami saya FEDERAL yang boleh berpindah ke mana2 negeri jika ada kekosongan, namun dengan HASUTAN suami saya ENGGAN berpindah menyebabkan saya perlu pulang ke rumah setiap minggu menemui anak dan suami,sehingga saya sudah tidak mampu dan terpaksa berhenti kerja lg. selama 2x perkara ini berlaku berhenti dr kerja kerajaan.

    mak metua sering memburuk-burukkan saya dengan sedara mara di kg.. sedara-mara kebanyakkan percaya kerana mereka tidak tau hal sebenar. saya diamkan sahaja.juga tidak pernah henti2 memburukkan saya dengan jiran2 nya,namun jiran2 nya lebih mengetahui perangai buruknya bagaimana,mujurla mereka tidak memulaukan saya malahan kesian pada saya yg telah sekian lama bersabar dengan perangai buruk mak mertua.

    mak mertua sering mengumpat jika tidak berpuas hati terhadap saya keadaan ini menyebabkan anak-anaknya yang lain tidak hormat kpd saya sebagai kakak ipar.

    setiap kesalahan menantu mak metua akan membesar-besarkan namun jika anak nya sendiri yang bersalah dia cuba pertahankan walaupun kesalahan itu amat besar. adakah itu sikap mak metua yang patut kita banggakan/ yg patut kita hormati?

    sekarang ini demi menjaga anak2 saya supaya tidak mengetaui sikap BURUK nenek nya saya terpaksa menjauhkan diri drpd mereka. pulang bila hanya keadaan perlu seperti kenduri / raya sahaja. demi menjaga dosa pahala hati serta perasaan semua pihak keadaan menjauhi mereka perlu saya lakukan.

  33. Haha says:

    Assalamu’alaikum wr wb Abah Yasir,

    Ibu bapa mertua saya tinggal di rumah saya (menantu perempuan) sebab bapa mertua saya sewakan rumahnya untuk mendapatkan lebih wang bulanan. Bapa mertua saya masih bekerja sepenuh masa. Mereka pindah ke rumah kami bersama anak-anak perempuan mereka yang belum berumahtangga. Adik-adik ipar saya tidak memberi duit bulanan kepada kami walaupun diberi sebilik untuk mereka menetap. Bapa mertua kami beri kami tiga ratus fulusan tiap bulan. Kami suami isteri dan anak beranak terpaksa bersempit tinggal di dalam satu bilik dan menanggung semua perbelanjaan di rumah. Saya dan suami berdua bekerja untuk menanggung anak2 dan mereka semua. Bila diutarakan kepada mertua dan ipar2, mereka kata mereka semua (ibu bapa mertua dan adik-adik suami) adalah tanggungjawab suami saya sebab suami saya adalah anak lelaki sorang. Walhal, bebanan kewangan terlalu perit untuk suami saya. Walaupun saya bekerja untuk membantu suami, kami tetap merasa bebanan sehingga tidak ader wang simpanan untuk waktu susah.

    1. Wajibkah anak lelaki menanggung keluarga seperti ini sedangkan bapa nya masih kuat untuk bekerja?
    2. Sebaik sahaja seorang anak lelaki itu bekerja dan mempunyai rumah sendiri, adakah tanggungjawab seorang bapa selesai dan boleh dialihkan (transfer responsibility) kepada anak lelaki?
    3. Apakah tanggungjawab menantu perempuan untuk membantu suaminya untuk menanggung keluarga mertuanya, sedangkan dia pun mempunyai orang tua sendiri yang dalam kesusahan?

    Dari,
    Yang benar-benar memerlukan nasihat.

    • sofea@ebby says:

      Askm wrh…cite nk anggap mertue sperti ibu sndri…tu sy da tglkn…xmhu lgi sy b’naung dbwh mertue yg ibart semut dpijk2 xmti,ibart mcurh air kedaun keladi xmndtgkn pe2 pdnyer malh sy plak mjdi tmpt dier b’irihti…mklumlh dlu anknyer xpndai wat pe2…shga b’isteri ia jdi serba boleh dn mjdi lebih baek sgt baek dri waktu bujgnyer dlu…ckp maknyer pown xprnh dgr(itu kate mertue ak ktika anknyer b’isteri)npk cam ske ler hakiktnyer cembru lak…mklumlh istri jage suami lebh baek dri maknyer…ksih syg utk suami dri istri seperti mmelihra ank2 kecil yg mnje…fhm hti budinyer,thu keinginnnyer…pndai lak b’tgungjwb ats mertue yg xprnh dlakukn c suami…pndai mjge mkn minm pkai suami,pndi b’pantg sndri,mjge ank,merwt ank suami sakit@xsakit…xperlu ke klinik pown…semua djge dtgn istri sndri…dn maknyer serba serbi xpndi…yg sy thu mertue nie byk dbantu ibubpanyer adek bradeknyer ipar duainyer krne xpndi mlyn ank2…kesiankn berank pndai…nie tahap mgumpt mertue da nie…huhuhuuu…selurh kluarge besr suami t’lalu segan dgn sy…pe2pown sy lkukn yg lebh baek utk mertue jugk…pe2pn hga sy sndri xde pe2…pe yg ank2nyer xprnh buat sy buat dn sy pown xthu jka anknyer xbgi thu…sy buat mcm tu krne sy da biase dgn mak ayh sy bgitu…kini blew de mertue tntu lh lbih sernok…maklmlh mak b’tmbh,tgjwb pown b’tmbh…blnje pown b’tmbh agr sme rate yg dtrime dri sy…blew sy lebh semprne dri mertue maka dtglh irihtinyer…wlupn pgorbnan sy da melebihi tahap maksima dri ank2 nyer sndri,bukn mertue sje sy bgtu malahn pde adekbradek,ipar duainyer pe yg nk bgi sy bgi hga suami mlrg dn ckp “sndri pown xde pe nk bgi org,baek gne utk diri sndri”…”&sndri pown sakit msih nk merwt org”…”sndri tgh sarat mgandg pown nk mgurut2 mertue yg sedg sakit kple ktika itu”betul la suami ckp mcm tuu…sebb mertue nie lorat kit da bgi betis nk peha…hahahaaa…karektor sy mlyan jerk wlupn da ase nk pitam nmun tetp steady…slme kbaekkn sy itulh mertue tetp xprnh mjge hti&persaan sy…cbe menandingi sy…meraih simpati…dn mgunekn kuase veto anknyer tuk mgikt khendknyer…sy k jerk trs wat baek dgnnyer,trs sabr krne sy sygkn anknyer(suami) maka sy terskn wlupn hti dremuk2…jka nk dcritakn pnjg glew huhuhuuu…sy singktknlh…krne mertue,sy b’gduh suami isteri…dek krne sy bru lps pntg…de knduri sepupu suami maknyer minta suami balek,sy masih xb’daya utk balik nk mnaiki bus…mklumlh pntg sndri…waktu mertue dtg dlu waktu b’pntg sy buat itu ini…kejr sne kejr sni…lyn ank yg lain…mertue hyer msak utk anknyer sje…sy di biar lapr dlu kmdn bru mertue masak utk sy itupn stelh thu mak ayh sy nk dtg…konn2nyer nk tnjuk baek kot…walhal b4 tu mak ayh sy da myamph dgnnyer…plg t’senth hti sy,suami,mak ayh sy…ketika khdirn cucu bru mertue boleh pergi b’cuti…hga mak sy tyer2 pd suami tentg maknyer brulh suami hbgi mertue sy tu dn ckp pe yg mak sy katekn…brulh dtg…sy t’pk inilh mak kpde suamiku…sambil mgeleng2kn kple…xpelh lam hti hti mmujuk sndri…ktika mak ayh smpi,mknn yg mertue masak pown siap just ikn msin goreng dgn bawg serta cili dn minyak jdi kuah…ayh sy tegr “mne boleh mkn myak2 de cili tuuu”,mertue ckp “iya kaa…kmi dsna(penang)mkn mcm tu jugk”…”xdaq apapun…”ayh sy ckp jgn mkn&mertue nk amek lek tpi sy tahan dn ckp “rezeki jgn dtolak”…sy ters mkn dn mkn…wlupn mak ayh bisik kat sy nti sakit kamu long,bukn skrg tpi akn dtg…sy cme jwb xpelh mak…ayh…jka itu yg mertue inginkn…biarlh ALLAH kan de…jwb sy sambil t’sengih…byklh sepnjg 5thun dgn suami sikp mertue wat mcm2…sy tetp sabr…hga saat2 kndri sapepn lau sy xdpt pergi maka mertue myurh anknyer tglkn sy…slesai knduri suami lek lah…xkire dlm pantg@lps pntg…memg kne tgl krne mgikut khendk mertue…xpelh…reti g & lekkn…cme benr2 sy xtahan ktika mertue tahan suami nk lek hga lewt mlm naek bus dgn m’bwa ank kecil sorg&sy yg bru pas pntg bbrpe hri b’sme baby nk kne ambil suami dhentian bus menaiki kreta yg rosak dtgh mlm sambil bwk baby tuu adakh ptut…?seme anggota kluarge sy mngis blew mgethui hal nie&sy jge ingin b’pish dgn suami…hga suami sujud dn cium kaki sy minta sy xtglkn dier…dn b’jnji xkn buat mcm tu lgi…mertue pown mngis…myatakn salhnyer…nmun sy b’kers dn ckp “mak xsalh,mak berhak keats ank mak”sy cme mnntu dn istri ank mak”kmi t’ikt dgn 3tali…andai puts tali itu putslh sgle urusn&ikatn kami dunia akhirat”tapi dgn mak tiada pe yg dpt dputuskn”sguh2 mertue tu mryu bgi pihk anknyer”yaa…pk kan ank2 sy yg msih kecil…sy trme kmbli tpi tidk sperti dlu…nmun sikp mertue tetp sme cme kurg mganggu laaa…!kini sy x lgi mgamalkn pe yg telh sy lkukn dlu…cme tgjwb suami kpde mertue yg suami xbuat tetp sy buat tnpe pgthuan mertue t’msuklh hri2 pentg buat ibu dri ank2nyer…hal2 laen sy xprnh pduli lgi…b’serh pd ALLAH agr dbkakn hti ini utk mnerme kluarge suami kmbli…biarlh ALLAH yg mengaturknnyer…hati ini umpama batu yg xkn retak apath lgi utk pecah…HANYA ALLAH YG BISA MGUBAHNYA…wallahualam…

  34. 090907 says:

    jika mertua terlalu mencampuri urusan rumah tangga kami padahal itu bukan hak mereka mengatur rumah tangga yang kami bina apa lagi keadaan saya sedang hamil bagaimana???
    dan menjauhkan suami saya dari saya serta tidak mengijinkan suami saya untuk mengunjungi saya padahal saya lagi hami gimana???

  35. Isya says:

    Askum ustaz..mentua sya seorg ibu tunggal kerana tlah bcerai dgn suaminya,ibu mertua sya tlah bkahwin 3 kali…dan mempunyai 5 org anak…2 dah bkahwin dan 3 lg tlah bkerja.suami sya anak kedua lelaki yg sulung.bru2 ni kami ada sedikit ptengkaran antara sya dn suami,sya cuba utk ptahankan diri sya kerana suami mula tinggikan suara..sya cuba tenangkan diri seketika tetapi suami sya trus pergi ke garaj kereta dgn menekan minyak spuas hatinya…sya mula benggang xtau mcm mna nak ckp…mentua sya mula menarik muka asam,sya masuk ke dlm blik bila selesai membasuh pinggan yg bselerak dlm sinki,sya mula mengemas pakaian sya,sya buat mcm krana ingin lari dari masalah yg sya hadapi namun smua nya btukar menjadi ptengkaran d antara kami,ibu mertua sya mulai masuk cmpur dan mula menengking sya krn ingin kluar dri rumah,mertua sya mrah dan sya pun cuba bcakap dgn nada yg sebak…sya tsentap seketika krana mertua sya akhirnya bsuara kerana dia slalu menyindir sya,dia xpernah pun puji sya walau apapun yg sya lakukan smuanya hambar di matanya..mertua sya xsuka bila sya menegur akan sikap anak2nya…mertua sya slalu bcakap d blakang sya (mengumpat)..sya diam dan cuba luahan kepada suami,suami yg sya hrp akan trima luahan hati sya…smpai la ke detik ini…suami sya suruh sya btaubat dgn allah s.w.t…dan meminta maaf dgn ibu mertua sya tpi sya rasa sya xda buat apa2pun…dan sya bsetuju utk meminta maaf ttpi hati sya xikhlas tuk melakukannya…sya mohon pendapat ustaz apa yg perlu lakukan?

  36. nida says:

    klu ibu sendiri yg begitu mcmna?ini berlaku pdu sy.sy tgl dgn mk dan ayh.ibu sy mmg selalu mrh ank2 sy tp sy angap semua untuk kebaikan.malah sy mrh juga anak2.tp sy diangap x boleh ditegur.sy byk bersabar walaupon sy selalu menangis sendiri.ibu sangup x bercakap dgn sy berhari2.sy selalu beralah untuk x mengeruhkn keadaan.sy ttp diangap x boleh ditegur walaupon sy mendiamkn diri.

  37. nana says:

    sis….sebenarnya mcm susah nk anggap mak mertua mcm ibu sendiri sbb lainn attitudenya n susah nak terima

  38. cinderella says:

    betul… terasa sgt mcm org lain. sebab klu anak sendiri bkurung dlm bilik mudah je mertua ckp konon anaknye ada kerja. tp klu menantu dlm bilik?? d jaja cerita mnantu kuat tidur. huh

  39. cinderella says:

    saya tekanan. balik2 menantu d salahkan. smpi kan ada yg bercerai pun mnantu juga d salahkn konon x baik dgn kluarga mntua. klu mnantu tu d buat mcm anjing d tengking suka hti. takkan nk bg muka baik je?. stres smpi histeria. klu ada cuti smnggu raya, 6 hr ngan mertua tetibe fmly dtg dr jauh berbelas jam jauh smata2 nk lawat kte, mertua plak suka hti suh anak n mnantu p knduri fmly dia. so adakah patut pmpuanni bla dah kwen jd mnantu trus membelakangkn ibu bpa kandung?? sdangkan tgok kak ipar rilek je x g rmh mntua dia walhal rmh mntua dia x smpi 2 jam pun nk g. kmi mnantu d sekat2 nk jln n p stay semalam ngan mak bapa yg jarang2 jmpa. tp anak2 pmpuan sendiri yg dah kwen stay situ je. korg yg jd mntua tu jd la adil. korg push mnantu tp anak korg terang2 jauh lbh teruk. eeeiii. stres!!!!!!!

  40. bf says:

    Assalamualaikum ustaz..
    Macam.mana pulak kalau ibu mertua tidak seperti itu dgn anak perempuannya tp dgn menantu seolah2 seperti nk berebut dgn menantu nak mendapatkan perhatian anak lelakinya.
    suami sy pernah menjatuhkan talak ke atas saya semata2 kerana sy berterus terang tidak tahan lagi dgn perangai dia yg terlalu mementingkan keluarganya sampaikan perasaan saya ditolak ke tepi.Selepas suami menjatuhkan talak ke atas sy, dipanggilnya semua ahli keluarga dia ke rumah..dgn niat utk mencerahkan keadaan tp kesemua ahli keluarganya dtg ke rumah dan pin point semua perkara yg mereka tidak.puas hati ke atas sy. Sy hanya mampu terdiam kerana masih terkejut dgn keputusan suami yg sanggup menalakkan sy. Selepas itu pada otg hari yg sama suami sy kembali dan mahu rujuk kembali.. dan sy terima.dia kemudia pulang ke rumah utk memberitahu keluarganya namum seperti keluarganya tidak bersetuju dan seolah2 mahu kami bercerai. Seterusnya suami tidak dibenarkan berjumpa dgn sy sehinggalah kami berjumpa dgn seorang ustaz..selepas itu suami sy masih mahu bersama.dgn sy…akibat masih terguris dgn perilaku keluarga suami sy..sy masih tidak mampi melupakan segala kata2 hinaan dan nista yg mereka lemparkan..sehingga kini saya suami isteri sering bergaduh kerana keluarga nya. Pada ketika ini saya secara jujurnya tidak mahu lagi meneruskan ikatan ini kerana sy tidak sanggup lagi bertahan dgn keluarga dia…tp dalam masa yg sama sy masih sygkan suami sy..tp sy jg x mahu melihat dia tersepit dlm memilih sy atau keluarga nya..tetapi sy rasa kesabaran saya sudah sampai ke hadnya..hati saya sudah semakin tawar…
    apa yg perlu saya lakukan
    Terima kasih

  41. Iwank Rachwanda says:

    Saya punya punya empat bersaudara,saya anak yg ke empat orang tua saya memilih untuk tinggal bersama keluarga saya, belakangan ini saya sering ribut sama istri saya karna saya tidak terima kalau orang tua saya di diamkan alias tidak di tegor oleh istri saya. Karna sayamg nya saya sama orang tua saya menyalahkan istri saya, tapi permasalahan nya saya tidak tau saya tanya orang tua saya dia merasa benar dan saya tanya istri saya dia jg merasa benar. Masalah nya orang tua saya ini sering marah marah pada diri nya srndiri sering nyumpahin diri nya sendiri karna itu istri saya tersinggumg, tolong di jawab saya bingung harus bagaimana dan akhirnya sekarang orang tua saya keluar dari rumah ikut anak nya yg lain, terima kasih sebelum nya bila pertanyaan saya ini di tanggapi

  42. Dewi says:

    bagaimana pulak dgn saya? Suami saya hanya anak angkat (anak kakak kepada mak mertua sy). layanan antara anak-anak kandung dengan suami sy mmg nampak bezanya… tapi suami sy x berapa nak ambik peduli. pernah beberapa kali sy terdengar mertua sy mengumpat kami. padahal anak kandung pun x jaga diaorg. yang jaga diaorg sy dah suami. sanggup kadang2 x tido jaga diaorg yg sakit, tp sekali pun x pernah di hargai. selalu sy di persalahkan. ada je yg x kena. sy pun xfaham kenapa sy selalu jd mangsa. sekrg ni sy mcm dah nak ambik keputusan tinggalkan semua termasuk suami saya sbb sy takut sy akan makin tertekan. buat kerja kat office pun mcm org dah x betul je. sakit hati sgt. tiap2 malam sy habiskan masa nangis pd yg maha esa. sy dah buntu. bila sy ajak bincang ngan suami dia xblh nak bg apa2 keputusan. alasan dia takut mereka akan ckp suami sy x kenang budi. diaorg yg besarkan dia. pernah sekali bapa mertua sy seperti halau kami , siap ckp dia blh dpt org lain utk kerja kat umah tu. makna dia mcm kami ni org gaji je… saya mmg btl2 buntu. dah xtau nak buat apa dah…

  43. Intan Zarita says:

    Assalamualaikum,
    Tiada terniat sedetik pun untuk membenci mertua tetapi kekadang mindset mertua perlu juga di educate oleh seseorang yang rapat dgn mereka @ yang boleh lut bila menasihati. Walau mereka ini lebih makan garam dari kita anak2 menantu, satu hari nanti kita pun bakal jadi mertua pada pasangan anak2 kita (Inshaallah).
    Bagaimana pula mertua yang pilih kasih dan back up sangat anak2 perempuan dari anak lelaki. Saya adalah menantu perempuan & terasa juga kelainan kasih sayang yg suami saya dapat dr ibu bapanya walau sudah 17 tahun berkahwin. Bagi mertua, anak2 lelaki MESTI dan WAJIB memberi apa sahaja yg ibubapa mahu utk keperluan malah kehendak mereka. Kdg2 cuba untuk cakap tidak cukup $$$ kerana gaji yang kecil & utamakan komitmen keluarga sdri malah akan disindir dan mertua pula akan duduk bercerita pd anak2 perempuan yg sipolan anak begitu, si polan anak begini. Bagi saya amat tidak baik utk mengaibkan kerana masing2 ada kemampuan masing2. Saya sbg isteri & menantu kdg2 bersuara juga jika itu kehendak je tak perlu sangat, nanti2 ada $$$ kita belikan lah. Masalahnya mertua tidak suka orang luar ni (menantu dikata Orang luar”) menyibuk dalam hal2 begini. So saya jadi kurang respect sebab mertua tidak akan ambil pusing kata2 menantu (bukan saya saja..yang lain pun terkena). Mungkin jua mertua terlalu di muakan apa saja di “order” anak2 tpksa usahakan memberi walau seperit mana pun.
    Saya mengenangkan kesenangan di belakang hari saja atau d akhirat saja dan mengajak suami redha & sabar sebolehnya. Tetapi sebenarnye teringin juga seseorang untuk educate parents-inlaw ni agar bersyukurlah walau yg sedikit & jangan la anggap tanggungjawab diatas anak lelaki sahaja. Kami pernah mogok & merajuk tidak datang rumah mertua walau duduk berdekatan…Dan yang paling bestnya adik2 ipar perempuan terus cop dan sindir kami “anak derhaka”. Sebenarnya saya tau mertua rindu kami dalam tempoh itu, cuma bila dah diinput dengan macam2 ke mindset mereka, jadilah perbalahan/berpuak2 dalam keluarga. menangis2 mertua minta maaf disebabkan kesilapannya sdnri tapi nampaknya ia berulang lagi…dan never ending story.
    Rasanya nak duduk jauh-jauh je kali ni….
    Nak anggap mak mertua sbg mak sdri jauh sekali bagi saya..jika ditakdirkan suami saya tiada lagi mungkin hubungan saya & mertua berlainan sekali.

    Wallahualam bissawab

  44. nasuhazan says:

    Salam,

    Saya igt saya je ad mslh dgn mak mertua.rupenya ramai yg xpuas hati.kisah saya pun lebih sama mcm awk2 sume.saya pn xfhm.nak anggap mak mertua mcm mak.mak sndri pn xlayan kite mcm anjing.hina kite.mak kite xpernah bt perkra yg mbuatkan kite’down’.nk anggap mak mcm mne?..dpn org kite kne tengking kne herdik.konon kerja rumah suruh kite bt.mmg kj sbg menantu kne bantu2 dlm rumah.tp kalau sbg cnth mak mertua minta tlg sapu setiap hari dan mop satu rumah bila mak mertua balik kj dia komplen ni berhabuk, bpasir ,dapur hitam, sinki kotor.pdhal kite da bt sebaik mgkin.yelah tinggal bersama kne la tunjuk bakat.tp dia suo sapu balik.pastu sindir2.saya mmg sedia maklum bkerja di office krjn.mak mertua saya pn bkerja di restoran sndri bersama dgn asben saya. Bab masak pn cmtu cnth minta sy potong sayo.komplen jgk.saya nak masak xbg.saya mmg xkesah bt kj rumah. Tp saya perhatikan mak mertua saya.anak2 dia sume mngelak bt kj rumah mse tinggal bersama. Sbg cnth kakak2 asben sy pagi pkol 7 da mrayap bjalan dgn asben g singapore .mlm nt pkol 10mlm bru balik. Klu mkn kt rumah akak2 n adik asben mmg xbasuh pinggan.kongsi bilik air pn saya kne cuci.pernah hrtu bini adik ipar cuci stlh setahun xpernah cuci.abis bilik saya naik air warna kuning.air bilik air la tu.saya xfhm.mak mertua saya ni xpernah nmpk ke saya.ikhlas saya. Bini adik ipar sy skg ddk rumah xpernah bt kj.saya jgk kne bt.bini xde nak tlg2. Klu masak pn bini dia sorokan.mcm rumah sewa la..maaf cerita berkait. Tp mak mertua saya ni anak dia bt salah, bini adik ipar saya bt slh dia xpernah tegur.mcm takut.tp dgn saya maki tengking2.asben plak klu kne mrh dia tension nt dia cri psl dgn sy. Lps solat sy bdoa spy mak mertua saya ni dibukakan pintu hati. Tp doa saya lambat makbul.
    Kdg saya kecewe sgt. Xte nk cite dgn sapa.asben xnk dgr lgsg cite psl mslh sy.klu sy cite pn wlo sy betul.ttp dia mrh sy.pd mata dia ap sy bt sume slh. Saya x taulah. Rasenya ap perlu sy bt? Saya rase mcm2 nk lari bwk anak2.tp byk perkara yg menggangu sy dr segi ekonomi.
    Sekian.harap ade yg bole mberikan sedikit pandangan tntg cerita saya ni.
    terima kasih

  45. amy says:

    Saya ada ibu mertue yg sering dan suka mengelar anak kecil saya hati panas jika melihat anak kecil saya menangis ..dan ibu mertue saya suke mengajar cara nak melawan cakap,,cara membantah,,cara mebuat angin kepalanya saje ..adakah dari sumber begini anak kecil saya akan terbiasa hingga dewasa??

  46. anisa says:

    salam ustaz,saya ingin minta pendapat ustaz patutkah suami saya minta duit nafkah ibunya pada saya? sedangkan dia bekerja.dalam masa yang sama adik beradik suami pun ramai.dalm 9 orang.sedangkan duit kereta barang anak dan keperluan rumah saya yang bayar.suami lebih menggunakan duit nya untuk diri sendiri.kadang2 saya rasa tekanan.apa harus saya buat?

  47. Hemelda says:

    Kalo suami tak berlaku adil terhadap ibaubapa masing2 mcm mn nak puas hati..contohnya wlpn tak tinggal sebungbung tp kena tlg by bil electrik utk mertua sblh suami j, sblh isteri tak pula.lps tu,adik beradik si suami pula,kenapa x kongsi sama2 share byr bil sdgkn kj ada,ada yg bt bisnes pn x jg tlg kongsi byr semua bil..mmg tak adil..harap mertua tu mati cepat

Leave a comment