Baru-baru ini saya dijemput untuk memberikan ceramah tentang perancangan keluarga dari pandangan Islam kepada keluarga berpendapatan rendah atau low income family di Ang Mo Kio Family Service Centre bagi cawangan Sengkang.
Jemputan ini adalah lanjutan daripada ceramah saya di NCSS pada sekumpulan pekerja sosial sedikit hari dulu, pada sesi tersebut beberapa FSC ada menyatakan hasrat untuk menjemput saya bagi menyampaikan ceramah bagi tajuk yang sama cuma sasarannya pada keluarga yang berpendapatan rendah.
Alhamdulillah, ramai juga yang hadir. Adalah dalam 20 peserta. Purata yang hadir mempunyai anak lebih daripada 3 walaupun datang dari latar belakang keluarga yang tidak berpendapatan tinggi. Ada juga yang baru 20 an sudah punyai 6 orang anak. Menakjubkan kan? Tapi itulah sebab mengapa ceramah ini diadakan iaitu untuk mendidik supaya kita lebih bertanggungjawab dan membuat perancangan sebelum melakukan sebarang keputusan.
Sebagai perkongsian, saya sertakan sekali slide ceramah saya buat tatapan pengunjung laman ini. Semoga kita dapat meraih sesuatu darinya.