Posting ni merupakan sambungan daripada perkongsian bagi ceramah saya di Masjid Al-Iman sedikit masa dulu yang bertajuk ‘Mencari Pasangan Sejati’. Ceramah pertama ‘Sudahkah Anda Bersedia’ sudahpun saya kongsi bersama bulan lepas. Baru kali ini saya berkesempatan menyudahkan tulisan.
Berikut adalah intipati ceramah saya bagi topik ‘Mencari Pasangan Hidup Sejati’:
1. Perbezaan Kejadian Adam & Hawa
– Allah menciptakan manusia daripada daripada lelaki dan perempuan. Kaum wanita pula dikatakan tercipta daripada kaum lelaki. Allah menyebutkan Hawa berasal daripada tulang rusuk Nabi Adam.
Firman Allah: … “dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa), dan daripada kedua-duanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.” An-Nisaa: 5,
Sabda Rasulullah: “Berwasiatlah kamu kepada wanita dengan wasiat yang baik kerana wanita dicptakan dari tulang rusuk…”
– Ini bermaksud bahawa wanita itu adalah kaum yang perlu diberi peringatan dengan penuh hikmah dan perlu berhati-hati agar segala kekurangan mereka dapat diperbetulkan. Namun sebelum lelaki nak betulkan wanita, kita kenalah betulkan diri kita dahulu. Kalau kita tak betul, macam mana kita nak betulkan orang lain? Betul tak?
– Lelaki juga secara fizikal lebih perkasa, wanita pula lebih lembut. Maknanya lelaki yang ‘lembut’ di luar sana tupun sebenarnya gagah juga. : ) Dorang ni aksen dan cuba jadi lembut walaupun asalnya sebenarnya perkasa. Kesian kan? Dah kuat nak jadi lembek pulak. Haiz..macam2.
– Beza dari segi anggota tubuh badan. Allah menjadikan lelaki dan wanita pula berbeza dari segi fizikal dan bentuk kejadian tubuh badan mereka. Bayangkan lelaki mempunyai payudara seumpama wanita? Aduuh! Buruk benarlah jadinya. Tak selera boleh dibuatnya : )
– Wanita mengandung, melahirkan dan menyusukan. Lelaki tidak. Bayangkan jika perkara ini berlaku sebaliknya? Kaum lelaki yang terkenal dengan ke macho an tiba-tiba muntah-muntah pembawaan budak, perut memboyot ke hulu ke hilir. Heee, macam manalah gayanya yer?
– Lihatlah, Maha Suci Allah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Cukup elok dan cantik, sesuai dengan perilaku dan ciptaannya.
2. Beza Kewajipan Adam & Hawa
– Atas dasar ini, lelaki lebih sesuai sebagai pelindung dan pemimpin kepada wanita dalam setiap hal dan perkara. Tidaklah Allah menjadikan keperkasaan lelaki itu satu kebetulan kecuali dengan hikmah yang telah ditetapkan-Nya.
– Selaku ketua keluarga kaum lelaki seharusnya membimbing wanita ke jalan Allah dengan cara yang lembut dan baik. Tidak boleh terlalu kasar dan keras. Ingatlah kata Nabi, wanita seumpama tulang rusuk, jika terlaku kasar ia akan patah, jika dibiarkan dia akan kekok sampai bila2, maka hendaklah dibetulkan dengan cara yang baik lagi
– Ramai yang salah faham bahawa Islam tidak meletakkan kesamaan antara lelaki dan perempuan dalam kehidupan. Ketidaksamaan itu hanyalah dalam hal-hal yang kembali kepada kelemahan fitrah semulajadi wanita itu sahaja. Adapun dalam hal-hal agama tidak terdapat perbezaan. Sesiapa yang melakukan kebaikan dan kejahatan akan diberikan balasan yang setimpal dari segi dosa dan pahala tidak kira lelaki mahupun perempuan.
– Berbeza dengan kaum lelaki, wanita tidak mempunyai tanggungjawab seberat kaum lelaki. Kaum lelaki dipertangungjawabkan ke atas keluarga dari segi agama dan perlu memimpin keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah. Kegagalan atau tidak melakukan apa-apa dalam membimbing atau menegur ahli keluarga, maka lelaki tersebut akan dipertanggungjawabkah di hari akhirat kelak.
Malah, kaum wanita hanya perlu megharapkan keredhaan suami sahaja selain daripada perlu menunaikan kewajipan Allah seperti solat lima waktu, puasa dan lain-lain, maka mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.
3. Hikmah Beza Kejadian Adam & Hawa
– Jelas daripada perbezaan kejadian manusia, golongan lelaki dan perempuan saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Golongan lelaki yang secara fitrahnya mempunyai fizikal yang kuat dapat membantu kaum wanita yang lemah, begitu juga wanita yang mempunyai perawakan yang lembut pastinya dapat memberikan ketenangan kepada kaum lelaki (suami).
– Saling mempunyai tarikan antara satu sama lain. Dengan fizikal wanita yang mempunyai susuk tubuh yang bersesuaian dengan kelembutan wanita, lelaki dengan maskulin-nya. Pastinya wanita yang sejati tidak gemar kepada lelaki yang ‘lembut’, begitu juga dengan lelaki tidak suka kepada wanita yang ingin menjadi seperti ‘lelaki’. Bayangkan dapat isteri yang punya susuk tubuh seperti Arnold Schwarzenegger atau Stallone?
– Memberi hiburan dan keseronokan kepada kedua-duanya. Pastinya ini dalam lingkungan perkahwinan. Selain dengan tujuan menambahkan keturunan bagi tujuan kemakmuran dunia.
4. Perbezaan Lelaki & Perempuan
– Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Wanita pula boleh mengeluarkan 100 patah perkataan dalam masa 1 minit bercakap.
Banyakkan perempuan bercakap? Ini bukan saya kata, tapi pakar yang bagitahu. Tapi memang betul. Cubalah buat silap. Tengok macam mana respon ibu atau isteri kita? Atau bila kita pulang dari kerja. Bagaimana isteri kita akan bercerita apa yang berlaku dalam sehari. Rahsianya dan layankan sajelah. Itulah caranya wanita nak hilangkan stress mereka, bila kita layan dan dengar. Gembira hati mereka. Itulah yang saya lakukan bila balik kerja hehe. Mungkin boleh rujuk posting saya yang terdahulu bertajuk ‘Sedangkan Lidah Lagi Tergigit’.
– Lelaki suka menyimpan, wanita pula suka bercerita. Betul tak? Wanita kalau timbul satu problem yang bermain di fikiran dorang, cara mereka berfikir ialah bercakap. Lelaki pula lebih suka menyimpan. Itulah yang kadang-kadang timbul salah faham. Bila nampak suami diam, isteri ingat suami tu tak kisah apa yang berlaku. Padahal, dalam kepala hotak kita ni fikir macam2 tau! hehe.. Jadi, lain kalau nampak suami atau teman lelaki kita diam atau termenung, maknanya dia tengah fikirkan sesuatulah. : )
– Perempuan suka cakap terbalik! Lelaki tidak. Kalau isteri kata dia kata tak mahu atau tak suka. Jangan percaya 100%. Sebenarnya tak mahu tu lawannya mahu! Mereka harapkan kita faham apa yang mereka hendak. Maknanya, kalau kita tanya, eh awak nak tak jam ni, cantiklah! Dia jawab, takpelah bang, jam lama masih boleh pakai. Cuba tengok reaksi mereka, bila kita beli jam mahal2 untuk diri sendiri lepas tu. : )
Mereka (isteri) ni kadang, harapkan suami faham dan tak mahu luahkan. Lelaki pulak, blur..bila isteri tak cakap kita tak faham. Hmmph..
– Lelaki guna otak kanan, perepuan pula guna otak kiri. Cakap mudahnya, perempuan boleh berbual dan melakukan perkara lain pada satu masa, lelaki tidak. Betul…Cuba tengok kalau perempuan masak? dia boleh berbual di telefon dengan kawan atau mak. Tetapi masak tetap jalan. Lelaki? Hmmph, cuba panggil suami atau bapa kita ketika mereka sedang asyik nonton TV atau baca surat khabar. Confirm tak dengar!
Jadi faham2 lah yer, kalau suami atau anak lelaki kalau dia tak layan bila dipanggil, bukan maknanya mereka pekak! Tetapi memang jenis otak mereka lagu tu.
– Lelaki yang cemerlang ialah yang memasukkan ciri-ciri wanita dalam dirinya, begitu juga sebaliknya bagi wanita. Maksudnya, lelaki yang mempunyai ciri-ciri yang biasa dikaitkan dengan wanita seperti penyayang, pandai layan anak, rajin kemas rumah, pandai mendengar dan sebagainya. Wanita pula punya ciri-ciri yang biasanya dikaitkan dengan lelaki seperti lasak (dalam keadaan tertentu), maknanya walaupun lembut tapi taklah lembik, pandai buat kerja-kerja yang biasa dikaitkan dengan lelaki seperti bertukang dan sebagainya. Kan senang rumahtangga?
5. Bagaimana Menyesuaikan Perbezaan Lelaki & Perempuan?
– Allah menciptakan manusia ni tidaklah sama. Lelaki lain, wanita lain. Semua ada kelebihan tersendiri dan sebenarnya melengkapi antara satu sama lain. Oleh itu penting untuk kedua belah pihak menghormati pendirian dan style masing-masing. Penting juga kita untuk menerima seadanya pasangan masing-masing dan menyedari kelemahan pasangan kita.
– Tidak kurang penting untuk kita melakukan penyesuaian diri dan tidak menyalahkan sifat semulajadi kejadian lelaki atau wanita. Sebagai contoh, walau kita tahu lelaki kalau tengok TV atau baca surat khabar mereka akan berada dalam alam khayalan mereka sendiri. Janganlah kita golongan wanita nak berbual masa tu jugak, carilah masa lain. Kan tak jadi gaduh..suami pulak bila isteri ajak berbual masa tu, bila dah sedar..berilah tumpuan pada isteri dan hentikan sementara kegiatan menonton TV atau membaca surat khabar. Kan aman dunia?
Begitu juga dengan isteri, kalau nak sesuatu dengan suami. Terus teranglah, ingatlah..kita tak boleh baca perasaan isteri..Saya selalu ingatkan isteri saya pasal ni : )
– Ianya bermula dari sekarang! Maksud saya perubahan dan belajar memahami. Jangan tunggu masa dah kahwin. Sekurang-kurangnya kita akan lebih bersedia dan lebih memahami pasangan kita. I.Allah.
Bersambung….
Pada posting akan datang, akan saya kongsi kriteria suami dan isteri pilihan : )
salam ustaz yusri. contents ni interesting..
yea..betul. lelaki kalau berfikir..mereka lebih suka diam..tapi actually tengah berfikir. tetapi perempuan suka bercerita dan bertanya kalau fikir..tapi kalau salah satu ciri ct nak kan..yg suka gi pasar..;)
itu bonus point aje..kalau tak pon.yg appreciate masakan kita. hehe..sedih kan kalau dah penat2 masak tapi tak dihargai. yea..tetapi number satu sekali yg ada agama yg leh bimbing kita.
Terima kasih CT Hajar.
Memang benar pandangan Ct, mana-mana manusia pun tidak kira lelaki atau perempuan suka kalau dirinya dihargai.
salam, saya mmpunyai seorang rakan lelaki yang berperwatakan seperti wanita. Kuat membebel, lemah lembut dan sopan gitu, pandai memasak mengalahkan wanita.tetapi dia masih mencari calon isteri. Bagaimanakah personaliti lelaki berjiwa lembut ini, dan bagaimana nak cari calon isteri untuknya. Apa pandangan ustaz?terima kasih.
Salam ziarah.. mohon izin mengambil sedikit ilmu..