1. Tajuk ni sebenarnya dah lama saya rancang untuk tulis tapi tidak pernah berkesempatan dan akhirnya topik lain yang saya buat. 

2. Saya tak tahulah kenapa, tapi sejak kebelangan ni selalu sangat saya berdepan dengan kes-kes terlanjur, berzina dan sebagainya. Baik melalui telefon, emel mahupun secara bersemuka. 

3. Tapi apa yang saya pasti isu ni bukan satu perkara yang baru, cuma mungkin akibat zaman yang telah berubah, masyarakat kita sudah berani mengadu untuk dapatkan bantuan lebih2 lagi dengan adanya emel kita tidak perlu bersemuka atau mendengarkan suara untuk didengari dan dilayani. 

4. Secara tidak langsung maknanya usaha dakwah saya melalui multiply, facebook dan blog ini berhasil juga mendekati masyarakat, alhamdulillah. 

5. Bila kita bercakap tentang seks luar nikah, kadang2 perkara pertama yang terbayang di fikiran kita ialah remaja, tetapi sebenarnya orang-orang dewasa pun ramai melakukan perkara terkutuk ini. 

6. Pendek kata penyakit ZINA merupakan perbuatan yang boleh terjadi kepada semua orang tidak kira keturunan, status, pelajaran atau umur jika kita tidak berhati-hati. 

7. Saya pernah didatangi oleh seorang remaja lelaki yang inginkan bantuan kerana telah terlanjur dengan seorang remaja wanita lain yang baru dikenali beberapa minit sebelumnya. Bayangkan? 

8. Dalam kes beliau, remaja wanita tersebut yang memulakan langkah2nya. Malah mengadakan hubungan seks pada usia awal belasan tahun juga merupakan satu perkara yang biasa di ketika ini. 

9. Terdapat juga remaja wanita yang layu apabila menerima pujuk rayu daripada lelaki, dalam satu kes yang saya terima (remaja wanita bawah umur)..baru jumpa 3 hari dah serah diri sebab si lelaki yang hanya dikenali dengan nama pertama shj nyatakan sayang dan tak akan tinggalkan beliau. Lepas dah dapat, tak nampak bayang sampai sekarang. 

10. Apa yang perlu disedari oleh kaum wanita, lelaki yang menyintai kita sepenuhnya ialah lelaki yang menghormati diri kita sebagai wanita, tidak juga mengambil kesempatan ke atas diri kita dan meminta sesuatu dari kita sebagai satu bukti cinta.  

11. Mengikut pengalaman saya ada beberapa faktor tertentu mengapa remaja wanita mudah terpedaya dengan lelaki sebegini, selain daripada termakan pujuk rayu dan takut kehilangan teman lelaki. Faktor kurang kasih sayang dari seorang lelaki (yakni bapa) juga merupakan penyebab kepada perkara (zina) ini berlaku. 

12. Ini berbeza pula dengan wanita dewasa, faktor kurang perhatian dan kasih sayang dari suami selain kerana mengadu kesunyian menjadi faktor terbesar bagi perkara ini. Namun terdapat juga kes yang saya terima berpunca daripada godaan yang bermula dari wanita sendiri!   

13. Bagi kes-kes wanita yang kesunyian (termasuk golongan janda), kurang perhatian dan kasih sayang daripada suami ini biasanya kerana dilayan dengan kasar contoh suami suka maki dan panggil isteri dengan kekata seperti s****l dan sebagainya, suami yang kurang romantik atau atau suami sibuk dengan wanita lain. 

14. Dalam hal ini si suami juga menjadi punca dan penyebab ke atas perbuatan zina terhadap isteri berlaku walaupun ia bukan satu alasan untuk seorang isteri melakukan perbuatan yang dikutuk oleh Allah ini. 

15. Golongan wanita yang saya sebutkan di atas ini merukan golongan yang paling terdedah kepada godaan dan rayuan lelaki lain yang mungkin pada mulanya berperanan sebagai pendegar atau ‘ a good listener’. 

16. Atas sebab ini, merupakan satu langkah yang kurang bijak bagi wanita golongan ini untuk mengadu kepada lelaki lain masaalah rumahtangga yang dihadapi. (Sila rujuk posting saya yang bertajuk ‘Ladiesman’ 

17. Pernah saya menerima kes seorang wanita (sudah bersuami) yang baru berpindah kerja selama beberapa bulan dan kemudian berkenalan dengan rakan sekerja baru (sudah beristeri) yang bertindak selaku ‘Ladiesman’. Tidak lama kemudian kedua-duanya terlanjur.

18. Keadaan akan menjadi bahaya dan tidak terkawal kerana wanita pada saat begini biasanya mudah cair kepada lelaki yang menunjukkan sifat ‘caring’ walaupun lelaki tersebut kadangkala adalah suami orang.  Malah terdapat lelaki yang memang suka ‘target’ golongan isteri dan janda yang  kesepian kerana tahu mereka ini ‘vulnerable’ kepada pujuk rayu lelaki. Maklumlah, lama tak dapat.  

19. Oleh itu penting bagi suami untuk sentiasa melayan dan menghormati isteri dengan baik selain memberikan sokongan emosi kepada isteri baik dari segi sentuhan, belaian, ucapan kasih sayang dan juga hadiah (walau kecil dan murah) dari semasa ke semasa. Ini termasuklah jangan diabaikan juga tuntutan nafkah zahir mahupun batin. 

20. Jika peranan ini tidak dilakukan oleh suami, maka banyak buaya2 di luar sana yang boleh menjadi suami gantian kepada isteri kita jika kita tidak berhati2. 

21. Golongan wanita juga perlulah sedar, walau apa sahaja kekurangan suami kita bukanlah bermakna ia satu lesen atau alasan untuk kita melakukan kemungkaran. 

22. Sifat ambil berat dan kasih sayang yang diluahkan dan ditunjukkan oleh lelaki lain bukanlah satu cinta sejati. Ia adalah PALSU. Yang rugi nanti kita sendiri. 

23. Pernah berlaku pada kes2 yang saya kendalikan,  isteri2 sebegini kadangkala hamil dengan lelaki lain yang kadangkala merupakan suami orang! Siapa yang rugi? 

24. Ingatlah perintah Allah ‘ Jangan Kamu Dekati Zina’. Berdua-duaan dengan wanita atau lelaki bukan mahram termasuk kawan rapat atau rakan sekerja perlulah sama sekali dielakkan. Walaupun ianya di tempat awam dan khalayak ramai. 

25. Jika ingin bantuan dapatkanlah daripada teman sejenis kita atau dari mereka yang profesional. Semoga pesanan pada posting kali ini menjadi satu pengajaran untuk kita semua.  

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s