Saya diingatkan oleh seorang Ustaz bahawa doa yang biasa dibaca pada bulan Rejab dan Sya’ban merupakan hadis yang berstatus ‘Dhaif jiddan’ atau tersangat lemah. Saya bersetuju dengannya selepas melihat hujjah2 yang dikongsi.
Berbeza dgn hadis berstatus Dhaif atau lemah shj yang disebutkan sebahagian ulama sebagai boleh diamalkan dalam perkara amalan kebaikan, hadis berstatus ‘Dhaif jiddan’ memang dipersetujui ulama Hadis untuk tidak boleh dijadikan hujjah.
Pada masa yang sama, saya juga bersetuju dengan pesanan Ustaz Muhammad Haniff Hassan dalam postingnya. Memandangkan maksud doa ini baik, tiadalah salahnya kita mengamalkannya, asal sahaja tidak menyatakan doa tersebut bersandarkan kepada Rasulullah atau menyatakan ia doa yang dibaca oleh Nabi.
Apapun sebagai hamba Allah yang lemah, kita memang digalakkan berdoa, agar kita dapat menikmati keberkatan Rajab dan Sya’ban dan dipanjangkan usia untuk turut sama menikmati Ramadan.
Maka berdoalah:
“Allahumma baariklanaa fi Rajab wa Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan”.
Ertinya:
“Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rajab dab Sya’ban, dan sampaikan (Yakni hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadan.”