Tabiat Buang Anak

Kenapa orang kita suka buang anak bila anak mereka zina, hamil luar nikah, kahwin sivil, murtad, homoseksual dll.

Adakah itu ajaran Islam, kenapa tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, imbas kembali sirah? Pernahkah Nabi buang pakcik Baginda yg tidak beriman, sahabat yang berzina, pembunuh Sayyidina Hamzah, penduduk Taif yang biadap atau mana2 musuh2 Baginda sekalipun?

Solat Orang Berhadas

Terdetik di hati untuk berkongsi nota ini selepas menziarahi bapa saya petang tadi. Saya kongsi bersama nota yang merupakan sedutan dari buku saya ‘Seindah Solat Nabi’.

Semoga ia bermanfaat buat mereka yang mempunyai ibu bapa yang mempunyai situasi yang sama atau mereka yang mempunyai kondisi seperti ini.

Kes Studi 5: Solat Orang Yang Sentiasa Dalam Keadaan Berhadas

Bagi keadaan orang yang sentiasa berhadas seperti mereka yang mempunyaimasalah kencing tak lawas, sering buang angin atau wanita yang dalam keadaanistihadhah. Dalam hal ini, Islam memberikan jalan keluar dari sudut keringananatau rukhsah. Fleksibiliti ini mengambil kira keadaan individu yang mempunyaimasalah sentiasa dalam keadaan bernajis ini, kerana tanpa keringanan tersebut,nescaya sebarang individu yang baligh tidak dapat mendirikan solat, keranasyarat sah solat ialah bersih dari najis.

Atas dasar itu, ketika mengambil wudhuk hendaklah diniatkan bagi mengharuskannyamendirikan solat.

Menurut mazhab Shafii, golongan ini diperlukan mengambil wudu bagi setiap kalihendak menunaikan solat fardhu, dan disyaratkan pula wudhu itu diambil sebaiksahaja masuk waktu solat. Wudhuk yang tersebut itu pula hanya sah bagi satusolat fardu sahaja dan tidak boleh digunakan bagi solat fardu yang lain. Adapunjika ingin dikerjakan solat sunnah selepas mendirikan solat Fardu maka ia tidakmengapa, walaupun solat sunnah tersebut didirikan berulang-ulang kali.[1]Perkara yang sama juga boleh diaplikasikan bagi mereka yang sering tidak dapatmengawal sentiasa keluar angin.[2]

Pada masa yang sama, bagi mereka yang sentiasa berhadas ini dikehendakiuntuk beristinja dahulu sebelum mengambil wudhuk, dan selepas itu membalutkemaluan mereka dengan tisu bagi lelaki agar dapat mengelakkan najis tersebutdaripada mengotori pakaian mereka. Dan hendaklah juga diniatkan wuduk tersebutdengan tujuan untuk mengharuskan ibadah solat, kerana wuduk yang dilakukanbukanlah sebenar-benar wuduk hakiki. [3]Perkara yang sama juga boleh diaplikasikan untuk masalah istihadhah bagi kaumwanita. [4]

[1] ‘Abd al-Rahman al-Jazairi (1990), Kitabal-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, j.1. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h.95-96.

[2] Dr. Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami WaAdillatuhu, j. 1. Damsyik: Dar al-Fikr, h. 266.

[3] ‘Abd al-Rahman al-Jazairi (1990), Kitabal-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, j.1. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h.95-96.

[4] Ibid. h. 120

Continue reading

Ramadan Berkualiti

Pejam celik Ramadan kini menjelma kembali. Pasti masjid-masjid kini dipenuhi masyarakat Islam yang giat beribadah bagi mengambil kesempatan daripada keberkatan bulan ini. Bagaimana pula dengan kita? Bagaimana dapat kita mengoptimumkan seberapa boleh Ramadan kali ini agar ia merupakan yang terbaik buat kita.

Dalam hal ini, saya pernah diminta dalam satu sesi untuk membincangkan perkara-perkara yang boleh kita lakukan dalam menyambut ketibaan bulan yang penuh berkah ini. Untuk sekalian pembaca al-Ustaz, saya kongsikan bersama beberapa isi kandungan penting perkongsian saya ini:

Continue reading

Tips Rumahtangga

Seorang teman minta tips sbb beliau bakal berumahtangga, jawab saya:
– dlm rumahtangga perlu komunikasi dan toleransi.
– Jika ada sesuatu yg tak kena jgn simpan tp luahkan.
– Setiap perkara/isu yg kecil bg kita, mungkin besar bagi pasangan kita dan begitu juga sebaliknya.
– Bg suami khususnya perlu walaupun sbg pemimpin, perlu bg ruang isteri bersuara dan beri pendapat, lebih2 lagi jika dpt isteri yg lebih bijak dari kita!
– Perlu berkongsi dan nyatakan apa yg kita suka dan tak suka dari pergaulan seharian, isu anak2 hinggalah kepada hubungan intimasi.
– Kalau salah, mengaku. Kalau betul, usah ulang2 kebenaran kita.

Adab Berdakwah

Sebenarnya untuk menjadi seorang ibubapa/suami-isteri/insan/asatizah/guru/pendakwah/sahabat dll yang baik, seseorang itu perlu meneliti keperibadian/Sirah Baginda Rasulullah atau Sunnahnya dalam berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang-orang bukan Islam, raja, kanak-kanak, orang tua, isteri, orang jahil, teman-temannya dan juga musuh.

Baginda seorang yang sangat penyabar, memahami peribadi/psiki orang yang bertanya, bersikap empati, bijak memilih tuturkata dan pandai menggunakan sentuhan dan ekspresi dalam menambat hati insan terutamanya ketika melakukan amar ma’ruf.

Continue reading

Menyingkap Trend LGBT Dan Sikap Yang Sewajarnya Dalam Menanganinya

istock_000016995701xlarge

Di tengah-tengah kemelut dan tengkarah berkaitan dengan isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender) sekarang ini berekoran pengumuman duta ‘Pinkdot’ dari kalangan bangsa Melayu. Sama ada kita suka atau tidak, inilah antara isu-isu yang melanda negara kita yang tidak boleh kita lari daripadanya. Trend ini tidak terkecuali turut melanda segolongan masyarakat Islam Singapura yang juga turut terkesan dengan trend ini termasuk kecenderungan pada hubungan sejenis.

Malah dewasa ini, terdapat rasa simpati yang mendalam dari sebahagian pihak terhadap golongan ini sehinggakan ke tahap merelakan dan merestui amalan golongan ini atas alasan ianya sebagai sebahagian dari naluri semulajadi.

Continue reading

Antara Zina & LGBT

Dalam kita tidak redha dan bimbang pada amalan lgbt, sikap yang sama juga seharusnya ada pada amalan pergaulan bebas/zina antara lelaki dan perempuan. Bahkan pergaulan bebas/zina ini lebih mainstream krn merentasi segala peringkat usia baik remaja, suami/isteri yang curang sehinggalah kepada duda/janda dan mereka yang belum berkahwin. Jangan pula kita marah2 golongan lgbt, tapi OK je bila anak2 berdating atau kita sendiri pun mcm tu…

Amalan Bulan Sya’ban & Salah Fahamnya

Bersempena dengan ketibaan bulan Sya’ban ini, suka saya berkongsi pandangan saya tentang amalan yang biasa diamalkan oleh masyarakat Islam di rantau ini, iaitu bacaan tahlil dan Yasin ketika malam Nisfu Sya’ban.

Tidak kurang juga masjid-masjid yang menganjurkan pembacaan tahlil arwah beramai-ramai yang biasanya diadakan pada malam Jumaat atau kadangkala digabungkan sekali dengan upacara membaca Yasin sebanyak tiga kali ini.

Acara sebegini memang ditunggu-tunggu oleh sebahagian umat Islam, bagi acara tahlil arwah tahunan yang biasanya diadakan sebelum ketibaan Ramadan memang biasanya mendapat sambutan hangat.

Pada ruangan kali ini, izinkan saya berkongsi isu-isu dan respon saya dalam satu sesi bersama seorang jemaah masjid yang bertanyakan kepada saya tentang persoalan hukum, pendekatan dan pendirian yang sewajarnya kita lakukan dalam persoalan amalan pada malam Nisfu Sya’ban ini. Boleh atau tak boleh. Salah atau benar. Halal atau haram, dan adakah ia merupakan satu perkara yang diada-adakan dalam agama atau bid’ah?

Continue reading

Tabung Haji Sendirian Berhad

Benar, haji wajib bagi yang mampu. Rata2 umat Islam Singapura rasanya mampu pergi pada usia yang muda jika rajin menabung. Busuk2 kalau simpan $50 x 12 bulan x 15 tahun = $9,000. Ini belum masuk tokokan duit bonus setiap tahun. Jika dari usia 25 sudah menyimpan, paling tidak umur 40 tahun dah boleh pergi.

Setiap dari kita patut rasa bersalah, jika tidak menyimpan dari sekarang…dan beri alasan tidak mampu, sedangkan kita mampu pula bercuti tiap tahun ke luar negara. Bercuti tidak mengapa, tapi perlu ada usaha berterusan menabung bagi haji.

Fikir2kanlah.

Hidup Biar Berkat…

Hidup biar bersederhana. Belanja biar berpada. Berhutang jangan sekali kecuali bila perlu. Akhir sekali, usah lupa sumbangan pada ibu bapa agar kehidupan berkat selalu.

Sumbang pada ibu bapa memang berkat. Mengapa? Sebab bila ibu bapa gembira. Allah juga suka. Bila mereka gembira. Kita akan didoakan. Doa mereka mustajab lebih2 lagi dari ibu. KIta akan sentiasa kecukupan InshaAllah. Berbeza dengan kehidupan yang tiada berkatnya, sentiasa ketidakcukupan betapa banyak sekalipun gaji mereka.