Selepas witir semalam sempat kongsi dengan anak mengenai kisah Habil dan Qabil dalam surah al-Baqarah, di mana kita tahu apa yang berlaku, kerana sikap iri hati dan benci, berlaku pembunuhan yang pertama dalam sejarah manusia.
Hari ini pula selepas Subuh, kebetulan ayat yang dibaca, menyentuh kisah adik beradik Nabi Yusuf pula. Bezanya, kisah ‘sibling rivalry’ Nabi Yusuf dan saudaranya berakhir dengan kesudahan yang indah.
Memang merupakan sesuatu yang indah, bila kita adik beradik berada dalam jalinan kasih sayang, mesra dan saling hormat-menghormati. Alhamdulillah, hubungan saya bersama adik dan kakak2 saya sangat rapat, begitu juga hubungan isteri dan keluarga. Hendaknya sampai bila2 lah. Saya ingin lihat perkara yang sama juga untuk anak2, itulah pesanan saya buat mereka, perlu sayang dan kasih kepada adik, abang dan kakak. Buang sikap iri hati dan rasa benci.
Dalam surah al-Nisaa, ayat 36. Allah pesan kita selepas ihsan kepada ibu bapa, hendaklah berlaku baik kepada kaum kerabat yang terdekat ie adik beradik, pakcik-makcik dll.
Sering juga berlaku kita lihat, keluarga yang baik-baik, tapi antara adik-beradik saling tidak bertegur sapa. Bila raya kita kunjungi jiran dan sahabat handai, tapi dengan adik beradik sendiri kita kita tidak kunjungi. Kadangkala, bila ibu bapa ada, kita rapat. Bila mereka tiada, kita saling bercakaran. Padahal sewajarnya kita perlu semakin erat kerana tiada siapa lagi yang kita ada.
Tidak kurang juga punca perkelahian kerana wang dan harta, serta sikap tidak mengalah. Namun, apa guna harta yang banyak, jika ia menjadi punca putusnya silaturrahmi. apa guna juga wang yang banyak, jika hati kita sarat dengan rasa tidak senang, dan penuh rasa benci.
Di kesempatan bulan pengampunan dan kasih sayang ini, marilah kita bermuhasabah. Kita ambil pengajaran dari kisah Habil dan Qabil serta Nabi Yusuf. Jika kita ada terkhilaf dan berlaku silap. Pohonlan kemaafan di bulan baik ini. Tidak kiralah kita ni adik, abang atau kakak. Tak salah pun, takpe jika kita mengalah. Akhirnya, keredhaan Allah jualah yang kita cari, kerana Nabi kata, tidak masuk syurga orang yang putuskan silaturrahmi.
#warnawarnikehidupan