thumb_majalah-al-ustaz-isu-31

Baru-baru ini saya dijemput oleh Ustaz Umar M Noor untuk menulis artikel bagi Majalah al-Ustaz keluaran Telaga Biru yang berpangkalan di Malaysia. Ustaz Umar merupakan editor bagi al-Ustaz dan juga merupakan teman saya yang dahulunya bertugas di Masjid Assyafaah dan kemudiannya di Institut Al-Zuhri.

Alhamdulillah, kedua-dua artikel saya ini diterima oleh pihak editor untuk diterbitkan di Majalah al-Ustaz. Sebenarnya saya langsung tidak menduga untuk dijemput. Maklumlah di Singapura yang pernah jemput majalah hiburan Manja dan Sutra. Saya teringin juga lihat artikel yang banyah menyentuh tentang isu-isu kekeluargaan (seperti di abahyasir.com) dipaparkan di Berita Harian Singapura, tetapi nampaknya buat ini saya masih belum berpeluang lagi. Ada jugalah, tetapi lebih dalam kapasiti penulisan rasmi bagi pihak majlis agama.

Saya pada mulanya hanya merisik-risik pada Ustaz Umar, tentang bagaimana andai kata saya berjaya menerbitkan buku tulisan saya di Singapura, boleh tak kalau beliau bantu untuk rekomenkan bagi syarikatnya untuk edarkan buku saya. Beliau kata boleh. Kemudian, tanpa saya menyangka, beliau langsung menjemput saya untuk menghantar artikel tentang kaunseling keibubapaan, yang biasa saya tulis dalam bentuk santai seperti di abahyasir.com Saya jawab boleh, Insha Allah. Saya banyak tulisan macam tu. Cuma saya perlu pilih dan sunting semula untuk disesuaikan dengan konteks masakini. Saya hantar satu, beliau kata artikel saya ‘bagus’ dan boleh dikeluarkan bagi edisi April. Alhamdulillah. Kemudian beliau minta saya tulis lagi satu artikel yang lebih ringkas bagi keluaran Mac. Saya respon, saya cuba…Insha Allah. Lepas beberapa hari saya kirim, beliau respon, ‘Sangat bagus’. Alhamdulillah sekali lagi.

Saya sebenarnya amat berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak editor, dan juga turut berbangga kerana diberi peluang sebagai penulis pertama dari Singapura. Maklumlah, yang tulis di majalah al-Ustaz bukan calang-calang asatizah…banyak yang dari kalangan yang sudah punya ijazah kedoktoran, dan al-Ustaz juga antara majalah Islamik yang top di sana dengan edaran lebih 70,000 naskhah.

Semoga tulisan saya mampu memberikan impak kepada masyarakat Islam, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s