Alhamdulillah, bertuah dapat makan tengahari dan kemudiannya bertalaqqi dengan sheikh Mustafa al-Bugha bersama teman-teman asatizah yang lain.
Lebih kurang 130 asatizah hadir tadi dan program talaqqi kitab ‘Buhuth Fiqh al-Muqaaran’ yang berakhir pada Jumaat ini.
Talaqqi petang tadi berlangsung selama 2 jam tepat, dan Sheikh Mustafa Al Bugha tetap bertenaga dalam penyampaiannya, tidak menyentuh minumannya walau seteguk, dan Sheikh berusia lebih 70 tahun!
Sheikh mengajar, bercerita, memberi contoh dan kadangkala terdapat humor pada sesinya, tapi best nya dlm humour beliau pun padat dengan pengajaran dan kena mengena dengan topik yg sedang disentuh.
MasyaAllah.
Alhamdulillah…semoga bumi Singapura disirami keberkahan dengan kehadiran pewaris para Nabi.