Banyak perkongsian mengenai cara solat terawih di rumah. Ada yang siap dengan bacaan utk Bilal dan sahutan dari jemaah yang lazim kita dengari di masjid-masjid. Cuma isunya, tak semua boleh mcm tu, mungkin imam boleh, tapi yg jadi bilal tak mampu. Lebih2 lagi yang ada anak2 kecil dll.

Sebenarnya solat terawih ni simple je. Tak susah. Tak perlu pun nak hafal zikir2 tu. Memadailah, buat solat minimum 8 rakaat atau 20 rakaat bagi yang mampu, lepas dua rakaat. Solat lagi dua rakaat. Jika nak zikir atau selawat antara dua rakaat. Bolehlah baca mana yang ingat. Jika tak baca pun tak mengapa. Memang begitu pun amalan zaman Nabi. Tapi kalau nak baca pun tak mengapa, cuma tidak wajib.

Biasanya dilazimi baca untuk 15 hari pertama, dengan bacaan surah al-Takathur dan ke bawah bagi rakaat pertama. Rakaat kedua pula, surah al Ikhlas. Jika tak mampu, boleh juga baca surah mana yang kita hafal.

Lepas selesai terawih, boleh lah buat 3 rakaat witir (2 rakaat + 1 rakaat), atau sekurangnya 1 rakaat. Kedua2 cara ini sunnah dan amalan Nabi. Lihatlah kemampuan keluarga dan anak2 juga. Boleh baca surah al a’la dan al kafirun, dan 3 qul pada rakaat ketiga (ni yang Nabi amalkan). Atau mana2 surah yang kita hafal.

Dengan cara ini kita dapat solat yang lebih ringan, memudahkan anak2 kecil juga. Supaya mereka lebih semangat untuk solat dan tak rasa berat.

Ramadan Karim!

#stayathome

Leave a Reply