Beberapa minggu yang lalu di masjid, saya dihadiri 3 orang tetamu dari jemaah Tabligh Singapura. Mereka ini sedang mengadakan sesi perjalanan dari masjid ke masjid di Singapura selama 40 hari. Tetamu saya ni berusia dalam lingkungan 40-50 an. Tujuan mereka berziarah dari masjid ke masjid selain dari beriktikaf juga untuk mendapatkan nasihat dan irsyad dari para orang alim & ulama (kata mereka) yang berada di masjid-masjid yang dikunjungi.

Saya sebenarnya mempunyai sesi lain pada masa tersebut, tetapi memandangkan peluang bertemu dan bermuzakarah dengan sekumpulan jemaah Tabligh ini satu peluang yang jarang-jarang diperolehi, maka saya minta excused buat seketika untuk bertemu mereka. Mentelah lagi memang tujuan mereka hadir ialah untuk bertemu dengan imam masjid.

Segan rasanya bagi saya untuk memberikan sebarang nasihat buat mereka, maklumlah terasa kecil jika hendak dibandingkan usaha dakwah yang mereka lakukan, berpisah dengan keluarga dan anak2 selama 40 hari bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tapi memandangkan itulah tujuan utama mereka, maka terpaksalah juga saya berikan pandangan serta nasihat bagi peringatan untuk saya sendiri dan juga mereka.

Saya rumuskan di sini beberapa intipati pandangan tersebut:

1. Dakwah satu usaha yang wajib. Tetapi dakwah kepada keluarga sendiri merupakan satu perkara yang perlu didahulukan dan diutamakan.

2. Dalam kesibukan memberikan dakwah kepada orang lain, bimbingan yang disertai kasih sayang kepada isteri dan anak-anak perlu jangan dilupakan. Ini tidak boleh tidak perlu dimulakan dengan hubungan yang erat antara si ayah dengan si anak.

Saya berkongsi cerita sebenar dalam kes kaunseling yang pernah saya kendalikan dengan mereka tentang seorang ayah yang tidak pernah tinggal solat Fardu berjemaah di masjid. Si ayah ni walaupun seorang yang Muslim yang berpegang teguh pada agama, namun hubungan beliau dengan anak lelakinya tidak mesra, tiada pentarbiyahan amalan solat berjemaahbersama keluarga. Didikan agama yang dilakukan juga keras dan tanpa elemen kasih sayang, anak beliau membesar menjadi seorang yang memberontak dan terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, ponteng sekolah dan mencuri.

3. Sebelum kepergian selama 40 hari, pastikan perancangan awal telah dilakukan bagi memastikan nafkah keluarga tidak terjejas. Maklumkah, bercuti lebih daripada sebulan, lebih2 lagi kedudukan jemaah Tabligh yang berjumpa saya ni adalah berdasarkan gaji hari.

Ini kerana memberi nafkah adalah wajib. Jangan kerana kesibukan ingin berdakwah sehingga kita mengabaikan perkara yang lain sehingga kita menanggung dosa pula. Ingatlah, nafkah yang kita berikan kepada keluarga kita itulah yang paling besar pahalanya kerana ia merupakan satu perkara yang wajib.

Sabda Rasulullah: ‘Satu dinar yang diberikan untuk jalan Allah dan satu dinar dibelanjakan untuk memerdekakan hamba dan satu dinar disedekahkan kepada fakir miskin dan satu dinar dinafkahkan kepada ahli keluargamu, yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau nafkahkan kepada ahli keluargamu.’

4. Setiap apa yang dilakukan juga bergantung kepada sokongan ‘orang rumah’ (isteri). Bukan mudah untuk mencari isteri yang sanggup dan rela ditinggalkan dan mengganti tugasan selaku sebagai seorang bapa kepada anak2 menggantikan suami yang jauh di mata.

Jika kita tidak mempunyai isteri yang mempunyai mental yang kuat, pastinya sukar untuk kita berdakwah. Oleh itu lain keluarga lain halnya.

Baginda Rasulullah S.A.W sendiri memberikan jawapan yang berbeza2 kepada para sahabat bagi soalan yang sama bergantung kepada situasi seseorang sahabat tersebut. Sebagai contoh bagi soalan amalan yang paling afdhal, Nabi pernah melarang seorang sahabat daripada berjihad selepas mengetahui beliau masih mempunyai seorang ibu.

Begitu juga dalam bersedekah, Nabi melarang lain2 sahabat daripada berinfaq seluruh harta. Tetapi pada masa yang sama baginda tidak melarang Sayyidina Abu Bakar R.A daripada melakukan perkara demikian.

Ini tidak lain dan tidak bukan di atas kelebihan keimanan dan ketaqwaan Sayyidina Abu Bakar yang luar biasa dan pastinya beliau dapat mentarbiyah isteri dan anak2 nya supaya bersabar, sedangkan baginda tidak pasti perkara yang sama dapat ditanggung oleh sahabat2 yang lain.

Pada kes2 yang lain, Nabi tidak menggalakkan sahabat menderma seluruh harta untuk memastikan isteri dan anak2 mempunyai bahagian harta warisan dan tidak papa apabila ketiadaan suami kelak.

Oleh itu saya juga menggalakkan mereka jika menghadapi perkara yang sama seperti terdapat rakan Tabligh yang mengadu tidak mendapat sokongan isteri.  Hendaklah mereka menasihatkan rakan mereka tersebut untuk kembali ke pangkuan keluarga.

Saya juga ingin berkongsi di ruangan ini ‘best practices’ seorang Tabligh yang saya kenali yang juga merupakan seorang peniaga. Beliau sebelum keluar bertabligh akan memastikan segala keperluan makan minum isteri dan anak-anak terjaga. Malah, beliau mempunyai pembantu rumah untuk membantu isterinya.

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada perkongsian kisah yang saya sampaikan kali ini.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

17 responses »

  1. Abu Mukhtaar says:

    Salaam Ustaz,Just a thought that came across… Why not join the tabligh group for a period of time (not very long) to understand fully how they function and how they run their families. I’m sure it will be an eye-opener for people who are not within that group.WassalamUmmu Mukhtaar

  2. Lim says:

    Salaam Ustaz,Alhamdulillah.Untuk pengetahuan Ustaz,ini adalah Jemaah pertama yang dikeluarkan oleh Markaz Tabligh Singapura(Masjid Anggulia) untuk berjalan masjid ke masjid selama 40 hari.Sebelum ini,tiada sebarang jemaah Tabligh local yang 40 hari mereka menetap Singapura.Semua Usaha mereka selama 40 hari ialah diluar negara.Saya pun pernah mengikuti jemaah seperti ini selama 40 hari di Indonesia,Tahun lepas bulan November.Mereka juga mengunjungi Masjid Al-Iman dan menetap selama dua hari kemudian terus ke Masjid An-Nur dengan berjalan kaki,tanpa menaiki sebarang kenderaan.Hanya barangan mereka sahaja yang diangkut dari masjid ke masjid dengan bantuan Ahli Tabligh yang menetap di daerah masjid yamg mereka kunjungi.Saya pun telah diberitahu bahawa mereka mengunjungi Ustaz.Alhamdulillah,dapat juga Ustaz beri nasihat kepada mereka.Memang itu apa yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w untuk memberi nasihat kepada yang meminta nasihat.Mereka juga orang awam yang sangat perlukan nasihat dari asatizah disini.Semoga Ustaz dapat beri saya nasihat sedikit selepas Ustaz baca komen saya ini kerana saya pun bersama-sama mengikuti jemaah Tabligh. SyukranWassalam,Muslim Amad,Bilal Masjid Al-Falah

  3. abu haniff says:

    salam ustaz, ana setuju sangat dengan pangan abu mukhtar tu, satu lagi kalau boleh dikongsi, tujuan utama keluar ialah sebagai latihan (tarbiyah) nanti medan dakwah sebbenar mereka adalah tempat kariah/marhallah mereka, sebab semua gerakan Islam atau dakwah Islam perlukan latihan dan tarbiyah jadi, keluar “khuruj” tersebut adalah latihan kerohanian.

  4. abu haniff says:

    pangan=pandangan, maaf typing error

  5. Abah Yasir says:

    Tentang cadangan join Tabligh seketika tu, memanglah baik. Tapi jadual saya sendiri sudah padat. Malam biasanya untuk famili, itupun bila pulang biasanya anak2 sudah tidur.Macam saya katakan usaha Tabligh memang baik. Tapi perlu diseimbangkan dengan pentarbiyahan dan tanggungjawab terhadap keluarga sama ada material mahupun sokongan emosi.

  6. rahba81 says:

    Salam..

    Sila baca Basmallah dan istighfar dahulu..Buang kan emosi dan sangkaan buruk..
    “Allah sentiasa bersama sangkaan kita”(mahfum hadis)

    Tujuan UTAMA utk keluar khuruj adalah utk keluarkan kebesaran makhluk dr dlm hati kita wahai tuan2..

    Selain drpd Allah semuanya makhluk wahai tuan2..
    Kita nak kebesaran Allah jer ade dlm hati kita..
    Ni la mahfum kalimah “laa illaha illaullah”
    Aku dan tuan2 sama2 kena betulkan iman yakin kita balik..Iman ni bukan benda yg statik tuan2,iman benda perlu di usahakan coz ia ade masa turun naik dan ade masa keluar masuk nauzubillah..

    “Apakah kamu kira kamu sudah beriman sedangkan iman kamu belum lg di uji?”(surah..tak ingat psl byk dosa)
    Nabi s.a.w. bgtau perbaikila iman kamu dgn memperbykkn ucapan kalimah laa illaha illaullah”..(perawi..tak ingat,pun coz aku byk dosa)

    Tuan kata takde “masa” utk keluar berdakwah,tuan,”masa” tu makhluk yg Allah ciptakan..”Masa” tu makhluk Allah..

    Tuan kata tuan “kerja” (tak kisah part time ker fulltime ker) utk bg mkn anak isteri,tuan “kerja” tu makhluk yg Allah ciptakan..

    Tuan2 yakin Allah la yg dah tentu kan rezeki,jodoh pertemuan,ajal maut sejak ribuan tahun sebelum Adam a.s. di ciptakan..So proof it..Dgn cara apa?tanya iman sendiri la..Berkata di bibir mmg mudah tp dlm hati mcm mana pula?coz Allah tak uji lg..

    Ya Allah ape la dah jadi ngan umat ni..Tuan2 yg bg mudharat/manafaat melalui makhluk ni adalah Allah..

    Kalo makhluk la yg sendirinya dgn kudrat yg ade boleh bg mudharat/manafaat mengapa api yg di hidupkan selama 40 hari tak dpt menyentuh Ibrahim a.s.?

    Kalo tongkat la yg boleh bg mudharat/manafaat mengapa Musa a.s. boleh belah lautan jd 12 lorong?

    Logik ker 313 org boleh lawan 700 ke 1000 org?
    Logik ker najis manusia boleh sembuhkan penyakit mata dan kulit?(kisah Nuh bina bahtera)

    Tuan2 satu org doktor yg non-muslim pun bole berkata “i’ve try my best,the rest let’s god decide”kpd satu org muslim..
    Ubat itu kalau di mkn mengikut sukatan insyallah Allah bg sembuh akan tetapi kalu di mkn berlebihan apa akan jd?tak ke mudharat walhal namanya ubat..

    No wonder la Allah bg penyakit yg lagi hebat dr H1N1,Aids,Kanser etc itulah penyakit Al-Wahn/Wahnu(cinta dunia)..

    Satu jenis penyakit yg bukan setakat bole menimpa org Mexico atau di sesetgh tempat jer..Tetapi ia boleh menimpa semua org atas muka bumi ni..Doktor,peguam,engineer,presiden,cikgu,penyapusampah,petani,mat rempit,kaki disko,bilal surau,org tabligh,ustaz sesiapa shj hatta ulama’ sekalipun penyakit ni boleh dtg..

    Siapakah antara tuan2 yg boleh menghindari penyakit ni?Takde siapa pun hanya Allah yg maha berkuasa ke atas segala sesuatu..

    Adalah satu sikap yg kurang baik bila mengeluarkn kenyataan bahawa org dakwah/tabligh or sesiapa shj yg terlibat dlm medan dakwah selain yg di tunjukkn oleh org dakwah/tabligh tidak mengutamakan pendidikan ke atas ahli keluarganya..
    “Ku an fisikum wa ahli kum naro”(selamatkan diri kamu dan ahli mu dari api neraka)..

    Alim ulamak,maulana drpd dulu lg dah berpesan bahawa setiap daei perlu hidupkan amalan taklim/taklum,zikir,halqah quran serta muzakarah 6 sifat sahabat paling unggul di rumah bersama keluarga..Ilmu hukum-hakam pula perlu la di rujuk pd ustaz2 atau alim ulamak..

    Natijah drpd amalan dlm rumah ni Allah akan membawa kesan kpd empunya diri dan keluarga serta org di luar rumah utk terkesan mengamalkan agama yg di tunjukkan oleh Nabi s.a.w.

    Jadi kita tidak bole simply kata org lain tanpa buat researh yg betul sampai kita faham..
    Sebagai tamsilan “satu couple org islam berzina lalu melahirkan bayi dan di buang hidup2,takkan kita nak kata Islam ni teruk sedangkan kita sendiri org Islam?

    Ok masih kabur lg,Nabi Nuh (Nabi tuuu)berdakwah 950 tahun dan pengikut setakat 83 org..Anak isteri tak mau terima seruan..So kita nak kata Nabi Nuh tu gagal ker tak pandai didik anak isteri?
    Tuan2 ape sebab Allah dtgkan kisah2 org terdahulu dlm Al-Quran dgn byk sekali?Tak lain tak bukan utk kita jadikan tauladan buat menghadapi kehidupan mendtg..Kita ni umat saksi dan terbaik…

    Utk berjaya dlm kehidupan dunia maka manusia perlu memandang jauh kehadapan tetapi utk berjaya dlm kehidupan akhirat manusia perlu memandang ke belakang..(Memandang ke belakang itulah memandang kehidupan org2 yg telah menduduki dunia ini lebih awal dr kita iaitu Nabi2,kaum2 serta para sahabat r.a. di mana kisah mereka telah Allah nukilkan dlm Al-Quran..Bkn sengaja Allah ceritakan kisah mereka..

    Takkan la nila setitik rosak susu sebelanga..Atas urusan agama ni kita tidak di galakkn mencerita aib atau kelemahan para pejuang agama tidak kira pas/abim/jim/isma/tabligh etc kerana masing2 matlamatnya menuju kpd Allah..Kita perlu ade sikap husnuzon(sangka baik) pada org lain coz itu perintah Allah..Baru la Allah satukan hati kita..

    Satu kisah ketika para sahabat melihat Nabi berada dlm solat dan doa yg panjang..Kemudian Nabi di tanya para shbt “apa yg tuan pohon dlm doa yg panjang td?”Sebagai menjwb ” Aku telah pohon 3 perkara dimana 2 Allah kabulkan dan 1 lagi permohonanku di tolak..1)Aku telah pohon agar Allah tidak menguji umatku berada dlm keadaan kemarau serta kebuluran yg berpanjangan,Allah terima 2)Aku telah bermohon agar di lewatkan azab siksa ke atas umatku yg berdosa,Allah terima 3)Aku bermohon agar Allah tidak menguji umatku dgn keadaan pecah belah tetapi Allah tolak..

    Tuan2,doa Nabi yg ke 3 tu Allah nak kita umat akhir zaman sendiri fikir dan usaha bagaimana nak satukan hati umat..Tak lain tak bukan melalui perantaraan kerja dakwah la yg mampu merubah keadaan dgn izin Allah..Tu yg kita di tuntut berkorban tu..Tak dpt 4bln,40 hari pun bole,tak 40 hari 3 hari pun bole,tak dpt 3 hari berapa yg sanggup la utk korban demi agama..”Tiada paksaan dlm beragama”..Cuma bila tak berkorban jgn la beria ia cari aib dan kelemahan org yg dah sedia korban..Itu shj..

    Sgt tertipu la bahawa dgn mengatakan sebelum berdakwah kena berilmu dahulu..memang ilmu itu “wajib” dan menjadi keutamaan bg para daei..tetapi harus di ingat ilmu itu makhluk dunia dan ia kan dtg seiringan dgn org yg berkorban atas matlamat akhirat..di ulangi atas matlamat akhirat..

    “Brg siapa yg menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya nescaya Allah s.w.t. akan mencerai beraikan segala urusannya dan mengurniakan rezeki sekadar yg di tentukan shj dan barangsiapa yg menjadikan akhirat sebagai matlamat hidupnya nescaya Allah s.w.t. akan selesaikan segala urusannya dan menjadikan dunia tunduk kpdnya”(mahfum hadis)

    Keluar dakwah maka ilmu akan dtg,rezeki melimpah tanpa di sangka2..Ingat rezeki bkn sekadar wang ringgit ia merangkupi bermcm nikmat..Nikmat iman,nikmat kesihatan,nikmat syukur bila diri Allah gunakan atas maksud agama,nikmat mkn,nikmat duduk dlm majlis ilmu,nikmat duduk bersama sama ustaz2 dan alim ulamak,nikmat mentaati perintah,nikmat amal sunnah dan berbagai bagai nikmat lg..

    Tuan2,sahabat2 Nabi itu ade yg syahid sempat hafal 4 qul shj(khalid al walid),ade yg syahid tak sempat mandi junub(hanzalah)ade yg syahid tak sempat solat coz perintah solat tak turun lg(sumaiyah,keluarga yasir)
    Adakah mereka itu gagal di sisi Allah?

    Mengapa Allah tak pilih shj Warakah Bin Naufal menjadi Nabi sdgkn dia itu pendita seorg yg berilmu beramal dgn agama yg Hanif dari Ibrahim a.s. dan di hormati org dr memilih insan yg bernama Muhammad yg tidak pandai menulis dan membaca?Maka fikir2 kan..

    Aku langsung tidak ade keinginan utk membela atau memenangkan kerja dakwah/tabligh walaupun aku org tabligh(ntah sape2 la bg nama “Tabligh” ni) coz kerja dakwah ini ade pemiliknya,agama Islam ini juga ade pemiliknya maka biarla pemiliknya yg memelihara..

    Abdul Mutalib ketika menjadi org pengaruh Mekah di tanya oleh org Quraish “mengapa kita semua keluar berlindung di balik2 bukit ini,siapakah yg akan mempertahankan kota Mekah dan Kaabah dari serangan Abrahah?”
    Sebagai menjwb”Sesungguhnya kota dan pemilik Kaabah ini ade tuannya,maka biar la tuannya yg memelihara”..Allahukabar

    Tuan2,Allah tak perlu kpd kita mau pun jin utk bela Agama Islam ni tapi asbab utk muliakn kita di hadapan malaikatNya Allah bg kita kerja Agama mengajak manusia kpd maakruf dan mencegah munkar..

    Suatu ketika selesai Allah ciptakan Jibril a.s. dgn sebelah kepaknya shj memiliki 600 sayap dan sekali ia menguak mampu menempuh beratus tahun perjalanan lalu Jibril memandang dirinya dr atas ke bwh lalu bertanya kpd Allah”Adakah Engkau telah menciptakan makhluk yg lebih hebat dr aku?” Allah menjwb”tiada”..Lalu Jibril a.s. mendirikan solat sunnat 2 rakaat dimana satu rakaatnya mengambil masa 10,000 tahun..Selesai Jibril a.s. solat Allah pun berkata kpdnya,”ketahuilah wahai Jibril,akan dtg akhir zaman nanti seorg lelaki bernama Muhammad berserta umatnya yg bersolat sunat 2 rakaat walaupun dlm keadaan fikiranya melayang,solat mereka itu lebih aku cintai dr solatmu itu kerana engkau mendirikan solat bkn atas perintah Aku akan tetapi umat Muhammad mendirikan atas perintahKu”..

    Suhanaullah..Engkaulah Tuhan yg layak disembah ya Allah..

    Aku mohon maaf atas kepanjangan ruang comment yg aku ambil dr pemilik web/blog ni..
    Aku langsung tidak ade niat membuatkan sesiapa terasa kecil hati lebih2 kpd org alim ulamak kerana mereka adalah warisatul anbiya..
    Sekadar utk berpesan kpd diri dan org yg ingin ambil manafaat darinya..

    Kita tidak ada kuasa utk memberi hidayat bahkan kuasa itu hanya ada pd Allah..Kerja kita hanya menyampaikan..
    Ibarat satu org petani,kerjanya menabur benih,menyiram dan membajai tanamannya.Soal hasilnya nak tumbuh mcm mana itu bkn kerja kita.Itu adalah hak Allah..Kita hanya keluar dakwah ajak manusia pd agama tak kira siapa dan kerja memberi hidayat kita serah pd Allah..

    Wallahualam..Maafkan aku yg berdosa ni..

  7. AntiTaksub says:

    Salam..

    Menyeru kepada makruf itu kerja yang baik dan dituntut. Namun terikat dengan satu2 jemaah itu bukan perkara yang baik untuk agama. Ini membuka ruang kepada perpecahan ummah. Perpecahan ini akhirnya menjadi perbalahan ekoran taksub kepada jemaah masing2. Apakah ini suatu yg baik utk agama kita? Ketahuilah dakwah tak semestinya hanya boleh dilakukan oleh segolongan jemaah yg tertentu. Kita bina tmpt pengajian dan mengajar ilmu itu jga dinamakan dakwah, malah itu lebih berkesan kerana memberi didikan dan ajaran juga. Meletakkan ilmu kebelakang adalah suatu tindakan yg tak betul. Jika tiada ilmu bagaimana mahu mengajar org tentang ilmu?Jgn temehkan hal ilmu ini. Kluar berdakwah, kita menghadapi masyarakat, apa jawapan ita jika ditanya dalam satu2 hal?Tidak memberi ruang kepda pertanyaan adalah satu tindakan yg tak betul, ini akan menyebabkan berlaku penolakan drpd masyarakat. Mgkin itu sebb mngapa jemaah tabligh skrg sudah semakin sepi ekoran krgnye pengetahuan dan ilmu ahlinya2.

  8. fd says:

    sebenarnya dalam pengetahuan saya l erk.. tabligh jas mengajak orang g masjid.. ok gak tapi len tau rasa nak ajak orang g masjid ngan ajak orang g minum xcaya try la.. macam2 perasaan kena tahan.. kalau jualan MLM dapat gak komisen ini tak.. janji Allah jer la dapat.. ala sebelum saya kuar pun 1000 sangkaan buruk bagi kat tabligh nie… contoh poyo jer, aku tau ar nak g masjid, apelah dakwah camnie tak berhikmah,?.. tapi bile pk2 membe aku ajak g minum lepak xlak aku marah.. siap isap ganja.. pompuan.. akuleh sangka baik kat membe2 contoh biasela muda2 bila lagi.. ntahlah bagi aku sume orang leh diperbaiki.. korang aku xde yang betul Allah n Rasulullah jer betul…. k… manelatau sok ke korang dah xde.. hak3

  9. Muslim Amad says:

    Salaam keatas para pembaca.

    Ana ingin mengulas sedikit tentang komen rahba81 yang amat bermanfaat itu.

    Ulama’ BERSELISIH PENDAPAT tentang Khuruj Fi Sabilillah.

    Ulama’ Tabligh mengatakan khuruj itu sekian3.(3hari, 40hari,4bulan,1tahun.mengikut tertib)

    Ulama’ lain pula mengatakan begini3.(kerja cari nafkah,cari ilmu,jihad senjata(zaman dahulu))

    Keluar jalan Allah tu ada banyak cabangnya..sedangkan keluar mencari ilmu itu adalah di Jalan Allah…sanggup mengorbankan harta,masa,diri untuk Allah.

    Tabligh mempunyai cara tersendiri dalam Khuruj fi Sabilillah.Jgn kita fikir kalau lain yang tak khuruj tu belum korban untuk agama Allah.

    Selain itu,dalam jemaah diajarkan agar kita ikram atau memuliakan alim dengan memintanya do’a,bukan kita targhib atau tasykil beliau.Melainkan anda sendiri seorang alim,barulah anda boleh fahamkan alim yang lain.

    Usaha Tabligh ini perlulah diusahakan keatas 4 golongan:Umum,Khawas(berpangkat),’Alim dan Thaalib(student).

  10. tok ayah says:

    Salam,

    Tabligh bukanlah satu kumpulan. Ianya adalah satu usaha menghidupkan amal, fikir & usaha nabi s.a.w. dan org Islam kembali menjadi satu umat.

    Kesan dari usaha tsb:
    1) Setiap kampung @ bandar akan jadi spt madinah
    2) Setiap masjid jadi spt masjid nabawi dizaman nabi s.a.w

    AMAL
    Dgn hidupnya amal nabi s.aw. dlm diri semua manusia, mrk akan mendapat manafaat dunia & akhirat. Sehingga Allah mudahkan kehidupan mrk, dpt rahmat, berkat & kasih sayang Allah, doa dimaqbul dan mati dlm keadaan Allah redha.

    FIKIR
    Spt fikir nabi sa.w., bagaimana manusia seluruh dunia sehingga hari kiamat selamat dari neraka & masuk syurga.

    USAHA NABI
    Dakwah adalah punca seluruh amal agama hidup dlm setiap diri manusia. Ianya menjadi usaha yg paling utama krn melaluinya pintu keimanan akan terbuka dan tertutupnya pintu kufur & kemurtadan.

    Manakala terhentinya usaha dakwah maka pintu kekkufuran & kemurtadan akan terbuka manakala pintu hidayat akan tertutup.

    Melalui dakwah barulah kita jadi umat yg terbak dan mendapat pertolongan Allah dalam setiap permasalahan.

  11. mahdi says:

    uztaz klu kluar 4 bulan tolong doakan ana kluar 40 hari.asyik 3 hari je.

  12. Kamarul says:

    Adakah dakwah hanya selepas keluar 40 Hari? adakah keje Abah Yassir yang mengabdikan diri di masjid itu bukan dakwah? Dakwah itu luas.. jangan disempitkan dengan HANYA KELUAR 3, 40 hari dsb dan kalu tak buat cm tu, belum dikira berdakwah.. pada saya, itu kurang tepat sbb Dakwah itu luas.. mengajar agama- dakwah.. belajar agama-juga dakwah.. BERSANGKA BAIKLAH wahai jamaah tabligh kepada mereka yang pada anda belum berdakwah hanya kerana mereka tidak keluar 40 hari seperti anda..

  13. is says:

    dakwah ikut sunnah PASTI berjaya….kerana dakwah tersebut Allah ajar pada nabi2…dan nabi ajar pada sahabat….
    dakwah tak ikut sunnah mungkin berjaya mungkin tidak…tetapi pahala tetap dapat….
    kalau guna cd buat dakwah berjawa…pasti Allah dah suruh nabi buat cd….walaubagaimana pun pahala tetap dapat…benda yg baik…tak gitu?
    40 hari,,4 bulan 3 hari bukan persoalan….suka hati lah nak keluar berapa hari…asalkan buat dakwah cara nabi….
    kalau nak tunggu cukup ilmu….nampaknya ilmu sampai jadi imam syafiee baru buat dakwah…..

  14. Amir says:

    Salam. saya pernah membaca satu buku tentang fahaman muktazilah.Mu’tazilah mengatakan al-Quran adalah makhluk,bukan qadim dan banyak menggunakan logik akal untuk berhujah sehingga membawa kepada penyelewengan aqidah.Menentang fahaman inilah Imam Ahmad bin Hambal mengalami berbagai pengalaman hidup dalam penjara kerana kekerasannya menentang fahaman Mu’tazilah yang menyatakan al-Quran itu adalah suatu makhluk. Lebih memburukkan lagi ialah apabila fahaman ini diterima oleh pemerintah Abbasid ketika itu dan dia memaksa Imam Ahmad untuk mensahkan pendapat tersebut. Imam Ahmad tetap menentang dan dia dipukul dan dirotan dalam penjara sehingga tidak sedarkan diri.

    Saya sangat keliru mengenai pandangan sdr rahba81
    yang menyata masa dan kerja itu “makhluk Allah” adakah ini terpalit dengan fahaman muktazilah yang
    dicemari atau dipengaruhi oleh falsafah yunani? bagi saya ‘masa’ dan ‘kerja’ itu bukan makhluk Allah tetapi bagi saya ia adalah nikmat Allah yang harus kita syukuri dan hargai. saya mohon pandangan Ustaz Abah Yasir mengenai ini.

    Sukran,

    “Jadilah karkun asbab hidayat, bukan penghalang hidayat”

  15. hamas says:

    as salam,

    saya sangat bersetuju dgn tulisan Anti taksub dan kurang setuju dengan ‘is’.saya bekas karkun tabligh dan pernah keluar khuruj serta ramai rakan karkun tapi itu dulu.Sekarang saya pengkritik jemaah tabligh.

    saya telah banyak membaca dan menkaji kitab2 tokoh2 awal tabligh deobandi di india kurun ke 19 dahulu serta merujuk laman web luar negara untuk mengetahui asal usul jemaah tabligh kerana di negara kita kurangnya maklumat detail kerana orang melayu terkenal malas mengkaji.

    perkara yang perlu kita bezakan ialah tabligh dan jemaah tabligh adalah dua hal yang berbeza.tabligh merujuk kepada sifat nabi iaitu menyampaikan sementara jemaah tabligh ialah satu jemaah yang baru muncul sekitar tahun 1920an oleh maulana ilyas kandahlawi.

    untuk maklumat lanjut dijemput ke link ini:

    http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/peringatan-sebelum-membaca-artikel.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s