Image

Bila membaca status FB teman2, atau mereka yang di seberang tambak pun, saya masih tak faham kenapa kita perlu menghentam fahaman saudara seislam kita? Menghentam ustaz atau individu itu dan ini? Ni sesat, terroris, haram, kufr dll? Saya sebenarnya sesak nafas bila tengok perkara macam ni.

Dah tiba masanya kita pandang ke hadapan dan bergandingan tangan, fikir isu2 yg lebih mencengkam masyarakat Islam kita, jiran kita dan sekeliling kita. Atau buka buku, membaca dan tambahkan ilmu di dada, agar apa yang kita posting dan suarakan, membuka dan tidak menyempitkan minda, menyatukan dan tidak memecahbelahkan ummah.

Leave a Reply