Bimbingan Bersama DJ RZ – Episod (5) Persiapan Aidilfitri

Sebaiknya, biarlah bersederhana dalam melakukan segala perkara termasuklah dalam persiapan berhari raya.

Segala persiapan yang kita lakukan, usah sampai kepada peringkat yang membazir.

Sebenarnya membazir ini adalah satu perkara yang subjektif, berbeza di antara satu dengan yang lain.

Continue reading

Bimbingan Bersama DJ RZ – Episod (4) Kelebihan Ramadan

Ibadah lain yang boleh dilakukan. Selain dari berpuasa, banyak amal ibadah yang boleh kita lakukan seperti:

1. Amal Ibadah ritual

~ Membaca dan menghayati (tadabbur) Al-Quran. Ini boleh dilakukan dengan bertilawah (baca biasa) atau bertadarus (baca berdua atau lebih dengan seorang baca, yang lain mendengar dan mneyemak bacaan teman). Continue reading

Masa Berkualiti Bersama Keluarga

Image

Keratan akhbar BH – 11 Julai 2013

Apabila saya diminta oleh wartawan BH Nazri Hadi Saparin untuk berkongsi pengalaman dalam menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga bagi segmen khas Ramadan untuk Berita Harian. Segan pulak saya, sebab pengalaman sebagai ayah pun baru 10 tahun, lebih segan bila dapat tahu, artikel tentang keluarga saya disiarkan bersama pendakwah tidak asing lagi iaitu Ustaz Ahmad Dahri. Lagilah, segan rasanya…

Tapi demi perkongsian, manalah tahu sempena keberkatan Ramadan ini, contoh-contoh yang saya kongsi bersama dapat diikuti oleh bapa-bapa  yang lain, maka saya juga dapat pahalanya nanti 🙂 Bak kata Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang menunjuk ke arah kebaikan, maka akan mendapat (ganjaran) seperti orang yang membuatnya.”.

Continue reading

Bimbingan Bersama DJ RZ – Episod (3) Menghormati bulan Ramadan

Hukum membatalkan puasa tanpa uzur:

Jika membatalkan puasa tanpa sebarang keuzuran, kita dikira berdosa kerana telah melanggar salah satu rukun Islam.

Kita perlu bertaubat dan berazam untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Kita juga harus mengqadha’ puasa yang anda tinggalkan itu.

Continue reading

Hentikan Merotan Anak (Bahagian Kedua)

(Bersambung)

Ketiga, pilih masa yang sesuai untuk nasihat anak.

Saya pinta beliau untuk memilih masa yang sesuai apabila ingin menasihati anaknya. Elakkan ketika beliau sedang dalam keadaan berang dan penuh dengan rasa amarah.

Pastikan juga anak dapat berehat dulu, mandi, makan dan sebagainya. Bila dah segar, pastinya pada masa itu pun rasa marah ibunya sudah mula menurun.

Kenapa saya tekankan perkara ini? Sebabnya, penting bagi kita pastikan mesej kita adalah jelas dan sampai pada diri anak. Tidak guna kita bercakap panjang lebar, atau meleter tanpa henti. Anak-anak pula dengar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Kan penat namanya itu?

Continue reading

Bimbingan Bersama DJ RZ – Episod (2) Keindahan Ramadan

Bulan puasa merupakan bulan pengampunan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” [Muslim]

Pada hal ketika inilah peluang untuk kita mengeratkan hubungan antara satu sama lain, selain saling memperingatkan keluarga kita bagi memanfaatkan kelebihan pada bulan Ramadan ini.

Continue reading

Hentikan Merotan Anak (Bahagian Pertama)

Image

Pada artikel keluaran al-Ustaz yang telah lalu, saya pernah menyentuh tentang tiga perkara penting bagi kedua ibu bapa dalam mengubah tingkah laku negatif anak-anak iaitu pertama, keperluan mempunyai prinsip yang sama dalam penyemaian nilai-nilai murni. Kedua, bersikap objektif dalam memberi teguran dan ketiga, memuji dan memperakukan ‘acknowledgment’ usaha positif anak.

Saya juga pernah menyentuh tentang ‘9 tips interaksi dengan anak remaja’ pada keluaran yang lalu. Maka kali ini dan akan datang nanti, saya akan cuba berkongsi pula akan bagaimana tips-tips tersebut dapat diterapkan dalam interaksi kita bersama anak-anak.

Continue reading

Bimbingan Bersama DJ RZ – Episod (1) Persiapan Bulan Ramadan

Sebagai persiapan dalam menghadapi bulan Ramadan, pertama sekali, kita perlu melakukan refleksi pada diri kita sebelum menghadapi Ramadan.

– Bagaimana prestasi Ramadan kita pada tahun lalu? Jika skala 1-10, dengan 10 sebagai cemerlang. Berapakah skala anda? Continue reading

Bapak Borek Anak Rintik, Bapak Gerek Anak Cerdik

Image

Alhamdulillah, baru-baru ini di Muis telah diadakan satu talkshow istimewa untuk ibu-ibu bapa atau bakal ibu-ibu bapa dan sesiapa sahaja staf Muis yang ingin hadir.

Sebenarnya program ini sebahagian dari kegiatan untuk staf Muis dari Staf Recreation Club (SRC), dan saya sebagai salah seorang ahli komiti kelab ini yang dipertanggungjawabkan bagi unit Agama & Kerohanian telah menyusun program ini yang bertemakan kekeluargaan.

Continue reading

Kuasa Doa

Image

Subhanallah, Wal Hamdulillah, Walaa Ilaha Illa Allah, wallahu Akbar. Maha Suci Allah, tiada yang mustahil bagi-Nya.

Continue reading