Terbaca leteran Wak Cantok atas komentar tuan Mufti di Berita Minggu pagi tadi. Cakap pasal komen yang diutarakan, rasanya begitu mencabar sekali peranan  para asatizah dewasa ini. Banyak nampaknya yang para asatizah kena kuasai. Isu global, perubatan, ekonomi, kewangan dan lain2. Saya sendiri naik juling biji mata nak fahamkan isu credit crunch yang melanda dunia kita sekarang ni, pun tak faham2 jugak : ) 

Sebenarnya keprihatinan untuk kita menguasai pelbagai bidang (setakat untuk tahu dan sebagai general knowledge) merupakan satu perkara yang penting. Ia juga satu kemahiran yang boleh kita gunakan sebagai pembuka bicara dengan teman yang baru kita kenali atau mungkin business client dari negara lain.. Bagi kita selaku ibu bapa pula, secara tidak langsung kita dapat menyemai rasa ingin tahu pada diri anak. Bagi mereka yang punya anak yang ‘terpelajar’, kita dapat berbincang dengan mereka dengan isu2 global. Jadi kalau dia amik GP dengan kita pun dia boleh berdiskusi. Bagi yang anak2 remaja pula, isu fesyen, musik, film, sukan pun kita boleh on jugak! 

Maknanya, ia bukan satu keperluan untuk asatizah sahaja, tetapi untuk semua profesi dan golongan. Betul tak? Cuma para asatizah selalu berinteraksi dengan masyarakat dan menjadi harapan besar masyarakat pula, ia menjadi tabib jiwa dan rohani mereka. Maka, para asatizah perlulah lebih2 lagi menelaah surat khabar dan internet dll bagi meluaskan pengetahuan mereka.  

Sebagai permulaan, adalah sangat penting untuk kita SEMUA memastikan membaca akhbar sekurang2nya Berita Harian (sebenarnya tidak cukup, kita perlu supplement dengan ST atau mungkin TNP).  Dalam hal ini, penuntut Universiti juga tidak terkecuali, saya perhatikan ada di antara mereka yang kurang mengetahui hal sekitaran dalam negeri. Bagi saya ini sangat menyedihkan. Buku teks dan pembacaan yang membatasi ruang lingkup bidang yang kita pelajari sahaja tidak mencukupi.  

Saya pernah hadiri satu conference yang melibatkan pemimpin masyarakat melayu yang dianjurkan oleh Mendaki, dijemput juga para pelajar2 cemerlang yang pernah memenangi anugerah2 pelajar2 perbaik. Ada di antara mereka yang sudah bekerja. Di meja saya ada beberapa karyawan termasuk seorang MP melayu dan juga beberapa karyawan muda. Dalam perbualan antara kita, terjadi satu kejadian yang memalukan MP tersebut, salah seorang karyawan muda tu tanya MP ni siapa? dan apa yang dia buat! Oh oh..Selamat MP tu cool aje, dia dengan selamba perkenalkan diri dia dan beritahu kerja yang dia buat sehari-harian.  

Saya sebenarnya juga berpandangan, media aliran utama (mainstream) perlu menggerakkan minda masyarakat bukan setakat untuk menjadi seorang karyawan tetapi karyawan yang beragama, sekurang-kurangnya dari segi zahir atau appearance mereka diterima sebagai seorang Muslim. 

Pernah saya terbaca di berita aliran utama yang mengenengahkan seorang karyawan muda tetapi juga disebutkan si karyawan ni bertindik telinga. Apa yang mereka cuba bawakan kepada masyarakat? Sesuatu yang cool bagi seorang lelaki yang bijak dan berkerjaya serta bertindik di telinga? Begitu juga dengan ciri2 pemenang anugerah terbilang seperti Anugerah Jauhari perlu lebih diperhatikan kriterianya. Sebab mereka ini akan dijadikan satu contoh, bukan setakat kemahiran tetapi juga appearance mereka. 

Masyarakat kita masih lagi kekurangan wakil dalam banyak bidang, sebagai contoh, saya pernah ke KK dan saya tidak dapat menjumpai satu pun doktor wanita specialist (bukan consultant atau senior consultant) untuk membidani isteri saya? Ni satu contoh sahaja, kita masih banyak lagi kekurangan bidang2 utama dalam negara. Kalau sukan pula, masyarakat Melayu hanya dikaitkan dengan bolasepak, Silat, Sepaktakraw. Dah lah tu, dalam persatuan pulak asyik bergaduh aje sesama mereka.  

Sebagai satu usaha menjana masyarakat yang berilmu dan mampu bercita2 tinggi untuk berjaya, kita juga boleh war warkan tokoh lampau yang exceptional yang mungkin di kalangan kita sendiri kurang mengenali. Pernah dengar Profesor Dr Dato Ahmad Ibrahim? (bukan bekas MP). Berapa ramai di kalangan kita yang tahu beliau pernah dilantik oleh Lee Kuan Yew PM pada masa tu  (sekarang MM) sebagai ex Attorney General atau peguam negara pertama Singapura? Beliau jugalah yang melakar AMLA (Administration Muslim Law Act). 

Dengan adanya AMLA lah, wujudnya Mahkamah Shariah, ROMM & Muis. Beliau juga mahir dalam bidang shariah selain undang2 sivil. Di Malaysia nama beliau disanjung tinggi, nama fakulti dan perpustakaan Universiti di sana dinamakan sempena dengan nama beliau. Di Singapura? (Sebagai rekod Jalan Ahmad Ibrahim di Singapura diambil sempena nama ahli parlimen saudara Ahmad Ibrahim).

Teman saya (seorang pensyarah di NUS) pernah berkongsi hasil kajian beliau, dia menjelaskan kita di sini kurang menonjolkan almarhum berbanding teman2 kita di Malaysia. Apa silapnya? Sepatutnya, tokoh sebeginilah yang patut kita kenali dan jadikan sebagai satu perangsang masyarakat kita.

Perkara2 sebeginilah yang perlu kita war war kan. Agar para ibu bapa masyarakat kita mampu bercita2 mengorak langkah melahirkan karyawan yang bukan sahaja punyai ilmu sekular tetapi juga ilmu agama. Di sinilah peranan media massa berbahasa Melayu tempatan.

Satu lagi tabiat orang Melayu ni ialah kita suka sangat terkenangkan yang lama2 dan tidak maklum dengan kemajuan masyarakat sekarang yang mungkin orang2 lama pun belum pernah kecapi. Sebagai contoh kalau dlm bidang sukan, kita asyik sebut tentang pasukan bolasepak negara era 70 an, tetapi bila saya semak2 rupanya mereka hanya menang Malaysia Cup sahaja, pingat perak Sukan Sea pun tidak pernah (mungkin gangsa pun belum). Malahan pasukan era 80 an, 90 an dan juga 2000 an lebih menyerlah, mereka pernah menang pingat perak sukan Sea (1083 di Spura, 1985 di Bangkok dan 1989 di KL), ini termasuk juara Kejohanan Asean (1998, 2005 & 2007). Ini baru contoh sukan je : ) General knowledge jugak nih! 

Sebenarnya mengenang yang lama2 baik tapi tidak boleh keterlaluan sehingga kita tidak mengenang pencapaian masyarakat sekarang. Sebagai contoh juga, para ulama dan asatizah yang telah tiada spt Almarhum Ust Syed Abdillah (agamawan terbilang), Ust Salleh Mat Piah, Ust Taha Suhaimi, Abu Bakar Hashim (kesemuanya mantan Pres Mahkamah Shariah), Ust Embek Ali dan lain2) adalah tokoh2 yang sukar dicari ganti dan mungkin tidak dapat ditandingi sampai bila-bila serta punyai kehebatan ilmu dan kemahiran yang tidak terbanding. 

Tetapi kita juga perlu acknowledge pencapaian para ulama dan asatizah zaman sekarang yang juga pada saya tidak kurang hebatnya serta mungkin punyai kelebihan yang tiada pada ulama dan asatizah yang terdahulu. Malah pada saya asatizah masakini lebih diversity dan tidak terhad kemahiran mereka dalam bidang tradisional seperti ilmu Tauhid dan Fekah sahaja tetapi juga dalam bidang2 yang lain. 

Aah, cukuplah saya membebel kali ni, ni orang kata meleter pulak : ) Kita jumpa lain kali yer?

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

One response »

  1. adi_sg says:

    kenapa tak ambil isu credit crunch sebagai peluang untuk mendidik masyarakat mengenai gejala riba yang sangat berleluasa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s