Bagi yang menerima ujian anak-anak yg sangat hebat, teruskanlah mohon bantuan kepada Allah. Ingatlah, pertolongan Allah itu kadang segera, kadang dilewatkan.
Bagi yg dilewatkan dan masih belum diperkenankan, anggaplah itu satu ujian serta peluang utk kita bersabar serta mengangkat kedudukan kita lebih hampir kepada Allah.
Dalam kita bersedih, kenang kembali kegembiraan kita semasa memperolehi cahaya mata dahulu. Keriangan kita dan keceriaan yg diberikan buat kita. Ia sesuatu yg tidak ternilai. Lihat pula pasangan lain yg langsung tidak berpeluang menimang anak sendiri.
Mungkin hari ini dia begitu, mana tahu esok2 dia pula yang mendoakan kita sebagai seorang anak yang soleh dan solehah dan menjadi penyebab kejayaan kita di hari akhirat kelak.
#warnawarnikehidupan