(Bersambung)
Saya menjelaskan beliau perlu membuat keputusan, dan saya membayangkan padanya alternatif atau pilihan yang beliau ada. Pilihan tersebut ialah:
Pilihan Pertama: Kekal dengan isteri pertama dan tinggalkan temanita.
Pastinya pilihan yang pertama adalah yang paling ideal. Ia kelihatan nampak mudah. Tetapi mampukan beliau meninggalkan temanitanya? Dan jika beliau dapat tinggalkan temanitanya sekarang. Mampukah beliau menapis godaan wanita lain atau gejolak nafsu dalam diri akibat tidak mampu melakukan hubungan intimasi dengan isteri?
Pilihan Kedua: Kekal dengan isteri pertama dan bernikah dengan temanita barunya, dengan syarat hasrat mereka ini diluluskan oleh Pejabat Nikah.
Pilihan kedua pula lebih rasional, memandangkan beliau dapat mengekalkan tali perkahwinan dengan isteri pertama kerana masih sayang, dan tidak sanggup melepaskan isteri dalam keadaan yang sangat kritikal dan pada masa yang sama dapat melepaskan nafsu syahwatnya melalui pernikahan baru.
Pilihan Ketiga: Menceraikan isteri atas dasar isteri tidak mampu menunaikan kewajipan dan berkahwin dengan temanita.
Pilihan terakhir ialah perceraian yang pastinya tidak digalakkan. Namun, kita perlu ingat bahawa walaupun perceraian dibenci oleh Allah, tetapi kadang kala ia merupakan jalan keluar bagi kedua suami dan isteri dalam memulakan hidup baru. Sebab itulah ia disyariatkan oleh Allah.
Suka saya tegaskan, dalam kes-kes kaunseling yang saya hadapi, amat jarang sekali saya mencadangkan poligami atau perceraian. Tentang poligami, perspektif saya kali ini berbeza, kerana keadaan isteri yang tidak mampu menunaikan keinginan suami dalam melakukan intimasi.
Mungkin dalam keadaan yang disebutkan ini nampak ia seolah tidak adil dan menyebelahi pihak suami sahajakan? Tetapi sebenarnya isteri juga mempunyai hak yang sama, jika situasi yang disebutkan tadi berlaku sebaliknya pada suami. Dalam hal ini, si isteri boleh menuntut fasakh (pembatalan) dalam perkahwinan, jika si suami tidak mampu menunaikan kewajipan nafkah batin kerana sakit atau mati pucuk sebagai contoh.
Islam adalah agama fitrah, Tuhan Maha Mengetahui naluri kemanusiaan yang perlukan hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Adanya poligami, talak atau fasakh adalah bagi menjaga keimanan suami dan juga isteri agar tidak terjerumus ke dalam kancah maksiat jika antara mereka gagal menunaikan kewajipan nafkah batin ini. Ini merupakan satu perkara yang serius memandangkan melakukan intimasi merupakan antara ‘maqasid’ atau matlamat utama disyariatkan pernikahan.
Situasi di sini tidak sama dengan sang suami yang ingin berpoligami atas alasan bagi mengawal nafsu, ia sama sekali tidak begitu kukuh, sekiranya sang isteri masih lagi mampu menunaikan kemahuan suami dalam melakukan intimasi atau seks.
Saya sudah memberikan beberapa pilihan kepada sang suami bersesuaian dengan isu yang dikemukakan. Segala pilihan yang diberikan adalah bertolak kepada kebimbangan saya dalam memelihara ‘iman’ si suami. Jika saya bertemu dengan isteri yang menghadapi isu yang sama, saya juga akan beri pilihan seperti yang disebutkan tadi, dengan pengecualian poligami pastinya.
Secara peribadi, saya jelaskan pada beliau, segala keputusan yang diambil hendaklah dengan tujuan utama bagi menjaga keimanan diri. Jadi maknanya? Tepuk dada tanya imanlah!
Nota – Artikel ini telah diterbitkan di Majalah al-Ustaz edisi 17, terbitan Telaga Biru, Malaysia.
Assalam ustaz..saya ingin bertanya tentang masalah rumah tangga..saya sudah berkahwin selama 7 tahun & mempunyai 2org ank.sepanjang mase tersebut hidup kami bahgia.sejak pertengahan tahun 2014 ade ade kesibukan kerja kerana komitmen yg tinggi dlm hidup.sehinggakn saya jarang meluangkn masa bersama isteri.isteri pn byk membantu dlm keluarga.dia pn berkerja.pd 26/3/15 die ade menyatakn hasrat ingin berpisah kerana rs ketidakpuas hati dgn saya & sudah tiada perasaan syg pd saya.saya cube berbincang secara baik dh saya sudah berjanji akan ubah.tp pd keesk hari saya tergerak hati ingin berjumpe die diofice,malangnye kwn tempat kerja die ckp dh lama blk.bermula dr situ masalah kami makin teruak.pd malam tersebut apabila perasaan marah menguasi diri sy pn menceraiknnye..tp selepas seminggu kami rujuk kembali.tetapi hingga kini die masih lg meminta utk dilepaskn.ape patut sy buat ustaz.sy kena pertahankn rumah tangga kami n sy sgt2 syg akan isteri sy.