Image

(Bersambung)

3. Suami

Bila kita perkatakan tentang poligami, sering bermain di fikiran bahawa sang suami akan bersikap tidak adil dengan meluangkan masa bermalam di rumah isteri baru sehingga melupakan isteri tua sehingga akhirnya isteri pertama diceraikan suami.

Tetapi jangan kita lupa, ada juga kes di mana suami lebih banyak meluangkan masa di rumah isteri tua sehingga isteri baru pula diabaikan atas sebab-sebab tertentu dan kadangkala berakhir pula dengan perceraian.

Dalam hal ini pastinya kepimpinan suami amat penting dalam menyelamatkan keadaan. Isunya, andai kata sang suami ‘lemah’ dan tidak mampu bersikap adil. Adakah si isteri mampu bersabar?

4. Tanggapan masyarakat luar

Tohmahan masyarakat seperti perampas suami orang, perosak rumahtangga dan sebagainya haruslah dijangkakan oleh M. Walaupun bagi saya cabaran yang terakhir ini tidak sekuat seperti cabaran-cabaran lain yang telah saya sebutkan sebelum ini, tetapi ia tetap perlu ditangani dan jika tidak berhati-hati boleh menjejaskan rumahtangga.

Selepas berbincang hampir satu jam, nampaknya M faham keprihatinan saya. Jika pihak pendaftar nikah setuju, isteri pertama setuju dan kedua ibu bapa M dan bakal suami juga merestui. Maka kenapa tidak? Ini bermakna bakal suami beliau memang layak berpoligami.

Tetapi pada masa yang sama, beliau perlu faham cabaran-cabaran selaku isteri muda dan perlu bersedia menangani segala onak ranjau yang melanda jika ada.

Pada saya dalam hal ini, yang paling penting ialah kepimpinan suami dalam memimpin rumahtangga. Jika suami seorang yang bertakwa dan takut pada kemurkaan Allah, pasti beliau akan cuba berlaku adil pada kedua isterinya. Pada masa yang sama, suami juga perlu sedar cabaran-cabaran di atas sebelum berumahtangga.

Atas sebab itu, di akhir pertemuan, saya sempat berpesan kepada M. Jika kedua ibu bapa setuju dan memberi restu, bawalah bakal suami berjumpa saya untuk kaunseling bersama bagi membincangkan cabaran-cabaran berumahtangga kelak. M jawab kenapa? aik, kenapa pulak dia tanya! Saya jawab, ‘suamilah yang paling penting dalam hal ini, beliau ibarat nakhoda dalam rumahtangga, jika baik nakhodanya baiklah rumahtangga, jika ‘lemah’ nakhoda maka nampak gaya karamlah rumahtangga tu’ Betul tak?

Semoga perkongsian ini dapat memberi kemanfaatan kepada mana-mana wanita yang menyimpan hajat untuk menjadi madu, juga kepada mana-mana suami (termasuk saya) yang memasang angan untuk ingin mengisi slot yang masih kosong. Hehe..

Nota – Artikel ini telah diterbitkan di Majalah al-Ustaz edisi 16, terbitan Telaga Biru, Malaysia.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite!

One response »

  1. jiha says:

    Terima kasih ustaz atas perkongsian. Bagi saya jika niat yg baik perlu disertakan dgn jln yg betul iaitu biarlah mendapat restu daripada isteri pertama dan keluarga dr pihak lelaki dan juga keluarga bakal isteri. Dengan restu dr semua pihak,saya yakin Allah akan berikan kebrkatan dlm rumahtangga. Allah akan berikan kekuatan kpd suami utk berlaku adil serta kepada para isteri utk bersabar dalam menyokong suami utk berlaku adil.Moga dgn berpoligami matlamat perkahwinan dlm Islam akan tercapai bukan utk menurut hawa nafsu semata-mata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s