Peristiwa pengeboman Boston, membuat fikiran saya melayang ke tahun 2008, semasa saya ke sana bagi tujuan lawatan sambil belajar. Bandar yang hebat, penuh dengan pusat pengajian tinggi yang tersohor (MIT & Harvard).
Continue reading
Bercerita tentang kisah komunikasi antara suami dan isteri pasti ada banyak ragamnya. Ini tidak menjadi hairan kerana lelaki dan wanita memang mempunyai perwatakan dan personaliti yang jauh berbeza. Sebagai contoh, apabila si suami mengharapkan pertolongan dari isteri, biasanya seorang suami itu langsung akan meminta dari isterinya. Bagaimana pula dengan si isteri?
Sang isteri biasanya tidak berbuat demikian, tetapi mereka kebiasaannya mengharapkan sang suami faham sendiri untuk membantu mereka, dan dalam banyak keadaan, sang suami tidak akan faham.
Antara isu atau konflik yang biasa berlaku antara suami dan isteri ialah isu komunikasi. Pernah dalam satu peristiwa ketika dalam satu sesi kaunseling, si suami mengadu kepada saya bahawa isteri beliau merajuk kerana tidak dilayani olehnya. Beliau juga mengaku, bukan sahaja tidak dilayan isterinya itu, tetapi dibentaknya pula. Kasihan sang isteri. Al-Kisah, sang isteri (seorang suri rumahtangga) ingin berkongsi cerita kepada suaminya masalah antara beliau dengan adik beradiknya.
Dalam chatting saya baru-baru ini dengan beberapa teman rapat dan rakan seperjuangan semasa menuntut di Al-Azhar dahulu, tiba-tiba chatting group kami (whats app) tersasar dan terarah pada trend majlis zikir dan selawat yang sedang hangat di pasaran…hehe. (tak tahu kalau di negara seberang macam tu jugalah)
Maklum, dah menjadi trend masjid-masjid setempat pasti ada majlis zikir dan selawat dan jemaah yang hadir, Masya Allah…ramai sangat. Ada di kalangan teman-teman saya mempersoalkan isu ‘branding’ yang diberikan oleh sesetengah pihak pada majlis ini sebagai ‘Majlis Rasulullah’, boleh atau tidak? Ada yang kata boleh, ada juga yang tidak setuju.
Di pagi Subuh ini, tiba-tiba saya teringatkan seseorang. Seseorang yang telah pergi meninggal saya dan teman-teman yang lain buat selamanya. Seorang yang ceria, cekal, tabah dan sentiasa tersenyum, walau di detik-detik akhir hayatnya.
Baru-baru ini saya dijemput oleh Ustaz Umar M Noor untuk menulis artikel bagi Majalah al-Ustaz keluaran Telaga Biru yang berpangkalan di Malaysia. Ustaz Umar merupakan editor bagi al-Ustaz dan juga merupakan teman saya yang dahulunya bertugas di Masjid Assyafaah dan kemudiannya di Institut Al-Zuhri.

Gambar Hiasan – Foto ihsan dari Mai SB
Artikel muka depan BM hari ini, kahwin tiada hantaran, $0. Wow! Tapi bagi saya, hantaran, Yes. Belanja walimah besar-besaran, No. Kalau anak saya terima menantu besok2, dia nak jawin free, sorilah.
Saya lihat wang hantaran sbg pengukur kemampuan seseorang tu juga. Yelah, tak semua orang gaji besar, profesi bagus, ada simpanan kan?






