Sebagai kesinambungan dari topik yang bersangkutan poligami yang pernah dikongsi pada keluaran yang lalu. Pada kali ini, suka saya mengimbas senario yang berbeza sama sekali dengan apa yang pernah dikongsi sebelum ini.
Saya ingin membawa kisah temujanji kaunseling saya dengan seorang klien rakyat asing yang berasal dari Timur Jauh (bukan daripada negara Arab). Beliau ini telah berkahwin lebih dari 10 tahun dengan seorang wanita tempatan.
Selain mengadu tentang keretakan hubungan rumahtangga akibat sikap isteri yang terlalu suka berahsia yang pada saya boleh diperbaiki, beliau juga mengadu tidak dapat melakukan hubungan seks, kerana isteri mempunyai penyakit yang serius, yang seterusnya menjejas keintiman antara mereka.
Lebih merumitkan keadaan, beliau (si suami) telah mempunyai temanita baru dan berhajat untuk berkahwin sekali lagi. Tetapi timbul dua cabaran utama:
Cabaran pertama: Isteri pertama tidak mahu dimadukan dan ingin bercerai jika suami berkahwin lagi.
Cabaran Kedua: Temanita beliau juga tidak ingin dijadikan isteri muda. Beliau lebih rela tidak berkahwin dari dimadukan.
Dalam menangani kedua-dua cabaran ini, si suami ini menjadi serba salah, beliau tidak sanggup menceraikan isteri pertama kerana mengaku masih terlalu sayang, dan pada masa yang sama tidak sanggup pula berpisah dengan temanitanya.
(Bersambung)
Nota – Artikel ini telah diterbitkan di Majalah al-Ustaz edisi 17, terbitan Telaga Biru, Malaysia.