Saya baru menghantarkan emel pada Berita Harian untuk disiarkan di ruangan forum bagi respon saya terhadap tulisan A.Rahman Basrun bertajuk ‘Asatizah Bukan Sekadar Penceramah’ di Berita Harian pada 14 Mei 2009 yang lalu.

Tetapi memandangkan tidak tahu bila ia akan disiarkan di BH, mungkin Rabu ini mungkin juga Sabtu depan,  maka untuk siaran ekslusif : ), maka saya paparkan di abahyasir.com dahulu. Selamat membaca!

Respon Pada Artikel BH ‘Asatizah Bukan Sekadar Penceramah’ 

Merujuk kepada tulisan A.Rahman Basrun di Berita Harian pada 14 Mei 2009 bertajuk ’Asatizah lebih daripada sekadar penceramah’.

Sesungguhnya pandangan tersebut telah membuka mata masyarakat bahawa peranan asatizah tempatan pada masakini adalah lebih meluas melampaui tugasan yang secara tradisionalnya dikaitkan dengan guru agama iaitu berceramah, ini jelas daripada contoh-contoh menarik yang disebutkan oleh penulis.

Pada masa yang sama, pandangan tersebut juga menunjukkan keprihatinan dan aspirasi yang sangat tinggi di kalangan masyarakat setempat kepada golongan  asatizah supaya tidak hanya mahir dalam bidang agama tetapi juga hebat dalam bidang keduniaan lainnya.

Ini jelas daripada komentar penulis “Misalnya, kita kegersangan asatizah dalam bidang kedoktoran, penyelidikan dan pengembangan (R&D), kejuruteraan, kesusasteraan dan seterusnya.”

Kenyataan ini memang tidak dapat dinafikan kebenarannya, tetapi suka saya menambah melalui pengamatan saya, selain daripada apa yang disebutkan penulis iaitu kegersangan asatizah dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya, masyarakat Melayu-Islam Singapura secara umum juga masih lagi kegersangan dalam pelbagai profesi lain khususnya dalam kerjaya profesional di negara kita ini.

Lihat sahaja contoh dalam kerjaya pakar bidan dan sakit puan (Gynae) Melayu-Islam. Berapa ramaikah pakar bidan Melayu-Islam yang kita ada di negara Singapura ini? Kita masih lagi jauh kekurangan dan terkebelakang dalam bidang ini berbanding bangsa lain terutamanya bagi pakar bidan muslimah.

Ini tidak termasuk pada kerjaya-kerjaya lain yang masih lagi kita kekurangan masyarakat Melayu-Islam mempelajari dan menceburinya seperti kerjaya pada bidang penyelidikan bio perubatan dan sebagainya.

Besar harapan saya agar lebih diperbanyakkan penulisan di Berita Harian selaku satu-satunya akhbar aliran utama masyarakat Melayu pada masa akan datang tentang kejayaan umat Islam pada mana-mana bidang profesional yang kurang popular dan jarang disertai agar dapat membangkitkan minat masyarakat Melayu-Islam mempelajari dan menceburinya.      

Pada masa yang sama, saya juga melihat kenyataan penulis sebagai satu cabaran kepada kita selaku umat Islam Singapura dalam melahirkan anak-anak Melayu-Islam yang bukan sahaja cemerlang dalam kerjaya profesional, pengurusan mahupun teknikal  tetapi pada masa yang sama mempunyai asas agama yang mantap dan mampu menjadi pendakwah melalui bidang kerjaya masing-masing.

Ini dapat dilakukan jika kita selaku ibu bapa dapat memberikan perhatian yang sama tinggi dalam bidang agama kepada anak-anak sebagaimana kita memberikan perhatian agar mereka cemerlang dalam bidang akademik.

Besar juga harapan saya agar madrasah-madrasah tempatan dapat terus mengeluarkan para agamawan terbilang dan hebat serta peka dengan perkembangan semasa selain tidak ketinggalan dalam menghasilkan para cendekiawan dalam bidang sekular tetapi juga mempunyai latar belakang agama yang mantap lagi kukuh.  

Nota:

Alhamdulillah, kiriman emel saya telah disiarkan pada akhbar BH hari ini. Walaupun saya gembira kandungan emel saya tidak disunting tetapi sedikit terkilan dengan tajuk yang diletakkan bagi pandangan saya serta sedutan bagi tulisan saya. 

Alangkah baiknya jika tajuk tulisan saya diberikan sebagai ‘Melayu-Islam perlukan lebih ramai profesional yang beragama’, mudah-mudahan pembaca sekalian tidak terkeliru dengan ‘header’ tajuk tulisan saya di BH hari ini.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite!

4 responses »

  1. Nas says:

    Syabas, Ust Yusri. Respon yang bernas. Saya harap emel Ust akan disiarkan di BH buat tatapan ramai. Congrats!!

  2. Abah Yasir says:

    Terima kasih Nas, harap-harapnya begitulah. Semoga bermanfaat hendaknya.

  3. zahid says:

    MasyaAllah..nak bersuara tapi alfaqeer ni tak layak ust, Allah yazidkum alf kheyr.
    ana kongsi pendapat dalam perenggan terakhir enta, budaya melengkapkan bukan mencari kekurangan.

  4. Abah Yasir says:

    Zahid, ana yakin pandangan enta pasti banyak yang bernas dan boleh dikedepankan. Jika perlukan pertolongan, ana lebih dari sudi membantu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s