Apabila saya diminta oleh wartawan BH Nazri Hadi Saparin untuk berkongsi pengalaman dalam menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga bagi segmen khas Ramadan untuk Berita Harian. Segan pulak saya, sebab pengalaman sebagai ayah pun baru 10 tahun, lebih segan bila dapat tahu, artikel tentang keluarga saya disiarkan bersama pendakwah tidak asing lagi iaitu Ustaz Ahmad Dahri. Lagilah, segan rasanya…
Tapi demi perkongsian, manalah tahu sempena keberkatan Ramadan ini, contoh-contoh yang saya kongsi bersama dapat diikuti oleh bapa-bapa yang lain, maka saya juga dapat pahalanya nanti 🙂 Bak kata Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang menunjuk ke arah kebaikan, maka akan mendapat (ganjaran) seperti orang yang membuatnya.”.
Sebenarnya saya pernah berkongsi pengalaman saya ini pada artikel ’15 Minit Bersama Madihah’ semasa Madihah baru darjah 1, tapi kalau dahulu saya menghantar Madihah sahaja, tapi kini saya menghantar Madihah bersama adiknya sekali iaitu Ahmad Yasir (darjah 2), Madihah pula sudah masuk darjah 4. Cepat sungguh masa berlalu. Kalau dahulu saya pimpin tangan Madihah, kini kiri dan kanan tangan saya memimpin kedua mereka dan berjalan seiring ke sekolah. Hmmph, memang kecoh kadangkala, mana ingin mendengar dan melayan keduanya saling silih berganti berbual, itu belum masuk apabila kadang2 mereka berdua ini berbalah…memang pening dibuatnya.
Madihah pernah merungut, katanya ‘kakak mahu pergi sekolah sendiri macam kawan2 yang lain’. Saya cakap, ‘tak bolehlah…abah nak hantar kakak sampai darjah 6! Nanti kalau dah menengah 1, baru abah bagi kakak pergi sekolah sendiri.’ Nanti apabila Madihah dah ke sekolah menengah, Aysar pula sudah mula ke sekolah rendah. Berganti-ganti pulak eh. Memang saya perlu keluar awal dari biasa, memang penat. Tapi saya enjoy.
Cakap pasal ketiga-tiga anak saya ini, saya memang suka menghabiskan masa bersama mereka bila-bila saya punyai masa terluang. Kadang saya akan bawa ketiga-tiga (jika si bongsu Ok) mereka sekali ke jemputan kahwin, tengok wayang, makan2 atau shopping tanpa ibu mereka. Bukan apa, isteri saya ni suri rumahtangga, jadi kadang2 saya bagi ‘off’ lah. Kadang-kadang saya bawa mereka teman saya pergi mesyuarat hujung minggu di Pergas.
Sebagai seorang bapa yang bekerja, dan kebanyakan masanya saya tiba di rumah agak lewat, kadang ketiga2 mereka sudah tidur (anak2 saya tidur awal dalam jam 8 lebih). Saya kira, apa sahaja masa yang ada, saya cuba luangkan untuk mereka, walaupun kadang2 saya gagal, atau ‘distracted’, maklumlah zaman FB & Twitter ni, tapi saya cuba sedaya mampu.
Apabila musim peperiksaan, sejak tahun lepas, saya cuba ambil cuti setengah hari bagi setiap ujian mereka. Alhamdulillah, saya lihat cuti saya itu berbaloi, kerana ada peningkatan pada markah mereka. Saya taklah pandai sangat untuk ajar mereka Math, English atau Science, sekadar temankan atau pastikan mereka belajar sahaja. Kalau untuk Bahasa Melayu, Insha Allah lah. Mungkin bagi bapa2 yang belum pernah ambil cuti, cuba-cubalah luangkan masa, insha Allah kesannya memang banyak. Sekarangkan cuti untuk anak2 pula makin banyak. Betul tak? 🙂
Semoga anak2 saya ni ingat saya, dan mudah-mudahan apabila saya tua nanti, mereka pula berjasa untuk saya dan isteri. Amin.