Azam Baru

Countdown

Tahun baru baru sahaja menjelang…di luar sana ramai insan bergembira. Tiba-tiba teringat pula detik 13 tahun lalu saya bersama teman-teman buat coundown dengan laungan takbir sempena millenium di Masjid Al-Falah, Orchard Road.

Continue reading

Solat & Puasa: Permulaan Perjalanan Mukmin Ke Arah Kejayaan

Pada hari Sabtu malam yang lepas, saya dijemput untuk mengimamkan solat terawih beserta ceramah ringkas bersangkutan ‘Puasa dan Solat: Permulaan Perjalanan Mukmin Ke Arah Kejayaan’.

Tajuk ini sebenarnya umum dan luas pembahasannya. Pening juga, untuk saya memulakan proses mencari idea bagi pengisian ceramah. Tapi alhamdulillah berjaya juga. Saya membuat keputusan untuk mengupas tajuk solat dengan lebih terperinci dengan sedikit perbandingan dengan ibadah puasa. Seperti biasa, sebagai manfaat bersama, saya kongsikan isi kandungan ceramah saya pada malam tersebut.

Sebagai permulaan ceramah, saya memulakan dengan dua hadith berkaitan kelebihan dan kebesaran ganjaran puasa dan solat iaitu:

–  “Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”  Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

– “Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” Hadith riwayat Imam Muslim

Continue reading

Spektra – Ibu Buntu, Si Anak Bawa Anak Gadis Orang Pulang Ke Rumah

Bersama ini saya sertakan artikel bagi ruangan saya di majalah Manja pada keluaran bulan Mei bagi kemanfaatan pembaca abahyasir.com Kali ini ia membicarakan isu seorang ibu yang buntu kerana anaknya membawa pulang anak gadis orang tinggal bersama.

Soalan:

Bagai ditelan mati emak, diluah mati anak situasi saya ini. Malu untuk diceritakan tapi saya tiada pilihan kerana buntu mencari jalan keluar. Saya adalah ibu tunggal kepada dua anak. Yang sulung adalah perempuan dan sudah berkahwin dan tinggal di Malaysia. Saya kini menetap dengan anak lelaki saya di flat tiga bilik.

Baru-baru ini teman anak lelaki saya telah datang ke rumah saya. Masalahnya dia perempuan dan tidak mahu balik ke rumahnya semula atas alasan bergaduh dengan keluarganya sendiri.

Continue reading

Spektra – Dilemma Menjadi Isteri Kedua

Berikut saya kongsi bersama kolumn saya di majalah Manja bagi keluaran bulan April bagi kemanfaatan pembaca abahyasir.com Kali ini ia membicarakan isu seorang janda yang jatuh cinta dan dilamar oleh seorang lelaki lain yang sudah beristeri.

Soalan:

Apabila di rumah, saya rasa kosong dan bosan kerana antara saya dan suami seperti sudah hilang titik persamaan. Suami saya tidak akan bercakap dengan kalau saya tidak menyapanya atau ada sesuatu yang ingin dia mintanya dari saya. Kami akhirnya bercerai dan saya teruskan kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tiga anak.

Pada masa yang sama, sejak 10 tahun lalu saya sudah pun berkawan dengan Z. Kami bekerja di sama tempat, jadi memanglah kerap kami habiskan masa rihat dengan berbual bersama. Memang sejak dulu lagi, kami seperti ada keserasian bersama – minat pada seni serupa, pemikiran tentang hal berkaitan masa depan juga serupa. Itu membuat hubungan kami mesra tapi tidak lebih dari itu. Z sudah beristeri dan mempunyai empat anak. Namun, setelah dua tahun saya hidup menjanda, Z secara tiba-tiba bersuara untuk mengambil saya sebagai isteri kedua. Percayalah saya tidak pernah langsung ada niat untuk jadi orang ketiga.

Continue reading

Ruangan Spektra – Hubungan Yang Tidak Mendapat Restu

images

Berikut adalah pandangan saya yang telah dikemukakan dalam ruangan Spektra di majalah Manja bagi keluaran Mac 2012. Semoga pembaca mendapat manfaat darinya.

Setelah single selama 30 tahun, akhirnya saya temui jejaka pilihan hati. Kami berkenalan di Internet selama tujuh  bulan sebelum dia melamar saya. Teman lelaki saya, duda anak satu, seorang penganut agama lain dan dia telah bersetuju untuk memeluk Islam. Dia seorang warga di salah sebuah negara di Eropah dan telah dua kali datang ke Singapura untuk temui saya dan keluarga.

Continue reading

Ruangan Spektra – Dilemma Antara Ibu & Suami

Berikut adalah pandangan saya yang telah dikemukakan dalam ruangan Spektra di majalah Manja bagi keluaran Oktober 2011. Semoga pembaca mendapat manfaat darinya.

Soalan pembaca:

Saya kini amat tertekan memikirkan situasi yang menghimpit diri saya. Saya tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini.

Continue reading

Tadika

Ahmad Yasir (T-Shirt putih kolar berwarna kuning) duduk di barisan hadapan, dua dari kiri.

Alhamdulillah, kelmarin saya dan isteri selamat menemani Ahmad Aysar, anak ketiga saya yang baru menghadiri kelas ‘Playgroup’ beliau yang pertama di Tadika Masjid Darul Ghufran.

Cuma kali ini, saya tidak ingin bercerita tentang Aysar tetapi ingin berkongsi pengalaman saya memilih tadika serta pengalaman kami sebagai ibu bapa bersama anak kedua saya iaitu Ahmad Yasir yang sekarang ini sudah berada di darjah 1 di salah sebuah sekolah rendah di Tampines. Semoga cetusan pengalaman saya kali ini mampu memberi sedikit sebanyak idea dan buah gambaran bagi para ibu bapa dalam memilih tadika yang sesuai dengan anak-anak mereka.

Continue reading

Ruangan Spektra – Kebebasan Dalam Membuat Keputusan

Pada bulan Ogos yang lalu, saya ditawarkan sebagai penulis bagi ruangan Spektra di Majalah Manja selama 6 bulan. Tugas saya pada setiap bulan ialah menjawab soalan-soalan berbentuk peribadi yang ditanya oleh pembaca majalah Manja. Edisi pertama sudah pun dikeluarkan pada bulan Oktober ini (mula berada di pasaran sejak 21 Sept).

Insha Allah, saya akan menyiarkannya di blog saya ini pada setiap 20 hb bagi keluaran bulan yang terdahulu, agar ianya tidak mengganggu penjualan majalah Manja. Semoga sekalian pembaca dapat meraih faedah darinya. Insha Allah.

Continue reading

Ramadan Menyatukan Masyarakat

images

Pada hari Khamis yang lalu giliran saya menyampaikan tazkirah selepas Zohor di Masjid Muhajirin, tajuknya tentang bagaimana Ramadan dapat menyatupadukan masyarakat sekeliling. Sebenarnya pening juga cari idea, adalah berejam juga. Bukan apa, saya cuba cari panduan dan tips yang realistik dan mudah dilaksanakan bersama, dan pastinya ukur taranya ialah saya rasa mampu saya sendiri mampu laksanakan atau pernah saya lakukan.

Continue reading

Menjadikan Al-Quran Sebagai Teman Setia Kita

tumblr_loi8dle1Jr1qd60lu

Sidang Pendengar yang budiman,

Setelah beberapa minggu kita berpuasa, kini kita sudahpun berada pada 20 Ramadan, dan menghampiri 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.  Dan sewajarnyalah, pada malam-malam terakhir ini kita perlu lebih giat lagi beribadah, bagi mengejar ganjaran-ganjaran yang dijanjikan Allah buat hamba-hamba-Nya yang gigih mengabdikan diri pada-Nya.

Jika pada 2-3 hari yang lepas, pada rancangan hikmah Ramadan ini…banyak diperkatakan tentang peristiwa Nuzul AL-Quran serta hikmah di sebalik penurunan Al-Quran, maka pada hari ini pula, saya ingin menyentuh tentang keperluan bagi kita untuk sentiasa mendekatkan diri pada kitab agung, yang diturunkan Allah..yang tidak lain tujuannya adalah sebagai pembawa hidayah kepada sekalian manusia.

Continue reading