Peringatan! Posting kali ini banyak flashback dan kenangan nostalgia…
Semalam sepatutnya giliran saya menjadi Imam Terawih bagi pembukaan malam pertama Ramadan, tetapi akhirnya saya terpaksa jadi makmum terhormat kerana ada Imam jemputan dari Mesir yang dibawa oleh Masjid Ba’ ‘Alwie pada saat2 akhir. Chairman kata, Ustaz relax sudahlah malam ni..Alhamdulillah!. Teruk eh? : )
Apa yang ingin saya ceritakan kali ini ialah ketika saya solat witir di belakang, bersebelahan saya kawan bawah blok saya semasa kecil dulu (ketika umur lingkungan 9-15 tahun). Masa kecik2 pernah satu ketika dia digelar ‘anak bulan’ sebab berfesyenkan skinhead.
Hai, tiba2 teringat pula saya kenangan kita dulu masa bulan Ramadan. Saya ceritakan dengan dia..dia pun masih ingat..kita tergelak..apa taknya. Bayangkan orang solat terawih banyak rakaat, kita solat terawih bawah kolong blok (masa tu Ghufran belum dibina) 2 rakaat jer lepas tu terus cabut! Kain pelikat dicabut, tinggallah seluar short (disclaimer: masa tu belum baligh) kita main bola sampai pukul 10pm..kadang2 main sembunyi2. Undang2 nya, boleh sembunyi sampai tingkat 14! Ya Allah..Lengitlah siapa yang kena cari tu..Nakal kan kita?
Bayangkan, gang2 saya ni masa umur 10 tahun kita dah ramai2 pergi Stadium tengok Malaysia Cup..kalau gol jer..keropok..pap pup pap pup..dalam gang saya tu, saya sorang budak Madrasah..yang lain sekolah nasional.
Masa membesar, dengarnya ada yang kena masuk dalam, ada juga yang masuk poly, masuk U pun ada juga, yang jadi rappers pun ada juga (pernah masuk talentime), yang tak masuk apa2 pun ada juga : ) .
Tapi sejak saya kerja di Al-Falah, saya jumpa hampir 10 orang teman2 saya ni yang dulu nakal macam nak aper..saya sungguh gembira dengan perubahan teman2, termasuklah kawan saya ni..beliau pandu teksi sekarang.
Saya bersyukur sebab mereka tak segan berbual dengan saya, tapi ada juga yang segan. Mereka panggil saya Ustaz, saya cakap tak payahlah, panggil Yus jer, kita kan members. Sampai sekarang saya tak kisah, kalau ada jemaah panggil atau kenalan baru yang panggil saya dengan nama Yusri. Bukan apa, tak panggil Ustaz pun, kita tetap Ustaz kan..
Teringat cerita pasa zaman Nabi, masa baginda nak meterai pernjanjian Hudaibiyyah. Utusan Musyrikin Quraish tidak ingin gunakan nama baginda disertai dengan tulisan ’Rasulullah’. Para sahabat membantah. Baginda cool je. Beliau bersabda antara maksudnya: ’ Kalau tidak ditulis Rasulullah pun, aku tetap seorang Rasul!’
Kembali kepada kisah saya bersama-sama teman lama saya tu, pengajarannya…kita tidak boleh memandang rendah pada seseorang. Walaupun bila kita ternampak seorang yang fasik, banyak buat dosa , minum arak dan sebagainya, kita tidak boleh kutuk mereka sebenarnya..apa yang perlu kita lakukan ialah doakan mereka diberi hidayah dan cegahlah kemungkaran dengan sedaya yang kita ada walaupun dengan hati (rasa benci pada perbuatan mereka bukan orangnya)
Kita juga tidak boleh mendabik dada jika kita baik, pandai atau alim dan banyak buat ibadah. Kita tak pasti penghujung hayat kita bagaimana? Masih baik ke atau jahat.
Berapa ramai kita lihat artis atau penghibur yang dulu-dulu terkinja-kinja, tetapi lepas tu jadi pendakwah atau terus hilangkan diri dari dunia hiburan. Kita lihat sahaja Yusuf Islam dan yang paling dekat dalam dunia melayu ialah saudara Azmil Mustapha.
Semoga Allah kekalkan kita menjadi orang yang beriman sehingga hari Kiamat dan tergolong di kalangan orang-orang yang bakal mendapat syafaat pada hari akhirat kelak. Begitu juga dengan saudara-saudara seislam kita yang masih leka, semoga Allah campakkan Nur di dada dan hati mereka seterusnya disinari hidayah dan menjadi seorang mukmin yang hakiki.
Members tetap members, kan Ustaz?Cuma kadang2 yang beratnya, dorang kata,’Eh!Ko kan budak alim, asal buat macam gini?’Members lupa kita juga manusia…nak juga main bola dan main sembunyi2…*haha!*
Members semua tahu, tapi mungkin kenalan baru atau masyarakat luar ada fikir gitu. Yang kelakarnya, masa team bola saya (team asatizah) lawan dengan team luar, nanti dorang komplen..eh Ustaz pun main kasar! Saya nak jawab jer, kita main bola bukan main goli!