Dilahirkan pada 25 Januari 1975 di Kota Singa. Merupakan graduan sarjana muda pengajian Usuluddin, pengkhususan dalam bidang hadis di Universiti Al-Azhar (1998), Sarjana Usuluddin dalam bidang hadis di Universiti Malaya dan Diploma Diploma Spesialis dalam Psikologi Kaunseling di Academy of Certified Counsellors, Singapura.
Pernah bertugas sebagai Pegawai Dakwah, Imam Eksekutif dan Ketua Pembelajaran Islam dan Pembangunan Sosial di Masjid Al-Falah, Orchard Road di Singapura sebelum berkhidmat sebagai pegawai di Pejabat Mufti, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Kini beliau bertugas sebagai Pengarah Eksekutif di Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Singapura (Pergas) sejak tahun 2013.
Sepanjang penglibatan dakwah kemasyarakatannya pula, beliau juga pernah aktif sebagai Naib Kadi di Pejabat Pendaftar Pernikahan (ROMM), hakam (arbitrator) di Mahkamah Syariah, ahli lembaga rayuan, Muis. Kini beliau masih aktif sebagai anggota dan Kaunselor, Kumpulan Rehabilitasi Keagamaan (RRG) bagi tahanan keselamatan dalam negeri seperti Jemaah Islamiah (JI) dan IS sejak tahun 2004.
Beliau juga giat menulis sebagai kolumnis bagi ruangan ‘Warna Kehidupan’, majalah al-Ustaz sejak tahun 2013 hingga sekarang. Aktif mengelola laman peribadi beliau di abahyasir.com, yang merupakan wadah bagi beliau berinteraksi dengan masyarakat dalam kerja-kerja dakwah beliau.