(Bersambung)
Ketiga, pilih masa yang sesuai untuk nasihat anak.
Saya pinta beliau untuk memilih masa yang sesuai apabila ingin menasihati anaknya. Elakkan ketika beliau sedang dalam keadaan berang dan penuh dengan rasa amarah.
Pastikan juga anak dapat berehat dulu, mandi, makan dan sebagainya. Bila dah segar, pastinya pada masa itu pun rasa marah ibunya sudah mula menurun.
Kenapa saya tekankan perkara ini? Sebabnya, penting bagi kita pastikan mesej kita adalah jelas dan sampai pada diri anak. Tidak guna kita bercakap panjang lebar, atau meleter tanpa henti. Anak-anak pula dengar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Kan penat namanya itu?
Keempat, sentuhan atau belaian pada anak.
Perkara ini sangat efektif sebenarnya khususnya bila kita berkomunikasi bersama dengan anak. Apabila kita berinteraksi dengan budak-budak remaja atau anak buah, cubalah sentuh atau pegang bahu mereka, seperti tepuk dengan perlahan dan sebagainya. Secara tidak langsung remaja itu akan rasa dirinya dihargai, mesra dan erat dengan kita.
Apatah lagi dengan anak kita sendiri! Dan perkara tersebut tidak berlaku pada si makcik J ini. Peliknya, beliau tidak setuju apabila anak lelakinya yang sulung ini mengadu yang beliau lebih sayang adik-adiknya yang lain berbanding dirinya. Apabila ditanya, ‘Pernah ke cium anak, usap dan sebagainya?’ Beliau menjawab, tidak pernah, tetapi dengan kedua anaknya yang lain, beliau pernah lakukan. Hmmph…
Saya kata, betullah kata anaknya yang beliau kurang sayang pada dia. Saya minta beliau pada masa akan datang, ketika ingin tegur atau nasihat. Cubalah ikuti perkara ketiga di atas, iaitu pilih masa yang sesuai, cakap dengan nada yang tenang dan diiringi dengan sentuhan, pegang tangan atau bahu anak sebagai contoh, dan lihat kesannya kelak.
Kelima, menghamburkan kata-kata galakan dan pujian.
Puan J juga mengaku yang beliau jarang puji anaknya setiap kali anaknya melakukan perkara yang positif. Hmmph, ini yang tidak seronok. Mereka juga berhak dipuji diberi akuan apabila melakukan satu perkara yang menyenangkan ibu bapa, sebagaimana mereka juga perlu ditegur atau dimarahi apabila melakukan satu kesilapan.
Insha Allah, jika kita praktiskan tips di atas, anak akan bertambah sayang dan mendengar kata kita. Jika tidakpun, hubungan kita akan bertambah mesra dan untuk jangka panjang ia adalah baik untuk jalinan hubungan antara anak dan ibu bapa.
salam, nama saya ct. saya ingin bertanya kepada pihak tuan. saya ada masalah dengan adik ipar dan biras saya yg selalu berasia, bergini ceritanya tuan, ipar lelaki saya telah berkahwin 8tahun lepas dan awal perkahwinan mereka emak mertua saya meminta saya memberitahu pada anak lelakinya minta duduk sekali dgnnya sbb rumah mertua hanya tinggal mereka berdua (maksud mertua daripada menyewa dia luar lebih baik duduk dgn dia terus dan tak payah berbelanja banyak). adik ipar lelaki ini awal perkahwinan telah dikurniakan anak perempuan semasa dlm pantang bapa mertua telah memohon anak lelakinya untuk tidak tinggalkan kereta di penang kerana ada masalah yg lain dan ingin mengunakan kereta untuk kesana dan kesini, dari situ biras saya amat kecil hati dan biras saya telah meminta ibu bapa datang mengambilnya dan di bawa pulang ke penang untuk berpantang di sana dengan menaiki keretapi disitu telah ada perselisihan faham sudah antara biran dgn mertua.
kedua : selepas empat tahun dikurniakan anak lelaki dlm masa itu juga saya (ct) mengandung dlm masa yg sama saya(ct) anak yg kedua tidak cukup bulan jadinya anak saya(ct) harus dijaga dgn teliti dlm masa yg sama saya(ct) telah mengambil keputusan mohon mertua menjaga anak saya(ct) dgn membayar mertua dan biras sebanyak RM500 di sebabkan 2 anak. biras saya(ct) telah mengandung tetapi tidak memberitahu pada mertua perempuan saya(ct) malah merasiakan kandungannya sehingga lah saya bersalin.
ketiga : biras saya (ct) mengandung kali ke tiga juga benda yg sama dia buat tanpa memberitahu pada mertua yg duduk sama dgnnya dan dlm masa yg sama saya(ct) telah bertanya dgn biras didalam fb adakah kamu mengandung biras berkata tidak la. baru-baru ni dia telah bersalin dan telah postkan gambar anak ketiganya dengan perasaan marah saya(ct) menyatakan kan dlm fb tu biras tu adalah lah pembohong. dan dalam masa yg sama saya telah menceritakan kisah sedikit sebanyak tentang biras saya(ct) didalam fb atas cerita yg saya tulis ni. saya(ct) telah dimaki hamun oleh adik ipar lelaki saya dgn perkataan kesat. apa kah yg harus saya buat? adik ipar saya marah kerana di fb tersebut dua belah pihak dapat tahu akan cerita aib biras saya ini.
puncanya biras saya terlalu malas : berkemas, menjaga anak dan lain-lain lagi dan tidak menghormatkan orang tua.