Pernah satu ketika saya hampir pulang dari pejabat, saya diberitahu ada seseorang yang ingin berjumpa. Alamak, aku dah balik ada pulak..ah, inilah kalau kerja di masjid..kalau ada masalah, Imam masjid yang akan dicari. Walaupun ketika tu saya bertugas separuh masa kerana hujung minggu, tapi saya ada 2 walk in client. 

Rupanya yang nak jumpa saya ni, seorang wanita Filipino berusia dalam pertengahan 30 an. Beliau seorang saudara baru dan sudah berkahwin dengan seorang lelaki Melayu. Dah lama dia cari saya, tapi dia datang sebelah malam, saya dah baliklah. : )  Beliau mengadu 2 perkara: 

1. Ibu menentang dan tidak gembira beliau menganut Islam.   

2. Suami tidak bertanggungjawab. 

Ibu wanita ini tidak gembira dengan tindakannya menganut agama Islam. Begitu juga dengan saudara maranya yang lain. Tetapi saya tidak sempat menyentuh isu ini dengan lebih lanjut kerana lebih ingin beri tumpuan pada perkara yang kedua iaitu tentang suaminya. Kalau fokus dua2, nampak gayanya balik lepas Maghrib lah saya. Nanti saya pulak kena kaunseling kat rumah : ) 

Tapi dipendekkan cerita, hubungan beliau diburukkan lagi dengan berita suaminya yang tidak bertanggungjawab. Makin rosak imej Islam pada pandangan mata agama lain angkara Muslim yang tidak bertanggungjawab. Si ibu yang beragama Kristian Katolik menggesa si anak supaya memutuskan hubungan dengan suaminya dan kembali kepada agama asal.

Sebagai seorang anak, kita wajib taat dengan ibu walaupun dia seorang yang bukan Islam selagi mana beliau tidak memerintahkan kita melakukan perkara maksiat dan bertentangan dengan agama. Itupun, kita perlu menolak dengan baik dan tidak meninggikan suara agar kita tidak tergolong di kalangan anak yang derhaka pada orang tua. 

Cakap pasal suaminya, sama seperti wanita ni yang berstatus janda, suaminya juga seorang duda dan mempunyai anak-anak yang sudah dewasa. Oleh itu beliau terpaksa menanggung maintenance yang banyak juga untuk dilunaskan pada keluarga yang lama. Akibatnya, tanggungjawab pada keluarga yang baru pula terabai! 

Namun timbul satu masalah, pernikahan mereka ini tidak didaftarkan di Singapura! Ia dilakukan di Indonesia. Malah tidak ada sebarang dokumen langsung untuk membuktikan keabsahan pernikahan mereka ini. Lebih pelik lagi, mengambil kira si isteri merupakan muallaf dan perlukan wali hakim untuk bernikah. Betullah, Indonesia semua boleh : )  

Kesian sang isteri yang dalam dilemma, beliau tidak boleh melakukan apa2. Tidak boleh mengadu juga pada mana2 pihak. Tidak boleh juga menuntut cerai. Malah, suaminya boleh teruskan pernikahan yang baru di Singapura! Ini kerana pihak berkuasa di sini tiada rekod yang menunjukkan beliau mempunyai seorang isteri. Beliau bimbang dengan kemungkinan ini kerana suami tidak ingin menggunakan namanya dalam sebarang urusan dan berkeras kesemuanya dilakukan atas nama isteri. 

Jadi salah siapa jika berlaku perkara sebegini? Betul, suami tidak bertanggungjawab. Tetapi kaum wanita seharusnya lebih bijak, saya tidak dapat salahkan wanita Filipino ini kerana beliau begitu naif, maklumlah saudara baru. Tetapi bagi kaum wanita lain yang ingin berkahwin dengan suami orang atau pernikahan mereka tidak direstui keluarga, lalu mencari jalan keluar dengan berkahwin di luar Singapura. 

Fikirlah berkali-kali, kerana kesan buruknya lebih pada kaum wanita. Malah, jika suami kita seorang yang baik dan bertanggungjawab pun ia tidak menjanjikan sebarang masa depan yang cerah bagi isteri. Apa jadi jika suami kita meninggal dunia? Bagaimana kita ingin buktikan kita dan anak2 juga punyai bahagian di atas segala aset dan juga wang pusaka suami? 

Kembali kepada wanita Filipino tadi, alhamdulillah beliau tetap tidak menyesal menjadi seorang Muslimah dan tetap tabah menjalani kehidupan seharian. Beliau beruntung kerana mempunyai perniagaan sendiri di salah sebuah pusat membeli belah di kawasan bandar. Malah, tiap malam beliau akan bersolat di Masjid selepas pulang dari kedainya. 

Semoga Allah berikan kekuatan padanya dan teguhkan keimanannya. Amin! 

Subscribe to Abah yasir!

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite!

2 responses »

  1. alfaqeer says:

    MasyaAllah, ana kagum dengan semangatnya untuk terus menjadi seorang Muslimah dalam keadaannya begitu. Tapi gerammmmm sangat dengar pasal lelaki macam gini! Nasib baik wanita Filipino itu kuat juga imannya. Allah akan menolongnya di dunia dan akhirat. Amin. (Untuk si lelaki tu, kalau boleh sepak, memang dah sepak sepaaaak!)😉

  2. Abah Yasir says:

    Sepak jangan tak sepak Ameera! : ) Sebab tu pompuan pun kena bijak cari calon suami. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudia tak berguna..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s