Terpanggil untuk saya tulis tajuk pasal ni, lepas tonton drama ‘Agen Cinta’ di Suria tadi. Terus terang saya tidak berapa gemar nonton drama Melayu di Suria. Pertama kerana tiada masa, kedua kalau ada masa pun..saya lebih gemar menonton TV3 : )  kerana pada saya ianya lebih bermutu.

Tetapi masa ingin pulang dari kerja tadi, dapat sms dari teman saya seorang pengarah drama, minta saya jangan lupa nonton cerita arahan dia ni. Saya pun nontonlah..Boleh tahan juga.

Cuma saya terkesan dengan satu babak, di mana watak seorang lelaki yang sedang ber’dating’ dilabel sebagai ‘anak mak’ kerana semata-mata berjanji akan hantar mak dia dan sanggup mengabaikan temanita dia. Walaupun selepas itu dipaparkan beberapa babak yang membuatkan dia memang justify di label sebagai ‘anak mak’.

Kredit pada pengarah kerana memaparkan streotyping wanita yang khuatir dapat teman lelaki atau suami yang ‘anak mak’. Tetapi bagi saya, kita tidak boleh terlalu cepat menghukum seseorang itu sebagai ‘anak mak’ semata-mata dia ikutkan mak dia je. Ini kerana bagi saya, selagi mana seseorang anak lelaki tu belum berkahwin maka sewajarnyalah ibunya dijadikan sebagai sebagai prioriti dan keutamaan. Malah, sesuatu yang kurang sihat jika mendapat teman lelaki yang utamakan dating daripada berkhidmat atau berlaku ihsan dengan ibu. Sedangkan dating = dosa, buat baik dengan mak = pahala. Betul tak?

Walaupun saya setuju, dalam sesetengah hal kebimbangan teman wanita tersebut ada asasnya jika teman lelaki tidak dapat membuat keputusan sendiri dan terpaksa meminta nasihat ibu walaupun bagi isu yang ‘simple’ . Mestilah pening dibuatnya, kalau sekarang dah macam tu, besok-besok dah kahwin macam mana pulak?

Alamak, dah jadi macam satu review drama pulak! : )

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

12 responses »

  1. Abdullah says:

    Salam alayk ustad,

    Maaf terkeluar topik sedikit… Adakah ustad sudah baca novel oleh isa kamari bertajuk Tawassul? Ramai kawan2 dah baca. Abih tu mereka seakan2 dah confuse. Diorang kata novel ni ceritakan RasululLah diklon… Dalam Buku siap dengan shahadah baru… Saya dengar khabar MUIS kata ok… Saya pun tak tahu… Apa pendapat ustad?

    Mohon penjelasan kerana ramai kita kat sekolah dan madrasah pergi ke blog isa kamari yang dia suruh kita baca dulu buku dia. Tapi banyak dah terkeliru ingatkan kita boleh juga tulis macam dia pasal RasululLah kena klon. Bolehke Rasulullah di klon? Apa hukumnya? Macamana pulak dengan menulis tentang Rasululah secara begitu?

  2. Abah Yasir says:

    Waalaikumsalam Wr.Wb.

    Di lain masa, jika ada isu yang tidak bersangkutan dengan posting. Bolehlah emel saya di abah.yasir@gmail.com

    Saya tidak dapat memberi komentar atas perkara ini, kerana tidak pernah membacanya dan tidak pasti bila saya mampu membacanya : )

    Tentang Muis kata OK tu, perlulah dipastikan kesahihannya sebelum disebarkan.

    Wallahu A’lam.

  3. Isa Kamari says:

    Salam semua,

    Sekadar penjelasan. Saya memenag telah merujuk kepada beberapa pegawai di MUIS pada 2001. Pendapat beberapa pewgaia tersebut mungkin sekadar perndapat peribadi.

    Bila saya rujuk kembali kepada MUIS pada 2008, mereka tak mahu komen. Saya merujuk kepada mereka untuk mendapatkan pandangan kerana karya saya ini bakal diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan mungkin menimbulkan kontroversi. Saya fikir MUIS harus ambil tahu tetapi nampaknya pada tahap ini ini bukan isu langsung. Itulah yang sahih.

  4. Abah Yasir says:

    Terima kasih saudara Isa di atas penjelasan tersebut.

  5. Isa Kamari says:

    Salam ustaz, izinkan saya terangkan sikit kisah dalam Tawassul.

    Dalam novel tersebut saya menceritakan bagaimana seorang pakar genetik Yahudi berbangsa Jerman telah mengklon nabi dengan menggunakan DNA daripada janggut nabi yang dicuri dalam satu pameran tamadun Islam. Tujuan saya adalah untuk mencelikkan mata kita semua tentaqng bahaya jika kita tidak menguasai ilmu dunia sehinggakan musuh kita mempergunakannya untuk menjatuhkan kita.

    Saya pernah dituduh mencipta nabi baru dengan watak klon tersebut. Nau’zubillah min zalik!

    Sandaran saya dalam hal ini ialah klon Nabi itu bukan Nabi kerana kenabian tidak boleh diturunkan melalui warisan darah atau genetik. Kenabian adalah sesuatu yang dikurniakan Allah ke atas manusia-manusia terpilih di kalangan hamba-hamba Nya. Itulah kefahaman saya tentang institusi kenabian sejak kecil.

    Saya ada menyebut manusia klon tersebut sebagai ‘wasilah’ dalam novel itu. Orang yang menuduh saya mencipta nabi baru menggunakan dalil tersebut untuk menuduh saya.

    Bagi saya memang setiap nabi adalah wasilah, namun setiap wasilah tidak semestinya nabi. Misalnya ramai di kalangan wali-wali Allah adalah wasilah.

    Sekadar penjelasan jika ustaz berminat mendalami novel saya itu.

    ikhlas
    Isa

  6. Isa Kamari says:

    Salam sekali lagi Ustaz,

    Seperkara lagi usataz, saya pernah dituduh mencipta syahadah baru dengan urutan kata-kata ini dalam novel:

    ‘Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Dia. Dan aku adalah imbasan kekasih-Nya.’

    Kata-kata tersebut diucapkan oleh Hira, watak yang menjadi klon Nabi s.a.w.

    Hujah saya sedemikian. Hira tidak pernah mengatakan bahawa dia adalah Nabi. Juga tidak pernah mengatakan inilah syahadah yang harus diikuti pengikutnya.

    Bagi saya suatu pernyataan menjadi syahadah jika ada kata-kata, ‘Aku bersaksi’ atau ‘Aku naik saksi’.

    Dalam urutan yang saya turunkan, Hira mengatakan. ‘Dan aku adalah imbasan kekasih-Nya.’ Dia tidak mengatakan ‘Dan aku bersaksi bahawa aku adalah nabi’ dan sebagainya. Serupalah kalau Hira mengatakan ‘Dan aku adalah lelaki’ atau ‘Aku adalah oang Imorot’

    Itulah hujah saya.

    Terim kasih
    Isa

  7. Abah Yasir says:

    Waalaikumsalam.

    Terima kasih saudara Isa.

    Memang apa yang saudara karang adalah satu perkara yang baru dalam kesusasteraan Melayu Islam dan tidak pernah terfikir oleh kebanyakan orang.

    Pada masa yang sama isu-isu sebegini boleh menimbulkan fitnah oleh sebahagian orang dan sebaiknya tidak disentuh.

    Semoga saudara Isa terus tabah dan tidak putus asa dalam mengarang yang terbaik untuk masyarakat.

    I.Allah, jika berkesempatan akan saya tatapi novel saudara.

    Wassalam.

  8. Kak Mai says:

    Kalau orang barat melukis wajah Nabi saw dalam bentuk gambar kartun, bolehkah itu juga dijadikan wasilah?

    Sebagaimana fenomenanya, orang Islam tidak dapat menerima hakikat Nabi dilukiskan oleh orang barat dalam bentuk kartun, ini kan pula diklonkan? Takke ini lebih dahsyat?

  9. Kak Mai says:

    Masuk akal ke Nabi boleh diklonkan oleh seorang saintis Yahudi (sepertimana dlm novel Tawassul), padahal Iblis yang lebih silam terrornya tak boleh menyerupai atau mengklonkan Nabi? Kalau perkara ini boleh, baik si yahudi atau si iblis, tentulah terdapat suatu kebohongan dlm agama Islam yang mengatakan Nabi tidak boleh diserupakan/diklonkan oleh si iblis dan kuncu-kuncunya. Justeru itu, bila Kak Mai baca novel itu, nyatalah isi klon Nabi itu hanya benda karut yang sengaja diada-adakan untuk cari publisiti oleh pengarangnya.

  10. Isa Kamari says:

    Waalaikumussalam Ustaz.

    Innamal a’malu binniat.

    Tohmahan adalah sebahagian yang saya jangkakan dalam perjuangan.

    Akal dan jiwa sihat tidak mudah digugat oleh cercaan, insya Allah.

    Cukuplah Allah s.w.t sebagai Pelindung. Amin.

    ikhlas
    Isa

  11. Isa Kamari says:

    Salam Ustaz,

    Seperkara lagi,

    Jika ustaz sempat membaca novel itu kelak, dan jika memang saya telah melampaui batas aqidah dan syarak, saya pohon ustaz dapat perjelaskan berdasarkan nas Al Quran dan Hadith mutawatir atau hadith sahih.

    Dalam hal aqidah dan hukum, hanya dua sumber ini yang saya pegang. Saya tidak gusar malah tidak peduli jika tentangan terhadap apa yang saya karang hanya berdasarkan opini atau pandangan.

    Insya Allah saya akan menerima secara terbuka hujah-hujah berdasarkan 2 sumber suci tersebut. Insya Allah hati dan minda saya akan tebuka untuk bertaubat, jika memang saya berdosa.

    ikhlas
    Isa

  12. Isa Kamari says:

    Salam Ustaz:

    PERBEZAAN ANTARA KARIKATUR & WATAK KLON NABI S.A.W

    Pertama: Karikatur yang dibuat oleh penyangak Barat itu menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w. Manakala watak yang saya reka adalah klon Nabi dan BUKANNYA Nabi. Klon Nabi hanya manusia biasa dan tidak pernah mengaku dirinya Nabi (lihat perbincangan di atas). Ini perbezaan DASAR.

    Kedua: Karikatur tersebut dicipta untuk menghina Nabi s.a.w dan Islam. Dalam Tawassul saya tidak berbuat keji sedemikian. Malahan watak Hira yang merupakan klon nabi mengagungkan dan memuji Nabi Muhammad s.a.w. Perhatikan ucapan Hira:

    “Salam sejahtera untuk kekasih Nya, rahmat sekalian alam.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s