Sebaiknya, biarlah bersederhana dalam melakukan segala perkara termasuklah dalam persiapan berhari raya.

Segala persiapan yang kita lakukan, usah sampai kepada peringkat yang membazir.

Sebenarnya membazir ini adalah satu perkara yang subjektif, berbeza di antara satu dengan yang lain.

Seorang yang bergaji $4,000 – $5,000, mungkin berbelanja sekali sekala baju raya sepasang sehingga $200-300, mungkin tidak sampai kepada pembaziran, tetapi bagi mereka yang bergaji hanya $1,200 sahaja, dkhuatiri boleh membawa kepada pembaziran.

Kesimpulannya perlu ukur baju di badan sendiri.

Jika kita mempunyai wang pun, kita perlu fikirkan, perlu ke? Barang yang lama masih boleh digunakan atau tidak?

Tidak perlulah ditukar sehingga tiap tahun, permaidani, langsir, lampu kelap kelip yang dipasang sepanjang waktu.

Usahlah habis hari raya, kita menjadi seorang yang papa, hilang simpanan, atau lebih buruk lagi sampai kepada peringkat berhutang.

 

Nota: Transkrip ini telah dirakamkan bagi siaran radio Warna FM94.2 pada 5 Ogos 2013.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s