
Dengan menyambung pengajian dan belajar buat kajian, sbg asatizah kita akan paksa diri kita untuk baca puluhan kitab2 dan buku2 ilmiah. Secara tidak langsung ilmu kita berkembang. Pandangan kita lebih mudah didengari dan diyakini kerana ia bernas dan disokong pula oleh hujjah yang mantap.
Begitu juga yang bukan Ustaz, bila baca buku atau tulisan internet, perlu juga merujuk pada asatizah yang dipercayai, dan usah mudah hentam sahaja, tanpa kita sedari ilmu sebenarnya luas dan banyak pula ilmu yang belum kita dalami.Juga cabaran untuk asatizah, perlu rujuk semula kitab2 dan dalami ilmu termasuk buku semasa dan kontemporari, sebab masyarakat semakin mudah dapat sumber rujukan agama, dan kita pula perlu ada ilmu untuk menjawab soalan atau hujahan mereka serta membetulkan pandangan jika mereka silap.