Eid Mubarak semua!

Banyakkan bertakbir sehingga waktu Asar, 13 Zulhijjah.

Bagi yang tidak kesempatan solat di Masjid, bolehlah solat sunat Eid di rumah seperti solat Eid Fitri yang lepas. Kali ni boleh lah kumpul ramai2 sikit sebab dah boleh. Jadi, esok saya pelan solat di rumah ibu bersama famili.

Lagi satu, kalau tiada tongkat, tak perlu lah gantikan galah atau pedang star wars ke apa. Guna tongkat ni sunnah Nabi dan satu syiar. Jangan kita main2 ya.

Akhir sekali, solatlah di mana kita berada. Asalkan pastikan keselamatan 😉

#seindahsolatnabi

Leave a Reply