Excerpt from Second Sermon – Haze

Image

Excerpt from Second Sermon (Haze) – Friday, 21 June 2013

Let us increase our istighfar, in the hope that God will forgive us of our sins. Let us not stop making istighfar, in the hope that we may be protected from any harm and punishments from Allah.

Let us continue making istighfar, in the hope that Allah will ease all our affairs. And let us persevere in our istighfar, in the hope that Allah will bless us with His sustenance and send abundant rain upon us, and keep us safe from harm and dangerMay Allah bless us all with good health, prosperity and safety, and protect us from calamities and disasters…

Continue reading

3 Tip Menegur Anak (Bahagian Kedua)

(Sambungan)

Kedua, bersikap objektif dalam memberi teguran

Ibu bapa perlu bersikap objektif dalam menegur anak. Misalnya, dalam isu temanita anaknya ini. Komen seperti: ‘Mak/ayah tak suka kau kawan dengan pompuan cina tu!’

Ini satu kenyataan yang jelas tidak objektif. Si anak akan menjawab: ‘Kenapa pulak tak boleh? abis pompuan Melayu baik sangat ke?’

Betul juga kan? Perempuan Melayu sekarang pun apa kurangnya. Tidak semua jenis ‘Wanita Melayu Terakhir’! Bahkan kes-kes sosial yang melibatkan anak bangsa kita juga bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Continue reading

Jerebu Oh Jerebu

Image

Apa agaknya dalam fikiran orang2 yang bakar hutan ni? Kalau dia orang Islam, dikhuatiri banyak dosa yang melimpah dengan sebab: 

Continue reading

Selamat Hari Bapa, Papa!

Image

Selamat Hari Bapa, Papa!

Saya teringat masa saya darjah 4 di madrasah, saya pernah dapat no antara yg tercorot, sebab byk main  Bila balik papa saya diam tak berbual dgn saya. Saya tahu dia marah.
Continue reading

3 Tip Menegur Anak (Bahagian Pertama)

Image

Dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, pastinya kita tidak lari dari berinteraksi dengan teman-teman, rakan sekolah, teman sekerja mahupun mungkin jiran-jiran kita yang bukan Melayu dan beragama Islam. Tiada salahnya perkenalan kita ini, malah memang fitrah manusia dijadikan pelbagai bangsa dan sedemikian rupa, agar kita dapat kenal mengenal antara satu sama lain. Bukankah itu yang dinyatakan Allah dalam surah Al-Hujuraat ayat 13:

“Wahai Manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu berbilang-bilang bangsa dan kaum supaya kamu saling kenal mengenal antara satu sama lain.”

Continue reading

9 Tips Interaksi Dengan Remaja (Bahagian Kedua)

(Sambungan)

6. Contoh

Penting bagi kedua ibu bapa memberikan contoh yang terbaik agar ia menjadi ikutan dan panduan buat anak. Perbaikilah diri kita dahulu sebelum anak-anak ditegur dan dinasihati.

Janganlah jadi seperti bak kata pepatah ’Bapak borek anak rintik’ atau seperti ’Ketam yang ingin mengajar anak berjalan lurus’.

Bagaimana dapat kita tegur anak untuk tidak menghisap rokok kerana membazir dan merosakkan kesihatan, atau kita tegur mereka agar jangan bersikap kasar dan menggunakan kata-kata kesat, jika kita sendiri melakukan perkara yang sama?

Continue reading

Kenapa Nak Bergaduh?

Image

Bila membaca status FB teman2, atau mereka yang di seberang tambak pun, saya masih tak faham kenapa kita perlu menghentam fahaman saudara seislam kita? Menghentam ustaz atau individu itu dan ini? Ni sesat, terroris, haram, kufr dll? Saya sebenarnya sesak nafas bila tengok perkara macam ni.

Continue reading

9 Tips Interaksi Dengan Remaja (Bahagian Pertama)

Image

Pernahkah kita terfikir mengapa sebahagian anak remaja lebih senang bersama teman dan rakan sebaya mereka daripada bersama keluarga di rumah?

Terdapat banyak kemungkinan yang mengakibatkan situasi ini berlaku. Antaranya anak remaja mendapat sesuatu di luar daripada teman yang tidak mereka dapati di rumah, atau mungkin juga mereka lebih rasa difahami dan dihormati kerana dilayan oleh rakan sebaya sebagai seorang dewasa, tidak dibentak jika mereka melakukan kesilapan, malah mereka bebas menyuarakan ketidakpuasan pada sebarang perkara.

Continue reading

Pelajari Solat (Bahagian Kedua)

kids solat1 Pada sesi ‘Pelajari Solat’ bersama anak-anak saya tadi, saya berkesempatan untuk berkongsi satu lagi zikir yang boleh dibaca semasa slot doa iftitah. Zikir ini jarang dibaca oleh masyarakat Islam kita, tapi ia merupakan doa yang sangat besar fadhilatnya sehingga para malaikat pun berebut-berebut mencatitnya.

Doa yang ringkas, tapi amat luar biasa kelebihannya ialah zikir dengan lafaz: “Alhamdulillahi Hamdan Kathiran Thoyyiban Mubarakan Fiihi”. Continue reading

Ihsan

Image

Foto ketika Konvo di UM pada tahun 2008 bagi penerimaan sarjana Usuluddin. Saya baru perasan gambar solo saya bersama mereka kurang sangat selepas berkahwin. Ini antara yang dapat saya jumpa.

Bila bujang dan tinggal bersama kedua ibu bapa, kita berpeluang berlaku ihsan tiap hari pada mereka, tapi peluang buat dosa pun banyak juga…

Bila dah kawin dan ada keluarga sendiri, dosa kita pun dah semakin kurang, tapi pada masa yang sama juga, peluang kita berlaku ihsan juga semakin berkurangan… 😦

Continue reading