Image

Subhanallah, Wal Hamdulillah, Walaa Ilaha Illa Allah, wallahu Akbar. Maha Suci Allah, tiada yang mustahil bagi-Nya.

Akhirnya, doa kita makbul jua…walaupun minggu lepas, dikhabarkan oleh menteri yang bertanggungjawab, hujan mungkin tidak turun dalam jangka masa terdekat. Namun, Allah itu Maha Berkuasa, dengan Rahmat-Nya, kita dikurniakan hujan. Hujan yang membawa rahmat.

Inilah yang dikatakan sebagai the Power of Prayer. Semoga kita terus bersyukur ke hadrat Allah, dengan memperbanyakkan pujian ke hadrat-Nya dan juga beribadah kepada-Nya. Teruskanlah istighfar, doa dan solat, agar Rahmat Allah ini berterusan, dan kita perolehi nikmat dari-Nya.

Semoga nikmat ini juga melimpah pada negara jiran kita, kerana pada hakikatnya mereka juga saudara seinsan kita.

Leave a Reply