M_Id_376915_Boston_bombingPeristiwa pengeboman Boston, membuat fikiran saya melayang ke tahun 2008, semasa saya ke sana bagi tujuan lawatan sambil belajar. Bandar yang hebat, penuh dengan pusat pengajian tinggi yang tersohor (MIT & Harvard).

Siapa sangka bandar yang tenang ketika itu, tiba-tiba bergejolak sekarang ini. Siapa yang patut disalahkan? Kecoh bila pengeboman ini berlaku, gambar2 mereka yang kudung kaki tersebar luas, 2 mangsa terkorban termasuk kanak2 yang berusia 8 tahun. Kesiannya kita, masyarakat dunia tersentak. Memang kita patut kasihan kerana umat Islam perlu punya sifat ihsan dan rahmat, kerana itu ajaran Baginda kita s.a.w.

Tapi benar juga kata seorang teman rapat saya, umat Islam dan warga dunia lain hampir setiap hari juga terkorban, tertindas dan terbunuh secara kejam. Malah dengan angka yang jauh lebih ramai dan lebih menyayat hati.Tetapi senyap sahaja masyarakat dunia, seolah-olah nyawa warga Amerika lebih berharga. Saya setuju dengan kenyataan teman saya tu.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a comment