Doa Ketibaan Rejab & Sya’ban

munajat-seorang-hamba

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saya diingatkan oleh seorang Ustaz bahawa doa yang biasa dibaca pada bulan Rejab dan Sya’ban merupakan hadis yang berstatus ‘Dhaif jiddan’ atau tersangat lemah. Saya bersetuju dengannya selepas melihat hujjah2 yang dikongsi.

Berbeza dgn hadis berstatus Dhaif atau lemah shj yang disebutkan sebahagian ulama sebagai boleh diamalkan dalam perkara amalan kebaikan, hadis berstatus ‘Dhaif jiddan’ memang dipersetujui ulama Hadis untuk tidak boleh dijadikan hujjah.

Pada masa yang sama, saya juga bersetuju dengan pesanan Ustaz Muhammad Haniff Hassan dalam postingnya. Memandangkan maksud doa ini baik, tiadalah salahnya kita mengamalkannya, asal sahaja tidak menyatakan doa tersebut bersandarkan kepada Rasulullah atau menyatakan ia doa yang dibaca oleh Nabi.

Apapun sebagai hamba Allah yang lemah, kita memang digalakkan berdoa, agar kita dapat menikmati keberkatan Rajab dan Sya’ban dan dipanjangkan usia untuk turut sama menikmati Ramadan.

Maka berdoalah:
“Allahumma baariklanaa fi Rajab wa Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan”.

Ertinya:
“Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rajab dab Sya’ban, dan sampaikan (Yakni hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadan.”

Yusri & Arafah

2- April 2221

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Today is our 12th years wedding anniversary.  Alhamdulillah.

Moga terus berpanjangan jodoh kami.

Sayyidatina Khadijah r.a.

khadijah-ghozi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sayyidatina Khadijah ra satu2nya isteri yang tidak dimadu Baginda saw, insan teragung di sisi Allah swt. Satu2nya isteri yg memberi zuriat buat Nabi yang darinya berterusan keturunan Baginda. Satu2nya isteri yg dikirim salam oleh Jibril as. Satu2 isteri yg berada di sisi Baginda ketika saat yg paling mencabar dlm hidup Baginda iaitu saat awal Islam.

Satu2nya isteri yg memberi perangsang kpd Baginda ketika Nabi kegerunan semasa kali pertama menerima wahyu dari Jibril. Satu2nya isteri yg memberi nasihat dan saranan agar mendapatkan pertolongan dr pamannya Waraqah bin Nawfal ar Rahib ketika Nabi keliru dgn kebenaran wahyu yg diterima. Dan satu2nya isteri yg dicemburui walau selepas lama kewafatannya oleh satu2nya isteri Nabi yg paling muda, cantik kemerahan serta faqih bijaksana iaitu Sayyidatina Aisyah ra.

Nota – Ditujukan khas buat isteri tercinta, Arafah. Sempena ulang tahun pernikahan kami yang ke 12.

Putus Hubungan Silaturrahim

Dalam hubungan antara keluarga pastinya tidak sepi dari rasa terguris hati, kecewa atau hampa, ianya pasti ada pasang surutnya. Maklum sahajalah, sebagai satu keluarga dan ditambah jika kita tinggal serumah pula, perbalahan antara keluarga ada kalanya tidak dapat kita elakkan.

Namun, bagaimana pula jika perbalahan atau krisis yang kita hadapi merupakan isu yang rumit dan besar, serta membabitkan antara si anak dengan ibu bapa?

Continue reading

Anak Menantu vs Ibu Mertua II (Versi Terkini)

Mentua Vs Menantu

Sebagai lanjutan dari kisah ibu mertua dan menantu perempuan pada keluaran yang lalu, kali ini pula, saya akan berkongsi satu sesi kaunseling yang pernah saya kendalikan membabitkan sepasang suami isteri yang menghadapi masaalah rumahtangga akibat konflik si isteri dengan ibu mertua.

Rumahtangga pasangan ini baru berusia kurang dari 5 tahun, dan baru mempunyai seorang anak kecil dan sekarang si isteri sedang mengandungkan anak kedua.

Continue reading

Menyingkap Trend LGBT Dan Sikap Yang Sewajarnya Dalam Menanganinya (Bahagian Kedua)

Image

(Sambungan)

Langkah Mengawal Naluri Terhadap Teman Sejenis

Namun bagaimamanakah cara untuk kita terus mengawal perasaan dan nafsu yang terbuku dan bergejolak dalam hati ini?

Sebenarnya apa yang ingin dikongsi di sini sebenarnya juga boleh turut diaplikasikan sebahagiannya dalam mengawal hubungan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.

Langkah-langkah dan saranan di bawah ini ada antaranya pernah penulis kongsi bersama dengan pengamal homoseksual dalam sesi kaunseling yang pernah dikendalikan sebelum ini, dan ada antaranya sedikit sebanyak telah dapat memberi kesan pada diri mereka.

Continue reading

Menyingkap Trend LGBT Dan Sikap Yang Sewajarnya Dalam Menanganinya (Bahagian Pertama)

Image

Di tengah-tengah kemelut dan tengkarah berkaitan dengan isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender) yang bermula dengan isu ‘Soalan Yang Biasa Ditanyakan’ atau FAQ oleh Lembaga Penggalak Kesihatan’ (HPB), ianya terus berlanjutan dengan respon oleh beberapa pihak tertentu baik yang menyokong mahupun sebaliknya.

Sama ada kita suka atau tidak, inilah antara isu-isu yang melanda negara kita yang tidak boleh kita lari daripadanya. Trend ini tidak terkecuali turut melanda segolongan masyarakat Islam Singapura yang juga turut terkesan dengan trend ini termasuk kecenderungan pada hubungan sejenis.

Continue reading

Hijrah Menuntut Perubahan Mentaliti Asatizah (2014)

Pengenalan

Rencana ini ditulis bukan sebagai satu generalisasi terhadap keseluruhan asatizah di Singapura secara umum. Perlu ditekankan telah berlaku pelbagai evolusi terutamanya terhadap asatizah generasi masakini, ini termasuklah terdapat lebih ramai asatizah yang telah melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat tertinggi, selain penglibatan lebih giat asatizah pada isu-isu kemasyarakatan berbanding dengan apa yang telah dilakukan oleh asatizah daripada generasi yang terdahulu.

Dalam membantu penulisan ini, penulis telah melakukan kaji selidik ringkas dengan mendapatkan maklumbalas masyarakat Melayu-Islam daripada pelbagai latar belakang berbeza termasuk daripada para asatizah sendiri.

Continue reading

Ibu Atau Keluarga: Mana Lebih Utama?

Image

Soalan:

Antara tanggungjawab suami pada ibu dengan tanggungjawab ke atas keluarga (isteri dan anak-anak): mana yang lebih utama?

Jawapan:

Tanggungjawab terhadap ibu bapa merupakan satu kewajipan yang utama dan termasuk dalam perintah berlaku ihsan pada kedua ibu bapa yang dituntut dalam agama.

Berlaku ihsan pada ibu bapa ini pula meliputi ketaatan kepada perintah kedua ibu bapa kita, menyantuni dan melayan keduanya dengan baik dan menggembirakan hati mereka. Malah menjaga dan memberi nafkah bagi menampung keperluan hidup mereka juga termasuk dalam erti kata berlaku ihsan kepada kedua ibu bapa.

Continue reading

Anak Menantu vs Ibu Mertua (Versi Terkini)

mertua vs menantu

Apabila kita berbicara tentang mertua dan menantu, biasanya jarang kita mendengar anak menantu lelaki mempunyai sebarang isu dengan ibu mertua, atau anak menantu perempuan berkelahi dengan dengan bapa mertua. Ia mungkin nampak stereotaip atau klise, tetapi begitulah hakikatnya. Namun begitu, mengapa ya?

Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah mungkin disebabkan harapan pada seorang yang isteri secara semula jadi. Yang namanya isteri perlu pandai memasak, rajin mengemas rumah dan lain-lain lagi tugasan yang biasanya dikaitkan dengan seorang isteri. Bayangkan kalau menantu perempuan balik kerja dan langsung tidur disebabkan terlalu letih dan penat, dan selepas itu selesai sahaja terjaga dari tidur, langsung terus ke dapur dan makan apa sahaja yang sudah terhidang di meja. Agak-agak apakah respon dari mertua kita?

Pastinya kemungkinan besar ibu mertua dalam banyak keadaan akan tidak senang hati dan tidak mustahil kadangkala perbuatan tersebut akan mengundang kepada leteran mertua!

Mungkin bagi seorang isteri yang pernah menghadapi keadaan yang serupa akan mengangguk tanda setuju dan mengeluh sebagai mangsa keadaan.Tapi itulah sebenarnya cabaran menantu moden pada masa kini yang kebanyakannya berkarier.

Kurang Komunikasi Boleh Menyumbang Kepada Perceraian

Lebih dasyat lagi, terkadang ada pasangan yang sampai bercerai-berai kerana kes mertua. Saya sendiri pernah mengendalikan beberapa kes seumpama ini ketika sesi hakam di mahkamah Syariah atau ketika sesi kaunseling di masjid yang pernah saya kendalikan.

Nasihat saya kepada pasangan sebegini ni, terutama si isteri…

“Kita tidak punyai kuasa untuk merubah seseorang (Ibu mertua), tetapi kita punyai kuasa untuk mengubah diri sendiri’

Betul, kalau kita punya kuasa ubah orang lain. Pastinya kerja kita akan lebih mudah dan senangkan? Betul tak?

Tidak perlu kita berkelahi atau tarik muka. Bahkan semua di sekeliling kita kesemuanya akan menjadi aman. Tapi keadaan tidak sedemikian. Hidup kita kadangkala tidak ideal. Tidak kesemua perkara yang kita inginkan bakal menjadi kenyataan.

Namun, apa yang pasti dengan perubahan yang kita lakukan pada diri sendiri, ia akan memberi impak pada tanggapan orang lain pada diri kita.

Suka saya ingin berkongsi di sini satu cerita ‘rekaan’ yang mungkin boleh kita jadikan satu iktibar dan panduan bagi mana-mana menantu yang punyai krisis dengan mertua.

Ceritanya begini, terdapat seorang menantu bernama ‘Siti’. Beliau ini tidak sehaluan dengan ibu mertua yang tinggal bersamanya dan keluarga. Macam manalah si ibu mertuanya tidak sehaluan dengannya? Siti jenis menantu yang tidak gemar ke dapur, tidak buat kerja rumah dan segala perkara yang biasanya dikaitkan dengan si isteri. Oleh kerana itu, beliau sering menjadi mangsa leteran mertua. Suatu hari, Siti sudah bertekad dan nekad. Satu cara untuk bebas dari segala isu dan krisis ini ialah dengan menghapuskan ibu mertuanya! Macam cerita Sinetron pula ya?

Dengan itu, Siti pun pergi ke kedai ‘singseh’ (ubat herba dan tradisi cina) untuk beli racun atau ubat untuk lenyapkan si ibu mertua buat selama-lamanya. Tapi pada masa yang sama, Siti tidak ingin ‘ubat’ yang boleh langsung meracuni dan meragut nyawa ibu mertuanya, beliau hanya inginkan ubat yang mampu meragut nyawa ibu mertuanya secara perlahan-lahan agar kesakitannya lebih pedih. Kejam sungguh Siti. Maka Apek singseh pun mencadangkan satu ubat istimewa, cara menggunakan ubat ini pula, perlulah dimasukkan ke dalam lauk pauk yang sedang dimasak.

Perubahan Sikap Kita Membantu Mengubah Sikap Orang Lain Pada Diri Kita

Maka mula dari hari itu, Siti pun terpaksalah memasak setiap hari sambil memasukkan racun pada lauk pauk tersebut. Dipendekkan cerita, mertua Siti semakin sayang padanya! Apakan tidak, Siti sebelum ini tidak pernah ke dapur, sudah mula ke dapur. Malah bukan setakat masuk dapur, tapi ditolong memasakkan sekali! Semakinlah mak mertua Siti gembira. Bukan itu sahaja, Siti juga sudah mula ringan tangan dan mula mengemas rumah.

Cuma terdapat satu masaalah baru buat Siti. Siti juga sudahpun mula sayang pada ibu mertuanya! Bagaimana ya?

Maka Siti pun pergi ke kedai Singseh tempat di mana beliau beli racun dahulu. Siti pun bertanya pada tuan punya singseh: ‘Apek! Awak ada ubat matikan itu racun tak? Saya sudah sayang sama ibu dan tidak mahu ibu saya matilah…’

Maka apek tersebut pun jawab: ‘Hai Siti! awak jangan takutlah, itu ubat pun tidak matikan orang punya. Itu ubat sebenarnya. Ubat bagi sihat. Bagi hidup lama punya!’

Siti pun lega dan gembira kerana ibu mertuanya makin sihat dan sayang pula pada Siti, dan Siti pun kini sayang padanya. Siti juga sudah mula insaf dan sedar kesilapannya yang lalu, dan meminta maaf dan mertuanya dan mula sedar bahawa segalanya sebenarnya berpunca dari diri sendiri.

Pengajaran dan Huraian Kisah Menantu, Apek Singseh dan Ibu Mertua,

Terdapat sebenarnya beberapa pengajaran dan huraian dari kisah yang saya kongsikan tadi, antaranya:

Pertama: Usahlah sesekali kita mencari kesilapan orang, atau dalam kes yang dikongsikan tadi mertua kita. Ia sebenarnya bukan satu huraian. Mengapa?

Ini kerana kita tidak punyai kuasa untuk ubah seseorang. Ia di luar kawalan kita. Maka kita ubahlah diri kita sendiri. Muhasabah diri kita. Imbas sekali dan renung semula apa kesilapan kita?

Mengapa ibu mertua tidak suka diri kita? Mengapa orang benci pada kita? Pasti ada sebab utama.

Jadi penyelesaiannya ialah kita perlu muhasabah diri, dan cuba perbaiki segala kelemahan diri. Dengan kita mengubah diri kita, secara tidak langsung dapat mengubah tanggapan dan sikap orang yang benci kepada kita.

Kedua: Seperkara lagi, sebenarnya jika kita renung semula kisah Siti tadi, perkara tersebut akan dapat lebih awal lagi diselesaikan andai kata Siti bersikap bertolak ansur dengan mertuanya dan tidak mengangap mereka sebagai seteru atau musuh.

Jika ibu atau bapa mertua kita salah sekalipun dan marahkan kita, apalah salahnya jika kita bertolak ansur dan meminta maaf pada ibu bapa mertua.

Andai kata sekalipun, jika kita rasa kita yang betul. Pastinya kurang wajar jika kita ingin menjangkakan dan mengharapkan mertua yang akan datang meminta maaf pada diri kita!

Tidak mengapa, malah merupakan suatu perkara yang terpuji untuk kita menolak rasa ego dan memaafkan dan meminta maaf dari mertua.

Konflik Antara Suami bersama Isteri dan Ibu Sendiri

Bercakap mengenai ibu mertua dan anak menantu. Kadangkala si suami yang terhimpit di tengah-tengah. Apa tidaknya, jika sokong ibu. Isteri akan berkata yang si suami anak mak. Sokong isteri, mak pula berkata si anak takut bini!

Atas sebab itu, suami perlu mempunyai kepimpinan yang tinggi dan perlu berani membuat keputusan yang tepat, walaupun kadangkala menyinggung hati isteri ataupun ibu, jika itulah yang terbaik di sini agama.

Bersama ini saya sertakan dua senario utama dan contoh huraian yang dirasakan sesuai dalam senario berikut (huraian pada kedua senario ini tidak boleh diaplikasikan pada setiap keadaan atau senario yang lain):

Senario 1:

Ibu menggesa anak lelaki terus tinggal bersama keluarga dan tidak perlu berpinda rumah sendiri (Kedua ibu bapa masih sihat dan kuat). Si isteri pula berkeras ingin tinggal dan memiliki rumah sendiri. Akhirnya si suami mendengar kata isteri disebabkan si suami faham benar kelemahan isterinya sendiri dan pada masa yang sama faham benar perangai ibunya. Ini kerana suami berpandangan bahawa keadaan akan bakal lebih menjadi huru-hara andai kata mereka tinggal bersama dan mungkin berakhir dengan perceraian.

Maka atas alasan jangka masa panjang si suami membeli rumah sendiri. Dengan keputusan ini, si ibu mungkin kecil hati. Tapi dengan membeli rumah untuk isteri juga merupakan satu kewajipan suami dan juga hak isteri bukan? Lagipun, bila tinggal berjauhan kadangkala lebih mesra. Inilah yang dikatakan, dekat bau tahi, jauh bau wangi!

Walau mungkin pada mulanya berkemungkinan si ibu merajuk, tapi pandai-pandai lah kita pujuk. Lama-kelamaan, Insha Allah keadaan akan menjadi seperti sediakala hendaknya. Keputusan yang jelas matlamatnya dari segi jangka panjang akan membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

Senario 2:

Si ibu mengajak anak lelaki menziarahi rumah saudara mara pada Aidilfitri. Contoh, adik beradik atau bapa/ibu saudara. Si isteri tidak mahu ikut atas alasan penat jalan raya kelmarin dulu masih belum reda. Sedangkan si ibu mengajak isterinya untuk ziarah 2-3 rumah yang berdekatan sahaja.

Pastinya ajakan si ibu tidak keterlaluan untuk diikuti. Maka, sebaiknya si suami perlu berkeras dalam hal ini bagi memastikan si isteri ikut kemahuannya dan sama-sama menziarahi saudara mara pihak suami. Pada masa yang sama, si suami kena jugalah ziarah saudara mara isteri pada ketika lain walaupun penat, tidak begitu?

Dalam hal ini, suami berpandangan jika tidak ikut permintaan ibu, beliau akan kecilkan hati ibunya, mentelah lagi menziarahi rumah saudara mara juga secara tidak langsung merapatkan silaturrahim antara keluarga, dan kesannya hubungan si isteri dengan keluarga suami termasuk hubungan dengan ibu mertua juga akan semakin rapat. Bayangkan, jika si suami ikut sangat kepenatan si isteri?

Semoga huraian dan pandangan pada artikel ini mampu memberi jalan keluar dalam krisis antara pasangan rumahtangga dan mertua, pada keluaran akan datang akan dikongsi pula cara-cara menangani perbalahan antara suami isteri dan mertua.

===

Bagi yang ingin mendapatkan kaunseling secara bersemuka atau secara dalam talian (online) atau bagi sebarang pertanyaan, sila emel, abah.yasir@gmail.com atau whatsapp di talian: 65 8362 0211.

Boleh juga lungsuri link ini bagi latar belakang saya dan testimoni. 

Nota – Artikel ini telah diterbitkan di Majalah al-Ustaz edisi 22, terbitan Telaga Biru, Malaysia.