Sebagai persiapan dalam menghadapi bulan Ramadan, pertama sekali, kita perlu melakukan refleksi pada diri kita sebelum menghadapi Ramadan.
– Bagaimana prestasi Ramadan kita pada tahun lalu? Jika skala 1-10, dengan 10 sebagai cemerlang. Berapakah skala anda?– Sudahkan kita selesai mengqadha puasa anda? jika wanita..kurang2 ada 7 hari puasa yang perlu diqadha atas sebab uzur.
Ini tidak termasuk mereka yang hamil..kita bagaimana?
2. Apakah erti Ramadan pada diri anda? Adakah Ramadan di sisi anda sebagai:
– Bulan berpuasa
– Bulan beramal
– Bulan kesabaran
– Bulan pengampunan
Atau
– Bulan buat kueh?
– Bulan shopping?
Tak salah sebenarnya nak buat kueh atau shopping..asal sahaja jangan kita lupa untuk beribadah.
sebagai contoh..suri rumah yang sibuk buat kueh tetap boleh lakukan solat Terawih bersendirian di rumah.
Memperbanyakkan ibadah di bulan Sya’ban
– Berpuasa
Baginda dikatakan paling banyak berpuasa pada bulan Sya’ban berbanding lain-lain bulan (tidak termasuk Ramadan). Oleh itu, ada baiknya kita juga perbanyakkan puasa pada bulan ini.
– Memperbanyakkan zikir dan doa.
Hendaklah kita perbanyakkan ingatan kita pada Allah dan juga doa kepadanya. Bukan sibuk doa utk arwah), atau hanya kita sibuk doakan untuk orang yang sudah tiada tetapi diri kita dilupakan.
– Bertaubat dan beristighfar.
Sebaiknya kita banyakkan bertaubat dan beristighfar pada Allah agar kita bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan yang suci dan bersih.
Nota: Transkrip ini telah dirakamkan bagi siaran radio Warna FM94.2