Image

Alhamdulillah, baru-baru ini di Muis telah diadakan satu talkshow istimewa untuk ibu-ibu bapa atau bakal ibu-ibu bapa dan sesiapa sahaja staf Muis yang ingin hadir.

Sebenarnya program ini sebahagian dari kegiatan untuk staf Muis dari Staf Recreation Club (SRC), dan saya sebagai salah seorang ahli komiti kelab ini yang dipertanggungjawabkan bagi unit Agama & Kerohanian telah menyusun program ini yang bertemakan kekeluargaan.

Saya bersama rakan sekerja Ustazah Zanaria bersetuju untuk menjemput rakan sekerja kami iaitu Dr Albakri Ahmad, Ustaz Abdul Manaf Rahmat selaku tetamu jemputan istimewa dan saudara Nazirin Abu Bakar sebagai hos.

Kenapa kami memilih mereka? Mudah…Dr Albakri seorang Pengarah Kanan di Muis, di mana anak-anaknya kesemuanya bermula dari pendidikan madrasah sepenuh masa, dengan anak lelaki sulungnya kemudiannya meneruskan pelajaran ke Universiti Liverpool, Ya Liverpool!, dan sekarang ini merupakan seorang peguam. Manakala, anak perempuannya pula sekarang ini di Cambridge meneruskan pelajaran universitinya.

Manakala, Ustaz Abdul Manaf pula berbeza, walaupun dari latar belakang agama, namun ketiga2 anak-anak Ustaz yang kesemuanya perempuan mendapat pendidikan sekolah nasional! Hmmph, macam saya jer. 🙂

Saudara Nazirin, pula anak-anak lelakinya sekolah sekular dan anak-anak perempuannya sekolah madrasah. Balance kan? Jadi unik betul jemputan kita ni, memang kriteria nya disusun rapi, agar ahli panel tak boleh nak menolak undangan ni!

Alhamdulillah, saya sendiri dapat banyak manfaat dari talkshow ini. Untuk perkongsian, saya rumuskan beberapa poin-poin penting talkshow ini:

1. Solat malam untuk kejayaan anak.
2. Kesepakatan antara ibu dan bapa dalam membuat sesuatu keputusan utk anak2.
3. Menggalakkan anak2 ‘aim’ yang terbaik dan tertinggi dan tidak bersikap mudah puas hati.
4. Bukan sekadar markah tinggi, tetapi usaha dan kerja keras yg menjadi ukuran.
5. Menunjukkan ibu bapa sentiasa bersama anak2 dlm setiap apa jua perkara yg dilakukan.
6. Motivasi utk anak2 berusaha keras dengan sentiasa bersama mereka dlm setiap waktu yg terluang
7. Komunikasi sgt penting agar anak2 mudah berbicara dan tidak segan dgn kita, jika tidak kawan2 yg menjadi tempat anak2 mengadu nasib.
8. Berusaha dari sekarang bagi 10-20 tahun akan dlm dalam mengumpul kewangan demi pelajaran anak2.
9. Memberi inspirasi bahawa Muslim menjadi yg terbaik dlm setiap urusan.
10. Doa dari kedua ibu bapa.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s