Ibadah lain yang boleh dilakukan. Selain dari berpuasa, banyak amal ibadah yang boleh kita lakukan seperti:
1. Amal Ibadah ritual
~ Membaca dan menghayati (tadabbur) Al-Quran. Ini boleh dilakukan dengan bertilawah (baca biasa) atau bertadarus (baca berdua atau lebih dengan seorang baca, yang lain mendengar dan mneyemak bacaan teman). Pastikan kita bukan setakat membaca tetapi menghayati apa yang dibaca. Ini dapat dilakukan dengan melihat terjemahan. Jangan sibuk nak khatamkan hingga tidak sempat kita bertadabbur isi kandungan Quran. Namun, jika dapat khatamkan sekali maka itu dianggap sebagai satu bonus!
~ Beristighfar. Minta ampun pada Allah, jangan tak minta! Nabi Muhammad satu hari 70-100x beristighfar pada Allah..Kita?
~ Bersedekah. “Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus” [Bukhari] Ambil kesempatan banyakkan sedekah..
~ Melakukan solat sunnah. Antaranya solat sunnah malam. Menurut ulama, selepas solat ba’diyyah Maghrib sudah dikira menghidupkan malam atau Qiyamullail. Maknanya jika kita jenis ngantuk awal atau perlu kerja malam hingga pagi..kita dah boleh mulakan amal ibadah spt baca Quran selepas Maghrib.
Dari ‘Aisyah ra., ia berkata : “Nabi saw, berdiri salat malam, hingga pecah-pecah kedua telapak kaki beliau. Saya bertanya kepada beliau : “Untuk apakah engkau berbuat ini, wahai Rasulullah, sedangkan engkau telah benar-benar diampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang?” Rasulullah saw, bersabda : “tak bolehkan aku menjadi hamba yang banyak bersyukur.”(H.R Bukhari dan Muslim)
2. Ibadah bukan ritual. Amalan bukan hanya dengan solat je, banyak perkara boleh kita lakukan untuk dapatkan ganjaran Allah, antaranya:
~ Melakukan kerja pejabat dengan tekun. Hakikatnya, sepatutnya begitulah..lebih2 lagi bagi kita yang bekerja dengan majikan yang bukan Islam, jangan biarkan puasa melemahkan kita..atas sebab itu, sahur lah, janga tak sahur.
~ Mengulangkaji pelajaran sekolah Bagi pelajar pun sama..belajar jangan tak belajar..Nabi Muhammad dan sahabat boleh perang masa Ramadan..kita takkan baca buku pun lembik?
~ Tolong menolong antara suami isteri.
Ini pun dapat pahala…yang penting ialah niat kita untuk kebaikan dan kesejahteraan rumahtangga dan mengharapkan keredaan Allah..Ni termasuklah tolong isteri buat kueh tat malam2..dapat pahala jugak tu..
~ Melakukan ihsan antara ibu bapa
Ini jangan dilupakan..bagi yang dah kahwin tu, singgahlah seminggu sekali paling kurang..iftar sama2 dgn mak bapak. Bila mak bapak kita gembira..tu dah dikira ihsan. Dapat pahala tau! ~ Berkongsi juadah dengan jiran Bila masak tu share lah dengan jiran..mana tahu kita hantar nasi goreng dapat satay 20 cucuk!
~ Melakukan kerja kemasyarakatan.
Tolong orang susah, buang paku di tepi jalan, angkat sampah dalam lift..semua tu pahala tau! 8. Jangan lupa bersolat! Ramai orang, puasa sebulan. No problem. Tapi solat 5 waktu terlepas..Macam mana tu?
Nota: Transkrip ini telah dirakamkan bagi siaran radio Warna FM94.2 pada 29 Julai 2013.