Saya membaca dengan penuh minat artikel tulisan Hanim Mohd Saleh bertajuk ‘Suamiku Tempat Wanita Mengadu’ dalam Berita Minggu hari ini yang mengisahkan tentang beberapa lelaki yang berstatus suami yang menjadi perhatian teman-teman wanita baik rakan kerja atau sebagainya. Golongan lelaki yang menjadi tempat mengadu wanita ini ini disebutkan oleh penulis sebagai ‘Ladiesman’.

Kerja mendengar keluhan terutamanya wanita adalah satu kerja yang merbahaya sebenarnya jika kita tidak berhati-hati kerana ia mendedahkan kita kepada godaan wanita selain daripada berisiko jatuh hati. Lebih bahaya lagi lelaki tersebut mempunyai kebolehan semulajadi dalam mendengar keluhan seperti bersikap empati dan pandai mendengar, kerana ciri2 inilah membuatkan wanita jadi teruja dan mudah jatuh hati. 

Saya lebih berasa tidak selesa apabila penulis memberitahu ‘ladiesman’ ini kadangkala berjumpa dengan wanita-wanita tersebut di luar waktu pejabat di restoran dan kadang kala pertemuan ini dibuat pada waktu malam. Ada juga disebutkan terdapat ‘Ladiesman’ ini yang lebih mementingkan untuk mendengar keluhan wanita-wanita yang ingin dibantu daripada isteri mereka, malah ada di antara mereka yang mengaku kadangkala tergoda dengan wanita-wanita ini.  

Pandangan saya tentang isu ini dan juga kepada mana-mana ‘ladiesman’ agar lebih berhati-hati dan menjaga batasan dalam membantu seseorang khususnya wanita. Lebih-lebih lagi jika terlalu kerap bertemu di luar. Bagi mereka yang sudah berstatus suami, keadaan berdua-duaan dengan wanita yang bukan isteri perlu dihindarkan bagi mengelakkan sebarang fitnah yang mungkin timbul.   

Alangkah baiknya jika masa dan waktu selepas kerja dihabiskan di rumah bersama-sama dengan isteri dan anak-anak? Kan itu lebih baik dari dihabiskan masa bertemu dengan wanita-wanita yang bukan mahram kita yang seterusnya boleh meletakkan diri kita dalam keadaan berisiko tergoda dan digoda?

Nasihat saya kepada wanita-wanita yang perlukan bantuan. Jumpalah Kaunselor yang berkelayakan di tempat yang telah dikhususkan untuk dapatkan bantuan kaunseling serta sebaik-baiknya elakkan dari daripada mencurahkan luahan hati kepada teman atau rakan kerja lelaki (I.Allah saya akan buat satu posting lanjutan khusus tentang perkara ini selepas ini, mengapa bahaya rujuk kepada teman rapat atau rakan sekerja lelaki)

Seorang kaunselor atau pekerja sosial selain dilatih mendengar keluhan kita juga mempelajari etika-etika dalam memberi kaunseling. Antaranya jika terdapat tanda-tanda seperti mula timbul rasa suka pada klien, atau kita rasa klien kita tu lain macam jer (suka kitalah!), maka hendaklah kita membuat ‘referral’ kepada kaunselor lain. Ini perlu untuk mengelakkan daripada menjadi lebih mudharat dan seterusnya mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Jadi nasihat saya pada segala ‘ladiesman’, tumpukanlah pada keluarga dan jangan letakkan diri kita dalam bahaya berdepan dengan klien2 wanita ni. Jika ingin membantu, pastikanlah jangan sampai berdua2 an walaupun di khalayak ramai. Kalau nak bantu juga secara serius, jadilah seorang kaunselor betul2, belajar betul2. Ambil diploma, ijazah dan sebagainya. 

 Cuma timbul satu soalan di benak fikiran saya ketika ingin selesaikan posting ini, kenapa hanya ditumpukan dan ekslusif pada teman wanita sahaja dan bukan pada teman atau rakan sekerja lelaki? Juga apa perasaan kita jika isteri kita sendiri pula dapatkan bantuan untuk luahkan perasaan mereka pada ‘Ladiesman’ yang lain pula? Atau lebih dasyat lagi jika isteri kita pula jadi opposite ‘Ladiesman’ dan membuat temujanji makan malam dengan lelaki lain semata-mata untuk mendengar keluhan mereka!  

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite!

7 responses »

  1. dew embun says:

    Dunia ni bulat…Tak berapa lama dulu, embun juga terbaca tentang ‘lunch partners’ di mana mereka ada ‘lunch partners’ yang sama setiap hari..and the concept is ‘it’s just lunch’. Lebih mudharat lagi sekiranya berlanjutan hingga ‘dinner’.Secara mendalam, embun rasa ini isu ‘trust’, kepercayaan dan keyakinan kepada pasangan.Isu ‘trust’ ini boleh dipupuk, disemai dan juga tergugat dan terhapus….suatu proses.

  2. alfaqeer says:

    Saya pun membaca artikel yang Ustaz katakan itu. Saya rasa 'trust' is one thing, tapi nak jaga perasaan isteri is another thing. Kalau perempuan tersebut lebih selesa meluahkan perasaannya kepada lelaki lain, hatta tentang masalah antara dia & tunangnya, semestinya itu masalah komunikasi yang besar antara dia dan tunangnya. Jika masalah ini tidak dihuraikan sebelum berkahwin, tidak ada jaminan bahawa perempuan itu tidak akan kembali ke ladiesman itu untuk mengadu lagi.Sepatutnya beliau cuba mengatasi masalah komunikasi yang beliau hadapi dan bukan memburukkan keadaan dengan merujuk kepada lelaki lain. Untuk lelaki ladiesman, satu aja yang ingin saya katakan: Have taqwa. :)Hadith: "Kebajikan itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah sesuatu yang diragu-ragukan oleh dirimu dan kamu benci manusia melihatnya. Mintalah fatwa kepada hatimu, kebajikan ialah sesuatu yang jiwa & hati merasa tenang terhadapnya, manakala dosa ialah sesuatu yang menimbulkan perasaan serba salah dalam jiwa dan menggelisahkan dada, sekalipun berbagai fatwa yang diberikan oleh manusia (bahawa ia adalah haram atau halal). Istafti qalbak.🙂

  3. Ummi's Blog says:

    Sebenarnya “ladiesman” is just only an excuse and there is no reason why a man spends time listening to a woman’s marital woes etcs just because he wants to help. More often than not, there is an ulterior motive..And for the ladies who likes to share their problems with men, its another silly thing to do, for like what Ustaz mention, there is always counsellors and ladies friends who are available to give advise. Sadly, Our soceity is becoming more and more modern that ladiesman and lunch partners exist…

  4. Abah Yasir says:

    Terima kasih kepada Embun, Ameera dan Ummi Yasir di atas komen yang diberikan.Trust satu keperluan, Taqwa satu kemestian. Jika ia hanya sekadar mendengarkan isu rakan sekerja di tempat kerja atau di rumah sendiri (dengan kehadiran isteri), saya tak nampak satu isu. Itupun tidak boleh terlalu keterlaluan dan perlu jaga batasan. Seperti saya katakan, ada etika dan tatacara dalam perkara ini jika kita ingin menjadi ladiesman secara serius.

  5. Nas Aura Mustika says:

    Batasan itu penting dalam menangani isu sebegini. Membantu orang lain yang berada dalam kesusahan adalah satu kewajipan bagi kita umat Islam.Namun, kadangkala, bantuan kita yang maha ikhlas itu dilihat sebagai “keterlaluan” atau “serong” di mata orang lain. Perspektif mereka juga berbeza. Dan fitnah mula berleluasa tanpa usul periksa.Saya dapati “mendapatkan khidmat rakan (opposite sex)” sebagai listening ears telah menjadi satu kebiasaan. Si wanita lebih rela dan lebih bersikap terbuka apabila menceritakan masalah peribadi (lebih2 lagi yg berkaitan dgn r/ship dan rumahtangga) kepada si jejaka.Tidak mungkin si wanita akan bercerita kepada kaum sejenis. Mengapa saya berkata demikian? Sebabnya mudah: si wanita ingin mengetahui dengan lebih mendalam “what do guys actually think and feel about them”.Dalam konteks Islam, memang haram jika berdua-duaan (jika tiada kaitan), walaupun niat antara kedua-duanya baik, jujur dan ikhlas.Tapi, tak usahlah ke tempat yang boleh mengundang fitnah untuk “berdialog”. Niat di hati hendak membantu rakan yang dalam kesusahan, tut tut kita pulak nanti yang ditimpa masalah. Lagi maha dahsyat.Apapun, yang paling penting, membantu sesama manusia adalah satu perkara yang digalakkan oleh agama kita.😉

  6. - things are shining brighter for us - says:

    Pada pendapat saya,sepasang suami isteri tidak harus menjalinkan hubungan rapat dengan kaum berlainan jenis selepas berumahtangga. Misalan kata,kita mempunyai best guy/girlfriend(as wat most people claim) sebelum berkahwin dan bila sudah berumahtangga hubungan rapat masih dijalankan,ini dpt menimbulkan masalah. Sememangnya,byk kes yg berlaku apabila iseri meninggalkan suami kerana jatuh cinta pula dgn ‘best guyfriend’ ini dgn alasan dia lebih memahami ataupun sebaliknya..wallahu’alam..Kawan baik kita dan kekasih kita seharusnya adalah suami/isteri kita sahaja dan teman2 rapat harus lah yg sejenis. Cukuplah sekadar ada teman berlainan jenis di pejabat dan tidak berhubungan selepas waktu pejabat.

  7. […] saya pernah berkongsi di laman blog saya beberapa artikel. Sila rujuk artikel saya di –> https://abahyasir.com/2008/11/02/ladiesman/ https://abahyasir.com/2008/12/20/terlanjur/ […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s