Kelmarin dan hari ni tak berhenti saya perlu kaunseling. Tu belum campur meeting yang perlu dihadiri. Ah, penat betul..kerja ofis pun tak sempat sangat sentuh tadi. Kesemuanya ada 4 kes, 2 hari ni, 2 semalam. 

Saya ingin kongsi kes saya dengan seorang (namanya S) yang kali terakhir saya jumpa atau kaunseling 4 tahun lepas. Kali ini saya berjumpa dengannya kerana beliau menghadapi masaalah rumahtangga. Beliau berusia lewat 30 an dan sudah lebih 10 tahun bernikah dan mempunyai lebih dari 2 orang anak.

Tapi sejak kebelakangan ini hubungan beliau suami isteri..semakin goyang dan renggang. Isterinya mengadu yang suaminya banyak tumpukan masa pada anak2 hingga isteri kesepian. Anak2 beliau manja dengan bapanya. Nak tidur mesti minta bapa temankan hingga buatkan si bapa sampai tertidur hingga pagi. Jadi si isteri akan tidur sorang, keadaan begini luar biasa pada saya kerana biasa yang berlaku adalah sebaliknya, yakni anak-anak biasa akan cari si ibu untuk tidurkan. Macam kes saya : ) Anak2 saya bila time tidur akan cari mamanya, suruh story dah sebagainya..tambahan pula bila saya pulang kadang2 anak2 dah tidur. Tapi kadang2 angin..’Nak abah story mlm ni!’ Oh oh! tak boleh lari..kena story lah time tu..dah lah tu over..nanti saya suruh dorang komen. Adik Yasir akan cakap. ‘Abah cerita best, mama tak best’ Hmmph, pandai betul kau ampu..! : )

Kembali kepada si S ni, si isteri tak suka macam tu..tapi beliau tak kejut suaminya ni..dia nak suruh suaminya faham. Pompuan memang gitu : ) Dia harapkan kita faham dia. Si suami pula atau lelaki memang blur, kita nak isteri direct pada kita bila nak sesuatu. Hah, nilah psikologi atau personaliti suami isteri yang perlu kita pelajari. Kalau suami, dia nak suruh isteri tidur dengan dia, pasti dia akan kejut, tapi isteri tak kejut kita. Dia nak kita faham sendiri..Inilah yang diberitahu oleh pelakon Mel Gibson apabila ditanya oleh wartawan, adakah beliau faham wanita (sebab beliau pernah lakon dalam filem ‘What Women Want’ memegang watak lelaki yang boleh baca suara hati wanita) beliau jawab, ‘Till now, I still cant understand women (my wife).”

Satu hari beliau pernah marah isterinya, bila si suami baru balik kerja, isteri share cerita pasal adik beradik dia, si suami bentak kerana sibuk cerita pasal orang macam diri sendiri betul sangat. Terus isteri merajuk..Banyak lagi perkara antara mereka berdua hingga melarat ke mahkamah shariah. Beliau tanya saya macam mana Ustaz? Bagaimana cara boleh saya baiki komunikasi saya dengan isteri?

Saya jawab, ‘kadang2 kita perlu buat beberapa perkara yang simple.’ Tapi ia juga bukan mudah, sebab kita jarang buat. Kita perlu praktis untuk jadikan ia suatu habit atau kebiasaan. Seorang pakar pernah kata, untuk jadikan satu habit seorang tu perlu ulang satu perkara yang sama sebanyak 16X!

Antara perkara simple yang saya maksudkan ialah:

1. Belajar mendengar luahan isteri.
Dalam kes ini, isteri beliau perlukan seseorang untuk mendengar luahan hati. Maklumlah, dari pagi sampai mlm jaga anak dan tak tak jumpa suami. Isteri nak suami dia dengar je. Tapi nak dengar tulah yang kadang2 kita susah nak buat. Ada beberapa perkara yang boleh tunjukkan kita mendengar:

– Eye contact
– Hentikan segala perbuatan. eg. stop baca paper.
– Angguk2..atau cakap ‘ya’ atau ‘oh, lepas tu?’
– Para frasa (paraphrase) eg. isteri cakap, saya pergi rumah mak, lepas tu jumpa kak ton, kak nab etc. kita paraphrase. ‘Oh, tadi awak cakap awak pergi rumah mak, jumpa kak ton, kak nab? lepas tu jumpa sape lagi? ‘
– Body posture. Mengadap isteri bila berbual.

Semua perkara ni akan membuatkan si isteri rasa kita mendengar luahan mereka, tulah yang dorang nak.

2. Empathy.
Walaupun rasa penat dan penuh problem serta tension dengan urusan pejabat, suami perlu bersikap empati. Iaitu cuba rasakan perasaan isteri yang kesunyian, sunyi, penat (basuk, lipat, gosok baju, masak, jaga budak etc) dan menunggu penuh harapan kepulangan suami.

Seperkara yang menarik yang beliau share dengan saya, beliau beritahu ketika suasana tgh tegang dan isterinya asyik minta cerai, beliau pernah beritahu isterinya, ‘awaklah satu-satunya wanita dalam hidup saya, tanpa awak hidup saya tak bermakna’ Terus, sejak hari tu isteri beliau mula berubah..Lihat tak impak nya kata2 si suami tadi?

Saya beritahu beliau, tulah yang isteri nak dengar. Tak cukup sayang tapi dia nak kita luahkan. Saya bagi contoh bila isteri masak sedap, tak cukup kita makan bertambah2 nasi atau lauk (walaupun maknanya sedaplah tu sampai bertambah2) tapi bagi isteri ia tidak cukup, mereka akan hampa bila suami tak cakap pape (pujilah maknanya). So suami kena puji atau luahkan.

Satu lagi perkara saya cadangkan pada beliau, supaya dapat timbangkan keluar berdua dengan isteri (mereka tak pernah lakukan sejak dapat anak rupanya), beliau komen, mungkin nanti isteri keberatan..saya kata cubalah..kadang2 kita juga perlu masa untuk berdua..I.Allah, kesan dia mereka akan nampak nanti. Maklumlah, kalau keluar dengan anak, satu nangis, satu mengamuk lapar atau nak tidur, bila makan tumpah air lah, lauklah..ada jer..boleh spoil dan kecoh jadinya (tu pengalaman saya yang baru anak dua) bayangkan kalau client saya yang anak lima ni! Beliau janji akan cuba…

Di akhir sesi, beliau beritahu..Ustaz, masih banyak lagi yang saya belum kenal isteri saya ni…Saya hanya tersenyum. Dalam hati saya bercakap ‘Saya pun’ : )

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

5 responses »

  1. dew embun says:

    Bestlah entry ni…Crash course 2-in-1! Counselling + Relationship skills! Hehe…

  2. Abah Yasir says:

    Alhamdulillah, comunication skill antara perkara penting dalam counselling. Boleh diaplikasikan juga dalam kehidupan seharian.

  3. river07 says:

    Salaam UstazAlhamdulillah, banyak yang dapat ditimba dari tulisan Ustaz di blog ini.Saya juga dalam bidang kaunseling dan prihatin sama ada inti blog Ustaz berkenaan kes-kes Ustaz ini terlalu terperinci, mungkin melanggar etika ‘confidentiality’ klien.Coretan Ustaz berkenaan kes-kes Ustaz begitu mendalam, dan seolah-olah transkripsi sesi yang telah diadakan. Saya khuatir sekiranya klien Ustaz terbaca tulisan Ustaz ini, dapat tahu bahawa kisahnya dicoretkan di sini.Setakat pandangan dan renungan sahaja.

  4. Abah Yasir says:

    Tak sangka macam transkripsi yer, sebab ada antara kes yang saya kongsi telah berlalu hingga beberapa minggu dan bulan. Cuma jangan dikhuatiri, maklumat genting yang ada dalam posting banyak dah ditukar..malah ada beberapa kes yang hampir sama hingga kadangkala apa yang dikongsi bercampur aduk dengan kes lain akibat terlalu lama diperam dalam kepala. Apapun, saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan ini. Saya anggap ia sebagai satu peringatan agar saya lebih berhati2 pada posting mendatang.

  5. Ummu Mukhtaar says:

    Assalamu’alaikum wr. wb.,Alhamdulillah, dapat saya menimba ilmu mengenai rumahtangga daripada kes-kes yang Ustaz mengendalikan antaranya:1.memahami isi hati seorang suami2.memahami diri sendiri sebagai isteri yang kadangkalanya kita lupa bahawa kita mempunyai sifat sedemikian3.membuahkan pemikiran yang luas mengenai alam berumahtangga 4.memberi pemilihan cara-cara mengatasi sesuatu permasalahan dan memperbaiki hubungan dalam berumahtangga dan berkeluargaSyabas UStaz, teruskan perjuangan ustaz dalam berkongsi pengalaman dan pengetahuan Ustaz terutama dalam menjalani hidup kita setiap hari!Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s