Tahun baru baru sahaja menjelang…di luar sana ramai insan bergembira. Tiba-tiba teringat pula detik 13 tahun lalu saya bersama teman-teman buat coundown dengan laungan takbir sempena millenium di Masjid Al-Falah, Orchard Road.
Tapi kini, tahun baru menjelang memberi erti dan makna yang baru. Bermakna 24 hari lagi meningkat lagi usiaku, anak-anak juga meningkat satu tahap dalam persekolahan mereka dan semakin membesar, tanggungjawab menjadi bapa dan ketua keluarga juga semakin bertambah. Amalan dan ganjaran?
Moga Allah beri kekuatan dan pertolongan buatku dalam menempuh segala cabaran hidup.
“Allahumma A’inni ‘Ala Dzikrika Wa Syukrika Wa Husni ‘Ibadatik”.
Ya Allah bantulah aku untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu, dan untuk memperelokkan ibadah-ibadah buat-Mu
Amin.